Sep 25

PAMERAN KEPAKARAN KD PELANDOK SEMPENA PERBARISAN TAMAT LATIHAN PERAJURIT MUDA PENGAMBILAN 215/17

LUMUT, 8 Ogos – Bertempat di Auditorium Shariff KD SULTAN ISMAIL (KDSI) Tg. Pengelih Johor, telah berlangsungnya Pameran Kepakaran KD PELANDOK (KDP) sempena Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Pengambilan 215/16. Pameran bertujuan untuk memberi pemakluman fakta dan data dengan lebih terperinci berkaitan halatuju dan laluan kerjaya mengikut kepakaran masing-masing. Perajurit Muda, Ibubapa dan orang awam juga didedahkan berkaitan pelbagai kursus kepakaran yang terdapat di KDP, jangka masa dan peluang peningkatan kerjaya di dalam perkhidmatan TLDM.

KDP1
Acara yang Berlaku di Majlis Pelepasan (Send-Off) Tim Kepakaran KDP
KDP2

Kerja-kerja Persiapan Tapak Pameran Kepakaran KDP
KDP3

Tim Kepakaran Bergambar Kenangan dengan YBhg PTL

Seramai 52 ahli tim pameran KDP merangkumi 8 Pegawai dan 44 Jurulatih serta Staf daripada Fakulti dan Jabatan di KDP telah terlibat di dalam pameran ini. Pameran diketuai oleh Pegawai Staf Pengurusan Penempatan (PSPP) Lt Kdr Muhamad Firdaus bin Muhamad Khalid TLDM. Pergerakan tim pameran dimulai dengan acara Pelepasan (Send-Off) pada 2 Ogos 17 di Dewan Senaman KDP yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Kept Rosli bin Abd Ghani TLDM. Dalam ucapannya, Pegawai Memerintah berharap agar objektif pameran ini dapat dicapai dan mahukan penampilan elemen keazaman, moral dan etika yang tinggi daripada semua warga yang terlibat serta mengutamakan aspek keselamatan. Beliau mengingatkan agar amal ibadah dan doa tidak diabaikan dalam melaksanakan tugasan agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

KDP4
YBhg PTL dan Puan Sri turut mengunjungi Pameran Kepakaran KDP
KDP5

Sambutan luar biasa pengunjung terhadap Pameran Kepakaran KDP

Pada 5 Ogos 17, Pameran Kepakaran KDP telah berlangsung. Perbarisan Tamat Latihan telah berjalan dengan lancar dan Pameran Kepakaran KDP menjadi tarikan utama pengunjung setelah perbarisan selesai. YBhg Panglima Tentera Laut selaku Laksamana Pemeriksa Perbarisan Tamat Latihan Pengambilan 215/17 serta Puan Sri diiringi oleh Pegawai Kanan TLDM juga tidak melepaskan peluang mengunjungi Pameran Kepakaran KDP. Pameran ini telah berjaya menarik kehadiran 3000 pengunjung. Pameran tamat jam 1500. Tim Pameran Kepakaran KDP telah bertolak balik ke Pangkalan TLDM Lumut pada jam 1700.

 

Rujukan:080817/01
Sumber: Jabatan Pengurusan Latihan
Artikel: Lt Kdr Mohd Fairus bin Md Aris TLDM
Jurufoto: PR KDP

Last modified on Monday, 25 September 2017 07:40

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM