PROGRAM SEHARI MAWILLA 1 BERSAMA PESARA TLDM SEMPENA HARI TLDM KE-82

Tanjung Gelang, 26 April 16 - Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) telah menganjurkan Program Sehari Bersama Pesara TLDM sempena Hari TLDM yang ke – 82 pada 26 April 16. Program ini diadakan bertujuan menghargai segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang terdahulu dalam menggembleng usaha, tenaga dan dedikasi demi memastikan TLDM dapat berdiri teguh sehingga kini.

1
Suasana Dialog sedang berlangsung

2
Lawatan ke galeri MAWILLA 1 dan KD TERENGGANU

3
Lawatan ke galeri MAWILLA 1 dan KD TERENGGANU

Pelbagai atur cara telah dijalankan sepanjang program berlangsung di antaranya Sesi Dialog antara Pesara TLDM dan Ketua Staf MAWILLA 1 serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Negeri Pahang, Lawatan ke Gallery One dan KD TERENGGANU, Mesyuarat Agong PBTLDM Peringkat Negeri Pahang dan Perasmian Meyuarat Agong PBTLDM.

4
Pesara merakamkan gambar kenangan di KD TERENGGANU

Lawatan diadakan bersama pesara bermula di Gallery One dan seterusnya ke KD TERENGGANU. Lawatan yang bermula seawal jam 1100 pagi dan berakhir kira – kira jam 1300 tengahari itu memberi ruang kepada warga kapal berkenalan dan beramah mesra bersama pesara. Selain itu lawatan ini juga sedikit sebanyak mengimbau sejarah dan juga kenangan para pesara.

6
Ketibaan YBhg Dato’ Norol Azali disambut oleh Ketua Staf Mawilla 1
7
Nyanyian Lagu Negaraku dan Samudera Raya


Acara kemuncak pada program ini adalah Perasmian dan Mesyuarat Agong PBTLDM Siri 9/16 Peringkat Negeri Pahang yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Norol Azali bin Sulaiman selaku Pengerusi Jawatan kuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang di Audotorium Al Haimi dengan diiringi Kumpulan Rhythm One.

8
Penyerahan Kad Baru Pesara Oleh YBhg Dato’ Norol Azali

10
Persembahan Band Rhythm One Mawilla 1

Pada perasmian tersebut YBhg Dato' Norol Azali bin Sulaiman menyatakan program seperti ini seharusnya diteruskan pada tahun - tahun yang akan datang agar semua pesara dapat berkumpul bersama dan meneruskan persahabatan serta mengeratkan perhubungan. Beliau juga mengucapkan Syabas di atas sokongan pihak pengurusan tertinggi MAWILLA 1 dengan penganjuran Program sedemikian.

Rujukan:270416/02
Sumber :Perhubungan Raya Mawilla 1

Artikel: LK KOM Rohadaliana Bte Harun
Jurufoto :Perhubungan Raya Mawilla 1

PERBARISAN SEMPENA HARI TLDM KE-82 OLEH WARGA PWTL DAN PASUKAN SIMPANAN TENTERA LAUT KUCHING

Kuching, 27 Apr 2016 –  Bersempena Sambutan Hari TLDM ke-82, Pejabat wakil Tentera Laut Kuching telah mengadakan Majlis Sambutan Hari TLDM ke-82 bersama warga PWTL dan Pasukan Simpanan Tentera Laut Kuching(PSTL). Majlis telah berlangsung sekitar jam 08.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi yang dilaksanakan oleh Pegawai Memerintah PWTL Kuching bersama-sama dengan kekuatan anggota seramai lima puluh enam (56) orang.  Majlis dimulakan dengan nyayian lagu negaraku dan seterusnya diikuti dengan lagu samudera raya oleh warga PWTL dan PSTL Kuching. Seterusnya, pemeriksaan perbarisan dilaksanakan oleh Pegawai Memerintah.

GAMBAR 1
Perbarisan terdiri daripada dua (2) platun di ketuai
oleh Lt Kenny Wong Toh Wee PSSTLDM

GAMBAR 2
Pemeriksaan perbarisan dilaksanakan oleh Pegawai Memerintah

GAMBAR 4
Ucapan oleh Pegawai Memerintah Sempena Sambutan Hari TLDM ke-82

 Selesai pemeriksaan perbarisan, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat dari Pegawai Memerintah  kepada semua warga PWTL dan PSTL Kuching. Penyampaian cenderahati bagi anggota-anggota TLDM yang akan bersara dari Pegawai Memerintah PWTL Kuching.  Bagi memberkati dan menyerikan lagi majlis ini diteruskan dengan bacaan doa dari LK I TLR Haliq Bin Rosli.

GAMBAR 5
Cenderahati kepada 818596 PWI TMS Kundai Anak Dugi

GAMBAR 6 2
Cenderahati kepada 821107 BK PRL Lawai Anak Laga

GAMBAR 7 3
Cenderahati kepada 821123 BK PAP Isyhak Bin Jainal

GAMBAR 8 1
Cenderahati kepada  5500434 BK PNK Andis Anak Nojiew

GAMBAR 9 1
Pembacaan doa Sempena Sambutan Hari TLDM ke-82

GAMBAR 10 2
Bergambar bersama-sama warga PWTL dan PSTL Kuching
Sempena Sambutan Hari TLDM ke-82

Ucapan dan amanat yang ditekankan dari Pegawai Memerintah kepada semua warga TLDM Kuching sempena Sambutan Hari TLDM ke-82 menyarankan tiada jurang perbezaan diantara PWTL dan PSTL Kuching berteraskan satu pencapaian yang sama iaitu menjaga keamanan negara dari sebarang ancaman luar. 

Rujukan:270416/01 
Artikel :LM PNK SITI ZAIYOT INTAN BT SKS KANI ISA MARICAR
Jurufoto :LK PAP AWANGKU AHMAD SALEHIN

KARNIVAL MEMBELI BELAH ’LAST KOPEK’ PERNAMA

LUMUT, 26 April – Sempena Sambutan Hari TLDM ke-82, pelbagai aktiviti diaturkan buat warga ‘Navy People’ dan pengunjung awam di sekitar Pangkalan TLDM, Lumut. Pada kali ini perasmian Karnival Membeli Belah ’Last Kopek’ Sempena Sambutan Hari TLDM ke-82 telah dianjurkan oleh Pernama bertempat di Kompleks Mutiara Armada bermula pada 25 Apr 16. Aktiviti ini sentiasa diadakan pada setiap bulan bagi memberi peluang kepada warga ‘Navy People’ membeli barangan keperluan yang berpatutan lebih jimat dari tempat lain dengan harga runtuh.Perasmian karnival pada kali ini disempurnakan oleh Panglima Bantuan, YBhg Laksamana Madya Dato’ Abdul Ghani Othman.

MB1
Perasmian Oleh YBhg Panglima Bantuan

MB2
Antara Barangan PERNAMA Yang Dijual

Kehadiran pengunjung pada petang itu sangat menggalakkan kerana promosi menarik dari PERNAMA iaitu 10 ‘item’ barang keperluan harian seperti beras, susu, sabun dan beberapa barangan lagi di jual dengan harga lebih rendah, bertepatan dengan cogan kata ‘Setia Bersama Anda’. Selain itu, promosi barangan elektrik juga turut dipamerkan sebagai barangan jualan seperti peti ais, mesin basuh, telefon bimbit dan pelbagai barangan lain bagi memenuhi keperluan seisi keluarga. Bagi menarik pengunjung lebih ramai datang, gerai-gerai peniagaan milik orang awam juga menghiasi bazar termasuk pameran kereta.

MB4
Sekitar Lawatan YBhg Panglima Bantuan

MB5
Sekitar Lawatan YBhg Panglima Bantuan

MB7
YBhg Panglima Bantuan Menerima
Cenderahati Dari Produk Jenama Biopine

MB8
Hadiah Aktiviti Pertandingan Melukis Kanak-kanak


Justeru itu, aktiviti ini memberi peluang kepada warga ‘Navy People’ untuk memiliki harga mampu milik dan dapat membeli barangan dapur lebih banyak kerana harganya yang rendah. Warga Pangkalan Lumut dialu-alukan hadir dan mengambil peluang sebegini untuk berbelanja secara bijak dan berhemah sebelum berakhirnya karnival ini pada 30 Apr 16.

 

Rujukan :260416/02
Sumber:Pusat Media Hari TLDM Ke-82
Artikel : Kapt Nor Roslinda binti Rozali TDM
Jurufoto : PR Pusat Media Hari TLDM Ke-82

PROGRAM JIWA MURNI SEMPENA HARI TLDM KE 82 OLEH KD SRI SEMPORNA

Semporna, 26 Apr  - KD SRI SEMPORNA telah mengadakan Program Jiwa Murni di   Balai Raya Kampung Pakalangan yang melibatkan anggota dari Kor Kesihatan Diraja iaitu Pusat Perubatan Angkatan Tentera yang dibawah pemerintahan KD SRI SEMPORNA. Program ini dilaksanakan bersempena menyambut Hari Ulang Tahun TLDM ke 82.

Gambar 1
Anggota yang terlibat untuk menjayakan program Jiwa Murni

Gambar 2
Orang Kampung mendaftar untuk membuat pemeriksaan kesihatan

Gambar 3
Laskarnita membantu memeriksa tekanan darah

Gambar 4
Doktor Hariskrishnna sedang membuat pemeriksaan kesihatan

Gambar 5
Ketua Kampung Aman Jaya sedang
menjalani pemeriksaan tekanan darah

Program sebegini juga sangat bersesuaian dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu hasrat kerajaan khasnya dan ATM amnya. Ia adalah langkah bersepadu menabur bakti kemasyarakatan dan  bertujuan mewujudkan jalinan mesra antara warga TLDM dengan masyarakat setempat. Ianya juga bertepatan dalam menyahut seruan YBhg Panglima Tentera Laut (PTL) untuk mempromosikan TLDM melalui Program Jiwa Murni. Program ini berjalan lancar dengan kehadiran warga TLDM dan  Pegawai KDSM serta anggota PPAT yang ditugaskan untuk memberi khidmat Medical Civil Action Program (MEDCAP), Dantel Civil Action Program (DENCAP) dan memberi khidmat nasihat dalam penjagaan kesihatan.

 Gambar 6
Anggota TLDM sedang membantu Doktor Afiq
untuk memeriksa gigi kanak-kanak

Gambar 7 2
Anggota TLDM memberi ubat kepada orang kampong
yang selesai mendapat rawatan dari Doktor

Gambar 8
Gambar kenangan Anggota dan Pegawai bersama ketua
kampung yang terlibat dalam program jiwa murni


Disamping itu juga program ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga KDSM dengan masyarakat setempat serta menerapkan nilai-nilai murni dengan semangat setia kawan dan kerjasama antara satu sama lain. Antara kawasan kampung yang terlibat iaitu  Kg Pakalangan, Kg Pokas, Kg Kuala Bibang, Kg Bukit Aman, Kg Sri Indah dan Kg Aman Jaya. Program ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk memahami kerjaya TLDM secara lebih mendalam dan mampu memupuk minat remaja untuk memilih kerjaya TLDM sebagai karier serta ATM amnya.

Rujukan:260416/01
Sumber: Perhubungan Awam KD SRI SEMPORNA
Artikel :BM JTP ROBIN AK JELIAN
Jurufoto :BK KOM JUNAIDI BIN JAHADA

PERSEMBAHAN KAWAD SENYAP DI DALAM RANCANGAN MALAYSIA HARI INI (MHI) TV3 SRI PENTAS

Kuala Lumpur – 25 April (Isnin). Sempena Sambutan Hari TLDM ke 82 Provos Tentera Laut Lumut telah diundang untuk membuat pertunjukan kawad senyap di dalam Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 di perkarangan Sri Pentas pada pagi ini.

IMG 20160425 WA0087
Pertunjukkan Kawad Senyap Oleh Anggota TLDM

IMG 20160425 WA0088
Temuramah oleh wartawan

 
Seramai 20 anggota pasukan kawad senyap telah terlibat dalam pertunjukkan tersebut. Pihak TV3 juga telah menjemput Panglima Tentera Laut Yang Berbahagia Laksamana Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin dan turut hadir bersama Komander Mohd Kamaruddin bin K. Asnar TLDM, Asisten Marsyal Provos Lumut untuk  diwawancarakan.

IMG 20160425 WA0091
Pertunjukkan Kawad Senyap Oleh Anggota TLDM

IMG 20160425 WA0092
Ybhg PTL Meluangkan masa bersama Pegawai dan
Angota pertunjukkan kawad senyap

IMG 20160425 WA0090
Sesi Bergambar 
 


Pasukan kawad senyap TLDM diwujudkan bukan sahaja untuk persembahan, malah ia juga dapat menjadikan anggota TLDM yang berdisiplin, berkemahiran, cergas serta mempunyai komitmen yang tinggi bagi mencapai sasaran hala tuju perkhidmatan TLDM.

 

Rujukan:250416/05
Sumber :Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut
Artikel :LK PRL JAYASILAN A/L PANISELVAM
Jurufoto :LK I PAP ASHAR BIN RAHMAN

”GREEN NAVY” PANGKALAN TLDM LUMUT BERSAMA CHEAR MOTOR (H.Q) SDN. BHD

LUMUT, 25 April – Sempena Sambutan Hari TLDM ke-82, telah berlangsung lawatan konvoi Chear Motor Club seramai 100 orang ke Pangkalan Lumut, TLDM pada 24 Apr yang lalu. Turut hadir adalah Panglima Bantuan, YBhg Laksamana Madya Dato’ Abdul Ghani bin Othman dan Pegawai Kanan lain.

MB 1
Ketibaan Delegasi

MB 2
Sesi Bergambar Kenangan

MB 3
Simbolik Penyerahan Pokok 

Kehadiran delegasi bersempena penyerahan sebatang pokok white bucida tanda menyokong Green Navy kepada YBhg Panglima Bantuan oleh President Club, Dato’ Chear Kin Keong . Objektif kempen Green Navy ini adalah bertujuan untuk menyahut seruan pihak tertinggi TLDM dalam menyokong Kerajaan Malaysia ke arah pelaksanaan kempen Go-Green di dalam organisasi-organisasi kerajaan. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, indah dan selesa.

MB 4
Pertukaran Momento Tanda Penghargaan

MB 5
Pertukaran Momento Tanda Penghargaan

MB 6
Lawatan Delegasi Ke Kapal KD Kelantan

Aktiviti ini juga mampu memberi kesedaran kepada seluruh warga akan kepentingan penghijauan bumi dan persekitaran sekaligus membantu dalam menaikkan imej positif TLDM khususnya serta Angkatan Tentera Malaysia amnya kepada organisasi-organisasi luar. Operasi gerak saraf yang diperkenalkan sejak tahun 2011 telah memberi Impak positif kepada Angkatan Tentera Malaysia. Seterusnya usaha Green Navy ini akan membuka ruang serta pandangan masyarakat ke arah perspektif yang lebih mesra alam. Dalam aturcara tersebut, delegasi juga dibawa melawat ke Kapal KD KELANTAN. Sebelum acara berakhir, delegasi di bawa makan tengahari di PERNAMA. Majlis berakhir sekitar jam 1628 petang.

 

Rujukan:250416/05 
Sumber: Pusat Media Hari TLDM Ke-82
Artikel : Kapt Nor Roslinda binti Rozali TDM
Jurufoto : PR Mk PL/MPA

KD JEBAT DIBUKA UNTUK LAWATAN BUAT MASYARAKAT JOHOR

TANJUNG PENGELIH 25 Apr – Jeti KD SULTAN IDRIS (KDSI) hari ini menjadi sasaran orang ramai yang hadir ke Hari Terbuka sempena Hari Ulangtahun TLDM yang ke-82 di KD SULTAN IDRIS bagi melihat sendiri Kapal DiRaja (KD) JEBAT bersama-sama KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, KD GEMPITA dan KD PENDEKAR.

gambar 1
Pengunjung beratur untuk melawat KD JEBAT

gambar 2
Sebahagian pelawat yang teruja menjejak kaki ke KD JEBAT

gambar 3
Pelawat mengambil kesempatan melihat
pesawat Super Lynx dari jarak dekat

KD JEBAT yang dibuka kepada orang ramai selama dua hari bermula kelmarin mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya menarik beberapa buah sekolah, agensi kerajaan dan masyarakat sekitar Kota Tinggi, Johor. Para pengunjung dibawa melawat beberapa kompartmen dan bahagian KD JEBAT. Antara kawasan kawasan yang dilawati adalah anjungan, hangar, geladak penerbangan, geladak torpedo dan geladak misil. Di samping itu juga, para pengunjung berpeluang melihat pesawat Super Lynx dengan lebih dekat sambil diberi penerangan oleh krew kapal. Pegawai Memerintah KD JEBAT, Kdr Mohd Norizal bin Fahrudin TLDM berkata, beliau begitu teruja menyaksikan sambutan dan minat yang ditunjukkan orang ramai terhadap aset-aset TLDM ini.

gambar 4
Pelatih KDSI turut mengambil peluang melawat KD JEBAT

gambar 5
Wakil dari PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation (PRPC)
dibawa melawat oleh Pegawai Memerintah KDSI dan
Pegawai Memerintah KD JEBAT

Ditambah dengan cuaca baik sepanjang dua hari tersebut, penganjuran itu dilihat berjaya mencapai objektifnya untuk merapatkan orang ramai dengan TLDM dan mempamerkan aset serta kelengkapan yang dimiliki oleh TLDM sempena Hari Ulangtahun TLDM yang ke-82. Tujuan empat buah kapal ini dibuka untuk lawatan adalah untuk menghargai sokongan rakyat kepada TLDM serta memberi peluang kepada mereka mengenali TLDM secara dekat agar mereka memahami peranan dan tanggungjawab TLDM dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

 

Rujukan:250416/04
Sumber :KD JEBAT
Artikel :KD JEBAT
Jurufoto :KD JEBAT

BAKAT (L) MAWILLA 3 TURUT TERLIBAT DALAM PROGRAM HARI ULANG TAHUN TLDM KE-82

Langkawi, 22 Apr 16 – Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM yang Ke-82 pada tahun ini di peringkat Markas Wilayah Laut 3 sedang dilaksanakan. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang bukan sahaja melibatkan keseluruhan warga, masyarakat setempat bahkan juga ahli-ahli BAKAT (L) MAWILLA 3.

GAMBAR 1

GAMBAR 2
Kerja-kerja pengasingan pakaian terpakai
oleh ahli-ahli BAKAT (L) MAWILLA 3

Mengikut program yang telah dirancang, MAWILLA 3 akan melaksanakan Projek Jiwa Murni di Pulau Dayang Bunting pada 4 Mei 16. Justeru itu, satu inisiatif telah dilakukan oleh BAKAT (L) MAWILLA 3 bagi mendapatkan sumbangan daripada warga RK TLDM terutamanya pakaian terpakai untuk disampaikan kepada penduduk Pulau Dayang Bunting semasa Projek Jiwa Murni dilaksanakan kelak.

GAMBAR 3

GAMBAR 4
Kerja-kerja pengasingan pakaian terpakai
oleh ahli-ahli BAKAT (L) MAWILLA 3

Selain itu, BAKAT (L) MAWILLA 3 juga turut berusaha bagi mendapatkan lagi pelbagai sumbangan yang dapat dimanfaatkan oleh penerimanya nanti. Turut hadir di Rumah BAKAT (L) MAWILLA 3 pada petang ini, Puan Norzalina binti Omar Pengerusi BAKAT (L) MAWILLA 3 untuk bersama-sama semua ahli yang hadir untuk mengasingkan pakaian terpakai yang telah diterima.

 

Rujukan:250416/04
Sumber :Perhubungan Awam MAWILLA 3
Artikel :Perhubungan Awam MAWILLA 3
Jurufoto :Perhubungan Awam MAWILLA 3

MAJLIS PERKONGSIAN ILMU SEMPENA HARI TLDM

LUMUT, 23 April – Bertempat di Dewan Makan D20, Pangkalan TLDM Lumut pada hari ini telah berlangsungnya program ceramah kerohanian untuk warga TLDM Lumut sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-82. Majlis ini adalah anjuran Wisma Bintara dan Wisma Laskar Pangkalan TLDM, Lumut dan telah dihadiri oleh YBhg Komander Pangkalan Lumut, Laksma Rusli bin Ramli serta Pegawai Kanan.

MB 1
Ucapan oleh YBhg Komander Pangkalan Lumut

MB 2
Sekitar Majlis

Tujuan penganjuran kali ini, pihak penganjur mengambil inisiatif menjemput Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, YBhg Datuk Mohd Yunus Pathi untuk sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman beliau bagi menangani isu masalah sosial dan penagihan dadah dikalangan warga TLDM khasnya dan ATM amnya.

MB 4
Sekitar Majlis

MB 5
Ceramah Oleh Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia

Dalam ucapan YBhg Komander Pangkalan Lumut, beliau berhasrat agar warga ‘The Navy People’ dapat menyemai sikap bencikan dadah dan seterusnya mampu melahirkan warga yang mampu mempunyai benteng diri yang utuh serta mampu menangkis asakan pengaruh najis dadah yang kian menular di kalangan warga ATM. Misi utama adalah menjadikan warga ‘ The Navy People’ bebas daripada pengaruh najis dadah. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi menjadi titik tolak untuk sama-sama bermuhasabah diri dan terus memacu kejayaan dengan meninggalkan musuh no 1 negara iaitu najis dadah. Majlis berakhir sekitar jam 1330.

 

Rujukan:250416/03
Sumber : Pusat Media Hari TLDM Ke-82
Artikel : Kapt Nor Roslinda binti Rozali TDM
Jurufoto : PR MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 780

Semalam 759

Bulan ini 17525

Keseluruhan 1219885

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM