SUBANG 5 Ogos 18 - Kejohanan Menembak Antara Perkhidmatan ATM 2018 anjuran Persatuan ATM telah berlangsung pada 1 hingga 5 Ogos 18 di Lapang Sasar Kebangsaan, Subang, Selangor.Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

a) Kategori Lelaki

Johan: TLDM
N/Johan: TUDM
Ketiga: TDM

b) Kategori Wanita
Johan: TLDM
N/Johan: TDM
Ketiga: TUDM

Untuk kejohanan pada kali ini, TLDM telah mendapat keputusan cemerlang dengan memastikan kejuaraan kekal milik TLDM bagi kedua-dua kategori dimana pasukan lelaki mengekalkan kejuaraan 20 tahun berturut-turut dan pasukan wanita 9 tahun berturut-turut.

G1
Pegawai dan atlet-atlet menembak TLDM

G2
Penyampaian hadiah oleh Laksdya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany
kepada atlet menembak. wanita TLDM

G3
Aksi Atlet lelaki TLDM Lelaki sedang beraksi

Dengan kemenangan ini, pihak Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS TLDM) telah memberikan insentif kemenangan kepada persatuan yang beroleh JOHAN, bertujuan menaikkan lagi semangat juang dan moral agar sentiasa mengekalkan prestasi demi menaikkan nama TLDM. Upacara penutup telah dirasmikan oleh Laksdya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Timbalan Panglima Tentera Laut.

Tahniah kepada Pengurusan dan Atlet Persatuan Menembak TLDM atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pihak terutama Pegawai Memerintah Unit yang memberi pelepasan kepada atlet sukan ini. Bersama kita berusaha mencapai misi kejuaraan kali ke-21 dan 10 berturut-turut dalam ISG2018 ini.

“Once a champion, always a champion.”

Majulah Sukan untuk TLDM.

Rujukan : 060818/01
Sumber : Lembaga Kawalan Sukan TLDM TLDM
Artikel : Lt Kdr Ahmad Saiful Fadly bin Jaharuddin TLDM
Jurufoto : Perhubungan Awam dan Stratergik

SEMPORNA, 5 Ogos 2018 - Kapal Diraja TODAK (KD TODAK) hari ini telah melaksanakan Program Jiwa Murni bersama penduduk kampung di Pulau Menampilik. Selain meringankan beban, program sebegini juga bertujuan bagi mengeratkan silaturrahim serta interaksi di antara penduduk kampung dan TLDM. Pulau Menampilik terletak lebih kurang 10 batu nautika selatan Pekan Semporna. Keluasan pulau ini 5 kilometer persegi dan terletak di antara Pulau Nusa Tengah dan Tanjung Tutup. Terdapat kira-kira 200 orang penduduk kampung yang tinggal di pulau ini dan mata pencarian utama mereka ialah hasil laut. Pulau yang terletak di pantai timur Sabah ini terkenal dengan hasil laut eksotik yang sukar ditemui seperti abalon.

Gambar 1
Kru KD TODAK bersama komuniti maritim
Pulau Menampilik dan juga Pasukan 3 RAMD

Gambar 2
Pemandangan persekitaran surau ketika
permulaan aktiviti gotong-royong

Gambar 3
KD TODAK dan 3 RAMD bekerjasama
membersihkan persekitaran surau

Surau Pulau Menampilik telah dipilih sebagai lokasi bagi menjayakan Program Jiwa Murni KD TODAK pada kali ini. Program ini turut dibantu oleh Pasukan Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) yang bertugas di Pos Pulau Menampilik, diketuai oleh Lt Muda Mohd Hafiz bin Zakaria. Program ini mendapat sambutan daripada penduduk kampung yang turut serta melaksanakan pembersihan surau. Cuaca yang baik, tidak panas dan sedikit mendung lebih membuatkan peserta program bersemangat.

Gambar 4
Kanak-kanak kampung turut terlibat dalam
program pada hari tersebut

Gambar 5
Sampah yang dikumpul dibakar

Kru kapal juga berkesempatan menunaikan solat fardu Asar berjemaah bersama penduduk kampung sejurus selesai program gotong-royong. Walau bagaimanapun, solat pada hari tersebut dalam keadaan bergelap memandangkan kampung tersebut menggunakan tenaga solar untuk menjana elektrik. Cuaca yang mendung sepanjang hari menyebabkan tenaga elektrik tidak dapat dicaskan semula. Pihak berwajib disaran memikirkan kaedah lain bagi mengatasi masalah penduduk kampung ini seperti sumbangan penjana kuasa petrol atau generator bersaiz kecil sekurang-kurangnya agar anak-anak penduduk kampung dapat mengimarahkan surau tersebut untuk menelaah buku dan mengulang kaji pelajaran sekiranya bekalan elektrik terputus.

Gambar 6
BERSIH…Persekitaran surau yang kembali
bersih setelah selesai program

Gambar 7
ESPRIT DE CORPS…Kru KD TODAK dan 3 RAMD turut meluangkan masa
berinteraksi, bertanya khabar dan bertukar maklumat

Selain itu, kru kapal juga berpeluang melaksanakan taklimat berkenaan penggunaan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) kepada Ketua Kampung iaitu Haji Luhmahan bin Tudjah. Taklimat ini dijalankan agar dapat memudahkan penduduk kampung dalam penyampaian maklumat sekiranya berlaku kecemasan di laut. Kehadiran TLDM khasnya KD TODAK bersama komuniti setempat telah meningkatkan lagi keyakinan mereka terhadap keselamatan perairan negara.

Gambar 8
IDOLA…Kanak-kanak Pulau Menampilik tidak melepaskan
peluang bergambar bersama kru KD TODAK

Gambar 9
BLACKOUT…Peserta program terpaksa bersolat dalam
keadaan gelap kerana ketiadaan bekalan elektrik pada hari tersebut

Menurut Pegawai Memerintah KD TODAK, Lt Kdr Ahmad Zaki bin Ismail TLDM, disamping mengeratkan hubungan TLDM dan komuniti maritim setempat, program sebegini dilihat mampu meningkatkan lagi rasa cinta terhadap alam sekitar dan kesedaran terhadap penjagaan kebersihan tempat tinggal khasnya di kalangan Navy People dan penduduk setempat. Setelah selesai program, kapal meneruskan rondaan di Kawasan Operasi Maritim (KOM) bagi menjaga keselamatan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZone.

Rujukan : 050818/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD TODAK
Artikel : TODAK Skippers
Jurufoto : Lt Dya Aiman Haziq Mohamed TLDM

SANDAKAN, 5 Ogos 2018 – Kapal Diraja YU (KD YU) telah mengambil kesempatan semasa penugasan operasi bagi melaksakan lawatan ke Pulau Selingan bagi melaksanakan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM) bersama Batalion ke-15, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos Pulau Selingan dan pelaksanaan Program Jiwa Murni dan Rakan Maritim (RAKAM) di persekitaran pulau tersebut.

Gambar 1
Bersama anggota PDRM di Pos PGA Pulau Selingan

Gambar 2
Pegawai Navigasi KD YU bersama Encik Jo Michael,
Penolong Pengurus Agensi Taman-Taman Sabah Pulau Selingan

Gambar 3
Kerja-kerja pembersihan di kawasan
persekitaran surau dan pulau

Pulau Selingan adalah sebuah pulau yang terletak di Taman Pulau Penyu (Turtle Island Park) bersama dua buah pulau lain iaitu Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan yang telah diwartakan sebagai pusat penjagaan, penetasan dan pemuliharaan penyu pada 1 Oktober 1977. Pulau Selingan terletak di Perairan Laut Sulu iaitu lebih kurang 40 kilometer dari pusat Bandar Sandakan dan mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menggunakan bot laju. Pulau ini dikawal selia oleh Agensi Taman-Taman Sabah (Sabah Park) merangkumi keluasan 8.1 hektar bagi memastikan spesies penyu terancam dilindungi.

Gambar 4
Navy People sedia berkhidmat kepada masyarakat

Gambar 5
Pulau Selingan dari KD YU

Pulau Selingan juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal dengan keindahan semulajadi pulau dan kejernihan air lautnya. Fasiliti yang disediakan adalah 4 buah chalet yang mampu memuatkan 50 orang dalam satu-satu masa dan juga restoran. Selain itu, terdapat juga tempat penetasan telur penyu, bilik pameran, kafeteria, padang bola dan gelanggang bola tampar. Tarikan utama aktiviti pelancongan di pulau ini adalah aktiviti melihat penyu bertelur. Menurut Penolong Pengurus Agensi Taman-Taman Sabah Pulau Selingan, Encik Jo Michael, bulan Ogos merupakan antara bulan yang paling aktif bagi penyu naik ke pantai untuk bertelur. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di pulau tersebut adalah snorkeling.

Gambar 6
Pemandangan indah Pulau Selingan

Kedatangan Tim Mendarat KD YU seramai 10 orang diketuai oleh Pegawai Navigasi, Lt Wan Mohd Saiful Adli bin Wan Ahmad TLDM disambut mesra oleh Ketua Platun, Kompeni A PGA iaitu Inspektor Hakim bin Hosman. Tim seterusnya dibawa melawat sekitar pulau bagi melihat rutin penugasan pasukan sahabat serta rutin aktiviti lain di pulau tersebut. Anggota Pos PGA Pulau Selingan memberi kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan IBM dan mengalu-alukan kedatangan TLDM pada masa akan datang.

Gambar 7T
Tempat penetasan penyu

Tim juga mengambil kesempatan beramah mesra bersama pekerja Agensi Taman-Taman Sabah di samping mempromosikan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M). Program Jiwa Murni seterusnya dilaksanakan di sekitar Surau Pulau Selingan dan kawasan persekitaran pantai. Program sebegini wajar diteruskan bagi memastikan kehadiran TLDM dirasai (presence felt) oleh komuniti maritim di samping meningkatkan keyakinan awam terhadap keselamatan maritim negara.

Rujukan : 050818/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD YU
Artikel : Lt Wan Mohd Saiful Adli bin Wan Ahmad TLDM
Jurufoto : LK I PWP Muhammad Affif bin Muhammad Rozilah

Tg.Gelang, 3 Ogos 18 - Perbarisan Ulung Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1), YBhg Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis telah diadakan di padang kawad Pangkalan TLDM Tg. Gelang. Perbarisan yang telah berlangsung ini melibatkan 8 Platun yang terdiri daripada 1 platun Pegawai, 1 platun Bintara dan 6 platun Laskar Kanan ke bawah. Perbarisan ini juga turut disaksikan oleh kakitangan awam di MAWILLA 1. Perbarisan mulai dengan ketumbukan masuk padang kawad pada jam 0730H dan berakhir pada jam 0930H.

1
Pegawai Perbarisan melapor kepada YBhg PANGWILLA 1

2

3
Pemeriksaan ke atas platun oleh YBhg PANGWILLA 1

4

5

Ketibaan PANGWILLA 1 disambut dengan tabik hormat serta nyanyian lagu Samudera Raya diikuti dengan pemeriksaan ke atas setiap platun dan diteruskan dengan berjalan lalu. Warga yang terlibat dengan perbarisan ini telah mempamerkan persembahan dengan baik dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah sepanjang majlis berlangsung sekaligus memberi first impression cemerlang kepada PANGWILLA 1.

6
YBhg PANGWILLA 1 mnerima tabik
hormat semasa berjalan lalu

7

8

9
YBhg menyampaikan Sijil Anugerah Bintara dan
Laskar Kreatif dan Berkualiti MAWILLA 1 bagi suku tahun ke-2 2018

10

11
Anugerah Penyampaian Sijil Calon
Bintara dan Laskar Terbaik 2017

12

13
Sesi bergambar YBhg PANGWILLA 1
bersama warga MAWILLA 1

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Anugerah Bintara dan Laskar Kreatif dan Berkualiti MAWILLA 1 bagi suku tahun ke-2 2018. Untuk Anugerah Bintara Kreatif dan Berkualiti MAWILLA 1 dianugerahkan kepada BK PAP Khairul Aswadi bin Alias dari PROTELA Kuantan, manakala Anugerah Laskar Kretif dan Berkualiti pula dianugerahkan kepada LK PNK Marini binti Atoh dari Sri Kuantan dan Anugerah Penyampaian Sijil Calon Bintara dan Laskar Terbaik 2017 dianugerahkan kepada BM JTP(I) Mohd Bismi bin Che Ismail dari KD PENDEKAR serta LK KOM Mohd Faizal bin Abdul Aziz dari SK TLDM Kuantan. Kedua-dua calon ini telah dianugerahkan Pelaka dan Sijil Penghargaan yang dianugerahkan oleh YBhg Panglima Tentera Laut. Acara di padang kawad diakhiri dengan sesi bergambar membentuk tulisan "MWL 1" melibatkan warga MAWILLA 1 yang telah menjayakan perbarisan ulung ini.

Rujukan : 030818/02
Sumber : Strategik Komunikasi MAWILLA 1
Artikel : BK TNL Ahmad Hafiz bin Yahya
Jurufoto : BM PRL Muhaymin
               LK PBS Shahfulnizam

BUTTERWORTH, 3 OGO 18. UBU TLDM telah melaksanakan Program Perkhimatan Psikologi dan Kaunseling bertempat di Dewan Unit Bantuan Utara TLDM bermula 2 hingga 3 Ogos. Program ini telah disampaikan oleh Lt Kdr Ahmad Kamal bin Abrahim TLDM dan Lt Kdr Saiful Iswan bin Saat TLDM Pegawai Staf Psikologi dan Kaunseling Markas Pemerintahan Armada Barat.

1
Penceramah jemputan memberi
pengenalan diri dan taklimat awal

2
Peserta menjawab soalan ujian Depression,
Anxiety, Stress Scale (DASS)

3
Lt Kdr Ahmad Kamal bin Abrahim TLDM
bersemangat memberi kaunseling kepada peserta

4
Perkongsian aspek soft skills

5
Anggota menyiapkan tugasan yang diberikan

5
Peserta berkongsi hasil tugasan yang diberikan

7
Ceramah disampaikan oleh
Lt Kdr Saiful Iswan bin Saat TLDM

Objektif program adalah untuk memberi kefahaman, penghayatan tentang nilai-nilai murni dan amalan baik dalam pekerja harian. Disamping itu program ini dapat menambahkan kesedaran warga tentang kepentingan berfikiran positif terhadap diri, pemimpin dan organisasi. Program ini telah melibatkan 34 orang peserta terdiri daripada warga Unit Bantuan Utara TLDM (UBU TLDM), Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang (PWTL Pulau Pinang), dan KD SRI PINANG.

Rujukan : 030818/01
Sumber : UBU TLDM
Artikel : LK KOM MOHD ASHDAN SHAH B IBRAHIM
Jurufoto : LK I TMK MOHD SAIFUL ANUAR BIN CHE MOHAMED ZANARA

SANDAKAN, 1 Ogos 2018 – Hari Rabu petang pada setiap minggu merupakan Hari Sukan Navy People Sandakan. Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti riadah dan sukan antara Markas dan unit-unit di bawah naungan. Inisiatif untuk menjadikan hari Rabu sebagai hari bersukan adalah untuk memupuk gaya hidup warga Navy People Sandakan yang sihat, cergas dan cerdas. Di samping itu, aktiviti sukan boleh membantu warga TLDM Sandakan untuk melepaskan tekanan di tempat kerja dan dapat merehatkan minda.

GAMBAR 1
Kumpulan D sedang mempertahankan pintu
gawang ditembusi oleh Kumpulan A

GAMBAR 2
Penerangan oleh pengadil tentang cara permainan dan
peraturan sebelum perlawanan dimulakan

Sukan yang dipertandingkan pada hari ini adalah Hoki Geladak bertempat di Drill Shed KD SRI SANDAKAN (KDSS) bermula seawal jam 2.00 petang. Pasukan terlibat dipecahkan kepada Kumpulan A, B, C dan D yang digabungkan mengikut jabatan. Kumpulan A dianggotai oleh Bahagian Tadbir, Perisikan, Komunikasi, PROVOS Sandakan dan Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan. Kumpulan B pula dianggotai oleh Bahagian Operasi dan Peperangan manakala Kumpulan C Bahagian Logistik dan Kumpulan D merupakan pasukan KDSS. Perlawanan berlangsung meriah dan sengit dengan kesemua pasukan masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Di akhir perlawanan, Johan dimenangi oleh Kumpulan D, manakala tempat kedua diraih oleh Kumpulan A.

GAMBAR 3
Cubaan menjaringkan gol
di depan pintu gawang

GAMBAR 4
Kumpulan D mendapat pukulan penalti dari pengadil

Aktiviti sukan sebegini juga dapat merapatkan hubungan antara semua pegawai dan anggota tidak mengira pangkat serta latar belakang. Seperti kata pepatah Inggeris “kill two birds with one stone” amatlah sesuai untuk menggambarkan aktiviti sukan pada setiap hari Rabu yang kini sedang diamalkan oleh Navy People Sandakan amnya dan TLDM khasnya.

GAMBAR 5
Johan dimenangi oleh Kumpulan D

GAMBAR 6
Naib johan dimenangi oleh Kumpulan A

Tujuan utama aktiviti sukan riadah diadakan bukanlah untuk mencari kemenangan tetapi ianya merupakan platform untuk warga TLDM bergaul dan memberi peluang untuk lebih mengenali di antara satu sama yang lain. Berada di unit berlainan dengan tugas harian dan tempat bertugas yang berasingan menyebabkan kebanyakkan daripada mereka jarang bersua muka. Justeru itu, langkah untuk mengadakan aktiviti seumpama ini pada setiap minggu adalah amat digalakkan supaya warga Navy People Sandakan dapat berkumpul dan beramah mesra antara satu sama lain selain daripada menyihatkan tubuh badan.

”Gaya hidup sihat amalan kita”

Rujuan : 020818/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi bin Hamdan
Jurufoto : LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi bin Hamdan

KUALA TERENGGANU 1 Ogos 18 - Kejohanan Tenpin Boling Antara Perkhidmatan ATM 2018 anjuran Persatuan ATM telah berlangsung pada 31 Jul hingga 1 Ogos 18 di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu. Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

a) Kategori Lelaki
    Johan: TLDM
    N/Johan: TDM
    Ketiga: TUDM

b) Kategori Wanita
    Johan: TLDM
    N/Johan: TDM
    Ketiga: TUDM

1
Pengerusi Persatuan Tenpin Boling TLDM
menerima skim insentif kemenangan

2
Atlet boling lelaki TLDM mendapat medal dan piala
pusingan Johan Sukan Antara Perkhidmatan

Untuk kejohanan pada kali ini, TLDM telah mendapat keputusan cemerlang dengan memastikan kejuaraan kekal milik TLDM bagi kedua-dua kategori. Dengan kemenangan ini, pihak Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS TLDM) telah memberikan insentif kemenangan kepada persatuan yang beroleh kemenangan Johan, bertujuan menaikkan lagi semangat juang dan moral agar sentiasa mengekalkan prestasi demi menaikkan nama TLDM.

3
Atlet boling wanita TLDM mendapat medal dan
piala pusingan Johan Sukan Antara Perkhidmatan

4
Aksi Atlet TLDM Lelaki sedang beraksi

Upacara penutup telah dirasmikan oleh Kept Rosli bin Abdul Ghani TLDM selaku Pengerusi Persatuan Tenpin Boling ATM. Tahniah kepada Pengurusan dan Atlet Persatuan Tenpin Boling TLDM atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pihak terutama Pegawai Memerintah Unit yang memberi pelepasan kepada atlet sukan ini.

"Talent wins games, but teamwork and intelligence wins championships.” -Michael Jordan

5
Aksi Atlet TLDM Wanita sedang beraksi

6
Pengurus dan atlet Persatuan Tenpin Boling TLDM

Bersama kita berusaha mencapai misi kejuaraan kali ke-11 berturut-turut dalam ISG2018 ini. Majulah Sukan untuk TLDM.

Rujukan : 020818/02
Sumber  : Lembaga Kawalan Sukan TLDM TLDM
Artikel   : Lt Kdr Ahmad Saiful Fadly bin Jaharuddin TLDM
Jurufoto : BM JJM Mohamad Ridzuan bin Kamaruddin

SEMPORNA, 1 Ogos 2018 – Kapal Diraja TODAK (KD TODAK) telah merapat di Pangkalan TLDM Semporna bagi ulang bekal (replenishment) semasa penugasan operasi di Kawasan Operasi Maritim pantai timur Sabah. Selain dari menjimatkan masa berbanding ulang bekal di Sandakan, kapal memasuki pangkalan ini juga bertujuan untuk menguji kecekapan serta kebolehan krunya dalam mengendalikan kapal di kawasan navigasi terhad dan sempit. Ketibaan KD TODAK telah disambut oleh Pegawai Memerintah KD SRI SEMPORNA (KDSM), Komander Noor Azley bin Othman TLDM.

Gambar 1
Kru KD TODAK teruja bertemu Panglima PASKAL atau PANGKHAL

Gambar 2
Lawatan Pegawai Memerintah KDSM ke KD TODAK

Gambar 3
Pegawai Memerintah KD TODAK menyematkan
patches kapal kepada Pegawai Memerintah KDSM

Sejarah KDSM bermula pada tahun 1996 dengan pemilihan Kampung Batu Hilas sebagai tapak pembinaan pangkalan TLDM di pantai timur Sabah. Pangkalan ini telah siap dibina dan diserahkan kepada TLDM pada 1 Mac 2004 dengan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan ketika itu, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Pentauliahan KD SRI SEMPORNA telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, YAB Tun Ahmadshah Abdullah pada 12 Julai 2005.

Gambar 4
Pertukaran patches merupakan simbolik kepada semangat
setiakawan atau esprit de corps antara pasukan tentera

Gambar 5
Warga KD TODAK bergambar bersama
Pegawai Memerintah KDSM

Dikesempatan itu, Pegawai Memerintah KDSM juga telah membuat lawatan rasmi di KD TODAK dan memberi kata-kata semangat kepada seluruh warga kapal agar sentiasa cekal dan tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan semasa pelayaran. Seterusnya, Pegawai Memerintah KD TODAK, Lt Kdr Ahmad Zaki Ismail TLDM telah membuat pertukaran patches sebagai tanda penghargaan serta simbolik esprit de corps kepada Pegawai Memerintah KDSM kerana sudi meluangkan masa bersama warga kapal.

Gambar 6
Sesi interaksi bersama PANGKHAL

Gambar 7
Pegawai Memerintah KD TODAK menyampaikan
cenderahati kepada PANGKHAL

Selain itu, tanpa diduga, warga kapal turut berkesempatan untuk berjumpa dengan Panglima Pasukan Khas Laut (PANGKHAL), Laksamana Pertama Anuar bin Hj Alias (PGB) yang kebetulan sedang melaksanakan Audit Tidak Terancang ke atas pangkalan tersebut itu. Beliau yang juga merupakan penerima Pingat Gagah Berani (PGB) telah bertanya khabar serta memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada warga kapal serta menasihati agar sentiasa bersiap siaga dan berwaspada ketika menjalankan penugasan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone) ini. Kepimpinan melalui teladan yang tunjukkan oleh PANGKHAL itu telah meningkatkan lagi semangat Sedia Berkorban warga KD TODAK untuk terus mempertahankan keselamatan dan kedaulatan perairan negara hingga ke titisan darah terakhir.

Rujukan : 020818/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD TODAK.
Artikel : TODAK Skippers
Jurufoto : Lt Dya Aiman Haziq Mohamed TLDM

SANDAKAN, 31 Julai 2018 – Pengorbanan Pasukan Keselamatan dalam menjaga dan memelihara keamanan negara ini sentiasa diingati dan disanjung tinggi oleh segenap lapisan rakyat Malaysia. Bagi mengenang jasa para perwira negara terutamanya yang telah gugur, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah mengambil inisiatif menganjurkan Sambutan Hari Pahlawan 2018 Peringkat Sandakan bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), YBhg Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam dan Ketua-Ketua Jabatan sekitar Sandakan.

GAMBAR 1
Upacara mengibarkan Jalur Gemilang

GAMBAR 2
Navy People menurunkan Jalur Gemilang mengenang
pahlawan yang telah gugur mempertahankan ibu pertiwi

GAMBAR 3
PANGWILLA 2 dan tetamu kenamaan memberi
penghormatan ketika Jalur Gemilang diturun dan dinaikkan

Sambutan yang telah berlangsung pada pagi ini telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, YB Tuan George Hiew Vun Zin. Acara dimulai dengan tiupan Paluan Akhir atau The Last Post oleh Batalion ke-22 Rejimen Askar Malayu Diraja (22 RAMD). Serentak dengan alunan tetuang 22 RAMD, Jalur Gemilang diturunkan sebagai simbolik mengenang pahlawan yang telah terkorban dalam mempertahankan negara dari musuh durjana.

GAMBAR 4
Deklamasi sajak Sumpah Pahlawan oleh
Pemangku Ketua PBTM

GAMBAR 5
PANGWILLA 2 bersama ADUN Karamunting (kiri sekali)

Selesai tiupan The Last Post, para hadirin dipersembahkan dengan deklamasi sajak bertajuk Sumpah Pahlawan yang disampaikan oleh Encik Ahmad Naim Abdullah, Pemangku Ketua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Sandakan. Alunan sajak yang begitu syahdu telah menggamit emosi dan memori para perwira yang hadir khasnya buat mereka yang telah bersara dari perkhidmatan.

GAMBAR 6
Pelbagai agensi kerajaan hadir memberikan sokongan

GAMBAR 7
Navy People turut hadir memeriahkan acara

Acara diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ketua Daerah Sandakan, OKK Tuan Haji Awang Damit Haji Abd. Rahim yang juga merupakan Iman Masjid Kampung Sentosa, Sandakan dan diakhiri dengan tiupan Paluan Fajar dengan Jalur Gemilang dinaikkan semula simbolik bagi memberi semangat kepada pahlawan yang masih hidup untuk terus mempertahankan kedaulatan negara hingga titisan darah yang terakhir.

GAMBAR 8
Bertafakur bagi mengenang mereka yang terkorban

GAMBAR 9
Para hadirin mengaminkan bacaan
doa oleh Ketua Daerah Sandakan

GAMBAR 10
PANGWILLA 2 tidak melepaskan peluang bersalaman
dan bermesra bersama Veteran ATM

Tanggal 31 Julai setiap tahun, negara merakam tarikh keramat ini sebagai Hari Pahlawan dengan tamatnya darurat menentang pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) pada bulan Julai 1960. Sambutan Hari Pahlawan ini telah menjadi tradisi dan acara penting sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun negeri-negeri sebagai mengenang jasa pahlawan khasnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ianya merupakan suatu usaha murni Kerajaan untuk menzahirkan keprihatinan bagi mengenang jasa perwira tanah air yang telah terkorban dalam mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi. Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi dengan para hadirin menikmati jamuan yang disediakan.

Rujukan : 310718/04
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : LK TLS Nik Amirruddin bin Nik Par
Jurufoto : LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimin bin Hamdan

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 718

Semalam 170

Bulan ini 888

Keseluruhan 533555

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM