Print this page
Jul 10

PWM MARKAS LOGISTIK BARAT

Written by 

PWM LOG BARAT KECIL

PW I TNL AHMAD MUSLI BIN BEDIN

PJK PPS PPA

Merupakan anak kelahiran Kampung Padang Biak Arau, Perlis Indera Kayangan. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 24 Febuari 98 (Intake 180/98) dan diserapkan ke Cawangan Bekalan dalam Kepakaran Teknisyen Stor AM (TNS(S)). Telah mendirikan rumahtangga bersama Siti Hajar binti Hj Hussin @ Yusof pada 16 Dis 04 dan mempunyai 4 orang cahaya mata 1 Perempuan dan 3 Lelaki. Telah Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah Arau. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad, Arau Perlis dan Sekolah Menengah Vokasional Arau, Perlis sehingga tamat tingkatan lima pada tahun 1996.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau pernah diperjawatkan di beberapa buah Kapal / pangkalan seperti KD MAHAWANGSA, KD JEBAT, Depot Bantuan TLDM, Markas Wilayah Laut 1, KD Pelandok dan Depot Bekalan Armada Barat. Bermula Masuk Kekuatan Anggota pada 26 Mei 13 sehingga 26 Ogos 19 dan kini di perjawat sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) Logistik Barat pada 10 Feb 20.

Sepanjang kerjaya di dalam TLDM beliau telah dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan cemerlang. Berpengetahuan luas dalam bidang Bekalan membolehkan beliau menguasai bidang tugasnya serta mampu melatih dan menjadi Ketua Jurulatih Kanan semasa di Fakulti Bekalan Dan Pengurusan KD PELANDOK dan beliau membimbing anggota bawahannya mahir dalam kepakarannya. Sepanjang Perkhidmatan, beliau juga telah menghadiri beberapa kursus dan seminar di antaranya Sistem Latihan (Teknik Mengajar, Analisis dan Reka Bentuk, Kawalan Mutu), Pengurusan Kualiti (ISO 9001:2008, OHSAS), Ketua Audit Dalaman Sistem Latihan, Kursus E-Learning, Jurulatih PKBM(L) Zon Perak dan menjuarai kesemua Kategori yang dipertandingkan serta Johan Keseluruhan peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu pada 2015, Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Logistik Tahap 1, 2 dan 3 serta mentor pada jurulatih-jurulatih TNL bagi Pengurusan Diploma UPNM Teknisyen Logistik TNL.

Seorang yang aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Perkhidmatan, beliau mempunyai sikap terbuka dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan dengan menghadiri majlis-majlis dianjurkan oleh Masjid dan blok penginapan dan memegang Jawatan Ketua Apartmen pada tahun 2019. Beliau telah dilantik oleh Dato’ Pengerusi Masjid An-Nur sebagai Ahli Jawatankuasa Masjid bagi sesi 2018, 2019 dan 2020.

Sumbangan dan jasa bakti terhadap perkhidmatan amat berkualiti dan membanggakan. Beliau seorang yang suka mengambil berat hal-hal kebajikan dan ketelitian tugas anggota-anggota di bawah naungannya sesuai kewibawaan beliau sebagai Pegawai Waran Markas dan anggota terkanan kepakaran Bekalan Cawangan ini. Kesungguhan, dedikasi, prestasi yang ditunjukkan bukan sahaja timbul dari kewajipan terhadap tugas, malah kesanggupan berkorban tenaga dan masa dengan mengenepikan kepentingan peribadi demi perkhidmatan dan mempunyai sifat-sifat ingin berbakti kepada Nusa, Bangsa dan Negara. Beliau juga telah dianugerahkan beberapa Sijil perkhidmatan Cemerlang, diantaranya Sijil AKC pada tahun 2007, 2010, 2011 dan 2019.

Kewibawaan serta khidmat bakti dan perkhidmatan cemerlang yang dipamerkan bukan sahaja kerana tugas tetapi juga atas sifat taat setia terhadap perkhidmatan dan sikap semula jadi yang tidak pernah mementingkan diri sendiri. Sebagai mengenang jasa bakti dan sedia berkorban kepada Negara serta khidmat cemerlang yang telah dicurahkan kepada TLDM amnya dan ATM khasnya Dan di Anugerah kan Pingat Jasa Kebaktian PJK Negeri Perlis Indera Kayangan di Istana Negeri Arau.

Pada 10 Feb 20, beliau telah dilantik buat julung kalinya dari kepakaran Bekalan menjadi PEGAWAI WARAN MARKAS Logistik Barat yang disempurna majlis pemakaian Insignia PWM oleh YBhg Panglima Logistik Barat Laksamana Pertama Rozaide bin Megat Othman sebagai pengiktirafan di dalam perkhidmatan. Sepanjang perkhidmatan, beliau menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai nilai-nilai peribadi yang tulus ikhlas serta bersikap adil dalam menjalankan tugas. Beliau juga aktif dalam bidang sukan bola sepak dan sepak takraw peringkat Markas.

Rate this item
(0 votes)
Read 1267 times Last modified on Isnin, 29 Mac 2021 16:23
azizan88

Latest from azizan88