PIAGAM PELANGGAN

Logo ATM - TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertanggungjawab melindungi kedaulatan dan kepentingan maritim negara penyediaan angkatan laut yang seimbang dan kredibel. TLDM turut komited untuk melaksanakan semua operasi dan eksesais dengan cemerlang serta menjalinkan jaringan pertahanan dua hala dan pelbagai hala yang erat.

Maka dengan ini, TLDM berjanji akan:


1. Menyediakan angkatan laut yang berkeupayaan dan berada pada tahap Kesiagaan berkesiagaan tinggi, serta sentiasa bersedia untuk melaksanakan sebarang misi demi kedaulatan negara. (Melebihi 60%)

2. Menambah baik aset dan infrastruktur secara berterusan untuk mengekalkan kesiagaan yang tinggi serta meningkatkan kesejahteraan warga. (Melebihi 60%)

3. Memperkukuhkan jaringan hubungan yang baik antara TLDM dengan pelbagai organisasi bagi meningkatkan kerjasama pertahanan yang lebih erat. (Melebihi 60%)

4. Meningkatkan kemampanan bantuan logistik bagi menyokong kesiagaan dan pelaksanaan operasi. (Melebihi 60%)

5. Menggunakan sumber kewangan secara berhemah dan optimum untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang terbaik. (Melebihi 60%)

6. Menambah baik pengurusan sumber manusia untuk melahirkan warga yang bertaraf dunia. (Melebihi 60%)

7. Menambah baik sistem latihan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM untuk melahirkan anggota simpanan yang berkeupayaan mengaugmentasi anggota tetap. (Melebihi 60%)

8. Mengemas kini polisi, doktrin dan rancangan sokongan agar sentiasa relevan dengan perubahan dan keperluan semasa. (Melebihi 60%)

9. Menambah baik persekitaran tempat kerja dan kualiti hidup demi mencapai tahap motivasi warga yang tinggi. (Melebihi 60%)

10. Memperkasakan tadbir urus yang berintegriti, mantap, cekap dan telus bagi mencapai kecemerlangan organisasi dengan memberikan maklumbalas status aduan yang diambil tindakan sama ada telah selesai atau memerlukan siasatan lanjut dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan. . (Melebihi 60%)

11. Memperkasakan budaya kreativiti dan inovasi untuk menjana warga yang cemerlang dan organisasi terbilang. (Melebihi 60%)

piagampelanggan2 1
"Piagam Pelanggan TLDM adalah satu komitmen bertulis warga TLDM terhadap penyampaian bertulis warga TLDM terhadap penyampaian perkhidmatannya kepada pelanggan melalui pendekatannya yang terbuka, jelas dan telus. Ia juga merupakan satu jaminan untuk menyampaikan perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Dari sudut pelanggan pula ia memberi jaminan terhadap tahap kaualiti perkhidmatan yang dijanjikan."

Read 37232 times

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM