Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Kontinjen Negara Yang Akan Bertanding di Sukan Komanwel XXI 2018

PUTRAJAYA, 28 Mac 17 - YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia bagi Temasya Sukan Komanwel XXI 2018 di Dewan Serbaguna Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya petang semalam. Sesi penyerahan Jalur Gemilang oleh YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin kepada Ketua Kotinjen Malaysia ke Sukan Komanwel. Lebih membanggakan apabila Jalur Gemilang tersebut telah diberi amanah kpd jaguh lompat kijang negara iaitu 8007861 LK I TLS Muhammad Hakimi Ismail sebagai pembawa bendera pada temasya Sukan Komanwel nanti. Majlis ini telah berlangsung dengan penuh meriah sekali disaksikan oleh Timbalan Menteri Datuk M.Saravanan, Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tungku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Datuk Dr Khairi Zawi. Pada siri temasya kali ini, Malaysia menghantar kontinjen seramai 178 atlet iaitu 102 atlet lelaki dan 76 atlet wanita serta 95 pegawai. Lebih membanggakan seramai 12 atlet TLDM (Menembak 2 atlet, Olahraga 8 atlet dan Lumba Basikal 2 atlet) turut berjuang dalam misi mencapai sasaran pingat. Hadir sama Laksamana Muda Dato' Azhari bin Abdul Rashid selaku Pengerusi JES TLDM mewakili Panglima Tentera Laut turut berkesempatan memberi kata-kata semangat kepada 12 atlet TLDM yang akan bertanding nanti.

WhatsApp Image 2018 03 28 at 12.43.35 PM 1

WhatsApp Image 2018 03 28 at 12.43.35 PM

WhatsApp Image 2018 03 28 at 12.43.15 PM
Menteri Belia dan Sukan Menyempurnakan Majlis

WhatsApp Image 2018 03 28 at 12.43.15 PM 1

WhatsApp Image 2018 03 28 at 12.43.34 PM

WhatsApp Image 2018 03 28 at 12.43.17 PM
Sesi Bergambar Pengerusi JES TLDM Bersama Atlet TLDM

Senarai atlet TLDM yang bertanding dalam temasya Sukan Komanwel XXI 2018 di Gold Coast adalah seperti berikut:

A) MENEMBAK:

1. LT NUR SURYANI BINTI MOHD TAIBI N/405274.

2. 837053 LK PRL MUHAMMAD EZUAN BIN NASIR KHAN.

B. BERBASIKAL:

1. 837617 LK JJM IREANDIE BIN LAKASEK.

2. 8009092 LK TNL MOHAMAD AFIQ HUZNI BIN OTHMAN.

C) OLAHRAGA:

1. 8006640 LK I PNK LEE HUP WEI.

2. 8008568 LK I PAP JACKIE WONG SIEW CHEER.

3. 8008569 LK I PNK CHUAH YU TIAN.

4. 8008637 LK I KOM NIXSON AK KENNEDY.

5. 8008299 LK I TNL NAURAJ SINGH RANDHAWA A/l SUCHA SINGH.

6. 8008574 LK I TNL MUHAMMAD IRFAN BIN SAMSUDDIN.

7. 8009224 LK I TNL JONATHAN NYEPA.

8. 8007861 LK I TLS MUHAMMAD HAKIMI BIN ISMAIL.

Rujukan: 280318/01
Sumber: LEKAS TLDM
Artikel: LEKAS TLDM
Jurufoto: LEKAS TLDM

BENGKEL KEPIMPINAN BAKAT LAUT

MK TL, 11 Mac 18 – Bengkel Kepimpinan BAKAT Laut telah dilaksanakan selama 4 hari bermula 8 hingga 11 Mac 18 di  Kuala Lumpur. Seramai 70 isteri pegawai kanan TLDM yang aktif dalam BAKAT Laut telah dipilih sebagai peserta bengkel ini. Bengkel yang julung kalinya diadakan ini  bertujuan untuk melatih dan memupuk sifat kepimpinan di kalangan ahli BAKAT Laut terutamanya mereka yang bakal menjadi pemimpin organisasi BAKAT Laut pada masa akan datang.

Gambar 1
Keseluruhan Peserta dan Urusetia
Bengkel Kepimpinan BAKAT Laut

Gambar 2
Barisan Penilai Penugasan Kerja Berkumpulan

Bengkel ini juga bertujuan untuk menerapkan ilmu pengetahuan berhubung pengendalian acara atau aktiviti BAKAT yang berimpak besar merangkumi aspek integriti, inisiatif, kerjasama berkumpulan, ketepatan masa, kepimpinan serta sikap hormat-menghormati. Selain melatih pelapis pemimpin BAKAT Laut, bengkel ini juga dapat memupuk semangat kerjasama yang erat dikalangan ahli BAKAT dan seterusnya bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.  Selain diberi taklimat mengenai pengurusan organisasi BAKAT Laut, peserta bengkel turut berpeluang mendengar taklimat Inspektor Jeneral TLDM, Laksamana Muda Dato’ Ganesh a/l Navaratnam dan Pengarah Pengurusan Strategik merangkap Pengarah Naval Transformation Office, Laksamana Pertama Baharudin bin Wan Mohd Nor yang menyampaikan ceramah berhubung “Pengendalian Aduan Dalam TLDM” dan “Kepimpinan Dalam Dunia Ketenteraan: Bagaimana Isteri Boleh Membantu Suami”. 

Gambar 3
Persembahan Berkumpulan

Gambar 4
Pemenang Kumpulan Terbaik

Selain itu juga, peserta bengkel turut diberi tugasan kerja berkumpulan dan mempersembahkan hasil kerja tersebut kepada panel penilai yang terdiri daripada Jemaah Tertinggi BAKAT Laut yang diketuai oleh Puan Sri Noor Azrina binti Abdullah selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Laut serta Penaung Bengkel Kepimpinan BAKAT Laut ini.  Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Laut sebagai menghargai ahli BAKAT yang hadir. Secara keseluruhan, bengkel ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama baik daripada semua pihak. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta juga amat memberangsangkan. Peserta bengkel juga digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan yang diperolehi dengan ahli-ahli BAKAT Laut yang lain. Diharapkan bengkel seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Syabas diucapkan kepada semua ahli BAKAT Laut yang terlibat.

Sumber : Pejabat Panglima Tentera Laut
Artikel   : Lt Kdr Muhammad Hafiz bin Othman TLDM
Jurufoto : LK I PWP Muhamad Zul Akmal bin Ahmad
               LK I PNK Khairul Najmi bin Ab Jabar

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM REMAJA BERWAWASAN BAGI TAHUN 2018 DI SMK KEPONG BARU DAN DANAU KOTA

KD SRI GOMBAK, 8 Feb 18 - Pegawai Memerintah KD SRI GOMBAK (KDSG), Kdr Mohamad Zulkefli bin Hj. Mohamood TLDM telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan di SMK Kepong Baru pada 7 Feb 18, manakala Pelancaran di SMK Danau Kota pula telah dirasmikan oleh Pegawai Laksana  KDSG pada 8 Feb 18Majlis pelancaran ini dijalankan serentak di 140 buah sekolah di seluruh negara yang melibatkan 14 buah negeri.

20180207 163156
Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan
Di SMK Kepong Baru Dirasmikan Oleh
Pegawai Memerintah KDSG

20180207 163305
Pegawai Memerintah KDSG Beramah Mesra Bersama
Guru dan Peserta PRB

Program ini adalah merupakan hasil cetusan idea Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia melalui National Blue Ocean Strategy (NBOS) atau didalam Bahasa Melayunya Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Program ini merupakan program peringkat kebangsaan yang melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia.

20180208 141506

Pegawai Laksana KDSG Merasmikan Majlis Pelancaran
Program Remaja Berwawasan di SMK Danau Kota

20180208 141828Sekitar Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan
Di SMK Danau Kota

Pegawai Memerintah didalam ucapannya telah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar SMK Kepong Baru yang terlibat dalam Perkemahan Summer Camp Program Remaja Berwawasan pada tahun lepas kerana dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik sepanjang perkemahan tersebut.  Beliau berharap agar program ini akan mencapai matlamatnya kerana pelajar-pelajar ini merupakan pelapis yang akan mewarisi kemajuan negara ini pada masa akan datang. Setelah Pegawai Memerintah dan Pegawai Laksana KDSG merasmikan Program ini, mereka dijemput untuk beramah mesra bersama tetamu kehormat dan Peserta Program Remaja Berwawasan.

Rujukan: 090218/01
Sumber: KD SRI GOMBAK
Artikel: Lt Dya Abdul Basit bin Kamarudin TLDM
Jurufoto: KD SRI GOMBAK

PERBARISAN PERUTUSAN ULUNG PEGAWAI MEMERINTAH KD SRI GOMBAK

Kuala Lumpur 20 Jan – KD SRI GOMBAK telah mengadakan Perbarisan Perutusan Ulung Pegawai Memerintah, Kdr Mohamad Zulkefli bin Hj. Mohamood TLDM bagi tahun 2018 di Padang Kawad KD SRI GOMBAK (KDSG). Perbarisan terdiri daripada 4 platun yang disertai oleh kesemua warga KDSG. Perbarisan diketuai oleh Lt Kdr Shamsudin bin Mat Isa TLDM ini dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya serta disusuli dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Memerintah.

1
Pegawai Memerintah sedang memberi
perutusan dan pemeriksaan baris

2
Formasi KDSG dan sauh oleh Warga KDSG

Perbarisan kali ini diadakan pada hari Sabtu untuk memberi peluang kepada pemandu kerana kesibukan penugasan pada hari kerja biasa dan tugas-tugas lain yang mendokong kepada pentadbiran Markas Tentera Laut seiring dengan cogan kata KDSG iaitu Ready to Serve. Penganugerahan Bintara dan Laskar Berkualiti KDSG bagi Suku Tahun Keempat 2017 turut diadakan. Penerima anugerah adalah 825821 BM PRL Badrul Hisham bin Mohamad Sufian dan 833458 LK PAP Zuraidi bin Ahmad. Pegawai Memerintah turut berkenan menyampaikan amanat serta harapan beliau untuk tahun 2018 disamping menyuntik semangat tahun baru kepada Warga The Navy People KDSG. Pegawai Memerintah telah memberi penarafan 5 bintang kepada Warga KDSG atas segala komitmen serta daya usaha mereka dalam merialisasikan kejayaan KDSG sepanjang tahun 2017. Perbarisan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama Pegawai Memerintah.

Rujukan : 200118/03
Sumber : KD SRI GOMBAK

SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN PANGLIMA ARMADA TIMUR DAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN

Teluk Sepangar, 17 Jan – Markas Pemerintahan Armada Timur telah melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas bagi Timbalan Panglima Armada Timur dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan yang berlangsung di Auditorium Markas Angkatan Kapal Selam. Majlis-majlis ini telah disaksikan dan disempurnakan oleh Panglima Armada Timur di antara Laksamana Pertama Khalid bin Jaafar dan Kepten Zahid bin Abd Aziz TLDM. Manakala, bagi pemakaian pangkat pegawai kanan adalah kepada Lt Kdr Hassan Helmi bin Ab Ghani TLDM yang akan dinaikkan pangkat kepada Pemangku Komander TLDM.

1
Majlis dimulakan dengan nyanyian
lagu Negaraku dan Samudera Raya

2
Upacara menandatangani dan penyerahan
Sijil Serah Terima Tugas Timbalan Panglima Armada Timur

3

Ketibaan Panglima Armada Timur dan Timbalan Panglima Armada Timur telah disambut oleh Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Ir. Ow Kiat Bin serta Pemangku Timbalan Panglima Armada Timur, Kept Zahid bin Abd Aziz TLDM. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya. Selesai majlis serah terima tugas, majlis diteruskan dengan upcarara pemakaian pangkat kepada Lt Kdr Hassan Helmi bin Ab Ghani TLDM ke Pemangku Komander TLDM oleh Panglima Armada Timur.

4
Upacara pemakaian pangkat kepada
P/Kdr Hassan Helmi bin Ab Ghani TLDM

5
Ucapan oleh Panglima Armada Timur

Panglima Armada Timur turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemangku Timbalan Panglima Armada Timur yang lepas iaitu Kept Zahid bin Abd Aziz TLDM di atas sumbangan dan bakti yang telah diberikan. Selain itu, ucapan tahniah turut diberikan kepada Timbalan Panglima Armada Timur yang baharu, Laksamana Pertama Khalid bin Jaafar dan P/Kdr Hassan Helmi bin Ab Ghani TLDM. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi BAKAT (L) Armada Timur dan ahli-ahli BAKAT (L), Pegawai Memerintah PLKS, warga Markas Pemerintahan Armada Timur dan unit-unit di bawah naungan serta warga Markas Pemerintahan Kapal Selam.  Majlis serah terima tugas dan pemakaian pangkat ini diakhiri dengan bacaan doa oleh P/Kdr Hassan Helmi bin Ab Ghani TLDM bagi memohon kemudahan dan keberkatan majlis yang telah dilaksanakan.

Rujukan : 200118/01
Sumber : Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel : BK KOM Mahisziandi bin Mahmud
Jurufoto : LK I TLS Mohd Zulhakimi bin Yusoff

MAJLIS SAMBUTAN HARI KELUARGA KD LEKIU DI DATARAN HADHARI TELUK BATIK

Lumut, 13 Jan 18 – ‘LEKIU FAMILIES FOREVER’ merupakan slogan yang dipilih bagi menyambut Hari Keluarga KD LEKIU pada tahun ini. Majlis Sambutan Hari Keluarga telah dilaksanakan dengan jayanya di Dataran Hadhari, Teluk Batik, Lumut. Majlis ini dilaksanakan bertujuan menghargai jasa dan sumbangan semua warga kapal yang berkhidmat di KD LEKIU seterusnya mengeratkan lagi hubungan baik di antara warga kapal dengan ahli keluarga.

1
Ucapan oleh Pegawai Memerintah

2
Majlis Perasmian Hari Keluarga

3
Majlis pemotongan kek warga kapal yang
lahir pada bulan Okt sehingga Dis

Hari keluarga merupakan satu medium yang terbaik bagi warga kapal dalam memupuk ukhwah kekeluargaan yang lebih harmoni dan sehjahtera. Justeru itu, majlis ini bertemakan pakaian jersi mengikut keluarga masing-masing bagi mewujudkan lagi semangat kekeluargaan itu sendiri. Majlis ini didahului dengan ucapan oleh Pegawai Memerintah seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Keluarga KD LEKIU. Beberapa acara sukaneka dan cabutan bertuah yang melibatkan kesemua warga kapal dan ahli keluarga yang hadir sepanjang majlis ini berlansung. Acara sukaneka dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori kanak-kanak, kategori berpasangan, kategori keluarga dan kategori bujang.

4
Kambing golek juadah yang
menjadi tumpuan ramai

5
Acara sukaneka ketegori berpasangan

6
Acara sukaneka ketegori kanak-kanak

Acara sukaneka pada kali ini berbeza dan unik kerana beberapa acara sukaneka dikoordinasikan sendiri oleh Pegawai Memerintah. Antara acara sukaneka yang dilaksanakan bagi kategori kanak-kanak adalah sambung straw, pancing botol, kasut besar, dan isi air dalam botol. Manakala untuk sukaneka bagi acara berpasangan adalah pimpinan mesra pengerat cinta dan mata bertentang hati berdebar. Seterusnya bagi kategori keluarga pula adalah mencari kasih di hamparan debu dan sambutan mesra pengerat sayang. Tidak ketinggalan bagi pegawai dan anggota bujang juga mempunyai acara sukaneka sendiri iaitu bulls eye dan kenali dia.

7
Acara sukaneka ketegori bujang

8
Mesin basuh automatik dimenangi oleh LK I JTP Banyi

9
Hadiah utama dimenangi oleh Pegawai Jurutera Marin

10
Sesi bergambar warga KD LEKIU
bersama ahli keluarga yang hadir

Tedapat 167 cabutan bertuah yang disediakan kepada semua warga kapal tidak kecuali kepada yang bertugas di kapal pada hari tersebut. Kesemua hadiah cabutan bertuah yang telah diberikan adalah berupa peralatan dan kelengkapan rumah. Hadiah utama yang menjadi perhatian dan rebutan warga kapal pada kali ini adalah sebuah basikal mountain bike berjenama Shimano. Majlis sambutan hari keluarga ini telah dilaksanakan dengan lancar sekaligus mencapai objektif yang disasarkan. Sambutan hari keluarga sebegini akan terus dilaksanakan di masa hadapan agar ukhwah silaturrahim dapat diperkukuhkan bukan sahaja kepada warga kapal bahkan juga ahli keluarga itu sendiri.

Rujukan: 200118/01
Sumber : Perhubungan Stategik KD LEKIU
Artikel : Lt Muda Andi Mohd Izzul bin Dolar TLDM
Jurufoto : Perhubungan Stategik KD LEKIU

SERAH MENYERAH TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH SKTLDM SITIAWAN

Lumut, 22 Dis 17 - Bertempat di Serambi Markas Pemerintahan Armada, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Serah-Terima Tugas Pegawai Memerintah Stesen Komunikasi TLDM (SKTLDM) Sitiawan. Majlis yang disaksikan oleh Panglima Armada Barat ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai Memerintah kapal-kapal di Lumut serta anggota dari unit tersebut.

1
Panglima Armada Barat menandatangani Sijil Serah-Terima Tugas

2
Pemakaian Insignia Pegawai Memerintah kepada Pegawai Memerintah yang baru

Lt Kdr Syahrizal bin Abu Samah TLDM bakal menggantikan Lt Kdr Che Mohd Fakrul Azizi bin Che Lah TLDM yang bakal menghadiri Kursus Maktab Turus Angkatan Tentera tidak lama lagi.

3
Pemakaian Insignia Pegawai Memerintah yang disempurnakan
Panglima Armada kepada Pegawai Memerintah SKTLDM Sitiawan

4
Ucapan penghargaan oleh Panglima Armada Barat

Majlis dimulakan mantan dan bakal Pegawai Memerintah menandatangani Sijil Serah-Terima Tugas sebelum disusuli upacara pemakaian Insignia Pegawai Memerintah kepada Pegawai Memerintah yang baru yang disempurnakan oleh Panglima Armada Barat. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Panglima Armada Barat sebelum diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Memerintah SKTLDM Sitiawan yang baru serta seterusnya jamuan ringkas.

Rujukan: 241217/01
Sumber: SKTLDM Sitiawan
Artikel: SKTLDM Sitiawan
Jurufoto: SKTLDM Sitiawan

PERBARISAN DAN PERUTUSAN ULUNG PANGLIMA WILAYAH LAUT 1

Tg.Gelang, 22 Dis 17 - Perbarisan Ulung Panglima Wilayah Laut 1, YBhg Laksamana Muda Dato' Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad telah diadakan di padang kawad Pangkalan TLDM Tg. Gelang. YBhg Laksamana Muda Dato' Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad telah mengambil alih tugas PANGWILLA 1 secara rasmi pada 30 Okt 17 yang lalu.

1
Pemeriksaan ke atas platun oleh PANGWILLA 1

2

4Penyampaian Anugerah

5

6

8

Perbarisan yang telah berlangsung ini melibatkan 8 Platun yang terdiri daripada 1 platun Pegawai, 1 platun Bintara dan 6 platun Laskar Kanan ke bawah. Perbarisan ini juga turut disaksikan oleh kakitangan awam di MAWILLA 1. Acara di padang kawad diakhiri dengan sesi bergambar membentuk sauh dan tulisan "MWL 1" melibatkan warga MAWILLA 1 yang telah menjayakan perbarisan ulung ini. Majlis diteruskan lagi dengan acara di dalam Auditorium Al-Haimi, PANGWILLA 1 telah menyampaikan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu, Sijil Anugerah Bintara dan Laskar Berkualiti Suku Tahun Ke-3, Sijil Penghargaan Pertandingan Mengarang Esei Maritim Tahun 2018, Sijil Penghargaan Panglima dianugerahkan kepada Depot Logistik Wilayah 1 atas Pencapaian Bilangan Tertinggi Aset Armada Kategori 1 tahun 2017 dan Sijil Penghargaan Panglima dianugerahkan kepada KD HANDALAN atas Pencapaian Kesiagaan Kategori 1 Tertinggi bagi tahun 2017.

12Majlis Jasamu Dikenang

13

14

Panglima Wilayah Laut 1 seterusnya menyampaikan ucapan dan perintah ulung beliau di majlis tersebut. Majlis di teruskan lagi dengan meraikan pesara-pesara TLDM dalam Majlis Jasamu Dikenang. Seramai 50 orang pesara TLDM yang hadir dalam majlis tersebut. PANGWILLA 1 turut menyampaikan Sijil Penghargaan, Sijil Simpanan Premium dan cenderahati dari MAWILLA 1 kepada pesara-pesara TLDM. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama PANGWILLA 1.

Rujukan: 221217/02
Sumber: Perhubungan Raya MAWILLA 1
Artikel : Lt Muhammad Haziq bin Azhar TLDM
Jurufoto : Perhubungan Raya MAWILLA 1

ARTICLE ADMIRAL’S CUP INTERNATIONAL REGATTA 2017

The competition for the Admiral’s Cup International Regatta which is one of the biggest military event where Naval Academies across the world participated. The prestigious annual sailing event had been hosted by Indian Naval Academy (INA), Ezhimala. The 8th edition of the Admiral’s Cup was held at Marakkar Watermanship Training Center (MWTC) in INA from 02nd until 08th Dec 17. There were Officers Under Training (OUT) from 27 countries involved in this regatta in Laser Radial class sailing boats and has the largest contingent teams from the foreign countries on this year.

1
During the opening ceremony

2
The participants from 27 nations

3
Participants on racing

The event became competitive and more exciting as the years pass by, as the number of countries came to participate in the event kept growing. The Royal Malaysian Navy (RMN) participated in the Admiral’s Cup all this while, and particularly this year RMN was represented by Lieutenant Nik Ashraf Thaqid bin Nik Azizan RMN (from KD DUYONG) as a RMN Team Leader, Midshipman Muhammad Anwar bin Ibrahim and Midshipman Muhammad Naaim bin Salleh (both from KD SULTAN IDRIS 1) as a RMN Participants. The event fostered bridges of friendships between navies with social activities held off the water, as well as being a showcase for the INA and the diverse Indian culture. The Admiral’s Cup for the best overall team was won by Team USA whilst Team Malaysia performed admirably, noting the light breezes, with a final placing of 11th.

4
RMN participant sails number 44 

5
Lieutenant Nik Ashraf Thaqid bin Nik Azizan RMN and INA’s commandant
exchange the RMN ship crest as a memento of their meeting at INA

6
Participants during trek to Mount Dilli

“This event is more than a competition, it is also a platform to learn and understand the way various countries work and train. During the regatta, RMN participants have an exchange of knowledge session and also ample opportunity to get to know each other. They also established the network among participants for future cooperation. These openings can enhance OUT experience at an international level and enriched boat handling skill to make a magnificent sailor,” said RMN Team Leader.

7
Horse Riding

8
Visit to training and sporting facilities in INA

9
Media Press Conference

10
The Malaysian Midshipmen with the foreign officers
under training during the Closing Ceremony

Besides that, the participants were also involved in other activities apart from sailing regatta which included visit INA’s training and sports facilities, track to Mount Dilli, horse riding, golf and cultural packages showcasing India’s rich traditions, languages, cultures and art forms. The 8th edition of Admiral’s Cup Sailing Regatta concluded on 7th Dec 17 at a glittering Closing Ceremony at MWTC. Vice Admiral AR Karve, AVSM, Flag Officer Commanding-in-Chief, Southern Naval Command was the chief guest for the closing ceremony and presented the “Admiral’s Cup” and individual prizes to the winners.

Rujukan: 221217/01

STATISTIK TRANSAKSI PERKHIDMATAN ATAS TALIAN 2017

Siri Perkhidmatan Atas Talian Jumlah Transaksi Untuk Tahun 2017
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis
1 Kalendar 37 22  125 178  40  116 72 80  96   68 139  124 
2 Pertanyaan 28 16 14  20  18   36  30 24  32  12   27 18 
3 Panduan Portal 2 -  8   7   8   2  2  2  3  6  3
4 E-Aduan 2  - 8 7 8  2  2  1  2
5 E-Publikasi 272 252 203  178 136  206  196  182 191   201  169  162
6 Muat Turun / Perisian 201 126 183  150  142   119  162 112  132  154  173  135 
7 E-Demand 172 332 258  200  240   204  201 193  216  115  189  173 
8 E-Carta 119 154 146  157  128   117 120 132  116   157 136  124 
9 Quotation 143 103 100  100  100   66  73     88    97   100    100    87
10 SPIAV3 43 18 36
20
7  12      25    16     9     6    7
11 Permohonan My Kad Pesara  761 862  1367  1022 1485 1296  1459     998  1089  1182  1361  1498
12 Soal Selidik 37 22  125 178  40  116 72      68  163  87  136  63

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 365

Semalam 879

Bulan ini 19829

Keseluruhan 1250258

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM