PANGLIMA

PANGLIMA (15)

Mac 16

PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN

Written by

LAKSMA ZAINUL RASHID 1 Kecil

LAKSAMANA PERTAMA ZAINUL RASHID BIN ABDULLAH

PAT SDK KAT KMN AMK BCK PJM PPS PPA Dharma Nusa (Indonesia) AMM (EU)
MSocS PS (UKM) Dip SDS (UM) mpdrm psc

Laksamana Pertama Zainul Rashid bin Abdullah dilahirkan pada 15 Mei 1962 di Bandar Baru, Kedah. Beliau telah memasuki perkhidmatan TLDM pada 01 Februari 1981 sebagai Pegawai Kadet pengambilan ke-26 dan telah ditauliahkan sebagai pegawai TLDM 18 Disember 1982.

Laksamana Pertama Zainul Rashid bin Abdullah menjawat jawatan Panglima Pasukan Simpanan TLDM pada 17 Jun 2020 dan sebelum ini beliau diberi amanah untuk memegang pelbagai jawatan penting seperti Pegawai Laksana KD KELEWANG, Pegawai Jurulatih Sel Pengajian C (ASW) NETC (Fakulti Pegawai), Pegawai Jurulatih Akademi Tentera Malaysia, Pegawai Memerintah KD PENDEKAR, Pegawai Staf Eksesais (ASW) Markas Armada, Pegawai Staf 1 TKA Mk ATM, Pegawai Staf 1 Doktrin Mk ATM (BOLP), Pegawai Staf 1 Doktrin Sel Eksesais Peperangan Bersama Markas Angkatan Bersama, Pegawai Staf 1 Audit dan Keutuhan Mk TL (BPS), Marsyal Provos Mk TL (PROTELA), Pengarah Simpanan MkTL - Simpanan, Pengarah Rancang Operasi, Mk ATM (CPM), Pengarah Sekretariat Mk TL Tadbir (N1-2) dan Pengarah Staf Am Mk ATM (BPA CSA).

Laksamana Pertama Zainul Rashid bin Abdullah telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Noorisah bte Mohd Ismail dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Beliau seorang yang aktif dan komited dalam melaksanakan tugasnya.

Jan 15

POSTER panglima kapal selam

LAKSAMANA PERTAMA MOHD RAZIB BIN TAHIR

PAT SIS KAT PPS PPA MSoc Sc DS (UKM) M Intl Rel (Deakin) BBA (UNIRAZAK)
mpat dssc nsc

Laksamana Pertama (Laksma) Mohd Razib bin Tahir dilahirkan pada 28 Ogos 1971 di Johor. Beliau memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai Pegawai Kadet pada tahun 1990 dan telah ditauliahkan sebagai Lt Muda dalam Cawangan Eksekutif mulai 1 Julai 1992. Beliau telah berkhidmat di kapal peronda dan Kapal Pembinasa Laju Misil dan Meriam. Laksma Razib telah mendapat kelayakan sebagai Pegawai Operasi pada 2000 setelah menamatkan Kursus Pegawai Peperangan Utama di HMAS DRYAD, United Kingdom. Beliau kemudiannya diperjawatkan sebagai Pegawai Peperangan Utama KD LEKIR dan KD JEBAT pada tahun 2001-2004. Laksma Razib merupakan seorang graduan Naval Staff Course United States Naval War College, Rhode Island.

Laksma Razib telah menyertai perkhidmatan kapal selam mulai Julai 2005 dan merupakan salah seorang daripada perintis Angkatan Kapal Selam TLDM. Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Laksana KD TUN RAZAK yang pertama dan terlibat sepenuhnya di dalam pelayaran pulang KD TUN RAZAK dari Perancis ke Malaysia. Beliau telah mengambil alih tampuk pemerintahan KD TUN RAZAK pada tahun 2012-2014 dan kemudiannya melengkapkan peranan beliau di Angkatan Kapal Selam TLDM sebagai Pegawai Memerintah Pusat Latihan Kapal Selam merangkap Ketua Staf Markas Pemerintahan Kapal Selam mulai tahun 2015-2019.

Laksma Razib memiliki Ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Hubungan Antarabangsa dari Universiti Deakin, Australia. Kedua-dua ijazah tersebut diperolehi melalui pengajian di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia pada 2016 dan Defence and Strategic Studies Course di Australia War College pada 2020.

Pada 24 Disember 2020, Laksma Razib telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Kapal Selam yang ke-6 dan seterusnya dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama pada 4 Januari 2021. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Rohaizah dan dikurniakan empat cahaya mata.

PANGSEPIsmall

LAKSAMANA PERTAMA ABDULLAH SANI BIN ISMAIL

PAT ASDK KAT AMTPJM PPS PPA MNSA nsc

Laksamana Pertama Abdullah Sani bin Ismail dilahirkan di Jerteh, Terengganu pada 12 Sep 67. Beliau mula berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 1 Sep 85 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Pegawai TLDM pada 1 Sep 87 dalam Senarai Tugas Am Cawangan Eksekutif. Atas kecemerlangan tugas, beliau terus meningkat dalam hierarki kepimpinan TLDM dengan menyandang pangkat Laksamana Pertama (setaraf Brigadier Jeneral Tentera Darat Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia). Kini beliau diperjawatkan sebagai Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api di Markas Selam dan Peperangan Periuk Api sejak 10 Feb 20.

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah diperjawatkan dengan beberapa jawatan penting di kapal-kapal dan unit pangkalan TLDM antaranya sebagai Pegawai Memerintah di KD KELEWANG, Pegawai Laksana di KD MUSYTARI dan KD PENDEKAR, Pegawai Dasar dan Latihan di Cawangan Pembangunan Projek Angkatan Kapal Selam, Markas Tentera Laut, Asisten Ketua Staf Operasi Dan Peperangan dan Ketua Staf Memangku Panglima Angkatan Kapal Selam di Markas Angkatan Kapal Selam, pegawai Memerintah Merangkap Pegawai Kanan Armada Dan Pegawai Kanan Skuadron Korvet Ke – 22 di KD LEKIR dan Asisten Ketua Staf Kesiagaan di Markas Pemerintahan Armada Barat (Bahagian Kesiagaan Dan Prestasi) serta beberapa perjawatan penting yang lain. Beliau telah melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan profesional, penuh dedikasi dan komited. Semasa berkhidmat di kapal-kapal TLDM, beliau sering terlibat dengan pelbagai operasi dan latihan-latihan di perairan Sabah, Laut China Selatan (Kawasan Terumbu Spratly), perairan pantai timur Semenanjung dan Selat Melaka. Beliau juga banyak melibatkan diri di dalam setiap latihan yang dilaksanakan oleh TLDM dengan negara luar seperti Bilateral Exercise dan Five Power Defence Arrangement (FPDA). Semasa berkhidmat sebagai Pegawai Perancang Eksesais, beliau telah ditugaskan untuk merancang latihan kapal-kapal TLDM di dalam eksesais gabungan dengan negara-negara luar seperti Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, Brunei, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Dengan adanya eksesais seumpama ini, ianya secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara berkenaan.

Sebagai Asisten Ketua Staf Operasi dan Peperangan di Markas Angkatan Kapal Selam TLDM, beliau telah berjaya memainkan peranan dalam memastikan aspek pengoperasian kapal selam sesuai dengan dasar operasi unit yang telah dikeluarkan. Beliau juga merupakan tunggak utama kepada beberapa kejayaan yang telah diraih oleh Markas Angkatan Kapal Selam antaranya pencapaian Anugerah 4 Bintang semasa Audit Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti AIMS dari tahun 2010 hingga 2012, Johan bagi Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan pada tahun 2011 dan Naib Johan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan pada tahun 2012 (Submarine Foundation Training (SubFT). Beliau juga banyak membantu unit tersebut untuk terpilih bagi mewakili TLDM dalam Audit Sistem Star Rating ATM oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan unit diberi Pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 serta Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007.

Laksamana Pertama Abdullah Sani juga bergiat aktif dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh masyarakat setempat seperti Program Tentera Masuk Desa (TMD), Projek Jiwa Murni dan aktiviti gotong-royong. Bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman, beliau telah berpeluang mengikuti beberapa kursus sama ada di dalam dan luar negara, antaranya ialah Kursus Kapal Selam di Karachi, Pakistan dan Australia, Kursus Penterjemahan Bahasa di Universiti Malaya, Kursus Staf di Amerika Syarikat, Kursus Submarine Fleet Manager Training di Sepanyol, Kursus Bengkel Kesiapsiagaan ATM di Kementerian Pertahanan serta beberapa kursus lain sesuai dengan kepakaran dan bidang tugas beliau.

Mac 04

P5Paskal20small

LAKSAMANA PERTAMA DATO' HJ MOHD REDZUAN BIN HJ TALIB

DSIS PAT KAT AMN PJM PNBB PPS PPA MSoc Sc (UKM) Dip PSP (UM) mpat psc

Laksamana Pertama Hj Mohd Redzuan bin Haji Talib TLDM dilahirkan pada 28 September 1967 di Mambau Negeri Sembilan. Beliau telah menyertai Tentera Laut pada 1 September 1985 setelah menamatkan pendidikan di Sekolah Menengah Mantin. Beliau menjawat jawatan sebagai Panglima Pasukan Khas Laut ke-4 pada 19 Februari 2020. Sepanjang berkhidmat, beliau telah memegang pelbagai perjawatan di darat termasuklah Pegawai Memerintah Pasukan Unit 1 dan 2, Pengarah Operasi Khas di Markas Angkatan Bersama dan perjawatan beliau adalah Ketua Staf Markas Wilayah Laut 3.

Laksamana Pertama Hj Mohd Redzuan telah mengikuti pelbagai kursus profesional dan ketenteraan sepanjang kerjayanya. Antaranya termasuk Kursus Advanced Clearance Diving di HMS PENGUIN Australia dan Kursus Komandan Kontinjen Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bangladesh. Beliau telah memperolehi Sarjana Sains dalam Pertahanan dan Pengajian Strategik dari Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau juga memiliki berbagai pengalaman dalam melayani negara-negara lain seperti MINURSO Sahara Barat dan UNMIS Sudan sebagai pemerhati Tentera untuk misi menjaga keamanan PBB.

Laksamana Pertama Hj Mohd Redzuan telah berkahwin bersama Hajah Hilda bt Mohd Nor dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Beliau sangat aktif bersukan dan mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang mencabar diri beliau di dalam sukan lasak dan bermain skuasy.

Jan 19

Panglima Logistik Timur Satria Sarawak 001 

LAKSAMANA PERTAMA HJ SATRIA SARAWAK BIN HJ JAIS

PAT KAT KMN PJM PPS PPA MSc EBM (Warwick) MSoc Sc DS (UKM) Dip SDS (UM)
Dip Sc Log (UTM) CMILT mpat psc

Laksma Hj Satria Sarawak telah memulakan kerjaya dalam TLDM sebagai Pegawai Kadet dan ditauliahkan pada 6 Disember 1986 dalam kepakaran Cawangan Bekalan dan Urusetia. 

Di awal perkhidmatan, beliau telah ditempatkan untuk menjalani latihan di KD NEGERI SEMBILAN, KD SRI INDERASAKTI dan Markas Wilayah Laut 1, Kuantan. Seterusnya beliau telah memegang jawatan sebagai Pegawai Bekalan Stesyen LIMA TLDM yang pertama pada tahun 1988 dan sebagai Pegawai Staf Unit Pangkalan Terumbu di Markas Wilayah Laut 2, Labuan. Antara perjawatan penting di Markas Tentera Laut yang pernah beliau sandang adalah sebagai Pegawai Staf 3 Anggota Pegawai (Bahagian Sumber Manusia) manakala di Bahagian Materiel pula sebagai Pegawai Staf 1 Bekal, Pengarah Kewangan/Belanjawan, Pengarah Pembangunan Materiel dan Pengarah Kanan Materiel. Di Bahagian Rancang dan Operasi, beliau diperjawatkan sebagai Pegawai Staf 1 Kewangan bagi pengurusan projek-projek Pembangunan TLDM dan pengurusan logistik kapal-kapal TLDM yang beroperasi di luar negara. 

Perjawatan di Markas dan Unit Pangkalan TLDM Lumut pula sebagai Pegawai Jurulatih Bekalan dan Ketua Sekolah Komputer di KD PELANDOK, AKS Logistik/Komander Materiel di Markas Pangkalan Lumut dan KD MALAYA serta sebagai Pegawai Memerintah Depot Bekalan Armada Barat. Di peringkat Markas ATM, beliau telah menjawat jawatan Pengarah Bahagian Operasi Logistik dan Bantuan Bersama di Bahagian Logistik Pertahanan. Beliau juga pernah bertugas di luar negara sebagai Pegawai ILS dan Katalog di Pasukan Projek Korvet Ke-2, Itali. Laksma Hj Satria terlibat secara langsung dalam penubuhan National Task Force dan merupakan AKS J4 dan Komander Komponen Logistik yang pertama apabila National Task Force ditubuhkan pada Mei 2020. Seterusnya pada 15 Disember 2020, beliau telah diperjawatkan sebagai Panglima Logistik Timur. 

Laksma Hj Satria Sarawak telah menghadiri pelbagai kursus kepakaran dalam bidang logistik, ketenteraan, pengurusan dan pengajian tinggi di pelbagai universiti dalam dan luar negara. Pencapaian akademik tertinggi adalah dalam Sarjana EBM daripada University of Warwick dan Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Beliau merupakan ahli profesional dalam Charted Malaysia Institute Logistic and Transport serta American Society of Quality. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Bersama Logistik bagi FPDA selama 2 tahun dan menghadiri Seminar Pacific Area Senior Officer Logistic (PASOLS) di Jepun dan China berkaitan Humanitarian Aid and Disaster Relief mewakili ATM. 

Laksma Hj Satria telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Hajjah Khatijah Md Nor dan dikurniakan dengan empat orang anak. 

Okt 29

PANGLIMA ARMADA BARAT

Written by

PAB Laksda Burn Copy

LAKSAMANA MADYA DATUK ABU BAKAR BIN MD AJIS

PSAT DPSM PAT PKK KAT KMN PJM PPS PPA MMgt DS (UCAN) MSoc Sc DS (UKM) mpat psc

Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Md Ajis dilahirkan pada 8 Mei 1964 di Nee Soon, Singapura dan menerima pendidikan awal di beberapa buah sekolah di Singapura dan Johor. Beliau menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada bulan Julai 1987 sebagai Pegawai Kadet dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada bulan Jun 1989.

Sepanjang perkhidmatannya, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar pernah diperjawatkan sebagai Pegawai Navigasi KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL dan Pegawai Memerintah KD JEBAT serta KD LEKIU, Pegawai Staf Rancang Latihan di Markas Armada, Pegawai Pembantu Tentera Laut kepada Panglima Armada dan Panglima Tentera Laut serta Pembantu Staf Ketenteraan kepada Panglima Angkatan Tentera. Beliau juga pernah diperjawatkan sebagai Pengarah Operasi dan Pengarah Sumber Manusia di Markas Tentera Laut serta pernah juga diperjawatkan sebagai Timbalan Panglima Armada di Markas Armada Barat, Panglima Wilayah Laut 1, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia sebelum dilantik sebagai Panglima Armada Barat sehingga kini.

Kursus yang telah dihadiri oleh Laksamana Madya Datuk Abu Bakar adalah seperti Navigation and Direction Specialization Course di India, Joint Command and Staff College di Australia, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera di Kuala Lumpur dan National Defence College di Thailand. Beliau memiliki Masters in Management and Defence Studies dari University of Canberra dan Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Laksamana Madya Datuk Abu Bakar telah berkahwin dengan Datin Mazuiyah binti Mohd Dom dan dikurnia 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Beliau meminati sukan golf dan berbasikal ketika waktu lapang.

Apr 29

PANGLIMA TENTERA LAUT

Written by

POSTER PTL 6.12.21 Update BARU Kecil

LAKSAMANA TAN SRI MOHD REZA BIN MOHD SANY

PGAT PSM PSD DPPN PSAT DPMS DPTS DSDK PMW PAT KAT KMN PJM PPS PPA MSc
DSS (NDU Islamabad) Dip PSP (UM) ncc psc

Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany telah dilahirkan pada tanggal 13 Ogos 1963 di Kuala Lumpur. Beliau mula menyertai Tentera Laut pada 1 Mei 1981 selepas menamatkan pengajian di Maktab Tentera Diraja. Sepanjang hampir 38 tahun berkhidmat, beliau telah memegang beberapa jawatan penting di dalam Tentera Laut dan tiga perkhidmatan termasuk Timbalan Panglima Tentera Laut, Panglima Angkatan Bersama, Panglima Wilayah Laut 1 dan pernah menggalas tugas sebagai Juruiring Tentera kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke-14. Datuk Mohd Reza telah dilantik sebagai Panglima Tentera Laut Ke-17 pada 30 November 2018.

Sepanjang mengharungi kariernya, Tan Sri Mohd Reza telah menghadiri pelbagai kursus profesional dan ketenteraan di dalam dan luar negara. Antaranya International Long Gunnery di INS Dronacharya, India, Kursus Staf di Maktab Turus Angkatan Tentera, Kuala Lumpur, Naval Command Course di United States Naval War College, Rhode Island, Amerika Syarikat dan Kursus Pengurusan Krisis Antarabangsa di Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR), Kuala Lumpur. Beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Sains Pengajian Strategik dan Pertahanan daripada National Defence University, Islamabad, Pakistan pada tahun 2009.

Laksamana Tan Sri Mohd Reza telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Sri Maslina binti Ismail pada 21 Jun 1986. Pasangan ini telah dikurniakan lima orang putera. Sebagai personaliti yang gemar menghayati keasyikan alam, Tan Sri Mohd Reza meminati aktiviti luar seperti berburu, memancing dan aktiviti lasak.

 

Sep 12

Laksma Yee Small

LAKSAMANA PERTAMA EE (YEE) TAI PENG

PAT KAT KMN PJM PPS PPA MNSA MMgt BBA (MIS) (UNITAR) Dip PSP (UM)
nwc (Thailand) ndc (Filipina) psc

Okt 29

AKS PP 

LAKSAMANA MUDA DATO’ ZULHELMY BIN ITHNAIN

PSAT DPMS DSPN PAT SIS KAT PJM PPS PPA Order Of Legion d’Honneur MNSA psc

Laksda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain dilahirkan pada 2 Januari 1968 di Dato’ Keramat, Kuala Lumpur. Beliau memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pegawai Kadet pada 6 Ogos 1986 dan ditauliahkan dua tahun seterusnya sebagai Leftenan Muda dalam cawangan Eksekutif. Menjangkau usia perkhidmatannya 34 tahun, beliau telah memegang pelbagai perjawatan di kapal mahupun di pangkalan. Antara perjawatan yang pernah beliau sandangi adalah Pegawai Navigasi dan Pegawai Laksana KD KRIS, Pegawai Navigasi KD GANYANG, Pegawai Persenjataan KD PAUS, Pegawai Persenjataan KD GANYANG, Pegawai Penyelidik PUSTAKMAR, Jurulatih Peperangan Fakulti Pegawai, KD PELANDOK dan Pegawai Peperangan Utama KD LEKIU. Beliau juga pernah diperjawatkan sebagai Pegawai Staf Kapal Selam di Markas Tentera Laut sebelum menyertai Kursus Latihan Kapal Selam di Perancis. Beliau juga merupakan Pegawai Memerintah Kapal Selam Pertama TLDM dan Pegawai Kanan Skuadron Kapal Selam Pertama iaitu KD TUNKU ABDUL RAHMAN.

Laksda Dato’ Zulhelmy telah mengikuti pelbagai kursus Luar Negara untuk meningkatkan kerjayanya dalam perkhidmatan, antaranya ialah Kursus Kelayakan Kapal Selam di HMAS Platypus, Australia pada tahun 1993, Kursus Pegawai Peperangan Utama di HMAS Dryad, United Kingdom pada Tahun 1996 dan Kursus Kapal Selam yang dikendalikan oleh Pusat Latihan Tentera Laut Perancis, NAVFCO di Brest, Perancis pada tahun 2005 hingga 2009 dan dianugerahkan Sijil Kelayakan Pegawai Memerintah Kapal Selam jenis Agosta sebelum dilantik sebagai Pegawai Memerintah Pertama Kapal Selam jenis Scorpene, KD TUNKU ABDUL RAHMAN. Sejarah tercipta apabila beliau berjaya belayar dengan membawa pulang Kapal Selam Pertama Malaysia, KD TUNKU ABDUL RAHMAN dari Perancis ke Malaysia yang mengambil masa hampir 2 bulan.

Laksda Dato’ Zulhelmy juga telah berkhidmat di Angkatan Kapal Selam TLDM dengan memegang beberapa perjawatan iaitu Pegawai Memerintah Pusat Latihan Kapal Selam TLDM, Timbalan Panglima Angkatan Kapal Selam dan Ketua Staf Merangkap Panglima Angkatan Kapal Selam sebelum menyertai kursus di Royal College of Defense Studies, United Kingdom selama setahun. Seterusnya beliau diperjawatkan sebagai Asisten Ketua Staf Pembangunan (J5), Markas Angkatan Bersama. Sebagai kesinambungan perkhidmatannya dalam Angkatan Kapal Selam TLDM, beliau dilantik sebagai Panglima Angkatan Kapal Selam pada 26 Feb 18. Beliau dilantik sebagai Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Laut pada 28 Jun 19 sehingga 5 Feb 21. Pada 18 Feb 21, Laksda Dato’ Zulhelmy telah dilantik menjadi Panglima Wilayah Laut 1 sehingga kini.

Laksda Dato’ Zulhelmy merupakan graduan daripada US Naval War College, Naval Staff College, Newport, Rhode Island pada tahun 2001. Beliau juga adalah alumni National Defence College of The Philippines dimana beliau mendapat Ijazah Sarjana dalam National Security Administration pada tahun 2012 dan pernah menerima The Outstanding Alumni Award pada 2018.

Laksda Dato’ Zulhelmy berkahwin dengan Kdr Datin Zamzelina binti Ahmad TLDM (B) yang merupakan pesara TLDM dan menjalankan perniagaannya sendiri dan telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Dalam Penglibatan sukan, beliau meminati sukan Golf di masa lapang.

Okt 29

Laksamana Muda Dato Anuar bin Mohamed Small

LAKSAMANA MUDA DATO' ANUAR BIN MOHAMED

PSAT DSIS PAT PMP KAT KMN AMP PJM PPS PPA MSoc Sc DS (UKM) MMaritimePol (UOW)
Dip PSP (UM) mpat psc

Laksamana Muda Dato' Anuar dilahirkan pada 9 Januari 1966 di Langkap, Perak. Beliau menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada tahun 1988 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 30 Jun 1990. Beliau mendapat pendidikan Sarjana Muda di Colorado School of Mines, Colorado, memperolehi Sarjana Sains Sosial dalam Pengajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Undang-undang Maritim dari Universiti Wollongong, Australia.

Laksamana Muda Dato’ Anuar telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan. Beberapa perjawatan penting termasuk Pegawai Memerintah KD KRIS, Pegawai Memerintah KD KEDAH, Pegawai Memerintah KD SRI GOMBAK, Pengarah Dasar dan Penyelidikan Sumber Manusia, Pengarah Perisikan Tentera Laut, Pembantu Tentera Laut 1, Pengarah Kanan Sumber Manusia TLDM dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia TLDM. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda pada 1 Nov 2019 dan dilantik sebagai Inspektorat Jeneral Angkatan Tentera Malaysia sejak Jun 2020 sehingga 6 Oktober 2021. Kini, Laksamana Muda Dato' Anuar memegang jawatan Panglima Pendidikan & Latihan (PPL) TLDM bermula 8 Oktober 2021.
Sepanjang kerjayanya yang cemerlang, Laksamana Muda Dato’ Anuar telah menyelia perkara-perkara yang merangkumi kesediaan operasi dan tempur TLDM, perisikan tentera laut TLDM, pembangunan latihan TLDM, pendidikan tinggi TLDM dan pembangunan modal insan TLDM. Beliau pernah menjadi Pembantu Tentera Laut (NA 1) kepada Panglima Tentera Laut TLDM ke-15, Laksamana (Dr.) Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar.

Laksamana Muda Dato’ Anuar juga telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya. Antaranya ialah Kursus Pegawai Perisikan Pertahanan (Gold Cost, Australia), International Maritime Intelligence (San Diego, USA), Pengurus Armada Kapal Selam (Cartagena, Sepanyol), Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia (MTAT) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (MPAT). Laksamana Muda Dato’ Anuar juga telah menghadiri persidangan antarabangsa, seminar dan simposium sama ada sebagai peserta, penceramah atau moderator yang merangkumi Simposium Tentera Laut Pasifik Barat, Persidangan Antarabangsa MIMA-CIIS, Dialog Antarabangsa Galle, Simposium Tentera Laut Lautan Hindi dan banyak lagi.

Bagi menghargai jasanya, Laksamana Muda Dato' Anuar telah dianugerahkan pingat dan anugerah iaitu Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS), Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), Kesatria Angkatan Tentera (KAT), Kesatria Mangku Negara (KMN), Ahli Mahkota Pahang (AMP), Pingat Jasa Malaysia (PJM), Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan Pingat Perkhidmatan Am (PPA).

Laksamana Muda Dato’ Anuar telah berkahwin dengan Datin Hamidah binti Mat Kasim dan dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri. Beliau gemar membaca, berkebun, bersukan seperti bola sepak dan badminton.

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 760

Semalam 853

Bulan ini 15752

Keseluruhan 1327520

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM