WISMA SAMUDERA

wisma samudera logo WISMA SAMUDERA atau dahulunya lebih dikenali sebagai WISMA MALAYA merupakan mes penginapan bagi pegawai-pegawai TLDM khasnya dan pegawai ATM amnya. Sejarah penubuhan WISMA SAMUDERA pada asalnya dapat dilihat sewaktu pemerintahan Panglima Tentera Laut Pertama iaitu Laksamana Muda Tan Sri K. Thanabalasingam yang merancang untuk memindahkan Pangkalan TLDM Woodlands, Singapura ke Lumut. Usaha beliau menjadi realiti dan rancangan ini mula direalisasikan pada tahun 1979.

WISMA MALAYA beroperasi di Pangkalan TLDM Lumut dengan menggunakan bangunan WISMA SURIA di Fakulti Pegawai, KD PELANDOK sejak dari tahun 1980 sehingga 1995 dan telah ditukarkan nama kepada WISMA SAMUDERA. Sesuai dengan peredaran masa dan perubahan pucuk pimpinan TLDM, WISMA SAMUDERA telah dinaik taraf dan dipindahkan ke atas bukit ditengah-tengah Pangkalan TLDM Lumut sebagai lambang kemegahan dan kepimpinan pegawai-pegawai TLDM yang ditauliahkan.

Pada asal penubuhan, WISMA SAMUDERA diletak dibawah pentadbiran KD MALAYA yang dikenali sebagai sel Wisma Pegawai/Rumah VIP. Pada 11 Ogos 94, Jawatankuasa Petugas Organisasi dan Perjawatan (JKPPOP) dalam mesyuarat ke-50 meluluskan 158 perjawatan bagi WISMA SAMUDERA. Pada 20 Apr 85 surat perintah penubuhan perjawatan WISMA SAMUDERA telah dikeluarkan dan pada 19 Jul 95, satu kawat telah dikeluarkan oleh pihak tertinggi TLDM meluluskan penubuhan WISMA SAMUDERA.

Dengan pengeluaran waran perjawatan baru ini, organisasi Mes Pusat Pegawai TLDM dan WISMA SAMUDERA dikeluarkan dari pentadbiran KD MALAYA dan organisasi WISMA SAMUDERA baru telah diwujudkan dan diletakkan di bawah pemerintahan Panglima Material Armada yang kini dibawah MARKAS BANTUAN TLDM. Bangunan WISMA SAMUDERA mula beroperasi pada 1 Jul 95.
wisma samudra img1

WISMA SAMUDERA telah ditubuhkan sebagai unit mulai 1 Dis 94 dan telah dirasmikan pada 30 Jul 95 oleh Laksamana Madya Tan Sri Mohd Shariff bin Ishak. Secara khususnya ia merupakan tempat kediaman untuk pegawai TLDM seperti pegawai bujang, berkursus dan bertugas sementara.

WISMA SAMUDERA TLDM terdiri daripada empat blok kediaman iaitu Blok Cape Rachardo, Tanjung Po dan Muka Haed yang disediakan untuk pegawai muda serta One Fanthom Bank yang dikhaskan untuk VIP dan pegawai kanan. Kesemua blok mampu menempatkan sehingga 254 penghuni pada satu masa serta menyediakan pelbagai kemudahan untuk para penghuni tetap seperti kemudahan sukan dan rekreasi, indoor games, bar dan karaoke serta kemudahan meletak kenderaan.
wisma samudra img2

Wisma Samudera TLDM bertanggungjawab kepada Panglima Bantuan untuk segala urusan berkaitan keperluan hospitaliti dan katering bagi Pegawai TLDM serta Pegawai ATM dan awam. Wisma Samudera TLDM dipertanggungjawabkan untuk mengatur segala keperluan untuk majlis keraian raja-raja dan pembesar negara yang mengadakan lawatan ke Pangkalan TLDM Lumut.

Read 4938 times

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 351

Semalam 385

Bulan ini 7888

Keseluruhan 310408

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM