KD JEBAT DIBUKA UNTUK LAWATAN BUAT MASYARAKAT JOHOR

TANJUNG PENGELIH 25 Apr – Jeti KD SULTAN IDRIS (KDSI) hari ini menjadi sasaran orang ramai yang hadir ke Hari Terbuka sempena Hari Ulangtahun TLDM yang ke-82 di KD SULTAN IDRIS bagi melihat sendiri Kapal DiRaja (KD) JEBAT bersama-sama KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, KD GEMPITA dan KD PENDEKAR.

gambar 1
Pengunjung beratur untuk melawat KD JEBAT

gambar 2
Sebahagian pelawat yang teruja menjejak kaki ke KD JEBAT

gambar 3
Pelawat mengambil kesempatan melihat
pesawat Super Lynx dari jarak dekat

KD JEBAT yang dibuka kepada orang ramai selama dua hari bermula kelmarin mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya menarik beberapa buah sekolah, agensi kerajaan dan masyarakat sekitar Kota Tinggi, Johor. Para pengunjung dibawa melawat beberapa kompartmen dan bahagian KD JEBAT. Antara kawasan kawasan yang dilawati adalah anjungan, hangar, geladak penerbangan, geladak torpedo dan geladak misil. Di samping itu juga, para pengunjung berpeluang melihat pesawat Super Lynx dengan lebih dekat sambil diberi penerangan oleh krew kapal. Pegawai Memerintah KD JEBAT, Kdr Mohd Norizal bin Fahrudin TLDM berkata, beliau begitu teruja menyaksikan sambutan dan minat yang ditunjukkan orang ramai terhadap aset-aset TLDM ini.

gambar 4
Pelatih KDSI turut mengambil peluang melawat KD JEBAT

gambar 5
Wakil dari PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation (PRPC)
dibawa melawat oleh Pegawai Memerintah KDSI dan
Pegawai Memerintah KD JEBAT

Ditambah dengan cuaca baik sepanjang dua hari tersebut, penganjuran itu dilihat berjaya mencapai objektifnya untuk merapatkan orang ramai dengan TLDM dan mempamerkan aset serta kelengkapan yang dimiliki oleh TLDM sempena Hari Ulangtahun TLDM yang ke-82. Tujuan empat buah kapal ini dibuka untuk lawatan adalah untuk menghargai sokongan rakyat kepada TLDM serta memberi peluang kepada mereka mengenali TLDM secara dekat agar mereka memahami peranan dan tanggungjawab TLDM dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

 

Rujukan:250416/04
Sumber :KD JEBAT
Artikel :KD JEBAT
Jurufoto :KD JEBAT

BAKAT (L) MAWILLA 3 TURUT TERLIBAT DALAM PROGRAM HARI ULANG TAHUN TLDM KE-82

Langkawi, 22 Apr 16 – Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM yang Ke-82 pada tahun ini di peringkat Markas Wilayah Laut 3 sedang dilaksanakan. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang bukan sahaja melibatkan keseluruhan warga, masyarakat setempat bahkan juga ahli-ahli BAKAT (L) MAWILLA 3.

GAMBAR 1

GAMBAR 2
Kerja-kerja pengasingan pakaian terpakai
oleh ahli-ahli BAKAT (L) MAWILLA 3

Mengikut program yang telah dirancang, MAWILLA 3 akan melaksanakan Projek Jiwa Murni di Pulau Dayang Bunting pada 4 Mei 16. Justeru itu, satu inisiatif telah dilakukan oleh BAKAT (L) MAWILLA 3 bagi mendapatkan sumbangan daripada warga RK TLDM terutamanya pakaian terpakai untuk disampaikan kepada penduduk Pulau Dayang Bunting semasa Projek Jiwa Murni dilaksanakan kelak.

GAMBAR 3

GAMBAR 4
Kerja-kerja pengasingan pakaian terpakai
oleh ahli-ahli BAKAT (L) MAWILLA 3

Selain itu, BAKAT (L) MAWILLA 3 juga turut berusaha bagi mendapatkan lagi pelbagai sumbangan yang dapat dimanfaatkan oleh penerimanya nanti. Turut hadir di Rumah BAKAT (L) MAWILLA 3 pada petang ini, Puan Norzalina binti Omar Pengerusi BAKAT (L) MAWILLA 3 untuk bersama-sama semua ahli yang hadir untuk mengasingkan pakaian terpakai yang telah diterima.

 

Rujukan:250416/04
Sumber :Perhubungan Awam MAWILLA 3
Artikel :Perhubungan Awam MAWILLA 3
Jurufoto :Perhubungan Awam MAWILLA 3

MAJLIS PERKONGSIAN ILMU SEMPENA HARI TLDM

LUMUT, 23 April – Bertempat di Dewan Makan D20, Pangkalan TLDM Lumut pada hari ini telah berlangsungnya program ceramah kerohanian untuk warga TLDM Lumut sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-82. Majlis ini adalah anjuran Wisma Bintara dan Wisma Laskar Pangkalan TLDM, Lumut dan telah dihadiri oleh YBhg Komander Pangkalan Lumut, Laksma Rusli bin Ramli serta Pegawai Kanan.

MB 1
Ucapan oleh YBhg Komander Pangkalan Lumut

MB 2
Sekitar Majlis

Tujuan penganjuran kali ini, pihak penganjur mengambil inisiatif menjemput Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, YBhg Datuk Mohd Yunus Pathi untuk sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman beliau bagi menangani isu masalah sosial dan penagihan dadah dikalangan warga TLDM khasnya dan ATM amnya.

MB 4
Sekitar Majlis

MB 5
Ceramah Oleh Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia

Dalam ucapan YBhg Komander Pangkalan Lumut, beliau berhasrat agar warga ‘The Navy People’ dapat menyemai sikap bencikan dadah dan seterusnya mampu melahirkan warga yang mampu mempunyai benteng diri yang utuh serta mampu menangkis asakan pengaruh najis dadah yang kian menular di kalangan warga ATM. Misi utama adalah menjadikan warga ‘ The Navy People’ bebas daripada pengaruh najis dadah. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi menjadi titik tolak untuk sama-sama bermuhasabah diri dan terus memacu kejayaan dengan meninggalkan musuh no 1 negara iaitu najis dadah. Majlis berakhir sekitar jam 1330.

 

Rujukan:250416/03
Sumber : Pusat Media Hari TLDM Ke-82
Artikel : Kapt Nor Roslinda binti Rozali TDM
Jurufoto : PR MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 509

Semalam 786

Bulan ini 4861

Keseluruhan 773292

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM