MAJLIS REUNION BEKAS KREW PERTAMA FRIGATE 2000 KD LEKIU & KD JEBAT OLEH MARKAS PAB

14 Apr 18 – Majlis reunion krew pertama Frigate 2000 KD LEKIU dan KD JEBAT telah dilaksanakan di Pangkalan TLDM Lumut dengan jayanya. Majlis ini diadakan julung kalinya sejak mula dibina pada tahun 1992 di Yarrow Shipbuilders, Scotland, United Kingdom dan ditauliahkan pada tahun 1999. Tujuan majlis ini dilaksanakan adalah untuk mengenang jasa bakti tim projek dan krew pertama di perantauan dalam pembinaan kedua-dua kapal seterusnya membawa pulang kapal ke tanah air. Majlis ini turut menyuntik ilham dan semangat kepada warga kapal KD LEKIU dan KD JEBAT sekarang untuk meneruskan kesinambungan jasa kepada tanah air.

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.13.18
Bergambar kenang-kenangan bersama Tim Projek dan Kru Pertama

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.13.56
Majlis Tahlil turut diadakan untuk reunion kali perttama ini

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.14.40

Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Badarudin yang merupakan tim projek dan Pegawai Laksana pertama KD JEBAT. YBhg PTL amat berbangga terhadap kesiagaan kedua-dua kapal semasa lawatan reunion berlangsung dan turut menekankan terhadap aspek selenggaraan, kesiagaan dan keselamatan hendaklah sentiasa di tahap tertinggi seperti mana diamalkan secara efisient. YBhg PTL turut menyampaikan pelaksanaan program Royal Malaysian NAVY Transformaion 15 to 5 di kapal. Mantan Pegawai Memerintah pertama KD LEKIU, Laksamana Maritim (B) Datuk Mohd Amdan bin Kurish hadir dalam majlis ini manakala Panglima Markas PAB, Laksamana Madya Dato’ Seri Mohd Roslan bin Mohd Ramli sebagai Penaung Majlis ini adalah merupakan Pegawai Laksana pertama KD LEKIU.

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.15.55
Panglima Tentera Laut memberi cenderehati kepada
Laksamana Maritim (B) Mohd Amdan bin Kurish,
Mantan Pegawai Memerintah Pertama KD LEKIU

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.16.18
Gambar kenangan semasa majlis

Majlis ini turut diraikan bersama keluarga krew pertama kedua-dua kapal. Atur cara majlis ini dimulakan di Serambi Markas PAB dengan jamuan makan tengah hari, bacaan Tahlil dan Sembahyang Asar di Surau Al Fateh. Seterusnya warga krew pertama Frigate 2000 dan keluarga telah melawat KD LEKIU dan KD JEBAT di sebelah petang. Manakala acara di waktu malam disusuli dengan majlis BBQ di Pusat Latihan Kemahiran Air (PLKA) dengan persembahan musikal oleh Gelombang Biru. Secara keseluruhannya majlis reunion bekas krew pertama KD LEKIU dan KD JEBAT telah berjaya dilaksanakan dengan keceriaan warga krew pertama Frigat 2000.

Rujukan: 160418/01
Sumber : Perhubungan Awam Markas Pemeritahan Armada
Artikel : LK PBS MOHD Mubin bin Mohd Salim

CERAMAH STESEN BERTINDAK & STESEN BERTAHAN

SANDAKAN, 13 April 18 – Kapal jenis Fast Troop Vessel (FTV) TLDM, KD SRI GAYA hari ini telah menganjurkan satu siri latihan pelabuhan yang bertajuk Stesen Bertindak dan Stesen Bertahan kepada warga Armada di Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2). Ceramah yang dilaksanakan pada kali ini telah memberi penerangan dengan lebih terperinci kepada warga Armada MAWILLA 2 berkenaan tatacara pelaksanaan ketika Stesen Bertindak, langkah keselamatan, action messing, action snack dan tatacara pelaksanaan Stesen Bertahan mengikut Piawaian Operasi Armada (POA).

 Gambar 1
Kata-kata aluan daripada Pegawai yang memberikan ceramah

Gambar 2
Perkongsian motivasi diberikan sebelum memulakan ceramah

Ceramah yang telah berlangsung selama lebih kurang 2 jam ini telah berjaya mencapai objektif utama pelaksanaan mingguan latihan pelabuhan iaitu bagi memastikan warga Armada MAWILLA 2 sentiasa berpengetahuan tinggi disamping bagi menentukan latihan-latihan yang dilaksanakan oleh kapal ketika berada di jeti atau pelabuhan mahu pun di laut mengikut Standard Operational Procedure (SOP) yang ditetapkan.

Gambar 3
FOKUS…Warga Armada mencatat ilmu yang diberikan untuk rujukan masa hadapan

Gambar 4Walaupun kepadatan operasi di Sabah Timur amat tinggi,
Armada MAWILLA 2 tetap berikan komitmen yang tinggi dalam
memastikan warganya terus berilmu

Kata Imam al-Ghazali, “Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”. Apa yang dipelajari oleh warga Armada MAWILLA 2 pada hari ini telah pun diamalkan dan sentiasa akan dipraktikkan terutamanya ketika beroperasi di laut tanpa jemu agar kesiagaan Armada terus berada pada tahap yang tertinggi bagi menjamin keselamatan maritim negara terus kekal selamanya.

Rujukan : 150418/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : Lt Dya Raja Kamal Zulhafifie Bin Raja Ibrahim TLDM
Jurufoto : LK I JTP Muhammad Qaiyum Bin Zainalallam

SENAMROBIK PERDANA MAWILLA 1 SEMPENA HUT TLDM KE-84

Kuantan 14 Apr – Bertempat di Taman Gelora, MAWILLA 1 telah menganjurkan satu aktiviti Senamrobik Perdana MAWILLA 1 sempena HUT TLDM ke-84. Aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan serta melibatkan banyak penyertaan dari luar seperti Kolej WIDAD, kem – kem PLKN, sekolah – sekolah sekitar Kuantan serta orang awam yang berkunjung ke Taman Gelora untuk beriadah bersama keluarga.

senamrobik1Gimik upacara menaikkan panji – panji dan dressing line
senamrobik2Nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya

Aktiviti senamrobik ini bermula dengan gimik upacara menaikkan panji – panji dan dressing line. Walau pun di permulaan acara adalah hujan tetapi semangat yang tinggi telah dipamerkan oleh warga Navy People MAWILLA 1 untuk kekal di tempat masing – masing yang mana secara tidak langsung telah menaikkan semangat warga awam untuk turut bersama – sama sehingga aktiviti selesai.

senamrobik4senamrobik5
senamrobik6
senamrobik7
senamrobik8
senamrobik9senamrobik10
Sekitar aktiviti yang sedang berlangsung

Turut serta menjayakan aktiviti senamrobik perdana ini bersama YBhg Panglima Wilayah Laut 1 adalah Pengarah Imigresen Negeri Pahang dan Ketua Staf Markas 4 Briged.

senamrobik11
senamrobik12
senamrobik13
senamrobik14
Sesi bergambar kenang-kenangan


Rujukan: 150418/04
Sumber: PR Mawilla 1
Artikel: Lt Kdr Shah Dziaul Haq bin Jusop TLDM
Jurufoto: LK PBS Mohd Shahfulnizam bin Abu Kasim
LK I PAP Saiful bin Ahmad Nasir

PROGRAM DERMA DARAH MAWILLA 1 SEMPENA HARI ULANG TAHUN TLDM KE-84

Kuantan, 14 Apr - Bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-84, MAWILLA 1 telah menganjurkan Program Derma Darah dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Bertempat di Kuantan City Mall, program ini telah bermula pada seawal jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang telah melibatkan penyertaan yang menggalakkan iaitu seramai 130 orang.

dermadarah1dermadarah2Sesi Pendaftaran

Selain daripada  warga Navy People MAWILLA 1, Markas 4 Bgd, Pangkalan Udara Kuantan, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim juga turut melibatkan diri dalam program ini. Orang awam yang mengunjungi pusat membeli-belah ini turut tampil menderma darah.

dermadarah3Penderma sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan darah
dermadarah4
Pemeriksaan kumpulan darah sebelum menderma darah
dermadarah5
dermadarah6
Sekitar Program Derma Darah

Ketua Staf MAWILLA 1 Kepten Muhamad Shakir bin Salleh TLDM bersama Pegawai – Pegawai Memerintah telah meluangkan masa hadir dan memeriahkan program ini.

dermadarah7dermadarah8dermadarah9
dermadarah10Ketua Staf MAWILLA 1 beramah mesra

Melalui program ini masyarakat juga dapat mengenali dan mendekati TLDM dengan lebih dekat dan secara tidak langsung ia juga dapat mempromosikan hari TLDM KE-84 yang bakal tiba.


Rujukan: 150418/03
Sumber: PR Mawilla 1
Artikel: Sjn Mohd Norfaizal Bin Haji Anorbit (PPAT)
Jurufoto: LK PBS Mohd Shahfulnizam bin Abu Kasim
              LK I PAP Saiful bin Ahmad Nasir

ARMADA TIMUR TERIMA LAWATAN KAPAL PERANG AUSTRALIA

Teluk Sepangar, 11 Apr - Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK), Teluk Sepangar sekali lagi menerima lawatan kapal tentera laut luar negara. Kali ini Kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS TOOWOOMBA iaitu kapal kelas Frigat yang membawa seramai 190 orang kru dan dinakhodakan Cdr Stuart Watters tiba di PTKK untuk lawatan operasi selama empat hari sehingga 14 April sebelum meneruskan pelayaran ke Vietnam.

IMG 20180411 WA0014
HMAS merapat di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Kota Kinabalu

IMG 20180411 WA0015

IMG 20180411 WA0017Kru kapal disambut dengan tarian sumazau dan warrior dance

IMG 20180411 WA0018

IMG 20180411 WA0114Suasana Majlis Resepsi di HMAS TOOWOOMBA

CYMERA 20180411 223614Panglima Armada Timur menyampaikan ucapan semasa Majlis Resepsi

Ketibaan kapal ini di PTKK telah disambut meriah oleh delegasi TLDM dan dipersembahkan dengan tarian sumazau dan warrior dance sebagai simbolik kepelbagaian kaum dan etnik di Sabah. Pada sebelah malamnya pula, HMAS TOOWOOMBA telah mengadakan resepsi bagi mengeratkan lagi hubungan diplomasi yang telah lama sekian lama terjalin yang turut dihadiri Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

Rujukan: 150418/01
Sumber : Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel & Jurufoto : LK I TLS Zulhakimy

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA UDARA TLDM

Lumut, 12 Apr 18 – Bertempat di Shelter Markas Udara TLDM telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas Panglima Udara TLDM.  Majlis Serah Terima Tugas Panglima Udara TLDM di antara Laksamana Pertama Roslan bin Mohd Yunus dan Kepten Sazalee bin Shoib TLDM telah berlangsung pada 12 Mei 18 jam 0900. Majlis disaksikan oleh YBhg Panglima Armada Barat Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli serta semua pegawai dan anggota Cawangan Udara TLDM (CUT).

WhatsApp Image 2018 04 12 at 16.08.49
Laksamana Pertama Roslan bin Mohd Yunus dan Kept Sazalee bin Shoib TLDM
menandatangani Sijil Serah Terima Tugas

WhatsApp Image 2018 04 12 at 16.08.50
Pemakaian Insignia PANGUD oleh YBhg Panglima Armada Barat
Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli

Kepten Sazalee Shoib TLDM telah memikul tugas sebagai Panglima Udara TLDM mulai 14 Feb 18 sehingga 11 Apr 18.  Sekalung tahniah diucapkan kepada Laksamana Pertama Roslan bin Mohd Yunus di atas pengambilalihan tugas sebagai Panglima Udara TLDM berkuatkuasa mulai 12 Apr 18.

WhatsApp Image 2018 04 12 at 16.08.51 1
Upacara Penyerahan Dokumen Serah Terima Tugas Panglima Udara TLDM

WhatsApp Image 2018 04 12 at 16.08.51
Pegawai dan anggota CUT turut hadir bagi memeriahkan majlis

Sesungguhnya pelantikan beliau merupakan satu pengiktirafan dan kepercayaan pengurusan tertinggi TLDM di atas sumbangan, keupayaan dan prestasi cemerlang beliau dalam perkhidmatan.  Semoga Laksamana Pertama Roslan bin Mohd Yunus dapat membawa CUT ke tahap yang lebih cemerlang. Majlis berakhir pada jam 1030 pagi.

Rujukan: 120118/02
Sumber : Markas Udara TLDM

SELAMAT, SELESA, TERJAMIN. RUMAH SASAR ILHAM MENTERI PERTAHANAN KINI DIRASMIKAN.

Sungai Besi, 12 April - Majlis Perasmian Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), SATRIA Residensi bertempat di Sungai Besi telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan.

Gambar 1
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri bersama
penerima Rumah SATRIA Residensi,melalui Program CSR SASaR,
LK KOM Siti Zura Azwani dan keluarga

Gambar 2
Menteri Pertahanan fokus kebajikan, laksanakan perasmian SATRIA Residensi,
Projek SASaR di bawah Teras Perumahan

Warga Navy People yang terpilih hadir dengan penuh kesyukuran dan menyambut baik inisiatif Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia yang serius dalam membela warga ATM dan Awam termasuklah Veteran ATM melalui Projek pembinaan rumah mampu milik di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang berteraskan Blueprint Perumahan yang diilhamkan Menteri Pertahanan. Turut menerima unit rumah melalui projek Corporate Social Responsibility SASaR (TLDM) adalah LK Kom Siti Zura Azwani yang merupakan ibu tunggal kepada 4 orang anak. Beliau telah berkhidmat bersama TLDM selama 14 tahun.

Gambar 3
Navy People menunggu giliran mengundi unit rumah

Gambar 4
Navy People syukur dan gembira atas inisiatif
Kementerian Pertahanan lancar rumah SASaR

Sebanyak 3,500 unit rumah akan dibina dan diperuntukkan khusus untuk anggota, veteran ATM dan warga awamKementerian Pertahanan Malaysia.

Pecahan unit:
Tentera Darat Malaysia - 1,260 unit kepada anggota dan 540 unit kepada veteran TD.
Tentera Laut Diraja Malaysia - 420 unit kepada anggota dan 180 unit kepada veteran TLDM.
Tentera Udara Diraja Malaysia - 420 unit kepada anggota dan 180 unit kepada veteran.
Warga Awam Kementerian Pertahanan - 500 unit.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan ATM dan Awam Kementerian Pertahanan.

Rujukan: 120418/02
Artikel : Lt Dya Nur Asikin binti Johari TLDM
Jurufoto : LK TNL Mohd Hafefzul bin Abdul Zani
               LK PWP Muhamad Zul Akmal bin Ahmad 

KARNIVAL KEJOHANAN BOLA JARING, TENIS DAN BOLING PADANG SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2018

LEMBAH KLANG 11 Apr 18 - Pembuka tirai Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2018 anjuran Lembaga Sukan Tentera Darat telah berlangsung pada 9 hingga 11 Apr 18 di sekitar Lembah Klang. 3 acara sukan yang telah dipertandingkan secara karnival iaitu Bola Jaring, Tenis dan Boling Padang berjalan dengan lancar dan meriah di setiap tempat kejohanan berlangsung iaitu:

a. Bola Jaring - Dewan HAT Tuanku Mizan.
b. Tenis - Gelanggang Tenis Kem Kementah.
c. Boling Padang - Stadium Tertutup Bayuemas, Klang.

IMG 20180411 WA0072
Aksi Hebat Pasukan Boling Padang TLDM

IMG 20180411 WA0062
Wajah Juara Pasukan Bola Jaring TLDM

Untuk kejohanan pembukaan tahun ini, TLDM telah mendapat keputusan cemerlang dengan beroleh kemenangan Johan keseluruhan bagi ketiga-tiga sukan yang dipertandingkan. Ringkasan keputusan Karnival Kejohanan Bola Jaring, Tenis dan Bola Jaring Sukan Antara Perkhidmatan 2018 seperti berikut:

a. Bola Jaring:
Johan - TLDM
Naib Johan - TUDM
Ketiga - TDM

b. Tenis:
Johan - TLDM
Naib Johan - TDM
Ketiga - TUDM

c. Boling Padang:
Johan - TLDM
Naib Johan - TUDM
Ketiga - TDM

Dengan kemenangan ini, pihak Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS TLDM) memberikan insentif kemenangan setiap persatuan yang mendapat Johan, bertujuan menaikkan lagi semangat juang dan moral agar sentiasa mengekalkan prestasi demi menaikkan nama TLDM.

IMG 20180411 WA0065
Tahniah! Pasukan Boling Padang TLDM

IMG 20180411 WA0069
Pasukan Tenis TLDM Menjaya Menjadi Johan. Syabas!

IMG 20180411 WA0068
Aksi-aksi Pasukan Bola Jaring TLDM

Upacara penutup dirasmikan oleh YBhg Mej Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi iaitu Panglima 4 Div. Turut hadir sama P/Laksamana Pertama Syed Ahmad Hilmi bin Syed Abdullah, Panglima Logistik Barat mewakili Pengerusi LEKAS TLDM. Tahniah kepada Persatuan Sukan TLDM Bola Jaring, Tenis dan Boling Padang!

Rujukan : 110418/01
Sumber : LEKAS TLDM

PANGKOR WAR UJIAN BERTERUSAN TAHAP KESIAGAAN KAPAL, ASET DAN NAVYPEOPLE

Lumut, 2 Apr 18 - Latihan Perang Pangkor atau lebih dikenali sebagai Pangkor War siri 2/18 telah dilaksanakan dengan jayanya hari ini. Pangkor War kali ini melibatkan kapal KD LEKIU, KD Lekir, KD LEKIR, KD MAHAWANGSA, KD KASTURI, KD TERENGGANU, KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN dan KD LAKSAMANA HANG NADIM. Seawal jam 3.30 pagi kapal pertama telah memulakan pelayaran setelah mendapat amaran ancaman musuh di pulau berhampiran.

WhatsApp Image 2018 04 05 at 12.20.53
Latihan RASAP

WhatsApp Image 2018 04 05 at 12.21.18
Deck Landing Training

WhatsApp Image 2018 04 05 at 12.22.41
Panglima Armada Barat turut turun padang bagi
meninjau sendiri kesiagaan Kapal TLDM

Antara latihan yang dilaksanakan sepanjang Pangkor War pada kali ini iaitu:

a. Pandu Arah Gelap
b. Pandu Arah Terang
c. Melalui Latihan Bebas Periuk Api
d. ADEX
e. SUTFX
f. Light Jackstay
g. RASAP

Setiap latihan yang dilaksanakan dinilai oleh tim penilai dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api dan Pusat Peperangan Elektronik selain tim Penilai dari Markas Pemerintahan Armada Barat sendiri. Latihan ini juga dapat melatih pegawai dan anggota dari segi kesiapsiagaan serta meningkatkan kecekapan dalam peperangan.

WhatsApp Image 2018 04 05 at 12.23.08
Latihan Kebakaran

WhatsApp Image 2018 04 05 at 12.23.33
Latihan Menggeledah

WhatsApp Image 2018 04 05 at 12.24.08
Latihan Menunda

Secara keselurahan, Pangkor War kali ini memberikah tumpuan kepada aspek Peperangan dan Ilmu Kelautan. Penilaian secara keseluruhan peralatan seperti sensor, persenjataan serta keupayaan CIC turut diberi perhatian dan penilaian.

Rujukan : 050418/01
Sumber : Markas Pemerintahan Armada Barat
Artikel : Bahagian Pemeriksaan dan Penilaian 
Jurufoto : Markas Pemerintahan Armada Barat

PEMAKAIAN PANGKAT PAGAWAI DAN ANGGOTA LLP MK PA DAN UNIT BAWAH NAUNGAN

Lumut, 3 Apr 18 – Bertempat di Serambi Markas, telah berlangsungnya majlis pemakaian pangkat Pegawai dan anggota LLP Markas Pemerintahan Armada Barat dan unit-unit bawah naungan. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Armada Barat YBhg Laksdya Dato’ Seri Panglima Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli.

WhatsApp Image 2018 04 04 at 13.22.20 1
Panglima Armada Barat menyempurnakan pemakaian pangkat kepada
Pegawai yang di naikkan dari Lt TLDM ke Lt Kdr TLDM

WhatsApp Image 2018 04 04 at 13.22.20
AKS Tadbir turut memakaikan pangkat anggota dari bawah naungan beliau

WhatsApp Image 2018 04 04 at 13.22.21
Panglima Armada Barat menyaksikan
pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh isteri anggota

Pemakaian pangkat kali ini melibatkan 9 pegawai dan 13 anggota LLP dari Markas Pemerintahan Armada Barat dan unit di bawah naungan yang melibatkan kenaikan pangkat dari Lt TLDM ke Lt Kdr TLDM, dari BK ke P/PW II, dari BM ke P/BK, dari LK ke P/BM dan dari LK I ke LK. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Panglima Armada Barat, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan anggota LLP yang dinaikkan pangkat pada hari ini dan berpesan agar kenaikan pangkat yang diberikan kepada mereka turut memerlukan peningkatan komitmen dari semua. Kenaikan pangkat juga bermakna tanggungjawab yang semakian bertambah untuk dipikul dan Panglima Armada Barat berharap semua pegawai dan anggota LLP dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

WhatsApp Image 2018 04 04 at 13.22.23
Panglima Armada Barat mengucapkan tahniah
kepada anggota yang dinaikkan pangkat

WhatsApp Image 2018 04 04 at 13.22.19
Panglima Armada Barat bersalaman
dengan anggota yang dinaikkan pangkat

WhatsApp Image 2018 04 04 at 13.22.23 1
Panglima Armada Barat menyampaikan ucapan

Majlis turut dihadiri Timbalan Panglima Armada, YBhg Laksma Abu Bakar bin Mohd Ajis, Pegawai-pegawai Memerintah dan isteri serta ibu pegawai dan anggota yang dinaikkan pangkat. Tahniah kepada semua yang dinaikkan pangkat.

Rujukan: 040418/01
Sumber : Perhubungan Awam Markas Pemeritahan Armada
Artikel : LK PAP An Nur Ehsan @ Zahrir bin Almonsani
Jurufoto : LK PBS Dzulhelmi bin Abu Bakar

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 364

Semalam 879

Bulan ini 19828

Keseluruhan 1250257

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM