MAJLIS MENANDATANGANI DAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TLDM

Kuala Lumpur, 27 Okt 17. Bertempat di Serambi Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL) TLDM telah berlangsungnya Majlis Menandatangani dan Serah Terima Tugas Ketua Staf (KS) MPPL antara YBhg Laksmana Pertama Zualkafly Hj Ahmad dan Kept Farizal Myeor TLDM.

1
Upacara Menandatangani Sijil Serah
Terima Tugas Disaksikan Oleh Ybhg Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM

2
Penyerahan Sijil Serah Terima Tugas

3
Penyerahan Simbolik Lambang Tugas dan
Tanggungjawab Ketua Staf MPPL TLDM

Acara yang bermula pada 0845 pagi ini telah disempurnakan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan (PPL) TLDM YBhg Laksmana Muda Dato’ Rusli bin Ramli serta turut disaksikan oleh Pegawai Memerintah Unit Dibawah Naungan, Pegawai Kanan, pegawai dan anggota dari MPPL TLDM. Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani sijil serah terima tugas dan seterusnya penyerahan tongkat sebagai simbolik penyerahan tugas dan tanggungjawab Ketua Staf.

4
Ucapan YBhg Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM

5
Ucapan Mantan Ketua Staf

6
Ketua Staf MPPL TLDM Memimpin Bacaan Doa

YBhg Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM dalam ucapannya menyatakan persaraan Laksamana Pertama Zualkafly Hj Ahmad merupakan kehilangan yang besar kepada MPPL. Kepimpinan beliau sebagai Ketua Staf telah meningkatkan lagi kualiti mutu latihan MPPL serta Unit Bawah Naungan ke arah pencapaian yang lebih tinggi.

7
Penyerahan Cenderahati oleh Warga MPPL
Kepada Mantan Ketua Staf

8
Sesi Bergambar Bersama Tetamu Yang
Hadir Serta Warga Markas

9
Street Lining Mantan Ketua Staf oleh
Warga Markas MPPL TLDM

10

Namun begitu, YBhg Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM bersyukur kerana penggantinya merupakan seorang yang cukup berpengalaman dan berharap agar Ketua Staf yang baru dapat berusaha dengan lebih gigih dalam melaksanakan tugasan seterusnya menjana kemajuan Markas ke arah yang lebih baik dan produktif.

Rujukan: 271017/03
Sumber : Perhubungan Awam MPPL TLDM
Artikel : Perhubungan Awam MPPL TLDM
Jurufoto : Perhubungan Awam MPPL TLDM

KEJOHANAN HOKI SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2017

SUBANG, 27 Okt 17 - Kejohanan Hoki Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 telah berlangsung pada 24 hingga 27 Okt 17 di Stadium Hoki Pangkalan Udara Subang, Selangor yang dianjurkan oleh Persatuan Hoki ATM. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Lelaki dan Wanita. Bagi pasukan Hoki Lelaki, TLDM berjaya menumpaskan TUDM dengan jaringan 2-1 dan seri dengan pasukan TDM 2-2 di peringkat saringan. Manakala aksi di perlawanan akhir, pasukan Hoki lelaki TLDM mempamerkan aksi cukup dramatik setelah sekali lagi berentap dengan pasukan TUDM. Kesudahannya pasukan Hoki Lelaki TLDM berjaya mengekalkan kejuaraan bagi tahun ke-3 berturut-turut setelah berjaya menewaskan pasukan Hoki Lelaki TUDM dengan jaringan 4-3.

IMG 20171027 WA0070
Panglima 4 Divisyen menyampaikan hadiah
kepada Penjaring Terbanyak Kejohanan

IMG 20171027 WA0097
Tahniah! Penjaring Tebanyak bagi Kategori Wanita

Bagi kategori wanita pula,Pasukan Hoki Wanita TLDM telah mempamerkan persembahan yang amat mengagumkan diperingkat saringan apabila berjaya membenam pasukan Hoki Wanita TUDM dgn jumlah gol 9-0 dan seterusnya membelasah pasukan Hoki Wanita TDM dengan jaringan 5-0. Namun di peringkat akhir, pertemuan pasukan hoki wanita TLDM berentap kembali bertemu pasukan Hoki TDM di dalam cuaca hujan lebat. Masa penuh perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga memaksa penentuan pukulan penalti shoot out. Kemenangan tidak memihak kpd pasukan Hoki Wanita TLDM apabila terpaksa menerima kekalahan tipis dengan jaringan 2-3 kepada pasukan Hoki TD.

IMG 20171027 WA0098
Aksi-aksi perlawanan akhir

IMG 20171027 WA0087
Pasukan Hoki 3 Perkhidmatan ATM

Keputusan rasmi kejohanan bagi kategori Lelaki Johan TLDM, Naib Johan TUDM dan Ketiga TDM. Bagi kategori Wanita pula Johan TDM, Naib Johan TLDM dan Ketiga TUDM. Dua pemain TLDM dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan iaitu 830827 LK PLM Khairul Amin bin Ahmad Fazhil bagi kategori lelaki sebanyak 3 gol dan 5501560 LK II PRL Aishah bt Zulkifli bagi kategori wanita sebanyak 5 gol dijaringkan. Majlis Penutup Kejohanan Hoki Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 disempurnakan oleh Mej Jen Datuk Zakaria bin Hj Yadi, Panglima 4 Divisyen merangkap Pengerusi Persatuan Hoki ATM dan turut dihadiri oleh Kept Farizal bin Myeor TLDM, Ketua Staf Markas Pendidikan dan Latihan TLDM mewakili Pengerusi LEKAS TLDM. Syabas diucapkan kepada Persatuan Hoki TLDM.

Rujukan : 271017/02
Sumber : LEKAS TLDM

ISTIADAT PERBARISAN PERSARAAN KOMANDER PANGKALAN LUMUT

Lumut, 26 Okt 17 – Istiadat Perbarisan Persaraan YBhg Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Khairuddin Bin Mohd Arif, Komander Pangkalan Lumut telah berlangsung seawal jam 8.00 pagi. Seramai 9 orang pegawai dan 225 orang anggota telah mempamerkan kesiapsiagaan dalam istiadat perbarisan ini. Perbarisan terdiri daripada 8 platun termasuk 2 Platun Bintara dan 6 platun Laskar Kanan ke bawah. Perbarisan ini juga turut disaksikan oleh Pegawai-pegawai Memerintah dan Pegawai-pegawai Kanan dari unit naungan Markas Pangkalan Lumut serta kakitangan awam Markas Pangkalan Lumut.

1
Ketibaan Komander Pangkalan Lumut

2

3
Pemeriksaan platun

4

Ketibaan Komander Pangkalan disambut dengan tabik hormat serta nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya diikuti dengan pemeriksaan platun dengan menaiki kenderaan istiadat, namun demikian, jelas ternyata terpancar kesedihan dari mata beliau dalam melihat kesungguhan Pegawai dan Anggota TLDM. Acara seterusnya adalah berjalan lalu dalam masa cepat jalan dan mara mengadap. Perbarisan diselangi dengan gemaan laungan Gempur Wira, ternyata semangat yang dipamerkan oleh warga amat membanggakan.

5
Berjalan lalu

6

Warga Markas Pangkalan yang terlibat dengan perbarisan ini telah mempamerkan persembahan dengan baik dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah sepanjang majlis berlangsung. Istiadat Perbarisan Persaraan yang berlangsung di Padang Kawad KD MALAYA bertujuan untuk memberi penghargaan dan mengenang jasa YBhg Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Khairuddin Bin Mohd Arif sepanjang pemerintahan beliau sebagai Komander Pangkalan Lumut di Markas Pangkalan Lumut TLDM.

7
YBhg Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Khairuddin Bin Mohd Arif
memberikan Tabik Hormat

8
Sesi Bergambar

9
Ucapan Oleh Komander Pangkalan Lumut

Seterusnya perbarisan diteruskan dengan bacaan doa oleh Mej Muhammad Rasul Bin Muhammad Kadir. Perbarisan diakhiri dengan sesi bergambar bersama YBhg Dato’. Selesai Perbarisan acara diteruskan lagi dengan Majlis Ramah Mesra yang berlangsung di Dewan Makan D20 dan disajikan dengan tayangn montaj yang bertajuk Pahlawan Itu Adalah Dia yang dideklamsikan oleh Pegawai PSSTLDM yang berkhidmat di Markas Pangkalan Lumut. Bait-bait sajak yang disampaikan serba sedikit meruntun jiwa warga Markas Pangkalan Lumut kerana amat terasa akan kehilangan seorang insan yang begitu komited dan sentiasa mencurah khidmat bakti terhadap nusa dan bangsa, insan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah YBhg Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Khairuddin Bin Mohd Arif. Segala pengorbanan dan jasa beliau terhadap TLDM akan sentiasa menjadi inspirasi bagi setiap warga.

10
Penyampaian Cenderahati Penghargaan

11

12

13

14
Sesi Ramah Mesra

15

Majlis diteruskan lagi dengan amanat dan nasihat terakhir untuk semua warga Markas Pangkalan Lumut. “ We are The Navy People dan Transformasi ‘15 to 5’ Armada TLDM” merupakan antara intipati nasihat dan amanat YBhg Dato’ buat warga Markas Pangkalan Lumut. Seterusnya majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati penghargaan daripada warga Markas Pangkalan Lumut dan tidak ketinggalan dengan sesi pemotongan kek yang disumbangkan oleh pihak Perwira Niaga Malaysia serta penyampaian hadiah bagi kawad terbaik. Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi.

Rujukan: 271017/01
Sumber : Komunikasi Strategik MPBTLDM
Artikel : Lt Dya Siti Norlela binti Moh Salleh PSSTLDM
Jurufoto : Komunikasi Strategik MPBTLDM

PROGRAM PERCAMBAHAN MINDA BERSAMA PANGLIMA ANGKATAN KAPAL SELAM BAGI SESI PEGAWAI AKAS TLDM

Kota Kinabalu 8 Okt – Program Percambahan Minda Bersama Panglima Angkatan Kapal Selam (PAKS) bagi sesi Pegawai Angkatan Kapal Selam (AKAS) telah diadakan pada 6 Okt di Auditorium Markas Pemerintahan Kapal Selam. Seiring dengan tranformasi TLDM, program ini bertujuan memperkasakan fungsi dan peranan Pegawai AKAS TLDM, program yang dikendalikan oleh AKS Tabir MPKS ini turut membincangkan isu-isu semasa perkhidmatan.

1
YBhg PAKS Membentangkan Taklimat Memperkasakan
Fungsi dan Peranan Pegawai AKAS TLDM

2
YBhg PAKS Bersama Ahli Panel

3
Sesi Percambahan Minda dan Sesi Soal Jawab

Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu taklimat Memperkasakan Fungsi dan Peranan Pegawai AKAS TLDM dan sesi dialog. Sepanjang program berjalan, banyak idea yang bernas telah di keutarakan demi memastikan Pegawai AKAS TLDM sentiasa berada di landasan kecermelangan. Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi melahirkan percambahan idea yang mampan seiring dengan kehendak puncuk pimpinan TLDM mengikut transformasi yang digariskan.

Rujukan : 091017/01
Sumber : Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel : PW II TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak
Jurufoto : PW II TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak

KEJOHANAN SUKAN BOLA TAMPAR ANTARA BAHAGIAN/CAWANGAN MK TL 2017

KD SRI GOMBAK, 4 Okt 17 - Kejohanan Sukan Antara Bahagian/Cawangan Markas Tentera Laut (Mk TL) bagi tahun 2017 telah bermula pada 16 Ogos 17 yang lalu. Kejohanan ini diteruskan lagi dengan penganjuran Sukan Bola Tampar yang merupakan salah satu dari tujuh sukan yang dipertandingkan bagi merebut Piala Pusingan Sukan Antara Bahagian/Cawangan Mk TL. Sukan ini juga merupakan sukan kelima yang dianjurkan oleh KDSG selepas Sukan Rakyat yang dianjurkan pada 27 Sep 17 yang lalu. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kesemua pasukan terdiri daripada setiap bahagian/cawangan di bawah naungan Mk TL iaitu Pasukan Laksamana, Bendahara, Pendekar dan Satria.

20171004 170503
Sekitar Perlawanan Berlangsung

Pembukaan sukan ini menyaksikan perlawanan pertama berlangsung pada jam 1430 diantara Pasukan Pendekar menentang Pasukan Bendahara. Sejurus selepas itu, perlawanan kedua diantara Pasukan Satria menentang Pasukan Laksamana. Kejohanan ini telah dimenangi oleh Pasukan Pendekar manakala Naib Johan adalah Pasukan Satria. Sepanjang perlawanan berlangsung, semua pemain dari setiap pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan bersungguh-sungguh untuk mencari mata bagi pasukan mereka memperoleh kemenangan. Pada jam 1700 dapat disaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Pegawai Kawalan Berek KDSG. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

20171004 170629
Sesi Penyampaian Hadiah Yang Disempurnakan oleh
Pegawai Kawalan Berek KDSG

Kedudukan terkini setiap pasukan didalam Kejohanan Sukan Antara Bahagian/Cawangan Mk TL bagi tahun 2017 adalah seperti berikut. Pasukan Satria di tempat pertama, manakala ditempat kedua adalah Pasukan Bendahara diikuti Pasukan Pendekar dan terakhir sekali Pasukan Laksamana. Namun, kejohanan ini masih mempunyai dua lagi sukan yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Semua pasukan diharap dapat memberikan persembahan yang terbaik memandangkan mata setiap pasukan amat hampir dengan satu sama lain. Acara perlawanan seterusnya adalah Badminton yang dirancang diadakan pada 11 Okt 17. Adalah juga menjadi harapan agar perlawanan yang akan datang dapat diadakan dengan meriah dan jayanya.

Rujukan: 041017/05
Sumber: KD SRI GOMBAK
Artikel: Lt Dya Abdul Basit bin Kamarudin TLDM
Jurufoto: KD SRI GOMBAK

SESI DIALOG PENGHUNI RKTLDM BERSAMA AKS PENTADBIRAN

KD SRI GOMBAK, 29 Sep 17 – KD SRI GOMBAK (KDSG) telah menganjurkan Sesi Dialog Penghuni Rumah Keluarga TLDM (RKTLDM) bersama AKS Pentadbiran, Laksamana Pertama Hj. Kamaruzaman Bin Jusoh.  Sesi dialog ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan taklimat berkenaan keselamatan, kebersihan dan tindakan apabila berlaku kebakaran atau terperangkap dalam lif di blok RKTLDM iaitu di Menara Sri Pulai (MSP), Menara Sri Tanjung (MST) dan Blok ATM Cempaka.  Selain itu, sesi dialog ini juga bertujuan untuk memaklumkan teguran-teguran lawatan Pegawai Memerintah KDSG ke atas ketiga-tiga blok dan seterusnya sesi soal jawab bersama semua penghuni RKTLDM bagi mendapatkan maklumbalas, cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

20170929 181334
Sesi Dialog Penghuni RKTLDM Bersama 
AKS Pentadbiran Sedang Berlangsung

Setelah selesai sesi dialog, hadirin semua dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan. Majlis berakhir pada jam 1700.

Rujukan: 290917/06
Sumber : KD SRI GOMBAK
Artikel : Lt Muhammad Azlan bin Ismail TLDM
Jurufoto : KD SRI GOMBAK

MAJLIS PENUTUP SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM ISG 2017

Lumut, 29 Sep 17 – Majlis Penutup Kejohanan Karnival Sukan Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlangsung di pangkalan TLDM Lumut bermula 25 Sep 2017 dan sebanyak 4 acara sukan telah dipertandingkan iaitu Bola Tampar, Ping Pong, Basikal dan Memanah. Majlis penutup pada kali ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin mewakili Panglima Angkatan Tentera. Kejohanan pada kali ini telah menyaksikan kehebatan Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia berentap mempamerkan kehebatan masing-masing dalam usaha ATM bagi memastikan setiap anggota mempunyai kredibiliti serta semangat berpasukan yang optimum.

1
Ketibaan PTL

2

3
Perlawanan Akhir Bola Tampar dan penerima hadiah

4

5


TLDM telah mendominasi hampir keseluruhan acara yang dipertandingkan, empat acara sukan yang pertandingkan iaitu Bola Tampar, Memanah, Basikal dan Ping Pong. Pasukan Ping Pong TLDM telah mengekalkan kejuaraan selama 5 tahun berturut-turut. Namun demikian Tentera Darat telah memberi saingan yang amat sengit khususnya dalam acara Bergu Lelaki dengan mendahului 2-0 diawal pusingan. TLDM seterusnya bangkit dengan sokongan penyokong-penyokong dari sekitar Pangkalan dan sekaligus memenangi perlawanan akhir dengan argregat 3-2. Keputusan perlawanan akhir Ping Pong, TLDM telah memenangi tiga daripada lima kategori yang dipertandingkan iaitu Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Bergu Veteran,Bergu Lelaki dan Bergu Wanita.

7
Permain Terbaik Bola Tampar Lelaki dan Wanita

8

Kejohanan Lumba Basikal pada kali ini turut diungguli TLDM. Sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan iaitu kejohanan Lumba Basikal Lebuh Raya 80 KM, Montain Bike 25 KM dan Ujian Masa Berpasukan 40 KM. Setelah berakhirnya acara Ujian Masa Berpasukan 40 KM pada 28 Sept 2017, TLDM dengan catatan masa 55 minit 04 saat telah mendapat Tempat Pertama manakala Tempat Kedua Tentera Darat dengan catatan masa 56 minit 30 saat dan Tentera Udara tempat ketiga dengan catatan masa 57 minit 33 saat. Secara keseluruhan TLDM telah mendapat pungutan 15 mata dan menduduki tempat pertama serta Tentera Darat dengan pungutan 7 mata telah mendapat Tempat Kedua dan Tempat Ketiga pungutan 5 mata di duduki Tentera Udara.

9
Johan Persatuan-Persatuan Sukan

10

11

12

13

Kredibilti Pasukan Memanah TLDM juga tidak dilupakan dengan mempamerkan mutu perlawanan yang terbaik dengan memberi saingan yang hebat kepada Tentera Darat dan Tentera Udara. Sebanyak 11 kategori yang dipertandingkan iaitu Double 70M Individu Recurve Men/Women, Double 50M Individu Compound Men/Women, Olimpik Round Individu Recurve Men/Women serta Compound Men/Women dan Olimpik Round Berpasukan Recurve Men/Women serta Compund Men. TLDM secara keseluruhan telah merangkul kejuaraan kesemua kategori dan pemanah terbaik kategori Recurve Men dimenangi 839137 LK I PRL Cheng Chu Sian manakala Recurve Women dimenangi 5500936 LK TNL Norhayati binti Hj Ramli. Kategori Compound Men dimenangi 839139 LK I PAP Azizul Azri bin Aziz dan 551684 LK I TNL Saritha a/p Cham Nong kategori compound Women.

14
Ucapan Penutup ISG 2017

Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan di Lumut akan berakhir dengan Kejohanan Bola Tampar Lelaki, Tentera Darat menentang TLDM Semestinya perlawanan ini akan memperlihatkan aksi serta kelincahan kedua-dua pasukan dalam merebut kejuaraan. TDM seterusnya bangkit dengan sokongan penyokong-penyokong dari Pasukan Tentera Darat dan sekaligus memenangi perlawanan akhir dengan argregat 3 - 2. Selain itu, Pasukan Bola Tampar Wanita turut mengikuti kejayaan Pasukan Ping pong dan Pasukan Lumba Basikal dengan merangkul kejuaraan bergaya dengan memenangi kategori Wanita.. Peningkatan TLDM pada Karnival kejohanan sukan pada kali ini amat jelas dan ianya seiring dengan visi TLDM menjadi Angkatan Laut yang kredibel.

Rujukan: 290917/04
Sumber : Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Artikel : Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Jurufoto : Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut

KARNIVAL SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2017

Lumut, 29 Sep 17 - Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 anjuran TLDM telah berlangsung pada 25 hingga 29 Sep 17 di Pangkalan TLDM Lumut. Pada tahun ini sebanyak 4 acara sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Tampar, Ping Pong, Lumba Basikal dan Memanah. Sepanjang 5 hari acara-acara sukan berlangsung, pasukan TLDM telah memberi cabaran yang sengit kepada pasukan-pasukan lawan dan telah mempamerkan semangat juang yang tinggi.

IMG 20170929 WA0078
YBhg PTL berkenalan bersama atlet

IMG 20170929 WA0096 
Sesi gambar kenangan YBhg PTL bersama Atlet ATM

IMG 20170927 193600
Atlet Lumba Basikal TLDM beraksi hebat

Hasilnya, TLDM telah berjaya membolot kemenangan bagi setiap acara yang dipertandingkan kecuali kekalahan tipis dan sengit bagi acara Bola Tampar (L). Keputusan rasmi pertandingan adalah seperti berikut:

a. Bola Tampar (L)
Johan - TDM
N/Johan - TLDM
Ketiga - TUDM

b. Bola Tampar (W)
Johan - TLDM
N/Johan - TDM
Ketiga - TUDM

c. Ping Pong
Johan - TLDM
N/Johan - TDM
Ketiga - TUDM

d. Lumba Basikal
Johan - TLDM
N/Johan - TDM
Ketiga - TUDM

e. Memanah
Johan - TLDM
N/Johan - TUDM
Ketiga - TDM

Tahniah di atas kejayaan dan kemenangan buat Pasukan TLDM dan juga selaku tuan rumah yang berjaya mengkoordinasikan Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 kali ini. Dengan kemenangan ini pihak LEKAS TLDM memberi wang saguhati kemenangan kepada persatuan sukan yang telah menjadi Johan. Dengan ganjaran ini akan membuat setiap atlet-atlet TLDM yang lain dapat mengekalkan prestasi dan juga dapat mengekalkan kejuaraan Sukan Antara Perkhidmatan ATM demi tahun ke tahun.

IMG 20170927 193617
Aksi hebat pemanah-pemanah

IMG 20170927 193624
Aksi acara Ping Pong

IMG 20170929 140358
Perlawanan Akhir Bola Tampar Lelaki

Majlis Penutup Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Tentera Laut sendiri yang diberi mandat mewakili Panglima Angkatan Tentera bagi menyempurnakan acara penutup dengan penuh kemeriahan. Syabas diucapkan kepada Pasukan TLDM.

Rujukan : 290917/03
Sumber : LEKAS TLDM

LAWATAN KE JABATAN PENERBANGAN AWAM DAN PUSAT KAWALAN UDARA BERSAMA (PUKALUB) OLEH PASUKAN PERTAHANAN UDARA TLDM KOTA KINABALU

KOTA KINABALU 28 Sep – Pasukan Pertahanan Udara TLDM Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Pusat Kawalan Udara Bersama (PUKALUB) di Kepayan Kota Kinabalu, Sabah. Lawatan ini melibatkan 15 warga pasukan dan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengoperasian kawalan udara kepada warga pasukan. Ia juga bertujuan mengenali kawalan udara dan menjalinkan perhubungan di antara DCA dan pasukan ini.

1. Taklimat oleh pihak DCA
Taklimat oleh Jabatan Penerbangan Awam

2. Lawatan ke menara kawalan
Lawatan ke Menara Kawalan Awam

3. Lawatan ke bilik kawalan penerbangan awam
Lawatan ke Bilik Kawalan Awam

4. Penyampaian cenderahati kepada CDA
Penyampaian cenderahati kepada
Jabatan Penerbangan Awam

5. Taklimat oleh Pegawai Memerintah PUKALUB
Taklimat oleh Pegawai Memerintah PUKALUB

6. Lawatan ke bilik Kawalan PUKALUB
Lawatan ke Bilik Operasi PUKALUB

7. Penyampaian cenderahati kepada PM PUKALUB
Penyampaian cenderahati kepada PM PUKALUB

Lawatan bermula seawal jam 0900H dengan selesai pada jam 1230H. Lawatan ini mendedahkan kepada anggota berkenaan cara-cara pengoperasian kawalan udara awam dan kawalan udara bersama antara Tentera Udara Malaysia (TUDM). Lawatan ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi meningkatkan kesiagaan warga pasukan.

Rujukan: 290917/02
Sumber : PASUKAN PERTAHANAN UDARA TLDM KOTA KINABALU
Artikel : Lt Mohd Rafzee bin Mohd SukriTLDM
Jurufoto : BM JTP Noor Azam bin Mohammad Naffek Yudin

CERAMAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Seri Iskandar, 27 Sep – Bertempat di Stesen Komunikasi TLDM Parit telah berlangsung Program Ceramah Kesihatan dan Ujian Kesihatan yang melibatkan 5 orang Kakitangan Pejabat Kesihatan Perak Tengah dan 21 warga SKTLDM Parit. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Nurudin bin Azmi. Ceramah yang disampaikan bertajuk Kospen Plus Intervensi Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit (Ncd) Di Tempat Kerja.

1
Pengenalan oleh Dr. Nurudin bin Azmi

2
Ceramah oleh Dr. Nurudin bin Azmi

3
Anggota SKTLDM Parit yang mengambil bahagian

Penceramah menekankan pentingnya penjagaan kesihatan dan pemakanan sihat. Dalam kesempatan ini, strategi untuk berhenti dari merokok juga diberikan dan Pejabat Kesihatan Perak Tengah bersedia membantu bagi warga yang ingin berhenti merokok.

4
Kakitangan Pejabat Kesihatan Perak
Tengah memulakan pemeriksaan

5
Anggota SKTLDM Parit yang sedang membuat pemeriksaan

Seterusnya pemeriksaan kesihatan dan nasihat pemakanan dilaksanakan.

Rujukan:290917/01
Sumber : Stesen Komunikasi TLDM Parit 
Artikel : LK Tls Parany A/L Elangovan
Jurufoto : LK Tls Parany A/L Elangovan

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 367

Semalam 879

Bulan ini 19831

Keseluruhan 1250260

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM