KURSUS TEORI & PRAKTIKAL PENGURUSAN JENAZAH LELAKI 2018

KUANTAN, 24 Jul – Bertempat di Surau Al-Amin Balok Perdana telah berlangsungnya Kursus Teori dan Praktikal Pengurusan Jenazah Lelaki 2018 anjuran Pejabat Agama Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) yang telah melibatkan 32 orang peserta terdiri daripada unit-unit bawah naungan MAWILLA 1. 2 orang penceramah jemputan iaitu Ustaz Norazli bin Aziz dan Ustaz Syafie bin Hassan daripada Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menyampaikan ceramah yang bertajuk ''Kematian Suatu Kepastian'' serta menerangkan adab menziarahi orang sakit, perkara yang perlu dilakukan apabila berlakunya kematian dan tanda-tanda sebelum berlakunya kematian.

1
Penerangan secara teori pengurusan jenazah

2

3
Penerangan serta praktikal memandikan
jenazah serta menkafankan jenazah

4

5

6

Kursus pengurusan jenazah ini amat penting dilaksanakan dengan tujuan memberi pendedahan kepada anggota tentera berkaitan aspek-aspek pengurusan jenazah dengan cara yang betul serta menimbulkan perasaan tanggungjawab di kalangan anggota tentera dalam fardhu kifayah .

7
Penerangan cara-cara solat jenazah

8

Sepanjang kursus ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan terbahagi kepada dua sesi iaitu teori serta praktikal yang telah dilaksanakan oleh anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) MAWILLA 1. Antara aktiviti yang dilakukan ialah sesi ceramah, cara-cara menguruskan jenazah, cara-cara memandikan jenazah dengan betul, mengkafankan jenazah serta praktikal solat jenazah.

9
Peserta kursus menerima
sijil penyertaan daripada KS MAWILLA 1

10

11

12
Sesi bergambar kenang-kenangan

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta yang telah disampaikan oleh YBhg Kept Muhamad Shakir bin Salleh TLDM, Ketua Staf MAWILLA 1.

Rujukan : 250718/01
Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel : BK TNL Ahmad Hafiz b Yahya
Jurufoto : P/BM PRL Muhaymin bin Mohd Nasir

83 SERTAI KURSUS CTC DAN ASAS PTM PSSTLDM SABAH

SANDAKAN, 19 Julai 2018 – Pada 12 hingga 18 Julai 2018 yang lalu, Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan telah mengelolakan Kursus Laskar Kanan (LK), Laskar Kelas I (LK I), Laskar Kelas II (LK II) yang dikenali sebagai Common Training Course (CTC) atau Kursus Bersepadu dan Kursus Asas Perajurit Muda (PtM) PSSTLDM peringkat Zon Sabah di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bagai Budi, Sandakan.

Gambar 1
UJI KETAHANAN…Aktiviti fizikal dilaksanakan bagi menguji
kemampuan dan ketahanan fizikal peserta

Gambar 2
Perasmian Kursus oleh
YBhg Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang PSSTLDM

Gambar 3
Latihan Kawad Kaki

Seramai 83 anggota pelatih PSSTLDM yang hadir dari unit-unit PSSTLDM dari seluruh Sabah iaitu KD SRI LIKAS, PSTL Tawau, PSTL Labuan dan PSTL Sandakan. PSTL Sandakan selaku tuan rumah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Markas Pasukan Simpanan TLDM, Kuala Lumpur bagi mengelolakan kursus kerjaya untuk anggota PSSTLDM terlibat. Majlis Perasmian Pembukaan Kursus telah dirasmikan oleh Pegawai Kehormat PSSTLDM Sandakan, YBhg Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang PSSTLDM pada 12 Julai 18.

Gambar 4
Kelas Teori Istiadat

Gambar 5
Kelas Mencegah Kebanjiran dan Melawan Api (MKMA)
- Pengenalan Alat Pemadam Api Kecil (APAK)

Sepanjang kursus dijalankan, para pelatih didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan ilmu asas ketenteraan seperti ilmu kelautan, pentadbiran, persenjataan, kawad kaki dan sebagainya bagi membentuk sahsiah dalam diri anggota serta ketahanan mental dan fizikal untuk menjadi sebahagian anggota tentera.

Gambar 6
Latihan Rempuh Halangan

Gambar 7
Lawatan malam ke mess kediaman pelatih

Gambar 8
Aktiviti sukan

Gambar 9
KEMANTAPAN ROHANI…Aktiviti qiamullail turut dilaksanakan

Kursus ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan serta melatih diri untuk menjadi lebih berdisiplin dalam kehidupan seharian. Latihan yang bermula seawal jam 4 pagi setiap hari itu dimulai dengan aktiviti sembayang subuh berjemaah dan seterusnya latihan jasmani pagi di padang kawad. Seterusnya pada sebelah siang hari pula, peserta kursus diberikan latihan di dalam kelas. Latihan kecerdasan seperti rempuh halangan dan aktiviti Flying fox turut dilaksanakan bagi menguji ketahanan dan kemampuan fizikal mereka.

Gambar 10
Gambar kenangan bersama Jurulatih dan Pelatih Kursus

Gambar 11
Datuk Charles memberikan cenderahati kepada PANGWILLA 2

Gambar 12
Pelatih bergambar kenang-kenangan bersama
PANGWILLA 2 di Majlis Penutup

Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Panglima Markas Wilayah Laut 2, YBhg. Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam pada 17 Julai 18 dan turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Tadbir (N1), Lt Kdr Ishak bin Md Rasan TLDM selaku Pegawai Memerintah Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan.

Rujukan : 230718/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – PSTL Sandakan.
Artikel : PtM Jumarni binti Tahir
Jurufoto : LK KOM Siti Noorhadzlinah binti Junait

OSTEX EAST 1/18 MENGUJI KESIAGAAN MARKAS ASET NAUNGAN MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA TIMUR

Kota Kinabalu, 20 Jul 2018 – Aset Markas Pemerintahan Armada Timur (MPA Timur) telah membuktikan kesiagaan dan kecekapannya dalam melaksanakan operasi maritim di dalam OSTEX EAST 1/18 yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 18 hingga 19 Jul 18.

Ucapan penutup OSTEX EAST 1 18
Ucapan penutup OSTEX EAST 1/18 oleh Pangima Armada Timur,
 Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman bin Hj Ayob

Pesawat Hawk melakukan simulasi serangan Udara terhadap kapal TLDM 2
Pesawat Hawk melakukan simulasi
serangan Udara terhadap kapal TLDM

Pesawat Hawk melakukan simulasi serangan Udara terhadap kapal TLDM

OSTEX EAST 1/18 melibatkan MPA Timur dan Aset-aset dibawah naungan serta penglibatan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam melaksanakan pelbagai dimensi peperangan maritim. Sebanyak 7 buah kapal TLDM dan sebuah pesawat Fennec. Pesawat TUDM iaitu Hawk dan EC-725 juga terlibat sebagai aset bantuan bagi siri Air Defence Exercise (ADEX) dan Helicopter Insertion and Extraction (HIE).

PERSIAPAN SEMASA EVOLUSI MENUNDA 2Persiapan semasa Evolusi menunda

PERSIAPAN SEMASA EVOLUSI MENUNDA

Objektif utama OSTEX EAST 1/18 ialah untuk menilai kesiagaan aset naungan MPA Timur. OSTEX EAST 1/18 lebih memfokuskan kepada latihan dan pendedahan praktikal kepada warga kapal bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan dalam peperangan maritim.

ANGGOTA KOMUNIKAS DALAM LATIHAN SEMAPHORE
Anggota Komunikasi Dalam Latihan Semaphore

DISCMAN MEMBERI ISYARAT SEMASA EVOLUSI PEMINDAHAN TALI BALINGAN
Discman Memberi Isyarat Semasa
Evolusi Pemindahan Tali Balingan

LATIHAN DCFF DI KAPAL
Latihan DCFF Di Kapal

Kejayaan OSTEX EAST 1/18 akan dijadikan sebagai pencetus idea-idea baru dalam pelaksanaan siri Latihan akan datang. Selain itu, setiap kekurangan yang dikenal pasti pada tahun ini akan ditambah baik pada penganjuran eksesais pada masa akan datang. Ianya bertujuan bagi menaik taraf tahap pelaksanaan untuk sama-sama berbangga dengan setiap kejayaan yang ditempa oleh semua warga The Navy People.

MEMINDAH ANGGOTA CEDERA SEMASA LATIHAN DCFF
Memindahkan Anggota Cedera Semasa Latihan DCFF

ANGGOTA PASKAL SEMASA LATIHAN HIE
Anggota PASKAL semasa Latihan HIE

ANGGOTA PASKAL SEMASA LATIHAN HIE 2

ANGGOTA PASKAL SEMASA LATIHAN HIE 3

KAPAL BERTAMBAT DI PELABUHAN SELESAI LATIHAN
Kapal Bertambat Di Pelabuhan Selesai Latihan

KAPAL BERTAMBAT DI PELABUHAN SELESAI LATIHAN 2

Majlis Penutup OSTEX EAST 1/18 telah berlangsung di Auditorium Wisma Pelayaran pada hari ini dan ia disempurnakan oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman bin Hj Ayob dan turut dihadiri oleh Pegawai Kanan Makas dan Pegawai-pegawai Memerinah unit yang terlibat.

Rujukan : 220718/02
Sumber : Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel : Komunikasi Strategik Armada Timur
Jurufoto : LK I TLS Hakimi

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SARAWAK 2018

KUCHING - 22 Jul 18 – Acara Perhimpunan bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak 2018 telah dilaksanakan di Dataran Perayaan (Celebration Square),Jalan Stadium Petra Jaya Kuching,Sarawak bermula pada jam 0900 pagi.

Persembahan Selamat Datang Dan Koir
Persembahan Selamat Datang dan Koir

Ucapan Oleh Ketua Menteri Sarawak
Ucapan oleh Ketua Menteri Sarawak

Sambutan ini telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua negeri Sarawak dan Yang Amat Berbahagia Ketua Menteri Sarawak serta dif-dif kenamaan serta warga Sarawak. Selain itu Pasukan Beruniform juga turut serta dalam menjayakan sambutan tersebut iaitu wakil dari PDRM,TLDM,TDM dan agensi-agensi lain.Kerajaan Sarawak melalui Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak telah menjemput TLDM yang diwakili oleh Ketua Tim Nukleus Mawilla 4 Kdr Mohd Rahmat bin Abdul Rahman TLDM.

Sekitar Majlis
Sekitar Majlis Sambutan

Sekitar Majlis Sambutan

Majlis dimulakan dengan nyanyian Ibu Pertiwiku, persembahan selamat datang dan Koir, bacaan doa, tayangan montaj dan upacara menaikkan bendera Sarawak.Seterusnya ucapan oleh Yang Amat Berbahagia Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg Ketua Menteri Sarawak.

Upacara Memotong Kek Hari Kemerdekaan Sarawak 2018
Upacara Memotong Kek Hari Kemerdekaan Sarawak 2018

Pasukan Beruniform Yang Hadir

Majlis sambutan diteruskan dengan upacara memotong kek Hari Kemerdekaan Sarawak.Majlis sambutan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.Majlis sambutan tersebut selesai pada jam 11.30 pagi.

Rujukan : 220718/01 
Sumber : PWTL Kuching
Artikel : BM TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon
Jurufoto : BM TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon

41 TAHUN BERKHIDMAT, KD MUTIARA KINI DILUCUT TAULIAH

Lumut, 20 Julai – Tambatan Pangkalan Lumut menjadi lokasi pilihan bagi penganjuran majlis penuh bersejarah dan tradisi bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Majlis Pelucutan Tauliah Kapal Diraja (KD) MUTIARA. Majlis ini telah disaksikan serta disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan warga Navy People.

Gambar 1
KD MUTIARA tersergam indah. 41 tahun berkhidmat, kini ia ‘direhatkan’

Gambar 2
PTL menandatangani Commemorative Chart Pelucutan Tauliah

Majlis penuh bersejarah ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran veteran TLDM serta mantan-mantan Pegawai Memerintah yang pernah berkhidmat bersama KD MUTIARA. KD MUTIARA telah ditauliahkan dan diterima masuk ke perkhidmatan mulai 18 Dis 77 dan merupakan inventori dalam Skuadron Hidrografi ke-36. Setelah menabur bakti hampir 41 tahun bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD MUTIARA kini bakal mengakhiri perkhidmatannya pada 20 Jul 18. Pelucutan tauliah kapal ini adalah menyokong kepada Transformasi TLDM melalui Program 15 to 5 yang diperkenalkan Panglima Tentera Laut. Melalui inisiatif bagi penyusunan semula armada agar kapal-kapal dapat beroperasi dengan lebih efektif berasaskan sokongan rutin selenggaraan dan pengurusan aset TLDM dengan lebih efisien. Transformasi ini membolehkan TLDM memiliki armada yang kuat dan berkeupayaan dalam menangani cabaran semasa pada masa hadapan.

Gambar 3
Penyerahan cenderahati kepada Pegawai Memerintah Pertama dan
Terakhir KD MUTIARA, Kept (B) Goh Siew Chong TLDM
dan Kdr Khairul Anuar b. Abdul Aziz TLDM

Majlis dimulakan dengan pembacaan sejarah kapal KD MUTIARA oleh Pegawai Memerintah Kapal iaitu Komander Khairul Anuar bin Abdul Aziz TLDM. Setelah pembacaan selesai, ketukan loceng sebanyak 41 kali simbolik tahun perkhidmatan KD MUTIARA dibunyikan. Lagu ‘Last Post’ turut dimainkan mengiringi panji-panji dan Pennant Tauliah kapal semasa diturunkan. Kapal-kapal yang berada di Tambatan Pangkalan Lumut juga turut sama mengibarkan bendera penuh serentak Gada-gada Lucut Tauliah diturunkan sebagai tanda penghormatan. Usai tiupan tetuang, Navy People turut menyaksikan penurunan Insignia Pemerintah Pegawai Memerintah oleh Panglima Tentera Laut.

Gambar 4
Acara penurunan Gada-gada Tauliah terlaksana
dengan penuh istiadat tentera laut

Gambar 5
Kenangan indah. Mantan Pegawai Memerintah
bersama PTL, TPTL dan PA Barat

Panglima Tentera Laut dalam ucapan beliau berkata KD MUTIARA telah banyak berjasa untuk Negara. Banyak pencapaian, kecemerlangan dan pengalaman yang diperolehi oleh ribuan warga kapal yang menyertainya sepanjang 41 tahun berkhidmat. Kepada Veteran, Kru dan Mantan Pegawai Memerintah, TLDM mengucapkan terima kasih atas khidmat dan pengorbanan. Kenangan manis tetap akan dikenang sampai ke akhir hayat.

Rujukan : 200718/04
Artikel : Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Sumber : Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Jurufoto : Pejabat Perhubungan Awam MPAB

AL-QURAN PEMANGKIN KESEMPURNAAN IMAN TEMA PILIHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT TLDM

LUMUT, 19 Jul 18 – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi tahun 2018 Masihi bersamaan 1439 Hijrah telah berlangsung penuh sederhana namun meriah di Auditorium M.Sidek Shabudin, Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Gambar 1
Laksamana Tan Sri Kamarulzaman diperkenalkan
kepada peserta akhir tilawah

Gambar 2
Auditorium M.Sidek Shabudin dipenuhi warga
Navy People yang hadir memberi sokongan

Bertemakan ‘Al-Quran Pemangkin Kesempurnaan Iman’, warga Navy People telah menyaksikan 13 peserta berentap meraih gelaran Juara Qari dan Qariah di peringkat akhir bermula seawal jam 9 pagi. Bagi saringan akhir, sebanyak 4 Kategori telah dipertandingkan iaitu kategori Pegawai, Qari dan Qariah serta Saudara Baru dari 5 formasi TLDM iaitu Markas Tentera Laut, Markas Pemerintahan Armada Barat, Markas Pangkalan Lumut, Markas Logistik Barat, Markas Wilayah Laut 3 dan Markas Wilayah Laut 1.

Gambar 3
Bacaan ayat suci Al-Quran daripada pemenang

Gambar 3.2

Majlis yang dianjurkan oleh Markas Pemerintahan Pasukan Khas Laut ini telah melibatkan kesemua warga Navy People yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut dalam menyumbang tenaga bagi persiapan majlis. Melalui penganjuran majlis seperti ini, TLDM juga dapat membuktikan bahawa perkhidmatan tetap memberi penekanan dan fokus terhadap tahap penguasaan bacaan Al-Quran warganya. Ini turut sama membawa objektif bahawa TLDM komited melahirkan warga yang bertaqwa, berakhlak mulia serta berhati waja.

Gambar 4.2
Piala pusingan bukti kejuaraan dalam MTAQ18

Gambar 4

Majlis penutup dimulakan dengan persembahan nasyid oleh Badan Kesenian TLDM (BAKES). Majlis diteruskan dengan pengumuman keputusan oleh Ketua Jemaah Hakim serta diikuti bacaan oleh para pemenang. Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pemenang seterusnya menyampaikan ucapan penutup Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TLDM 2018. Majlis diakhiri dengan bacaan doa, sesi bergambar dan jamuan. Tahniah dan syabas kepada kesemua peserta yang berjaya. Berikut senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

Gambar 5.2
Peserta Tilawah bergambar kenangan bersama
Panglima Tentera Laut dan Puan Sri Noor Azrina Abdullah

Gambar 5

Pemenang Keseluruhan : Markas Pemerintahan Armada Barat

A. Kategori Peg
1. Johan - Lt Mohd Shamram Bin Ramli TLDM
2. Naib - Lt Mohd Arif Bin Soef TLDM
3. Ketiga - Lt Kdr Salsabil Bin Ismail TLDM

B. Qari
1. Johan - LK 1 JTP Mohd Syahid Bin Salim
2. Naib - P/PW TLS Mohd Hafizan Bin Mohamad
3. Ketiga - BM PAP Mohd Rofieen Yusof

C. Qariah
1. Puan Rozaihan Razali
2. LK TNL Norzaiyana Kamaluddin
3. Puan Rohaizah Akasah

Saudara Baru
LK PGM Muhammad Amin Abdullah

Rujukan : 200718/03
Artikel : Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Sumber : Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Jurufoto : Pejabat Perhubungan Awam MPAB

MAJLIS MERAIKAN ANGGOTA BERTUKAR KELUAR, MENAMATKAN PERKHIDMATAN DAN ULANG TAHUN KELAHIRAN ANGGOTA

KUCHING – 20 Jul 18 – Majlis Meraikan Anggota Bertukar Keluar, Menamatkan Perkhidmatan dan Ulang Tahun Kelahiran Anggota Pada Bulan Mei dan Julai telah disempurnakan oleh Lt Kdr Aminudin bin Bonimin TLDM Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching di PWTL Kuching. Majlis bermula pada jam 1000 pagi.

penyampaian cenderahati BK Rino
Majlis Penyampaian Cenderahati

penyampaian cenderahati BM Soffian

penyampaian cenderahati LK Rashid

Majlis didahulukan dengan acara penyampaian cenderahati kenangan kepada anggota yang akan bertukar keluar dan yang akan menamatkan perkhidmatan. 830135 P/BK PRL Rino bin Harmin akan bertukar keluar ke kapal Bunga Mas 5 pada 19 Ogos 2018, 826833 BM KOM Muhammad Soffian bin Jaafar akan bertukar keluar ke KD Kasturi pada 29 Julai 2018. Seterusnya 834454 LK TLR Abdul Rashid bin Seri yang sedang menjalani latihan peralihan akan menamatkan perkhidmatan pada 7 Febuari 2018.

46245aaa 07a4 423f b894 c4d85dc499ae
Majlis Pemotongan Kek Ulang Tahun Kelahiran

Majlis seterusnya adalah acara pemotongan kek sempena ulang tahun kelahiran bagi pegawai dan anggota yang lahir pada bulan April, Mei, Jun dan Julai. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching. Ucapan yang disampaikan agar anggota yang bertukar keluar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaiknya di unit yang baru. Majlis selesai pada jam 1100 pagi.

Rujukan : 200718/02
Sumber : PWTL Kuching
Artikel : BM TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon
Jurufoto : LK TLS Haliq bin Rosli

LATIHAN PERTAHANAN PANGKALAN MENCAPAI OBJEKTIF

Kota Kinabalu 17 jul 18 - Latihan Pertahanan Pangkalan sempena OSTEX EAST 1/18 telah dilaksanakan dengan jayanya bermula dari 17 hingga 18 Jul. Latihan ini merupakan latihan pertama yang diadakan sejak penubuhan Markas Pemerintahan Armada Timur (MPA Timur) pada 27 Apr 17. Tujuan latihan diadakan bagi menguji Prosedur Operasi Standard yang baru di olah semula sesuai dengan penubuhan MPA Timur. Latihan ini melibatkan 4 organisasi yang penting iaitu Markas Operasi Pertahanan Pangkalan (MOPP), Markas Pemerintahan Sektor (MSP), Tim EXCON dan Tim Penilai.

Taklimat perisikan diberi oleh Komander MOPP Kdr Clarence ak Ruman
Taklimat perisikan diberi oleh Komander MOPP,
P/Kdr Clarence ak Ruman TLDM

Pemeriksaan Kenderaan dilakukan oleh anggota PROTELA
Pemeriksaan Kenderaan dilakukan oleh anggota PROTELA

Latihan Melawan Kebakaran mensimulasikan fasiliti TLDM berjaya di sabotaj
Latihan Melawan Kebakaran mensimulasikan
fasiliti PTKK berjaya di sabotaj

Rondaan Sentri bagi mengelakkan pencerobohan oleh elemen musuh
Rondaan Sentri bagi mengelakkan
pencerobohan oleh elemen musuh

Rondaan Sentri bagi mengelakkan pencerobohan oleh elemen musuh 2

Sepanjang latihan selama 2 hari pelbagai siri latihan telah dilaksanakan merangkumi aspek operasi, logistik serta pentadbiran bagi mempersiapkan warga pangkalan menghadapi situasi yang sebenar pada masa hadapan. Latihan ini dilihat mampu meningkatkan tahap kesiagaan markas dan unit serta warga pangkalan keseluruhannya untuk bertindak mengikut panduan yang disediakan.

Rujukan : 190718/03
Sumber : Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel : Komunikasi Strategik Armada Timur
Jurufoto : Komunikasi Strategik Armada Timur

24 ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT TLDM TERIMA KENAIKAN PANGKAT

Lumut, 18 Julai – Seramai 24 orang Anggota Lain-lain Pangkat TLDM telah dinaikkan pangkat di Serambi Markas Pemerintahan Armada Barat hari ini. Majlis diserikan dengan kehadiran kesemua warga Navy People yang berkhidmat di sekitar Pangkalan Lumut. Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Haji Mohamad Adib Abdul Samad.

Gambar 1.1
Penuh bangga. Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib sempurnakan
pemakaian pangkat bagi 24 warga Navy People

Gambar 1.2

Gambar 1.3

Serambi Markas gamat dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya dengan penuh semangat oleh kesemua warga Navy People yang hadir. Usai melapor, majlis pemakaian pangkat membuka tirai dengan dimulai PW II PNK Md Yusneyzan bin Md Yusof yang telah dinaikkan pangkat ke Pemangku PW I. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyempurnaan pemakaian pangkat bagi 7 orang Bintara Kanan yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waren II, 10 anggota LLP ke Pemangku Bintara Kanan dan 5 orang ke Bintara Muda serta 2 orang ke Pemangku Laskar Kanan.

Gambar 2
Peranan isteri diperakui mampu mendorong kepada kejayaan suami

Gambar 3.1
Warga Navy People mendengar ucapan
Panglima Armada Barat

Gambar 3.2

Gambar 4
anggota yang naik pangkat bergambar kenangan
bersama Panglima Armada Barat

Panglima Armada Barat menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga yang dinaikkan pangkat. Beliau berharap dengan kenaikan pangkat ini, setiap anggota akan lebih bersemangat dan berusaha mencipta kejayaan. Sikap optimis dan positif perlu dijadikan pemangkin dalam menentukan hasil dan perolehan yang terbaik. Dalam ucapan beliau juga, Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib turut menghargai peranan wanita yang bergelar isteri sebagai pendorong semangat serta orang kuat yang menyokong kepada pembangunan karier suami. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh PW I Md Yusneyzan diikuti jamuan makan dan ramah mesra antara kepimpinan tertinggi Markas Pemerintahan Armada Barat bersama anggota-anggota yang diraikan.

Rujukan : 190718/01
Artikel : Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Kelulusan : Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Jurufoto : Pejabat Perhubungan Awam MPAB

28 HARI TEMPOH KRITIKAL - PANGWILLA 2

SANDAKAN, 17 Julai 2018 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Operasi dan Peperangan (KBOP) antara Komander Ahmad Sani bin Zakaria TLDM dan Lt Kdr Jamhari bin Katimin TLDM telah berjalan lancar pada pagi ini. Majlis penyerahan tugas yang dibuat secara sederhana namun penuh tradisi ketenteraan itu telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), YBhg. Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam.

Gambar 1
Mantan KBOP (kiri) menyerahkan Sijil Serah Terima Tugas
kepada KBOP baharu (kanan) disaksikan PANGWILLA 2

Gambar 2
Upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas KBOP

Majlis yang telah diadakan di Kafeteria MAWILLA 2 itu dimulai dengan nyanian lagu Negaraku dan Samudera Raya sejurus ketibaan PANGWILLA 2. Seterusnya upacara menandatangani Sijil dan Nota Serah Terima Tugas KBOP dilaksanakan dengan disaksikan sendiri oleh PANGWILLA 2. Turut hadir menyerikan majlis adalah Pegawai Memerintah Kapal Auksiliari TUN AZIZAN, Komander Mohamad Hafiz Faisal TLDM dan juga Pegawai-Pegawai yang bertugas di Pangkalan TLDM Sandakan serta warga Navy People Bahagian Operasi dan Peperangan.

Gambar 3
PANGWILLA 2 menandatangani ruangan saksi bagi
Sijil Serah Terima Tugas KBOP

Gambar 4
Penyerahan Nota Serah Terima Tugas KBOP antara
Komander Sani dan Lt Kdr Jamhari

Dalam ucapan oleh PANGWILLA 2, beliau menasihati semua warga Navy People yang hadir akan kepentingan menyemak dan memeriksa perkara-perkara berkaitan serah tugas sesuatu perjawatan sama ada di Markas mahu pun di kapal-kapal. “Tempoh 28 hari pertama selepas serah terima tugas merupakan waktu yang sangat kritikal dan penting untuk warga yang menerima tugas menyemak isi Nota Serah Tugas serta perkara lain berkaitan, “ tegas beliau dalam ucapannya. Tambah beliau lagi, “Selepas 28 hari, semua tanggungjawab adalah ke atas penerima tugas masing-masing dan penyandang jawatan sebelumnya tidak boleh lagi dipersalahkan”.

Gambar 5
Warga Bahagian Operasi dan Peperangan hadir
menyaksikan upacara bersejarah

Mantan KBOP, Komander Ahmad Sani akan bertukar keluar ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu sebagai Pegawai Memerintah Kapal Diraja PERAK. Majlis diakhiri dengan penyerahan Nota dan Sijil Serah Terima Tugas disaksikan PANGWILLA 2 dan bacaan doa oleh LK I HDI Muhammad Zaim Mohd Kamal.

Rujukan : 170718/03
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM
Jurufoto : LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi bin Hamdan

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 793

Semalam 759

Bulan ini 17538

Keseluruhan 1219898

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM