LAWATAN DELEGASI FAKULTI SISTEM KOMPUTER DAN KEJURUTERAAN PERISIAN, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

9 Ogos - Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi berbesar hati menerima kunjungan daripada delegasi Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Delegasi ini yang terdiri daripada 13 orang pensyarah diketuai oleh Timbalan Dekan Fakulti iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Nizam bin Mohd Kahar.

1
Pengarah Sistem Informasi dan Timbalan Dekan Fakulti
berbincang hala tuju kerjasama TLDM - UMP

Perbincangan selama hampir dua jam ini merangkumi kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam latihan atau seminar berkenaan perkembangan dan pembangunan ICT serta Big Data Analytic (BDA). TLDM juga menawarkan untuk menjadi platform kajian bagi penyelidikan yang memberi manfaat kepada perkhidmatan dan bersedia memberikan kerjasama yang sewajarnya. Delegasi dari UMP menunjukkan minat untuk bersama-sama terlibat dengan Research and Development (R&D) dalam ICT TLDM kerana banyak peluang yang boleh digunakan oleh pensyarah dan pelajar untuk meneroka industri baru.

2
Delegasi UMP bergambar di Pejabar Sistem Informasi

Kemuncak perbincangan, kedua-dua pihak bercadang untuk melaksanakan kerjasama antara TLDM dan UMP bagi merealisasikan matlamat yang bakal memberi manfaat kepada semua.

Sumber : Cawangan Informasi MkTL - KSI
Artikel : Lt Kdr Eini Suriani binti Louis TLDM

KURSUS LANJUTAN PEGAWAI BEKALAN SIRI 4 2019 (KLPB 4/19)

Sekalung ucapan tahniah kepada 15 Pegawai Bekalan dan Urus Setia (CB&U) berpangkat Lt Kdr TLDM dan seorang Pegawai Bekalan dari Tentera Laut Diraja Brunei kerana telah berjaya mengikuti Kursus Lanjutan Pegawai Bekalan Siri 4 2019 (KLPB 4/19) yang telah dilaksanakan di KD SULTAN IDRIS I (KDSI I). Kursus ini telah berlansung selama sebulan mulai 1 Jul 19 dan berakhir pada 2 Ogos 19. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Materiel, Laksamana Pertama Affenddy bin Suhaimi.

1
Bergambar Bersama Peserta Kursus Lanjutan Pegawai Bekalan Siri 4/2019 

Sepanjang pengajian, sebanyak 14 Modul telah berjaya pelajari dan peserta perlu menyiapkan kertas kerja untuk pengiktirafan Chartered Institute Of Logistics And Transport (CILT). Pensijilan CILT telah diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta pelaksana logistik dan pengangkutan pada peringkat dalam dan luar negara. Sebagai ahli CILT, Pegawai CB&U juga berpeluang menyertai sebarang simposium, kursus serta bengkel logistik dan pengangkutan yang dikendalikan oleh CILT samada di dalam dan luar negara. Selain peserta KLPB 4/19, seramai 11 Pegawai Kanan Bekalan juga turut serta menyiapkan dan membentangkan kerta kerja bagi pengiktiran CILT. Kesemua peserta telah berjaya menyiapkan dan persembahkan kertas kerja masing-masing di hadapan 4 panel dari CILT yang diketuai oleh Presiden CILT Malaysia.

2

Dalam melaksanakan KLPB, KDSI I telah melantik tenaga pengajar yang terdiri daripada Pegawai Kanan dari CB&U dan Malaysia Institute of Transport (MITRANS) - UITM untuk menyampaikan syarahan, berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengikut bidang serta kepakaran masing-masing. Asisten Ketua Staf Materiel juga telah dijemput dan berbesar hati menerima undangan semasa sesi Executive Talk bersama para peserta yang sudah pasti memberi semangat dan aspirasi kepada peserta. Lt Mohamad Hasmin bin Haji Hashim TLDB daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) merupakan peserta kursus antarabangsa yang pertama di jemput untuk mengikuti kursus ini. Buat julung kalinya kursus ini telah ditawarkan kepada peserta dari TLDB memandangkan KLPB mempunyai skop modul yang lebih meluas dalam bidang logistik yang sewajarnya dikongsi bersama negara luar.

Sumber : Lt Kdr Husnein Aras bin Abdul Azim TLDM

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM SIRI 220/19 LEPASAN SPM/SPMV/SKM (LELAKI & WANITA) DAN LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN (LELAKI)

promosi kerjaya DIPLOMA 220.19

BANCIAN RECOGNITION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING (RPEL) BAGI ANGGOTA TLDM

Bancian ini bertujuan adalah untuk mendapatkan jumlah anggota TLDM yang berminat terhadap jenis-jenis kursus yang ditawarkan oleh PERHEBAT. Sila KLIK DISINI untuk membuat bancian.

BICARA NARATIF KESIAGAAN DAN TRANSFORMASI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

WhatsApp Image 2019 04 29 at 15.23.23

12 INISIATIF GREEN NAVY

POSTER GREEN NAVY 1

SELAMAT MENYAMBUT HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SEDUNIA 28 APRIL 2019

POSTER NEW 5 mod 2

HARI TERBUKA PEGAWAI WAKIL TENTERA LAUT PULAU PINANG SEMPENA HARI ULANG TAHUN TLDM KE 85

FAIQ7221.JPG

VISSION AND MISSION

VISI

MENJADI SEBUAH PLATFORM KAPAL LATIHAN TLDM YANG TERBAIK DALAM USAHA SEMANGAT CINTAKAN MARITIM NEGARA.

MISI

MENDIDIK DAN MELATIH BELIA/BELIAWANIS SERTA PEGAWAI MUDA TLDM MENJADI ANGGOTA YANG TERAMPIL DALAM KERJAYA MASING-MASING DENGAN BERASASKAN PENGHORMATAN, KEPERCAYAAN, DISIPLIN, KEYAKINAN, KEMEGAHAN PASUKAN DAN SETIAKAWAN DISAMPING MENGHAYATI BUDAYA MARITIM.

FACILITIES

(gambar)

(gambar)

(gambar)

DEWAN KHATULITIWA DEWAN MAKAN BILIK MAKAN VIP

(gambar)

(gambar)

(gambar)

LOBI BILIK KARAOKE DAN TEATER BILIK MESYUARAT

(gambar)

(gambar)

(gambar)

BILIK REHAT PEGAWAI KEDAI MESIN DOBI LAYAN DIRI
 wifiarea

(gambar)

(gambar)

WIFI GELANGGANG SUKAN PENGINAPAN

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 10

Semalam 690

Bulan ini 700

Keseluruhan 732380

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM