ASISTEN KETUA STAF PERANCANGAN PEMBANGUNAN

AKS PP Terbaru Resize

LAKSAMANA MUDA MOHAMAD AZUWAN BIN HARUN

PAT PMP KAT KMN PJM PPS PPA MNSA (Philippines)Adv Dip DSS (NDU China) nsc

Laksamana Muda Mohamad Azuwan bin Harun dilahirkan pada 18 Mac 1966 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1984. Sepanjang tempoh perkhidmatan, Laksda Azuwan telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai perjawatan di kapal mahupun di pangkalan. Antara perjawatan yang pernah disandang adalah Pegawai Memerintah KD LEKIU dan KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, Pegawai Peperangan Utama KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, Pegawai Persenjataan KD HANDALAN dan Pegawai Navigasi KD GANYANG. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa pangkalan antaranya adalah sebagai Panglima Wilayah Laut 3, Juruarah Kanan Maktab Ketahanan Nasional (MKN) PUSPAHANAS, Ketua Staf Markas Wilayah Laut 1, Ketua Pengarah Pasukan Projek TLDM, Pegawai Memerintah Pusat Taktikal Maritim TLDM (PUSTAKMAR), Asisten Ketua Staf Operasi Markas Armada TLDM dan kini sebagai Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Laut.

Laksda Azuwan telah mengikuti pelbagai kursus kerjaya dan pengajian akademik di luar negara sepanjang kariernya. Di awal perkhidmatan, beliau telah menjalani latihan asas sebagai Pegawai Kadet Kanan di Royal Australian Naval College (RANC) HMAS CRESWELL pada tahun 1986. Beliau seterusnya mengikuti Kursus Kepakaran Navigasi di HMAS WATSON, Australia pada tahun 1993 dan Kursus Pegawai Peperangan Utama (PWO) di HMS DRYAD, United Kingdom pada tahun 1996. Beliau telah menamatkan pengajian dari US Naval Staff College, Rhode Island (NSC) pada tahun 2003. Beliau seterusnya telah melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah dan memperolehi Ijazah Sarjana dalam jurusan Pentadbiran Keselamatan Nasional dari National Defense College of the Philippines (NDCP) pada tahun 2009. Beliau juga telah menamatkan Kursus Pengajian Strategik Pertahanan (DSSC) di National Defence University (NDU) China pada tahun 2018.

Laksda Azuwan telah berkahwin dengan Puan Farahdiba binti Masbah dan dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Read 8798 times Last modified on Selasa, 13 Julai 2021 01:55

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 370

Semalam 879

Bulan ini 19834

Keseluruhan 1250263

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM