UPACARA PENUTUP SEA EX THAMAL 64/18 DI MARKAS WILAYAH LAUT 1

Tanjung Gelang, 9 Ogos 18 - Eksesais SEAEX THAMAL 64/18 telah dilaksanakan dari 5 hingga 10 Ogos 18 melibatkan TLDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Marin (PGM), Royal Thailand Navy (RTN) dan Royal Thailand Marine Police (RTMP). Eksesais bermula di 2nd Naval Area Command Songkhla, Thailand dan berakhir di Markas Wilayah Laut 1, Kuantan.

1
Kapal – kapal yang terlibat dengan eksesais
merapat di Tambatan Pangkalan Kuantan (TPK)

2

3

4

5

Antara aset - aset dari Malaysia yang terlibat adalah KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, KD HANDALAN, PA 52 dan KM GEMIA. Manakala aset -aset Thailand yang terlibat adalah HTMS LAEMSING, PGM 94, PGM 112 dan RTMP 808. Upacara pembukaan eksesais telah dilaksanakan di 2nd Naval Area Command HQ, Songkhla pada 6 Ogos 18 Kesemua aset terlibat eksesais telah belayar dari Songkhla pada 7 Ogos 18. Sepanjang eksesais di laut, kapal - kapal telah melaksanakan beberapa siri latihan seperti Maneuvering Exercise, Flashex, Flag Hoist dan lain - lain.

6
Rear Admiral Montri Rodvises memeriksa kawalan suku

7
Kunjungan hormat oleh Rear Admiral Montri Rodvises
ke atas PANGWILLA 1

8
Upacara penutup SEAEX THAMAL 64/18 oleh
YBhg PANGWILLA 1

9

10

11

Aset - aset terlibat tiba di Markas Wilayah Laut 1 untuk fasa penutup pada 8 Ogos 18. Upacara Penutup telah dsempurnakan oleh Yang Berbahagia Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis disaksikan oleh Deputy Commander of 2nd Naval Area Command, Rear Admiral Montri Rodvises di Auditorium Al - Haimi bersama semua pegawai dan anggota kapal terlibat.

12
Sesi bergambar

13

14
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara
Thailand dan Malaysia

15

Aktiviti Riadah seperti Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Thailand dan Malaysia dan Golf diadakan bagi mengeratkan persahabatan antara agensi maritim bagi kedua-dua negara.

Rujukan : 100818/03
Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel : Lt Mohammad Hatta bin Mohamed Banta TLDM
Jurufoto : Perhubungan Raya Mawilla 1

MEMPERKASA PERANAN PEGAWAI WARAN MARKAS MENERUSI WOOD

SANDAKAN, 9 Ogos 2018 – Program Warrant On Deck (WOOD) telah diadakan di Wisma Pendekar Kapal Diraja SRI TIGA (KD SRI TIGA) oleh Pegawai Waran Markas (PWM), PW I TMK Saiful Rizal Kamaludin melibatkan anggota TLDM dari unit di bawah naungan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) seperti Kapal Auksiliari TUN AZIZAN, KD SRI TIGA dan KD PARI. Program bertujuan untuk berinteraksi secara lebih dekat lagi bersama warga ARMADA Sandakan yang kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan operasi di laut.

Gambar 1
PWM menerangkan mengenai Aplikasi-Aplikasi Rasmi yang perlu
diketahui oleh warga Navy People bagi mendapatkan
maklumat terkini mengenai TLDM

Gambar 2
Sesi menandatangani Buku Pelawat

Gambar 3
Kata-kata aluan oleh Pegawai Memerintah KD SRI TIGA

Program WOOD ini merupakan inisiatif Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam agar perkongsian hala tuju MAWILLA 2 oleh pucuk pimpinan dapat disampaikan dan pemasalahan yang dihadapi warga ARMADA Sandakan dapat didengari dengan lebih jelas. Ketibaan PWM pada jam 9.30 pagi dialu-alukan oleh Pegawai Memerintah KD SRI TIGA, Leftenan Komander Kamarulzaman Kamaruddin TLDM. Program seterusnya dimulakan dengan sesi menandatangani buku lawatan bertempat di Cargo Hall atau Dewan Kargo KD SRI TIGA.

Gambar 4
Bintara tulang belakang MAWILLA 2

Gambar 5
PWM sebagai penghubung suara Navy People
dengan pucuk pimpinan tertinggi TLDM

Pelbagai perkara telah dibincang dan diterangkan oleh PWM kepada anggota yang hadir. Antaranya mengenai perkongsian maklumat mengenai Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) RMN Official App atau Navy Apps, laman sesawang serta social rasmi TLDM, pemantapan Sistem Bahagian, keselamatan, disiplin, dan Nilai Teras TLDM yang menjadi sumber kekuatan dalam membentuk sikap serta budaya hidup warga Navy People Sandakan seterusnya dapat mendukung Misi dan Visi TLDM.

Gambar 6
Warga Navy People yang hadir tekun mendengar amanat PWM

Gambar 7
Sesi bergambar kenang-kenangan PWM
bersama warga ARMADA Sandakan

Dikesempatan itu juga, PWM berkesempatan menerangkan kepada anggota yang hadir untuk menyahut saranan PANGWILLA 2 bagi merealisasikan Program Transformasi TLDM 15 ke 5 atau RMN 15to5. Diharapkan agar program sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang dan dapat membuka jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang dibangkitkan di kalangan warga Navy People Sandakan khasnya bagi warga ARMADA Sandakan yang menjadi teras serta nadi kepada pengoperasian MAWILLA 2 di wilayah ini.

~WE EXIST BECAUSE OF THE FLEET~

Rujukan : 100818/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : LK TLS Nik Amirruddin bin Nik Par
Jurufoto : LK TLS Nik Amirruddin bin Nik Par

 

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-26 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)

KUCHING - 09 Ogos 18 – Sempena Majlis Konvokesyen kali ke-26 Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dilaksanakan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak bermula dengan Majlis Raptai pada 7 Ogos 2018 dan diikuti dengan Majlis Konvokesyen pada 8 dan 9 Ogos 2018 dalam 4 sidang. Konvokesyen kali ini telah dihadiri dengan beberapa tetamu jemputan untuk merasmikan majlis dalam 4 sidang tersebut. Graduan lulusan Sesi Jun 2017 program Diploma Akauntansi, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara Dan Penyejukbekuan) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). Keseluruhan bilangan graduan bagi majlis kali ini yang dilaksanakan 4 sidang adalah seramai 1487 orang.

Sepanduk Majlis Konvokesyen
Sepanduk Konvokesyen

Graduan Yang Hadir
Graduan Yang Hadir dan Yang Menerima Sijil

Graduan Yang Telah Menerima Sijil

YBhg. Dato’ Haji Mansor Bin Man, Setiausaha Persekutuan Sarawak telah menyempurnakan majlis sidang 1. Ia melibatkan seramai 394 orang graduan daripada 1487 orang keseluruhan lulusan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2016 dan Sesi Jun 2017. Manakala, dalam sidang kedua YBhg. Ts. Tn. Haji Mohamad Amin Bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah merasmikan majlis tersebut dengan jayanya, Sidang Kedua melibatkan seramai 413 orang graduan daripada 1487 orang keseluruhan lulusan Politeknik Kuching Sarawak. Dalam pada itu, sidang ketiga dirasmi dan disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Kadier Bin Sahib, Pengarah Serba Dinamik Holding, mewakili YBhg. Dato’ Dr. Ir. Mohd Abdul Karim Bin Abdullah, Group Managing Director / Group Chief Executive Officer, Serba Dinamik Holding Berhad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri & CEO Faculty PKS.Kementerian Pendidikan Malaysia. Sidang Ketiga pada pagi ini terdiri daripada 360 orang graduan. Dan pada sidang yang terakhir iaitu sidang keempat telah dirasmikan oleh YBhg. Ketua Pesuruhjaya RELA, Tuan Zulkifli Bin Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri.

Ucapan oleh Ketua Pengarah Rela
Ucapan oleh Ketua Pengarah Rela

Nyanyian Lagu Negaraku dan Politeknik
Nyanyian Lagu Negaraku dan Politeknik

Majlis diteruskan dengan bacaan doa,nyanyian lagu negaraku dan lagu politeknik serta beberapa ucapan daripada tetamu kehormat dan acara diteruskan dengan penyampaian sijil kepada bekas graduan. Politeknik juga mengadakan Karnival Niaga konvo dimana peniaga terdiri daripada pelajar-pelajar politeknik sendiri bagi menarik para pengunjung terdiri daripada ibubapa dan untuk menyerikan lagi suasana Politeknik Kuching Sarawak dengan pelbagai juadah yang disediakan sendiri oleh pelajar.

Karnival Niaga Konvo
Karnival Niaga Konvo

Sesi Bergambar Beramai ramai
Sesi Bergambar Beramai-ramai

Bagi pihak pengurusan PKS, Lt. Kdr (K) Kamaludin Daud PSSTLDM mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu jemputan dan pengunjung yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis Konvokesyen PKS dan tidak lupa ucapan tahniah buat bekas graduan Politeknik Kuching Sarawak. Turut dijemput tetamu istimewa dari PSTL Kuching Kdr Jeffrey Ak Nerat TLDM Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching bagi mewarnai majlis dan memberi semangat dan sokongan kepada bekas pelajar dan bekas pelatih tersebut dan bersama-sama graduan politeknik untuk meraikan hari bersejarah mereka dimana segelintir bekas pelajar tersebut telah mengikuti PLASTLDM sebagai anggota simpanan dari awal semester. Bekas graduan juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama yang kehormat.

Rujukan : 100818/01
Sumber : PLASTLDM Politeknik Kuching Sarawak
Artikel : PTM Yasmine Fathiah Binti Mohd. Dexter Howell
Jurufoto : PTM Yasmine Fathiah Binti Mohd. Dexter Howell

LAWATAN KE PENJARA SANDAKAN ERAT KERJASAMA BAKAT (L) & PERSIAP

SANDAKAN, 8 Ogos 2018 – Badan Kebajikan Angkatan Tentera – Laut atau BAKAT (L) Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah melaksanakan lawatan ke Bengkel Kraftatangan Penjara Sandakan hari ini. Rombongan yang telah disambut mesra oleh ahli Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) dan dibawa ke Dewan Taman Wira, Penjara Sandakan bagi sesi taklimat.

Gambar 1
Ahli BAKAT (L) MAWILLA 2 bergambar
kenang-kenangan bersama ahli PERSIAP

Gambar 2
Kedatangan BAKAT (L) MAWILLA 2 sangat dialu-alukan

Gambar 3
Taklimat latar belakang dan peranan Penjara Sandakan
kepada masyarakat oleh Inspektor Jalani Oyang

Sesi taklimat dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengacara majlis. Sesi taklimat pertama telah disampaikan oleh Inspektor Nurhana binti Parlan mengenai PERSIAP. Taklimat ini dirangka bagi memberi penerangan lanjut berkaitan penubuhan PERSIAP di Sandakan. Persatuan Wanita di institusi Penjara telah lama wujud di mana pengurusan pentadbirannya di bawah institusi masing-masing. Dengan tujuan untuk menyatukan Persatuan-Persatuan Wanita di institusi di bawah satu pengurusan agar segala aktiviti dapat diselaraskan, maka PERSIAP ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1989.

Gambar 4 1
Ahli BAKAT (L) MAWILLA 2 kusyuk mendengar taklimat

Gambar 4 2

Selesai sesi pertama, Inspektor Jalani bin Oyang dijemput bagi menyampaikan taklimat seterusnya iaitu mengenai latar belakang dan peranan Penjara Sandakan kepada masyarakat. Kedua-dua sesi ini dilihat memberi pengetahuan baru kepada para ahli BAKAT ( L) MAWILLA 2 mengenai kehidupan di sebalik tirai besi dan tembok pagar Penjara Sandakan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara pertukaran cenderahati di antara Pengerusi BAKAT (L) MAWILLA 2, Datin Kalaiarasi Subramaniam dan Pengerusi PERSIAP Sandakan, Puan Azalina Abdul Rahman sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Rombongan kemudiannya dijemput menjamu selera sebelum dibawa melawat Bengkel Penjara Sandakan di mana hasil kraftangan yang dipamerkan adalah hasil kerja tangan banduan yang sedang memjalani pemulihan dan hukuman.

Gambar 5
Datin Kalaiarasi bertukar cenderahati dengan Puan Azalina (kanan)

Gambar 6
Lawatan ke Bengkel Penjara Sandakan

Gambar 7
Antara produk kraftangan yang dihasilkan Penjara Sandakan

Terdapat juga ahli BAKAT (L) yang berminat utk menempah hasil kraftangan-kraftangan tersebut. Hal ini bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan kraftangan yang cantik dan bermutu tetapi sebagai tanda sokongan kepada para banduan bahawa masyarakat masih menerima kehadiran mereka apabila bebas kelak. Lawatan selesai jam 5.30 petang dan rombongan BAKAT (L) MAWILLA 2 berangkat pulang ke rumah masing-masing.

~WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT~

Rujukan : 090818/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – BAKAT (L) MAWILLA 2
Artikel : Lt Dya Elizabeth Ann Anak James PSSTLDM
Jurufoto : Lt Dya Elizabeth Ann Anak James PSSTLDM

PROGRAM ROAD SHOW OP PERISAI AQIDAH UNIT TLDM ZON UTARA TAHUN 2018

GELULOR, 7 OGOS 18. UBU TLDM telah melaksanakan Program Road Show Op Perisai Aqidah Unit TLDM Zon Utara Tahun 2018 bertempat di Dewan Utama, KD SRI PINANG pada 7 Ogos. Program ini telah disampaikan oleh Mej Zainal Azira Bin Ahmad Zabidi yang dijemput khas daripada KD MALAYA. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan yang jelas berkaitan penyelewangan aqidah, ajaran sesat dan semua bentuk aliran fahaman yang bercanggah dengan Islam khususnya fahaman Syiah.

1
KPL Mohd Hidayat bin Hj. Hamzah mepengusikan
majlis dan memperkenalkan penceramah kepada peserta

2
Azan maghrib dilaungkan oleh
LK I PAP Muhd Fitri Bin Man Ramli

3
Mej Zainal Azira memberi penerangan
nilai – nilai kefahaman islam untuk dipraktikan

5
Solat isyak berjemaah

6
Jamuan makan malam sebagai tanda penhargaan
kepada peceramah atas perkongsian ilmu

Disamping itu program ini dapat menyemarakkan nilai – nilai kefahaman Islam untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian warga ATM dan juga membina jati diri muslim yang sebenar untuk menjadi banteng pertahanan dan keselamatan negara. Program ini telah melibatkan 150 orang peserta terdiri daripada warga Unit Bantuan Utara TLDM (UBU TLDM), Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang (PWTL Pulau Pinang), dan KD SRI PINANG.

Rujukan : 080818/01
Sumber : UBU TLDM
Artikel : Lt Dya Mohamad Hafiz Izzudin bin Mohamad Nor TLDM
Jurufoto : LK KOM Mohd Ashdan Shah bin Ibrahim

HARI INOVASI ANGKATAN KAPAL SELAM TLDM 2018

Kota Kinabalu, 6 Ogos 18 – Panglima Angkatan Kapal Selam (PAKS) YBhg Laksamana Muda Dato' Zulhelmy bin Ithnain telah menyempurnakan Hari Inovasi Angkatan Kapal Selam (AKAS) TLDM 2018. Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada Pemenang Anugerah Inovasi Tentera Laut 2018 (AITL) Kumpulan Kreatif dan Inovatif kepada KD TUN RAZAK yang telah dinobatkan johan Kategori Penyampaian dan Perkhidmatan melalui projek De-Fuelling Efficiency (D-REFFIC). Bagi Kategori Inovasi Sosial, Pusat Latihan Kapal Selam telah mendapat tempat kedua melalui projek Battery Training Platform (B-TRAP).

1. Nyanyian Lagu Negaraku dan Samudera Raya
Nyanyian Lagu Negaraku dan Samudera Raya

2. Anugerah Inovasi Tentera Laut 2018
Anugerah Inovasi Tentera Laut 2018

3. Laskar Kreatif dan Berkualiti
Laskar Kreatif dan Berkualiti

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Bintara, Laskar dan Awam Kreatif dan Berkualiti bagi suku kedua tahun 2018. PW II TMK Zulkifly bin Abdul Hamid telah menerima anugerah kategori bintara disusuli dengan LK PNK Ridzuan bin Mohd Noor bagi kategori laskar. Manakala kategori staf awam dianugerahkan kepada Puan Noorazurah binti Bongsu. Bagi kategori Anugerah Bintara dan Laskar Terbaik TLDM 2017, YBhg Panglima turut sudi menyampaikan anugerah kepada PW I TLR Samsuri bin Muhamad Saad sebagai Calon Anugerah Bintara Terbaik TLDM 2017 dan P/BM TLS Tengku Syed Muhammad Ali bin Tengku Syed Abd Rahman sebagai pemenang bagi Anugerah Laskar Terbaik TLDM 2017.

4. Awam Kreatif dan Berkualiti
Awam Kreatif dan Berkualiti

5. Pemenang Pertandingan Esei Maritim 2018
Pemenang Petandingan Esei Maritim 2018

6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017

7. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017

8. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017

Turut diraikan dalam majlis tersebut adalah penghargaan kepada pegawai dan anggota yang telah memenangi Pertandingan Mengarang Esei Maritim 2018. Kdr Kamarul Baharin bin Yeop Hashim TLDM telah memenangi tempat ketiga kategori pegawai kanan manakala P/PW II PWP Mohd Faizuul bin Mohamed telah memenangi tempat pertama kategori bintara. Majlis penganugerahan kemudiannya diakhiri dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 kepada 4 pegawai dan 21 anggota LLP warga AKAS.

9. Sesi Bergambar Bersama YBhg PAKS
Sesi Bergambar Bersama YBhg PAKS

10. Ucapan YBHg PAKS
Ucapan YBhg PAKS

Semasa berucap, YBhg Panglima tturut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang bagi setiap kategori. Ini merupakan penghargaan yang diberikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta AKAS TLDM bagi menghargai usaha dan pengorbanan yang telah diberikan. Usaha dan pengorbanan ini telah berhasil di mana Markas Pemerintahan Kapal Selam telah sekali lagi dinobatkan sebagai Markas Terbaik TLDM 2018.

Rujukan : 070818/02
Sumber : Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel : PW II TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak
Jurufoto : PW I PBK Mohd Sakri bin Lazim

BAKAT (L) MENYUSURI PENGALAMAN KE SUNGAI KINABATANGAN & KAMPUNG AIR

SANDAKAN, 5 Ogos 2018 – Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Laut, Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah mengadakan lawatan dan kunjungan ke perkampungan air di Kampung Tanjung Aru dan Sungai Kinabatangan, Sandakan. Rombongan diketuai oleh Pengerusi BAKAT (L) MAWILLA 2 iaitu Datin Kalaiarasi Subramaniam bersama Ketua-Ketua Unit. Lawatan turut disertai oleh Datin Hjh Radzi binti Abdul Manap, iaitu isteri kepada Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Laksamana Muda Dato' Ir. Haji Khairuddin Bin Khalid yang kini dalam rangka lawatan perpisahan untuk bertemu Navy People Cawangan Teknikal sebelum persaraan beliau.

Gambar 1
Pegawai Staf Sekretariat, Lt Dya Elizabeth Ann sedang melaksanakan
penerangan Aplikasi K3M dan juga Kajian Indeks
Keselamatan Komuniti Maritim 2018

Gambar 2
Pengisian borang kaji selidik turut dilaksanakan oleh pekerja resort

Sungai Kinabatangan merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan para pelancong oleh kerana keindahan semulajadi flora dan fauna termasuk spesis yang jarang ditemui seperti monyet proboscis. Perjalanan telah mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dengan menggunakan dua buah Bot Pemintas SILVERBREEZE dari Pangkalan TLDM Sandakan. Kehadiran para rombongan telah disambut baik oleh pihak Abai Resort Kinabatangan dan seterusnya di bawa untuk melihat suasana dan kawasan di sekitar resort tersebut.

Gambar 3
Interaksi bersama para pemancing di Sungai Kinabatangan

Gambar 4
Pengerusi BAKAT (L) MAWILLA 2 bergambar bersama 
Datin Hjh Radzi dan peserta lawatan di atas Bot Pemintas SILVERBREEZE

Selain itu, lawatan juga bertujuan untuk memberi penerangan mengenai Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) dan melaksanakan Kajian Indeks Keselamatan Maritim 2018 berkenaan tahap keselamatan perairan negara yang dirasai oleh komuniti maritim. Pengusaha dan pekerja resort tersebut dijadikan golongan sasaran untuk sesi penerangan K3M dan kajian pada kali ini. Staf juga dapat berinteraksi bersama para pelancong di Abai Resort.

Gambar 6
Perjalanan menyusuri Sungai Kinabatangan

Gambar 7
Menyusuri perjalanan ke Kampung Tanjung Aru

Gambar 8
Bergambar di jeti Kampung Tanjung Aru

Hasil maklum balas diterima, rata-rata mereka sangat teruja dengan kelebihan aplikasi tersebut dan memuji usaha TLDM untuk mendekati komuniti maritim agar kehadiran pasukan keselamatan dapat dirasai seterusnya mereka berasa lebih selamat bekerja dalam sektor maritim khasnya di perairan pantai timur Sabah ini. Warga Abai Resort turut mengalu-alukan lagi kehadiran lawatan sebegini khasnya dari Navy People Sandakan. Akhir lawatan, lawatan dibawa ke perkampungan air di Kampung Tanjung Aru, yang mana terdapat juga warga Navy People Sandakan yang berasal dan mempunyai keluarga dari kampung yang indah dan permai itu. Pengalaman sebegini amat jarang diperolehi oleh mana-mana Unit atau Markas Formasi TLDM yang lain. Inilah kelebihan Navy People yang berkhidmat di pantai timur Sabah, khasnya di Pangkalan TLDM Sandakan.

~PENGALAMAN ADALAH SESUATU YANG SANGAT BERHARGA, JOM REBUT PELUANG BERKHIDMAT DI PANTAI TIMUR SABAH~

Rujukan : 060818/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
Jurufoto : LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi Hamdan

KEJOHANAH SUKAN MENEMBAK ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2018

SUBANG 5 Ogos 18 - Kejohanan Menembak Antara Perkhidmatan ATM 2018 anjuran Persatuan ATM telah berlangsung pada 1 hingga 5 Ogos 18 di Lapang Sasar Kebangsaan, Subang, Selangor.Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

a) Kategori Lelaki

Johan: TLDM
N/Johan: TUDM
Ketiga: TDM

b) Kategori Wanita
Johan: TLDM
N/Johan: TDM
Ketiga: TUDM

Untuk kejohanan pada kali ini, TLDM telah mendapat keputusan cemerlang dengan memastikan kejuaraan kekal milik TLDM bagi kedua-dua kategori dimana pasukan lelaki mengekalkan kejuaraan 20 tahun berturut-turut dan pasukan wanita 9 tahun berturut-turut.

G1
Pegawai dan atlet-atlet menembak TLDM

G2
Penyampaian hadiah oleh Laksdya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany
kepada atlet menembak. wanita TLDM

G3
Aksi Atlet lelaki TLDM Lelaki sedang beraksi

Dengan kemenangan ini, pihak Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS TLDM) telah memberikan insentif kemenangan kepada persatuan yang beroleh JOHAN, bertujuan menaikkan lagi semangat juang dan moral agar sentiasa mengekalkan prestasi demi menaikkan nama TLDM. Upacara penutup telah dirasmikan oleh Laksdya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Timbalan Panglima Tentera Laut.

Tahniah kepada Pengurusan dan Atlet Persatuan Menembak TLDM atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pihak terutama Pegawai Memerintah Unit yang memberi pelepasan kepada atlet sukan ini. Bersama kita berusaha mencapai misi kejuaraan kali ke-21 dan 10 berturut-turut dalam ISG2018 ini.

“Once a champion, always a champion.”

Majulah Sukan untuk TLDM.

Rujukan : 060818/01
Sumber : Lembaga Kawalan Sukan TLDM TLDM
Artikel : Lt Kdr Ahmad Saiful Fadly bin Jaharuddin TLDM
Jurufoto : Perhubungan Awam dan Stratergik

KD TODAK DEKATI KOMUNITI MARITIM PULAU MENAMPILIK MENERUSI PROGRAM JIWA MURNI

SEMPORNA, 5 Ogos 2018 - Kapal Diraja TODAK (KD TODAK) hari ini telah melaksanakan Program Jiwa Murni bersama penduduk kampung di Pulau Menampilik. Selain meringankan beban, program sebegini juga bertujuan bagi mengeratkan silaturrahim serta interaksi di antara penduduk kampung dan TLDM. Pulau Menampilik terletak lebih kurang 10 batu nautika selatan Pekan Semporna. Keluasan pulau ini 5 kilometer persegi dan terletak di antara Pulau Nusa Tengah dan Tanjung Tutup. Terdapat kira-kira 200 orang penduduk kampung yang tinggal di pulau ini dan mata pencarian utama mereka ialah hasil laut. Pulau yang terletak di pantai timur Sabah ini terkenal dengan hasil laut eksotik yang sukar ditemui seperti abalon.

Gambar 1
Kru KD TODAK bersama komuniti maritim
Pulau Menampilik dan juga Pasukan 3 RAMD

Gambar 2
Pemandangan persekitaran surau ketika
permulaan aktiviti gotong-royong

Gambar 3
KD TODAK dan 3 RAMD bekerjasama
membersihkan persekitaran surau

Surau Pulau Menampilik telah dipilih sebagai lokasi bagi menjayakan Program Jiwa Murni KD TODAK pada kali ini. Program ini turut dibantu oleh Pasukan Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) yang bertugas di Pos Pulau Menampilik, diketuai oleh Lt Muda Mohd Hafiz bin Zakaria. Program ini mendapat sambutan daripada penduduk kampung yang turut serta melaksanakan pembersihan surau. Cuaca yang baik, tidak panas dan sedikit mendung lebih membuatkan peserta program bersemangat.

Gambar 4
Kanak-kanak kampung turut terlibat dalam
program pada hari tersebut

Gambar 5
Sampah yang dikumpul dibakar

Kru kapal juga berkesempatan menunaikan solat fardu Asar berjemaah bersama penduduk kampung sejurus selesai program gotong-royong. Walau bagaimanapun, solat pada hari tersebut dalam keadaan bergelap memandangkan kampung tersebut menggunakan tenaga solar untuk menjana elektrik. Cuaca yang mendung sepanjang hari menyebabkan tenaga elektrik tidak dapat dicaskan semula. Pihak berwajib disaran memikirkan kaedah lain bagi mengatasi masalah penduduk kampung ini seperti sumbangan penjana kuasa petrol atau generator bersaiz kecil sekurang-kurangnya agar anak-anak penduduk kampung dapat mengimarahkan surau tersebut untuk menelaah buku dan mengulang kaji pelajaran sekiranya bekalan elektrik terputus.

Gambar 6
BERSIH…Persekitaran surau yang kembali
bersih setelah selesai program

Gambar 7
ESPRIT DE CORPS…Kru KD TODAK dan 3 RAMD turut meluangkan masa
berinteraksi, bertanya khabar dan bertukar maklumat

Selain itu, kru kapal juga berpeluang melaksanakan taklimat berkenaan penggunaan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) kepada Ketua Kampung iaitu Haji Luhmahan bin Tudjah. Taklimat ini dijalankan agar dapat memudahkan penduduk kampung dalam penyampaian maklumat sekiranya berlaku kecemasan di laut. Kehadiran TLDM khasnya KD TODAK bersama komuniti setempat telah meningkatkan lagi keyakinan mereka terhadap keselamatan perairan negara.

Gambar 8
IDOLA…Kanak-kanak Pulau Menampilik tidak melepaskan
peluang bergambar bersama kru KD TODAK

Gambar 9
BLACKOUT…Peserta program terpaksa bersolat dalam
keadaan gelap kerana ketiadaan bekalan elektrik pada hari tersebut

Menurut Pegawai Memerintah KD TODAK, Lt Kdr Ahmad Zaki bin Ismail TLDM, disamping mengeratkan hubungan TLDM dan komuniti maritim setempat, program sebegini dilihat mampu meningkatkan lagi rasa cinta terhadap alam sekitar dan kesedaran terhadap penjagaan kebersihan tempat tinggal khasnya di kalangan Navy People dan penduduk setempat. Setelah selesai program, kapal meneruskan rondaan di Kawasan Operasi Maritim (KOM) bagi menjaga keselamatan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZone.

Rujukan : 050818/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD TODAK
Artikel : TODAK Skippers
Jurufoto : Lt Dya Aiman Haziq Mohamed TLDM

KD YU TERUSKAN JIWA MURNI & RAKAM DI PULAU SELINGAN

SANDAKAN, 5 Ogos 2018 – Kapal Diraja YU (KD YU) telah mengambil kesempatan semasa penugasan operasi bagi melaksakan lawatan ke Pulau Selingan bagi melaksanakan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM) bersama Batalion ke-15, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos Pulau Selingan dan pelaksanaan Program Jiwa Murni dan Rakan Maritim (RAKAM) di persekitaran pulau tersebut.

Gambar 1
Bersama anggota PDRM di Pos PGA Pulau Selingan

Gambar 2
Pegawai Navigasi KD YU bersama Encik Jo Michael,
Penolong Pengurus Agensi Taman-Taman Sabah Pulau Selingan

Gambar 3
Kerja-kerja pembersihan di kawasan
persekitaran surau dan pulau

Pulau Selingan adalah sebuah pulau yang terletak di Taman Pulau Penyu (Turtle Island Park) bersama dua buah pulau lain iaitu Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan yang telah diwartakan sebagai pusat penjagaan, penetasan dan pemuliharaan penyu pada 1 Oktober 1977. Pulau Selingan terletak di Perairan Laut Sulu iaitu lebih kurang 40 kilometer dari pusat Bandar Sandakan dan mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menggunakan bot laju. Pulau ini dikawal selia oleh Agensi Taman-Taman Sabah (Sabah Park) merangkumi keluasan 8.1 hektar bagi memastikan spesies penyu terancam dilindungi.

Gambar 4
Navy People sedia berkhidmat kepada masyarakat

Gambar 5
Pulau Selingan dari KD YU

Pulau Selingan juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal dengan keindahan semulajadi pulau dan kejernihan air lautnya. Fasiliti yang disediakan adalah 4 buah chalet yang mampu memuatkan 50 orang dalam satu-satu masa dan juga restoran. Selain itu, terdapat juga tempat penetasan telur penyu, bilik pameran, kafeteria, padang bola dan gelanggang bola tampar. Tarikan utama aktiviti pelancongan di pulau ini adalah aktiviti melihat penyu bertelur. Menurut Penolong Pengurus Agensi Taman-Taman Sabah Pulau Selingan, Encik Jo Michael, bulan Ogos merupakan antara bulan yang paling aktif bagi penyu naik ke pantai untuk bertelur. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di pulau tersebut adalah snorkeling.

Gambar 6
Pemandangan indah Pulau Selingan

Kedatangan Tim Mendarat KD YU seramai 10 orang diketuai oleh Pegawai Navigasi, Lt Wan Mohd Saiful Adli bin Wan Ahmad TLDM disambut mesra oleh Ketua Platun, Kompeni A PGA iaitu Inspektor Hakim bin Hosman. Tim seterusnya dibawa melawat sekitar pulau bagi melihat rutin penugasan pasukan sahabat serta rutin aktiviti lain di pulau tersebut. Anggota Pos PGA Pulau Selingan memberi kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan IBM dan mengalu-alukan kedatangan TLDM pada masa akan datang.

Gambar 7T
Tempat penetasan penyu

Tim juga mengambil kesempatan beramah mesra bersama pekerja Agensi Taman-Taman Sabah di samping mempromosikan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M). Program Jiwa Murni seterusnya dilaksanakan di sekitar Surau Pulau Selingan dan kawasan persekitaran pantai. Program sebegini wajar diteruskan bagi memastikan kehadiran TLDM dirasai (presence felt) oleh komuniti maritim di samping meningkatkan keyakinan awam terhadap keselamatan maritim negara.

Rujukan : 050818/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD YU
Artikel : Lt Wan Mohd Saiful Adli bin Wan Ahmad TLDM
Jurufoto : LK I PWP Muhammad Affif bin Muhammad Rozilah

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 779

Semalam 759

Bulan ini 17524

Keseluruhan 1219884

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM