PSSTLDM SANDAKAN SERTAI AKTIVITI PEMBERSIHAN PANTAI KAMPUNG PUKAT

SANDAKAN, 30 Julai 2018 – Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah menganjurkan aktiviti gotong royong membersihkan pesisir pantai Kampung Pukat, Tanah Merah semalam. Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti ini sebagai salah satu khidmat komuniti bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada alam sekitar. Selain itu, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan serta swasta turut hadir bersama-sama bagi merealisasikan slogan - Zero Waste Volunteer, Trash Hero Volunteer. Tujuan aktiviti seperti ini diadakan adalah untuk memupuk rasa cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar di kalangan para peserta.

Gambar 1
YBhg Lt (K) Datuk Charles O Pang PSSTLDM
turut hadir membantu aktiviti gotong royong ini

Gambar 2
Anggota PSSTLDM bersama-sama
membersihkan sampah sarap

Aktiviti yang julung kalinya diadakan ini melibatkan seramai 29 orang pegawai dan anggota PSSTLDM. Pegawai Kehormat PSSTLDM Sandakan, YBhg Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang PSSTLDM juga turut hadir membantu disamping memberi kata-kata perangsang kepada mereka yang terlibat. Gotong-royong bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.00 pagi itu dimulai dengan bacaan doa dan taklimat ringkas berkenaan pengagihan tugas dan keselamatan semasa melakukan aktiviti bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Pihak MPS turut menyediakan kelengkapan pembersihan seperti sarung tangan getah, plastik sampah, skop, serta topeng muka bersama sebuah bot dan 2 buah trak sampah. Sebanyak lebih kurang 50 beg plastik sampah berjaya dikumpul dalam aktiviti yang dijalankan pada pagi itu. Kesemua peserta berasa teruja melihat perubahan pantai selepas pembersihan berjaya dilakukan.

Gambar 3
Pesisir pantai kelihatan semakin bersih

Gambar 4
Sampah-sampah yang dikumpul dimasukkan
ke lori sampah untuk dilupuskan

Gambar 5
Gambar kenangan bersama sukarelawan yang terlibat

Aktiviti sebegini memerlukan perhatian dan usaha berterusan dari semua kelompok masyarakat khasnya warga Sandakan kerana kebersihan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama. Aktiviti ini juga wajar diteruskan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara agensi kerajaan dan swasta serta NGO terlibat. Masyarakat turut diseru supaya menjaga kebersihan alam sekitar terutama sekitar pantai ke arah menjadikan Sandakan ‘Bandar Sifar Sampah’.

Rujukan : 300718/03
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – PSTL Sandakan.
Artikel : PK Muhammad Ridewan bin Zaidi
Jurufoto : LK KOM Siti Noorhadzlinah binti Junait

SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KD PERAK

Kuala Baram, 29 Jul – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD PERAK di antara Kdr Yusman Bin Darmawan TLDM yang akan bertukar keluar ke KD SULTAN IDRIS I Dan Kdr Ahmad Sani Bin Zakaria TLDM telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang bermula pada jam 8 pagi telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Bin Haji Ayob, Panglima Armada Timur. Majlis turut dihadiri wakil dari Syarikat Kontraktor Omahams dan Pihak Shin Yang Shipyard 2.

ZAK 5522
Upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas di antara
Kdr Yusman bin Darmawan TLDM
dan Kdr Ahmad Sani bin Zakaria TLDM sambil
disaksikan oleh YBhg Panglima Armada Timur

ZAK 5575
Upacara penyerahan Sijil Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah

Majlis yang telah diadakan di Limbungan Shin Yang Shipyard 2, Kuala Baram bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya sejurus selesai menyambut ketibaan Yang Berbahagia Panglima Armada Timur. Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah, pemakaian insignia pemerintahan dan seterusnya upacara penyerahan teropong sebagai simbolik pemerintahan kepada Pegawai Memerintah KD PERAK yang baru, Kdr Ahmad Sani Bin Zakaria TLDM. Pegawai Memerintah juga telah membacakan doa sempena majlis pada pagi tersebut.

ZAK 5969
Lawatan ke sekitar KD PERAK

ZAK 6246
Lawatan oleh Panglima Armada Timur ke
Blok Penginapan Shin Yang Shipyard

ZAK 6263
Sesi Admiral On Deck bersama Panglima Armada Timur

Selesai majlis di limbungan, Yang Berbahagia Panglima Armada Timur telah dibawa melawat bahagian bawah kapal yang kini sedang dalam proses pemasangan shaft dan seterusnya Yang Berbahagia Panglima Armada Timur bergerak ke blok penginapan Shin Yang Shipyard 2 untuk sesi Admiral On Deck. Ketika sesi Admiral On Deck, Yang Berbahagia Panglima Armada Timur telah mengingatkan kepada semua warga kapal supaya berpegang teguh kepada penerapan nilai-nilai murni TLDM Iaitu Kemuliaan, Kesetiaan, Keberanian dan Kebanggaan. Beliau juga berpesan supaya meningkatkan keberkesanan pengawasan maritim dan tidak boleh leka dengan keamanan yang sedang dikecapi. Yang Berbahagia Panglima Armada Timur turut menekankan tentang 4 keutamaan beliau iaitu meningkatkan keberkesanan operasi, memastikan kesiagaan armada berada di tahap tertinggi untuk mendokong Pelan Transformasi 15to5 di samping memantapkan kerohanian. Majlis diakhiri dengan acara Street Lining bagi mengiringi Mantan Pegawai Memerintah meninggalkan majlis.

Rujukan : 300718/01
Sumber : Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel : Lt Dya Faridah bunti Yusof TLDM
Jurufoto : LK I JTP Mohd Nazri bin Maziak

KD TODAK PERLUAS APLIKASI K3M KEPADA PENGUSAHA RESORT

SEMPORNA, 29 Julai 2018 – Aktiviti Inisiatif Bertanya Khabar (IBK) dan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM) serta Rakan Maritim (RAKAM) dan penerangan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) telah dilaksanakan oleh Tim Mendarat Kapal Diraja TODAK (KD TODAK) yang diketuai oleh Pegawai Peperangan Atas Air, Lt Dya Asrapit bin Ahmad Mohamed TLDM bersama 4 kru yang lain bertempat di Pulau Kapalai.

Gambar 1
Tim Mendarat bersama Pengusaha dan
Pekerja Resort di Pulau Kapalai

Gambar 2
Sesi penerangan Aplikasi K3M oleh Pegawai Peperangan Atas
Air KD TODAK bersama Penyelia Resort

Gambar 3
Perkongsian maklumat bersama
Pasukan Sahabat 7 RAMD

Pulau Kapalai adalah sebuah pulau yang terletak di sebelah pantai timur daerah Semporna yang terkenal dengan keindahan semula jadi ekosistem marin dan juga merupakan salah satu pulau di Sabah yang sering menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara. Pulau beriklim tropika ini memiliki terumbu karang yang mempesonakan dan mempunyai pelbagai hidupan laut yang menarik untuk diterokai. Ini menjadikan aktiviti menyelam atau scuba sebagai aktiviti utama pelancong di sini.

Gambar 4
Lawatan di Pos Pengawal oleh
Staf Komunikasi KD TODAK

Gambar 5
Perkongsian maklumat antara dua
pasukan di Pos Peninjau

Gambar 6
Interaksi pengendalian senjata
Tim Mendarat KD TODAK di Pos Peninjau

Pengusaha dan pekerja resort merupakan golongan sasaran untuk aktiviti RAKAM dan penerangan Aplikasi K3M pada kali ini. Sesi interaksi bersama warga Resort Kapalai telah dilaksanakan dan hasil maklum balas diterima, mereka sangat teruja dengan kelebihan aplikasi tersebut yang sedikit sebanyak dapat membantu usaha menjaga keselamatan perairan negara melalui pelaporan secara terus sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. Turut serta dalam aktiviti tersebut adalah pasukan sahabat dari Batalion ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) yang diketuai oleh Mejar Mohd Khairi bin Abdul Kadir.

Gambar 7
Perlawanan Futsal Persahabatan antara
KD TODAK dan 7 RAMD

Gambar 8
Gambar kenangan sebelum perlawanan dimulakan

Gambar 9
ADAT BERTANDANG…Cenderahati diberikan oleh
Tim Futsal KD TODAK kepada Tim Futsal 7 RAMD

Dikesempatan itu juga, jalinan ukhuwah antara kru KD TODAK dan warga 7 RAMD diadakan melalui perlawanan futsal persahabatan. Sejajar command intent #Keepfit bagi Todak People menentukan warga kapal sentiasa cergas dan sihat. Interaksi sebegini dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara TLDM dan juga Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (Mk ATB 2). Selesai interaksi, KD TODAK meneruskan rondaan di sektor kawasan operasi maritim yang diarahkan bagi menjaga kedaulatan dan kepentingan maritim negara.

Rujukan : 300718/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD TODAK.
Artikel : TODAK Skippers
Jurufoto : Lt Dya Aiman Haziq Mohamed TLDM

NAVY EXPOSURE SMK BATU SAPI DAPAT SAMBUTAN HANGAT

SANDAKAN, 27 Julai 2018 – Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dengan menyertai satu Karnival Pendidikan dan Kerjaya yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi, Sandakan. Pameran yang melibatkan lebih daripada 15 agensi awam serta swasta itu telah berlangsung bermula seawall jam 8.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Batu Sapi, Encik Esmadi Ismail.

Gambar 1
Pelajar lepasan SPM dan STPM tidak melepaskan
peluang bertanya mengenai peluang kerjaya TLDM

Pameran Navy Exposure yang telah dikoordinasikano leh PSTL Sandakan itu telah melancarkan lagi objektif pihak sekolah dalam memupuk dan menanamkan azam kepada murid-murid untuk berusaha gigih bagi mendapatkan keputusan cemerlang terutamanya kepada murid tingkatan 5 yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini. Pihak sekolah turut member peluang kepada pelajar lepasan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta ahli keluarga untuk hadir mendapatkan info lanjut peluang kerjaya yang disediakan.

Gambar 2
Para pelajar berpusu-pusu berkunjung
kepameran kerjaya TLDM

Para pengunjung dan pelajar yang hadir diberi pendedahan berkenaan peranan PSSTLDM dan keistimewaan menyertai pasukanan simpanan ini.Pengunjung yang ramai turut merasa teruja dan menunjukkan minat untuk menyertai PSSTLDM dengan pendaftaran yang direkodkan pada hari tersebut melebihi 50 orang. Data-data yang dikumpul disimpan sebagai rujukan dan akan dijadikan sebagai rekod untuk tujuan hebahan pengambilan di masa akan datang.

Gambar 3
Turut menjadi tumpuan para ibu dan bapa yang berminat
untuk mendaftarkan anak-anak mereka sebagai anggota TLDM

PSTL Sandakan juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai TLDM mendaftar secara atas talian dengan melayari laman sesawang www.mafhq.mil.my/jommasuktentera. Permohonan atas talian itu telah pun dibuka bermula 25 Julai sehingga 25 September 2018 ini. Semua data akan disimpan dan direkodkan ke dalam sistem sebagai rujukan bagi memudahkan proses pengambilan anggota baru.

Gambar 4
Gerai pameran kerjaya TLDM dan PSSTLDM
padat dengan pelbagai informasi semasa

Pameran ini merupakan usaha yang positif terutama untuk menanam minat dan memberi gambaran jelas tentang peranan pasukan keselamatan khasnya TLDM kepada masyarakat awam.Acara seperti ini perlu dilakukan dengan lebih kerap bagi mempromosikan TLDM dan jugaPSSTLDM sekaligus mendekatkan lagi hubungan antara TLDM dengan masyarakat setempat.

Rujukan : 290718/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 –PSTL Sandakan.
Artikel : PK Muhammad Ridewan bin Zaidi
Jurufoto : LK KOM Noorhadzlinah binti Junait

KD YU LAKSANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI PULAU MAIGA

SEMPORNA, 28 Julai 2018 – Kapal Diraja YU (KD YU) telah melaksanakan lawatan ke Pulau Maiga, Semporna bagi tujuan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM) di samping pelaksanaan Program Jiwa Murni bersama penduduk pulau tersebut. Kapal mengambil kesempatan melaksanakan program ini semasa dalam penugasan operasi. Pulau Maiga adalah sebuah pulau berkeluasan sekitar 20 hektar yang terletak di Taman Marin Tun Sakaran di antara Pulau Sibuan dan Pulau Selakan. Ia merupakan sebuah pulau dengan pantai berpasir, dipenuhi pokok kelapa dan dikelilingi oleh terumbu karang sepanjang 8 kilometer. Pulau ini terletak hanya 35 minit dari bandar Semporna, 25 minit dari Pulau Pom Pom dan 1 jam dari Pulau Boheydulang. Cara perhubungan utama dari pekan Semporna ke Pulau Maiga adalah dengan menggunakan bot laju.

Gambar 1
Warga kapal berganding bahu bersama penduduk kampung

Gambar 2
Melaksanakan IBM bersama Ketua Kampung,
AJK kampung dan Guru Agama Khas

Penduduk Pulau Maiga seramai 350 orang terdiri daripada pelbagai bangsa antaranya Bajau Laut, Bajau dan Suluk yang beragama Islam. Rumah-rumah dibina dari kayu dan terletak di atas air. Hanya terdapat 1 kemudahan di Pulau Maiga iaitu surau yang giat digunakan sebagai tempat pengajaran agama, bermesyuarat dan juga berkumpul sekiranya terdapat aktiviti penduduk. Aktiviti utama mereka adalah perusahaan rumpai laut ungu yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Aktiviti lain seperti pelancongan atau island-hopping turut dijalankan.

Gambar 3
Kerja-kerja pembersihan di kawasan persekitaran surau

Gambar 4
Warga kapal melaksanakan program dengan
ikhlas tanpa mengharapkan balasan

Program dimulakan dengan perjumpaan bersama Ketua Kampung Pulau Maiga iaitu Encik Amburani bin Burahim dan beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) kampung serta Guru Agama Khas dari Kampung Bangau-Bangau, Semporna. Aktiviti telah dimulai dengan perbincangan mengenai keselamatan dan perkembangan semasa di samping memberi peluang Navy People berinteraksi dengan penduduk setempat di Kawasan Operasi Maritim (KOM). Warga kapal seterusnya melaksanakan Program Jiwa Murni di Surau Pulau Maiga yang turut melibatkan penduduk kampung. Program yang dilaksanakan berkonsepkan Low Cost High Impact di mana warga kapal dan penduduk kampung bersama-sama berganding bahu serta tenaga bagi membersihkan kawasan persekitaran surau dan pantai.

Gambar 5
Sesi bertanya khabar bersama penduduk kampung

Gambar 6
Bergambar kenang-kenangan bersama
Ketua Kampung Pulau Maiga, guru agama serta anak-anak penduduk

Gambar 7
Keindahan Pulau Maiga yang amat mempesonakan
tanpa pencemaran alam sekitar

Hasil pertemuan bersama penduduk tempatan, mereka amat menghargai kehadiran TLDM ke kampung tersebut. Inisiatif sebegini wajar diteruskan bagi memastikan kehadiran TLDM di KOM dirasai (presence felt) dan sentiasa dekat di hati penduduk tempatan sekaligus meningkatkan keyakinan mereka terhadap keselamatan perairan negara. Program diakhiri dengan perlawanan bola tampar persahabatan di antara warga kapal dan penduduk kampung dan seterusnya kapal kembali meneruskan penugasan bagi menjaga kedaulatan dan kepentingan maritim negara khasnya di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZone.

Rujukan : 280718/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD YU
Artikel : Lt Wan Mohd Saiful Adli bin Wan Ahmad TLDM
Jurufoto : LK II PAP Muhamad Nazreen bin Khalid

PANGAKALAN TLDM KOTA KINABALU BERI SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI LIKAS

Kota Kinabalu, 27 Jul 2018 –Pangkalan TLDM Kota Kinabalu telah menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa kebakaran di Kampung Cenderamata, Likas pada hari ini. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Khalid bin Jaafar, kepada Encik Edmund Fung, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang bertanggungjawab menyelaraskan bantuan untuk mangsa kebakaran Kg Cenderamata, Likas.

1Laksamana Pertama Khalid bin jaafar melawat penempatan sementara mangsa kebakaran
Laksamana Pertama Khalid bin Jaafar memberi sumbangan
kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Encik Edmund Fung

2Laksamana Pertama Khalid bin jaafar melawat penempatan sementara mangsa kebakaran2
Laksamana Pertama Khalid bin jaafar melawat
penempatan sementara mangsa kebakaran

Laksamana Pertama Khalid bin memberi sumbangan kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Encik Edmund Fung

Penyerahan dibuat di Dewan Serbaguna Kg Likas. Turut hadir ialah Komander Pangkalan TLDM Kota Kinabalu iaitu Komander Clarence ak Ruman TLDM, selaku pegawai yang mengkoordinasikan sumbangan dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Laksamana Pertama Khalid bin Jaafar juga mengambil kesempatan melawat penempatan sementara mangsa di Dewan Serbaguna.

Rujukan : 270718/04
Sumber : Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel : Komunikasi Strategik Armada Timur
Jurufoto : Komunikasi Strategik Armada Timur

HARI INOVASI TLDM 2018

KUALA LUMPUR, 27 Jul - Kreativiti dan inovasi warga Navy People diraikan melalui sambutan Hari Inovasi TLDM bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan . Majlis dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman. Matlamat utama majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada Navy People yang telah menyumbang usaha dalam merealisasikan transformasi TLDM ke arah kecemerlangan melalui penghasilan inovasi bagi meningkatkan mutu dan produktiviti kerja dalam perkhidmatan TLDM.

Gambar 1 27 Jul
Hari Inovasi TLDM meraikan budaya inovasi
dan kreativiti warga Navy People

Tema 'Transformasi Pemacu Kecemerlangan' dipilih selaras dengan Program Tarnsformasi 15 ke 5 TLDM yang sedang giat dilaksanakan. Program Transformasi yang mengandungi 3 teras iaitu Teras Sumber Manusia, Teras Armada serta Teras Pengurusan dan Struktur Organisasi adalah satu pendekatan yang holistik dan terancang. Ia bakal menjadikan TLDM sebuah institusi lebih kredibel, versatil dan diyakini rakyat dalam mempertahankan kepentingan serta kedaulatan perairan negara. Sejumlah empat kategori telah dipertandingkan bagi dua Kumpulan Inovatif & Kreatif iaitu Kumpulan Primer dan Kumpulan Hibrid dalam Anugerah Inovasi Tentera Laut bagi tahun 2018. Secara keseluruhannya, sebanyak 37 penyertaan telah disenarai pendek untuk dipertandingkan di mana pemenang bakal dipilih untuk mewakili TLDM ke peringkat Kementerian Pertahanan dan Kebangsaan.

Gambar 2 27 Jul
Pengiktirafan EKSA oleh MAMPU kepada Markas Selam dan
Peperangan Periuk Api satu kebanggaan kepada TLDM

Gambar 3 27 Jul
Penganugerahan Provisional Certificate LCCF kepada Pangkalan TLDM Lumut
memperkasakan komitmen untuk mengurangkan
pembebasan karbon atau Gas Rumah Hijau

Dalam pada itu, TLDM turut menerima pengiktirafan Provisional Certificate Low Carbon City Framework daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim di mana Pangkalan TLDM Lumut telah terpilih. Penganugerahan sijil ini merupakan komitmen Pangkalan TLDM Lumut dalam melaksanakan usaha pengurangkan pembebasan karbon atau Gas Rumah Hijau yang menjejaskan alam sekitar dan TLDM merupakan perkhidmatan pertama dipilih dibawah Angkatan Tentera Malaysia. Di dalam majlis yang sama, penyampaian sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada Markas Selam dan Peperangan Periuk Api oleh MAMPU dan pengiktirafan kepada Pusat Hidrografi Negara kerana menerima Anugerah Geospatial Kebangsaan 2018 dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar turut dilaksanakan. Amat membanggakan kerana TLDM menjadi agensi Kerajaan pertama di peringkat ATM yang menerima pengiktirafan EKSA oleh MAMPU.

Pautan media sosial:
Twitter : https://twitter.com/tldm_rasmi/status/1022662983422377984?s=19

Rujukan : 270718/03
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Jurufoto : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

ITT 1/18 BERJAYA DILAKSANAKAN DI MAWILLA 2

SANDAKAN, 27Julai 2018 – LatihanTim Bersepadu atau Integrated Team Training 2018 (ITT 1/18) yang dikoordinasikan oleh Pusat Taktik Maritim (PUSTAKMAR) dari 24 hingga 27 Julai 2018 hari ini telah melabuhkan tirainya dengan taklimat akhir oleh para peserta eksesais. Taklimat melibatkan pembentangan dari semua Bahagian Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) dan unit-unit bawah naungan yang merangkumi perkara pentadbiran, perisikan, operasi, logistic dan teknikal untuk menghasilkan Arahan Operasi atau Naval Operation Order (Naval OPO) yang lengkap menggunakan Proses Perancangan Taktikal TLDM atau Naval Tactical Planning Process (NTPP) bagi tujuan operasi masa hadapan.

Gambar 1
Pegawai Staf Operasi MAWILLA 2, Lt Mohd Hafiz Ahmad TLDM
membentangkan pelan tindakan operasi aset-aset TLDM di ESS Zone

Gambar 2
Peserta yang hadir terdiri daripada pegawai dan
anggota MAWILLA 2 serta unit-unit bawah naungan

Taklimat akhir ITT 1/18 itu telah dinilai sendiri oleh Pegawai Memerintah PUSTAKMAR, Komander R.Harisundar TLDM dan juga pegawai-pegawai staf eksesais dari PUSTAKMAR. Beliau turut memuji komitmen yang diberikan oleh para peserta walaupun dalam kesibukan kerja harian tetap dapat menjayakan latihan yang julung kalinya diadakan di Pangkalan TLDM Sandakan ini. Pelaksanaan ITT 1/18 ini dilihat dapat menilai kebolehan, kecekapan dan kelancaran fungsi setiap Bahagian di MAWILLA 2 dan unit-unit di bawah naungan untuk bertindak menangani krisis pada masa hadapan. Ianya juga Berjaya menguji keberkesanan struktur pemerintahan dan kawalan di MAWILLA 2.

Gambar 3
Pegawai Staf  Material MAWILLA 2,Lt Dya Shahaizat TLDM
memberi taklimat mengenai keperluan logistik ketika pelaksanaan operasi

Gambar 4
Penilaian latihan dilaksanakan oleh
Pegawai Memerintah PUSTAKMAR

Gambar 5
Pegawai Memerintah PUSTAKMAR memberikan pandangan
dan penilaian terhadap keberkesanan latihan yang dijalankan

Latihan sebegini merupakan inisiatif yang amat baik dan diharap dapat dilaksanakan lagi dengan lebih kerap bagi memantapkan ilmu operasi dan peperangan warga TLDM khasnya Navy People Sandakan memandangkan MAWILLA 2 merupakan Markas Operasi Hadapan TLDM yang sering terlibat dalam pelbagai misi dan operasi terutamanya melibatkan pengawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZone.

Rujukan : 270718/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM
Jurufoto : Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM

ZIARAH KASIH PASKAL & KKM MANFAATKAN WARGA PULAU DANAWAN

SEMPORNA, 27 Julai 18 - Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) KD SRI SEMPORNA – Unit 2 PASKAL (KDSM) telah menganjurkan Program Ziarah Kasih yang bertempat di Pulau Danawan, Perairan Semporna.

Gambar 1
Klinik Kesihatan & Pergigian Daerah Semporna,
KKM memberikan vaksin, berus gigi dan ubat gigi
percuma kepada pelajar SK Pulau Danawan

Gambar 2
Jururawat Pergigian memberi tunjuk ajar cara
memberus gigi yang betul kepada murid-murid SK Pulau Danawan

Gambar 3
Pegawai Pergigian KDSM, turut mengambil peluang untuk
melaksanakan rawatan pergigian kepada penduduk Pulau Danawan

Program Ziarah Kasih ini dilihat sebagai satu Program Jiwa Murni yang lain daripada yang lain apabila ia turut melibatkan Klinik Kesihatan dan Pergigian Daerah Semporna dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Warga Pulau Danawan tidak melepaskan peluang untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan pergigian yang diberikan secara percuma. Selain daripada itu, pelajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Danawan turut diberikan vaksin serta ubat gigi dan berus gigi percuma dari KKM.

Gambar 4
Kerjasama rapat antara KKM dan TLDM khususnya memberikan
impak positif kepada penduduk Pulau-Pulau di Perairan Semporna

Gambar 5
Anggota dari KDSM turut mengambil peluang untuk berhubung
dengan masyarakat di sekitar di Pulau Danawan dalam menunjukkan
kehadiran Navy People dan ATM secara amnya, serta mempromosikan applikasi K3M

Gambar 6
Navy People Semporna dan warga KKM bergambar
kenang-kenangan di atas bot tempur PASKAL

Pegawai Memerintah, Komander Noor Azley bin Othman TLDM berkata, “Program sebegini yang melibatkan antara 2 agensi ini bukan sahaja dapat merapatkan dan menguntungkan kedua belah pihak malah penduduk tempatan turut mendapat manfaat hasil dari kerjasama ini”. Selain daripada itu, sebahagian daripada anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dari KDSM turut mengambil inisiatif untuk bertanya khabar (IBK) dan berinteraksi dengan penduduk-penduduk pulau dan sempat untuk melaksanakan program Rakan Maritim (RAKAM) dan promosikan Applikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M).

Rujukan : 270718/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD SRI SEMPORNA
Artikel : Kapt (Dr) MohdAfiq bin Hishamuddin
Jurufoto : Kapt (Dr) MohdAfiq bin Hishamuddin

KESERONOKAN ANAK-ANAK SK JAYA BARU MENAIKI BOT TEMPUR TLDM

SANDAKAN, 26 Julai 2018 – Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah menerima lawatan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jaya Baru yang terletak di Daerah Kinabatangan, Bahagian Sandakan. Kehadiran seramai 122 orang pelajar termasuk ibu bapa serta guru pengiring telah menambahkan lagi semangat dan keceriaan warga Navy People yang terlibat.

Gambar 1
TABIK…Gaya salah seorang pelajar prasekolah SK Jaya Baru

Gambar 2
N1 memberi kata-kata aluan dan penerangan mengenai MAWILLA 2

Gambar 3
TERUJA…Merasai pengalaman memasuki
kebuk mampatan Pusat Selam MAWILLA 2

Lawatan telah dikoordinasikan oleh Ketua Bahagian Sekreteriat (N1), Lt Kdr Ishak Md Rasan TLDM dan dibantu oleh Pegawai Staf Sekretariat, Lt Dya Elizabeth Ann Anak James PSSTLDM. Lawatan yang tiba di MAWILLA 2 pada jam 9.00 pagi itu dimulai dengan penerangan mengenai sejarah, pembangunan dan perkembangan MAWILLA 2 serta aset-aset di bawah naungannya.

Gambar 4
Pelajar mengambil peluang bergambar
bersama perwira negara

Gambar 5
Seronok melihat wajah anak-anak
prasekolah ketika lawatan ke kapal

Seterusnya para pelajar, ibu bapa dan guru dibawa melawat ke sekitar Pangkalan TLDM Sandakan khasnya di kebuk mampatan selam atau diving chamber Pasukan Selam MAWILLA 2. Mereka turut dibawa melawat ke Kapal Diraja (KD) SRI JOHOR dan KD SRI PERLIS yang berada di Tambatan Pangkalan Sandakan. Para pelawat begitu teruja apabila diberi peluang untuk menaiki Bot Tempur CB 90 dan juga SILVERBREEZE.

Gambar 6
Teruja menaiki Bot Tempur SILVERBREEZE

Gambar 7
Tidak melepaskan peluang mencuba
Boat Ride bersama Bot Tempur CB 90

Gambar 8
Para pelawat bergambar kenang-kenangan
di hadapan KD SRI JOHOR dan KD SRI PERLIS

Kesemua pelawat terutamanya para pelajar kelihatan begitu gembira dan seronok dengan lawatan ini memandangkan rata-rata mereka baru pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kapal dan aset TLDM. Semoga ada antara mereka yang berminat untuk menyarungkan seragam TLDM pada masa hadapan.

"MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA"

Rujukan : 260617/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
Jurufoto : LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi Hamdan

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 358

Semalam 879

Bulan ini 19822

Keseluruhan 1250251

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM