HARGAI KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN PERKHIDMATAN – PM KA TAZ

LAUT SULU, 16 Julai 2018 – “Pangkat hadir bersama tambahan tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan cemerlang”, itulah rangkap kata yang diucapkan oleh Pegawai Memerintah (PM) Kapal Auksiliari TUN AZIZAN (KA TAZ), Komander Mohamad Hafiz bin Faisal TLDM sempena Majlis Pemakaian Pangkat bagi 2 orang anggota KA TAZ pada hari ini.

Gambar 1
Ketibaan Pegawai Memerintah

Gambar 2
BERSEMANGAT…BM TNL Latip bin Hambung dan
LK JTP Mohd Khubaib bin Abd Aziz bersedia untuk dinaikkan pangkat

Dalam majlis tersebut Bintara Muda (BM) TNL Latip bin Hambung telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Bintara Kanan (BK) TNL manakala Laskar Kanan (LK) JTP Mohd Khubaib bin Abd Aziz telah dinaikkan pangkat kepada Pemangku BM JTP dengan tarikh kekananan mulai 1 Jul 18.

Gambar 3
BM TNL Latip bin Hambung dinaikkan ke pangkat P/BK TNL

Gambar 4
LK JTP Mohd Khubaib bin Abd Aziz dinaikkan ke pangkat P/BM JTP

PM KA TAZ turut mengingatkan kepada pemakai pangkat agar menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh perkhidmatan kepada mereka dan menzahirkan rasa syukur atas kurniaan pangkat mereka dengan memberikan hasil kerja yang terbaik dan cemerlang.

Gambar 5
ANJAKAN PARADIGMA DALAM KERJAYA…P/BM JTP Mohd Khubaib bin
Abd Aziz bersedia memasuki Wisma Bintara

Gambar 6
Ucapan Pegawai Memerintah

Gambar 7
Bergambar kenangan bersama Pegawai Memerintah

Beliau turut memaklumkan bahawa setiap warga TLDM berpeluang untuk kenaikan pangkat yang lebih baik. Justeru itu, semua warga perlulah menunjukkan tahap disiplin yang baik serta berusaha memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Ianya penting agar kekal relevan menjadi sebahagian warga The Navy People yang mendokong Visi TLDM untuk menjadi Tentera Laut Bertaraf Dunia. Majlis telah berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan jamuan bagi meraikan warga yang memakai pangkat.

Rujukan : 170718/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KA TAZ
Artikel : Lt Rahim bin Ghozi TLDM
Jurufoto : Mohamad Aidil bin Ab Jalil

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT (L) SENTRAL

Kuala Lumpur, 13 Julai 2018 (Jumaat) - Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT (L) Sentral telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi. Serah Terima Tugas dilaksanakan antara Datin Radzi binti Abdul Manaf selaku Pemangku Pengerusi BAKAT (L) Sentral dengan Datin Maslina binti Ismail. Majlis berlangsung di Rumah BAKAT (L) Sentral jam 0930 pagi.

1 Acara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas
Acara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas

2 Acara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas
Acara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas

Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT (L) Sentral telah disaksikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Laut, YBhg Puan Sri Noor Azrina binti Abdullah. Turut hadir semasa majlis adalah Ketua-ketua Bahagian BAKAT (L) Sentral serta Penasihat BAKAT Laut, Laksma Mohd Yusri bin Hj Mohd Yunus.

3 Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Laut Puan Sri Noor Azrina binti Abdullah
Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi
BAKAT Laut, Puan Sri Noor Azrina binti Abdullah

4 Sesi bergambar selesai acara Serah Terima Tugas
Sesi bergambar selesai acara Serah Terima Tugas

Tahniah diucapkan kepada Datin Maslina dan diharapkan Formasi BAKAT Laut Sentral akan lebih cemerlang dan gemilang. BAKAT Laut Sentral turut merakamkan penghargaan kepada Datin Radzi selama beliau memangku jawatan tersebut sejak Mac 2018.

Rujukan : 170718/01
Sumber: Urusetia BAKAT Laut Sentral
Artikel: Setiausaha BAKAT Laut Sentral
Jurufoto: Perhubungan Raya MKTL

LAWATAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA DELEGASI KAPAL TENTERA LAUT DIRAJA AUSTRALIA HMAS SHEEAN DI MARKAS PEMERINTAHAN KAPAL SELAM

KOTA KINABALU, 16 Jul 2018 – Penasihat Pertahanan Australia Captain Wendy Horder dan Pegawai Memerintah HMAS SHEEAN, Kdr Darren White RAN melaksanakan kunjungan hormat kepada Panglima Angkatan Kapal Selam, YBhg Laksamana Muda Zulhelmy bin Ithnain. Majlis disusuli dengan Taklimat Dan Perbincangan Tim Operasi Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS).

1. SESI BERGAMBAR DELEGASI BERSAMA YBHG PAKS
Sesi Bergambar Delegasi  bersama YBhg PAKS

2. KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YBHG PAKS
Kunjungan Hormat kepada YBhg PAKS

3. SESI TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA TLDM TLDA
Sesi Taklimat dan Perbincangan Bersama TLDM - TLDA

Taklimat dan Perbincangan dipengerusikan oleh Ketua Projek Team Refit Kapal Selam Kepten Abdul Jamal bin Mohd Nasir TLDM bersama Kdr Darren White RAN dan delegasi dari TLDA. Perbincangan adalah mengenai Shallow Water Operation, SUBEX 2015 Post Exercise Briefing serta pendedahan fasiliti yang terdapat di MPKS.

4. LAWATAN KE KD TUNKU ABDUL RAHMAN KD TAR
Lawatan ke KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR)

5. LAWATAN KE SAFETY CONDITIONING FACILITIES
Lawatan ke Safety Conditioning Facilities (SCF)

Kdr Darren White RAN dan delegasi telah dibawa melawat ke KD TUNKU RAHMAN (KD TAR) di jeti operasi seterusnya lawatan ke Safety Conditioning Facilities (SCF). Taklimat dan Perbincangan perlu bagi mengerat serta mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara TLDM dan TLDA dalam aspek pengendalian kapal selam. Melalui perbincangan ini, pihak TLDM dan TLDA amat yakin ianya akan dapat memberi impak yang tinggi dan positif terhadap keselamatan pengoperasian kapal selam.

Rujukan : 160718/02
Sumber : Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS
Artikel : PW I PBS Mohd Sakri bin Lazim
Jurufoto : PW II TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak

MEMPERKASAKAN PENGETAHUAN KOMUNIKASI TLDM

SANDAKAN, 3 Julai 2018 – Pengarah Komunikasi dan Sistem Informasi (KSI), Kepten Mohd Shafie bin Hj. Ahmad Badaruddin TLDM hari ini telah berkunjung ke Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) bagi sesi taklimat dan dialog mengenai komunikasi dalam TLDM. Taklimat dan dialog yang diadakan di Auditorium MAWILLA 2 tersebut bertujuan untuk membincang serta menerangkan pelbagai perkara kepada warga Navy People Sandakan terutamanya tentang perkembangan terkini Sistem Strategik Pemerintahan dan Pengawalan atau Command and Control (C2) TLDM serta memperkenal dan memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota komunikasi berkaitan sistem-sistem tersebut.

Gambar 1 CopySesi taklimat oleh Pengarah KSI

Gambar 2 CopyNavy People Sandakan yang hadir tekun mendengar penerangan
mengenai C2 TLDM

Taklimat juga melibatkan unit-unit di bawah naungan MAWILLA 2 seperti Kapal Diraja SRI SEMPORNA (KDSM), KD SRI TAWAU, KD SRI SANDAKAN, Kapal Auksiliari BUNGA MAS 5 dan TUN AZIZAN, Pangkalan Laut TUN SHARIFAH RODZIAH dan kapal-kapal yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Sandakan. Selain itu, taklimat tersebut turut dihadiri oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam.

Antara taklimat yang diadakan adalah berkenaan dengan perkembangan terkini Sistem P4 (PX2000 NC2 & C4ITacX), Network Centric Operations (NCO) dan Komunikasi Satelit ATM.

Taklimat yang dijalankan ini sangat penting dalam usaha memberi pendedahan kepada warga TLDM akan kepentingan untuk mempelajari dan memperkasakan pengetahuan C2 serta komunikasi masa hadapan TLDM. Ianya juga diharap dapat memberikan lebih banyak pengetahuan terutama kepada pegawai dan anggota TLDM yang baru memasuki perkhidmatan.

Gambar 3 CopyUcapan penutup oleh PANGWILLA 2

Gambar 4 CopySesi bergambar bersama PANGWILLA 2 dan Pengarah KSI


 

Rujukan : 030718/03
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : LK TLS Nik Amirruddin bin Nik Par
Jurufoto : LK TLS Nik Amirruddin bin Nik Par


 

HUBUNGAN MALAYSIA-FILIPINA TERUS ERAT MENERUSI TMP

SANDAKAN, 29 Jun 2018 – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja SRI TIGA (KD STG) hari ini telah melaksanakan pertemuan bersama kapal Tentera Laut Filipina (TLP) BRP CEBU (PS 28) untuk menjayakan program Trilateral Maritime Patrol (TMP) Siri 10/18 di sekitar Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZone. Kedua-dua kapal tersebut sedang membuat rondaan di kawasan perairan negara masing-masing dan telah membuat pertemuan di sempadan perairan negara untuk Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM).

Gambar 1
Tandatangan Buku Pelawat oleh
Pegawai Memerintah BRP CEBU

Gambar 2
Barisan Pegawai Kedua-dua Kapal

Pertemuan TMP kali ke-10 pada tahun ini telah dilaksanakan seawal jam 8.00 pagi setelah hubungan komunikasi berjaya dilakukan. Pertemuan bermula dengan KD STG merapat di sebelah lambung kanan BRP CEBU yang diperintah oleh Lt Kdr Arnold Valida PN. Ketibaan KD STG disambut baik oleh Pegawai Memerintah, Pegawai Laksana dan krew BRP CEBU. Pertemuan pada kali ini merupakan pertemuan keempat BRP CEBU dengan kapal TLDM manakala yang kedua bersama KD STG. Pegawai Memerintah KD STG, Lt Kdr Kamarulzaman bin Kamaruddin TLDM telah menjemput krew kapal BRP CEBU ke kapal untuk melaksanakan lawatan serta berkongsi maklumat operasi demi kebaikan bersama kedua-dua pihak. Lawatan ke KD STG dimulakan dengan Pegawai Memerintah BRP CEBU menandatangani buku lawatan dan seterusnya perbincangan mengenai isu-isu semasa dan latihan yang bakal dilaksanakan bagi memahirkan krew kapal masing-masing.

Gambar 3
Pertukaran Maklumat Operasi

Gambar 4
Lawatan ke Anjungan KD STG

Krew KD STG juga sekali lagi berpeluang melawat BRP CEBU dan saling bertukar pendapat mengenai tugas dan tanggungjawab setiap jabatan. Krew KD STG juga sangat kagum melihat sendiri kapal yang telah berusia hampir 75 tahun masih gah beroperasi dengan kebanyakkan jentera dan persenjataan asal sejak dibina masih digunakan. Krew BRP CEBU yang ramah serta tidak lokek untuk berkongsi maklumat operasi dan senggaraan juga menjadikan pertemuan pada kali ini lebih bermakna buat kedua-dua buah kapal. Selain itu, lebih mengkagumkan aspek pelayaran kapal tersebut juga dikendalikan oleh seorang Pegawai Navigasi yang merupakan satu-satunya wanita di kapal tersebut.

Gambar 5
Latihan MANTAK

Gambar 6
Latihan Semaphore

Setelah selesai sesi lawatan dan bertukar maklumat, kapal seterusnya melaksanakan latihan bersama. Antara latihan yang dilaksanakan adalah latihan Publication Exercise (PUBEX), Manuvra Taktis (MANTAK), Replenishment at Sea Approach (RASAP) dan Kibaran Bendera (Semaphore). Kesemua latihan tersebut berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang diharapkan. Selesai pertemuan, kedua-dua kapal tersebut kembali meneruskan rondaan di perairan negara masing-masing.

Rujukan : 290618/07
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD SRI TIGA
Artikel : Lt Mohamad Naim bin Mahazil TLDM
Jurufoto : LK I TMK Mohamad Syurais bin Hashim

OPERASI DI LAUT BUKAN PENGHALANG KD YU BERBAKTI PADA MARHAEN

SANDAKAN, 27 Jun 2018 – Kapal Diraja YU (KD YU) telah membuat lawatan ke Pulau Mabul bagi melaksanakan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM) bersama pasukan sahabat di samping pelaksanaan Program Jiwa Murni bersama penduduk pulau. Kapal mengambil kesempatan melaksanakan program ini semasa dalam penugasan operasi.

1
Melaksanakan IBM bersama Inspektor Low,
Pegawai Batalion 14 PGA

2
Melakukan pembersihan di kawasan luar masjid

3Kerja-kerja pembersihan bahagian dalam masjid

Program dimulakan dengan IBM bersama Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM. IBM ini bertujuan bagi melaksanakan perkongsian maklumat keselamatan dan perisikan di kawasan setempat di samping merapatkan hubungan dengan pasukan sahabat yang turut berada di Kawasan Operasi Maritim. Warga kapal seterusnya melaksanakan Program Jiwa Murni di Masjid Maqbul bersama penduduk kampung. Warga kapal bersama-sama penduduk kampung telah berganding bahu dan tenaga bagi membersihkan keadaan persekitaran luaran dan dalaman masjid. Di akhir program, pihak kapal menyediakan sedikit kudapan dan turut melaksanakan Program Rakan Maritim (RAKAM) dan juga mempromosikan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) kepada penduduk yang majoritinya menyara hidup sebagai nelayan.

4Pegawai Laksana memberi penerangan mengenai RAKAM dan
Aplikasi K3M kepada penduduk kampung

5Menyerahkan risalah K3M kepada
Encik Abdul Rajak, Pengerusi Masjid Maqbul

6Bersama Encik Arif, Ketua Belia Pulau Mabul

7Beramah-mesra bersama pelancong tempatan

8Sesi bertanya khabar kepada pelancong asing

Hasil pertemuan bersama penduduk tempatan dan juga pelancong asing, mereka amat menghargai kehadiran TLDM di kawasan ini. Inisiatif sebegini wajar diteruskan bagi memastikan kehadiran TLDM dirasai (presence felt) sekaligus meningkatkan keyakinan pelancong asing terhadap keselamatan perairan negara dan secara langsung menggalakkan pelaburan dalam sektor pelancongan negara.

Rujukan : 28/06/18
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD YU
Artikel :Lt Muhammad Bukhari bin Ahmad Yusoff TLDM
Jurufoto : LK I JTP Mohamad Azizul bin Mohd Yusof

NOTA KOLABORASI TLDM-MIMOS DI DEFENCE SERVICES ASIA (DSA) 2018

KUALA LUMPUR, 17 Apr – MIMOS Berhad dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menandatangani satu Nota Kolaborasi yang berbentuk kerjasama strategik bagi membangun dan meningkatkan teknologi maklumat serta komunikasi TLDM. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan membuat kajian keperluan menyeluruh serta penyelesaian yang memenuhi keperluan TLDM.

1
Laksamana Pertama Mohd Ridzuan (Kanan) dan
Encik Thillai Raj T. Ramanathan (Kiri)
ketika menandatangani Nota Kolaborasi

2
Kerjasama yang erat di antara kedua-dua pihak akan
meningkatkan lagi mutu perkhidmatan

Kerjasama ini merupakan kesinambungan kolaborasi di antara pihak MIMOS dan TLDM untuk membangunkan RMN Integrated Logistics Information System (RMN-ILIS) iaitu satu sistem logistik bersepadu yang menyokong keperluan logistik TLDM. RMN-ILIS menggunakan gabungan teknologi tempatan oleh MIMOS serta penggunaan teknologi semasa dipasaran berasaskan open source yang bersesuaian dengan keperluan TLDM. Sistem ini akan mempertingkat dan memantapkan koordinasi bantuan logistik serta pergerakan operasi TLDM secara fleksibel dan efektif pada masa hadapan.

3
Laksamana Ahmad Kamarulzaman bergambar
kenangan bersama wakil di antara kedua-dua pihak

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin serta Naib Presiden MIMOS; En. Nik Hisham bin Nik Ibrahim telah menjadi saksi pada majlis tersebut di mana TLDM telah diwakili oleh Asisten Ketua Staf Materiel; Laksamana Pertama Mohd Ridzuan bin Hamzah manakala MIMOS diwakili oleh Ketua Pegawai Teknologi; En. Thillai Raj T. Ramanathan.

Rujukan : 170418/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MkTL
Artikel & Jurufoto : Cawangan Komunikasi Strategik MkTL

PENGLIBATAN TLDM DI PAMERAN DEFENCE SERVICES ASIA (DSA) 2018

KUALA LUMPUR, 16 Apr – Pameran Defence Services Asia 2018 (DSA 2018) merupakan pameran industri pertahanan yang terulung di rantau ini. Walaupun pameran ini lebih menjurus kepada elemen pertahanan darat, kehadiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilihat sebagai komponen penting dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan turut diberi perhatian oleh Jawatankuasa Penganjur bagi memastikan penganjuran pameran ini memberi impak yang maksimum kepada semua pihak. TLDM turut terlibat di dalam penganjuran DSA yang terdahulu namun pada sesi kali ini, Segmen Maritim melalui penyertaan pameran diperkenalkan bagi menarik lebih banyak penyertaan.

1
Timbalan Menteri Pertahanan ketika merasmikan DSA 18

2
Dato’ Seri Hishammuddin, Menteri Pertahanan melancarkan
Aplikasi K3M 2.0 SEALERT di Booth pameran TLDM

3
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman, Panglima Tentera Laut
memberi penerangan kepada YAB Perdana Menteri
mengenai kapal LMS TLDM yang sedang dalam pembinaan

Penglibatan angkatan laut negara luar adalah terhad kepada penyertaan delegasi sebagai tetamu bagi menghadiri pameran tersebut. Seramai 5 orang Panglima Tentera Laut (PTL) dan 18 orang wakil PTL telah mengesahkan kehadiran.

4
Pameran DSA 18 yang diadakan ini memberi peluang untuk
mendapatkan perkembangan terkini tentang industri pertahanan

5
Antara pegawai tentera dari luar negara yang hadir menyaksikan pameran DSA 18

6
Berpeluang meninjau teknologi terkini dari
syarikat yang mengambil bahagian

Konsep pameran TLDM bagi DSA 2018 adalah bertemakan Program Transformasi TLDM yang dikenali sebagai RMN Transformation Programme #15to5. Sepanjang pameran, TLDM turut berkongsi maklumat berkenaan pendekatan inovatif yang digunakan bagi menyokong program ini selaras dengan penekanan hala tuju Kementerian Pertahanan dari aspek Kesiagaan, Keselamatan dan Diplomasi Pertahanan. Ruang pameran RMN’s Pavillion bakal mengadakan Demonstrasi Aplikasi Kesedaran, Keselamatan dan Komuniti (K3M) 2.0 (SEALERT). K3m 2.0 adalah penambahbaikan daripada K3M 1.0 dan akan berfungsi bermula akhir bulan Mei. Sehingga kini, terdapat 7,140 pengguna aplikasi tersebut. Secara tidak langsung, pameran ini juga dapat memberi pendedahan kepada delegasi luar yang berkunjung di samping memberikan idea kepada pengeluar industri berkaitan peranan dan sumbangan yang dapat dikongsikan bagi menjayakan DSA 2018.

Rujukan: 160418/04
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MkTL
Artikel & Jurufoto : Cawangan Komunikasi Strategik MkTL

PROGRAM INTERAKSI BERSAMA MEDIA SEMPENA HUT TLDM 84

SANDAKAN, 16 April 2018 – Sempena sambutan Hari TLDM ke-84, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Program Hari Bersama Media bertempat di Kapal Auksiliari TUN AZIZAN (KA TAZ) yang sedang beroperasi di perairan Sandakan. Program interaksi itu telah dirasmikan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), YBhg Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman bin Haji Ayob.

Gambar 1
Jelas terpapar wajah kegembiraan para wartawan apabila
mendapat peluang merasai pengalaman di kapal TLDM

Gambar 2
Pegawai Persenjataan KA TAZ, Lt Juhaizal memberi
taklimat penembakan kepada pengamal media

Gambar 3
Para wartawan tekun mendengar taklimat keselamatan

Gambar 4
KATB 2 (duduk tengah) turut hadir berikan sokongan terhadap
program bersama ADUN Karamunting (duduk kanan)
dan Ketua Staf MAWILLA 2 (duduk kiri)

Dalam program tersebut, pengamal media telah diberi peluang untuk bersama-sama merasai pengalaman melaksanakan latihan penembakan senjata kecil di laut, Program Rakan Maritim (RAKAM) dan interaksi pemimpin setempat bersama komuniti maritim serta promosi Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) kepada bot nelayan tempatan. Program RAKAM dan Aplikasi K3M merupakan inisiatif TLDM dalam mempertingkatkan medium penyampaian maklumat seterusnya memperkasa hubungan dua hala di antara pihak TLDM dan komuniti maritim bagi memperkukuhkan lagi keselamatan perairan maritim negara.

Gambar 5
Ketua Staf MAWILLA 2 turut memberi penerangan tatacara
pengoperasian senjata kecil M4 kepada wartawan yang hadir

Gambar 6
PANGWILLA 2 beramah mesra bersama pengamal media

Gambar 7
Aktiviti penembakan senjata M4

Gambar 8
Penembakan GPMG turut dilaksanakan

Program ini dianjurkan khas bagi meraikan rakan-rakan media termasuk kru-kru penerbitan yang telah banyak berjasa dalam memapar dan memberikan imej positif kepada TLDM khasnya MAWILLA 2. Sasaran program ini juga bagi menunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa kawasan perairan Sandakan adalah selamat dan ini telah meningkatkan keyakinan komuniti maritim terhadap keselamatan perairan maritim negara.

Gambar 9
Pertandingan menembak senjata kecil Glock 17

Gambar 10
Wartawan yang hadir gembira dapat merasai
pengalaman menembak senjata kecil

Dalam ucapan PANGWILLA 2 telah mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pengamal media yang telah banyak membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khasnya TLDM di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZone dalam penyampaian maklumat yang tepat sekaligus membuka mata masyarakat setempat mengenai peranan dan tanggungjawab TLDM di wilayah laut ini. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pegawai Memerintah KA TAZ, Komander Mohamad Hafiz bin Faisal TLDM atas penganjuran program ini dan berharap aktiviti interaksi sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan di antara TLDM dan pengamal media.

Gambar 11
PANGWILLA 2 menyampaikan hadiah kepada
pemenang pertandingan menembak

Gambar 12.JPG
Para pengamal media bergambar bersama
PANGWILLA 2 dan kru KA TAZ

Program ini juga turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang PSSTLDM dan Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2), Brigadier Jeneral Zarondin Md. Amin yang juga Pemerintah Kawalan Operasi dan Taktikal bagi pengoperasian pasukan ATM untuk Op PASIR serta Ketua Staf MAWILLA 2, Kepten Zahari bin Samsuri.

"TRANSFORMASI PEMACU KECEMERLANGAN"

Rujukan : 160418/03
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM & Lt Ahmad Hanafi bin Fuzi TLDM
Jurufoto : LK I JTP Erick Foo Guan San 

WAWANCARA RADIO PAHANG FM SEMPENA SAMBUTAN HARI TERBUKA ARMADA MAWILLA 1 2018

Kuantan, 16 Apr - Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-84, satu wawancara khas bersama Kept Muhamad Shakir bin Salleh TLDM (Ketua Staf ) telah diadakan bersama radio Pahang FM. Ketua Staf diiringi oleh Pegawai Komunikasi Strategik iaitu Lt Zulfadli bin Abd Manas TLDM telah hadir ke konti Pahang FM untuk ditemuramah secara langsung oleh penyampai radio Pahang FM bertugas.

1
Ketua Staf ketika ditemuramah Juruhebah radio Pahang FM,DJ Rokiah

2

3

4

Wawancara ini merupakan salah satu program mempromosikan sambutan Hari Terbuka Armada yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad, (28 dan 29 Apr) di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang. Selain itu, Ketua Staf turut mempromosikan aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di luar pangkalan seperti di Pantai Teluk Cempedak dan Program Ziarah Kasih Mawilla 1 yang akan berlangsung di Rumah Orang-Orang Tua Seri Permai. Wawancara ini diadakan bertujuan untuk menarik minat dan menggalakkan orang ramai terutamanya warga Kuantan untuk hadir bagi memeriahkan sambutan ini. Berpandukan pencapaian HTA tahun 2012, promosi melalui media massa seperti ini telah berjaya memberi kesan positif dan menarik minat pengunjung yang kebanyakannya adalah warga Kuantan dan sekitarnya.

5
Sesi bergambar di konti

Program ini dilihat dapat memberi hebahan yang lebih menyeluruh dan berkesan selain pengagihan flyers dan pemasangan banner serta bunting yang mana telah dilakukan lebih awal. Sepanjang wawancara, Ketua Staf telah menerangkan berkenaan aturcara sambutan Hari Terbuka Armada dan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang sambutan tersebut. Program ini dilihat dapat memberi hebahan yang lebih menyeluruh dan berkesan selain pengagihan flyers dan pemasangan banner serta banting yang mana telah dilakukan lebih awal. Sepanjang wawancara, Ketua Staf telah menerangkan berkenaan aturcara sambutan Hari Terbuka Armada dan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang sambutan tersebut.

Rujukan : 160418/02
Sumber & Artikel : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Jurufoto : LK I PAP Saiful bin Ahmad Nasir

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 363

Semalam 879

Bulan ini 19827

Keseluruhan 1250256

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM