Soalan Lazim

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMOHON PSSTLDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Markas Tentera Laut
Cawangan Simpanan Sumber Manusia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
Telefon: 03 – 20714799
Emel: pengambilanpsstldm@navy.mil.my

APAKAH SYARAT-SYARAT UNTUK MENYERTAI PSSTLDM

Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai pegawai atau anggota biasa (LLP) mesti memenuhi syarat asas seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
  • Sihat Tubuh Badan
  • BMI antara 20 hingga 26.9
  • Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda bagi pegawai dan Sijil Pelajaran Malaysia bagi anggota biasa.
  • Penerimaan masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah)
  • Lulus temuduga yang dikendalikan oleh Markas Tentera Laut.

APAKAH LATIHAN YANG PERLU DILALUI OLEH ANGGOTA PSSTLDM

Setiap anggota PSSTLDM perlu menjalani latihan Rekrut iaitu Latihan Perajurit Muda selama 14 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Laskar Muda.

  • Latihan Tempatan. Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota PSSTLDM. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu. Tempoh latihan ialah antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 360 jam setahun.
  • Latihan Berterusan. Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam.
  • Latihan Tahunan. Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.

APAKAH FAEDAH MENYERTAI PSSTLDM

KEMUDAHAN DAN FAEDAH

  • Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.
  • Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.
  • Mempelajari kepakaran baru dalam PSSTLDM.
  • Menambah keupayaan `Soft skills’ dengan percuma.
  • Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
  • Berpeluang melawat pasukan PSSTLDM di serata negara.
  • Layak menyertai insuran berkelompok ATM.
  • Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
  • Boleh dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam TLDM bagi mereka yang layak.
  • Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
  • Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.
  • Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.
  • Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).
  • Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma di mana-mana hospital kerajaan jika kemalangan berlaku semasa bertugas.

ELAUN SEMASA LATHAN

  • Elaun Latihan Tempatan – Dibayar mengikut jam latihan.
  • Elaun Latihan Berterusan – Dibayar apabila menghadiri latihan berterusan mengikut kadar gaji pangkat semasa dan mengikut jumlah hari yang hadir.
  • Elaun Tahunan (Bounti) – Dibayar kepada anggota yang layak berdasarkan tahap keaktifan latihan dalam satu tahun.

APAKAH KELAYAKAN UNTUK MENYERTAI PASUKAN SIMPANAN TLDM (PSSTLDM)

KELAYAKAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai pegawai atau anggota biasa(LLP) mesti memenuhi syarat asas seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
  • Sihat Tubuh Badan
  • BMI antara 20 hingga 26.9
  • Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda bagi pegawai dan Sijil Pelajaran Malaysia bagi anggota biasa. Penerimaan masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dikendalikan oleh Markas Tentera Laut.

APAKAH KEISTIMEWAAN SEBAGAI SEORANG ANGGOTA TLDM

• Peluang mengikuti pengajian di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.
• Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
• Kemudahan pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer.
• Bayaran Insentif Sabah dan Sarawak bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
• Bayaran Insentif Semenanjung Malaysia (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
• Pakaian seragam percuma.
• Sajian dan penginapan percuma.
• Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMOHON LASKAR MUDA TLDM

Calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara online di laman sesawang www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA. Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Markas Tentera Laut

Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 6925
Emel: pengambilantldm@navy.mil.my

APAKAH SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI LASKAR MUDA TLDM

KELAYAKAN AKADEMIK


a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

LAIN-LAIN KELAYAKAN

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah.

b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

c. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) 18 – 23 (Wanita).

Cara pengiraan:

BMI :            Berat (kg)
          _________________
          Tinggi (m) / Tinggi (m)

d. Ukuran dada biasa 76 sm dan kembang 81 sm (lelaki sahaja).

e. Penglihatan hendaklah terang dan jelas(6/6) tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.

f. Pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi, pemeriksaan fizikal dan ujian fizikal. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

APAKAH SYARAT-SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI KADET UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

Syarat Akdemik. Lulus Peperiksaan percubaan SPM dengan gred seperti berikut:

1) Gred A dalam ketiga-tiga subjek dibawah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik

2) Gred A dalam mana-mana dua subjek dibawah:

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Akaun
  • Perdagangan
  • Geografi
  • Sejarah
  • Ekonomi Asas
  • Teknologi Maklumat
  • Pengajian Keusahawanan
  • English in Science and Technology
  • Reka Cipta
  • Mata Pelajaran Teknikal (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Syarat Kesihatan Fizikal. Sihat tubuh badan serta tidak cacat anggota. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna. Fizikal tubuh badan menepati kriteria berikut:

  1.  Lelaki
    • Tinggi minimum : 1.62m (5 kaki 3 inci)
    • Berat minimum : 47.5kg (104.7 paun)
    • Body Mass Index (BMI) : 18.0 hingga 23.0
    • Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) :76sm

      2.  Perempuan

    • Tinggi minimum : 1.57m (5 kaki 1 inci)
    • Berat minimum : 45.0kg (99.2 paun)
    • Body Mass Index (BMI) : 18.0 hingga 23.0

Syarat Kewarganegaraan. Calon mestilah warganegara Malaysia.

Umur. Calon mestilah berumur 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun. Calon - calon yang berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 18 tahun juga perlu mendapat kebenaran dan kelulusan ibu bapa atau penjaga.

BAGAIMANAKAH CARA PERMOHONAN SKIM PEGAWAI TLDM

Calon boleh membuat permohonan dengan menulis surat dan mengepilkan salinan sijil kelulusan akademik dan sampul surat berukuran 22 sm x 11 sm beralamat sendiri dan setem 50 sen ke alamat berikut:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
(Untuk Perhatian: Sel C)
Karung Berkunci No:11006
50990 KUALA LUMPUR

Atau sila hubungi:

Telefon: 03-2071 4524 / 2391 / 2387
Faks: 03-2698 5340 / 6235
Talian Bebas Tol: 1 800 88 7588
Email: ctk.mtk.mod.gov.my

Atau datang sendiri:

Kaunter Cawangan Tenaga Kerja
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Markas ATM
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

(Pemohon perlu hadir dengan membawa dokumen-dokumen yang berkaitan)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM