PORTAL RASMI MARKAS WILAYAH LAUT 1

Switch to desktop Register Login

SINGGAH SAHUR KD PAHANG BERSAMA MENTERI BESAR PAHANG

Rate this item
(0 votes)
Ybhg Datuk Seri Adnan Yaacob bersama Panglima Wilayah Laut 1 dan juga PM KD PAHANG. Ybhg Datuk Seri Adnan Yaacob bersama Panglima Wilayah Laut 1 dan juga PM KD PAHANG.

Kauntan - 16 Ogos 12, MAWILLA 1 telah menganjurkan majlis Singgah Sahur yang telah diadakan di KD PAHANG. Majlis yang sederhana pada pagi ini bermula dengan ketibaan YBhg Panglima Wilayah Laut 1 seterusnya ketibaan tetamu kehormat bagi majlis ini adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob. Ketibaan beliau telah disambut baik oleh warga TLDM yang bertugas pada pagi tersebut.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani dan juga Pegawai-pegawai

 Memerintah di setiap unit di MAWILLA 1.

Sebelum bermulanya majlis bersahur beramai-ramai, YBhg Menteri Besar Pahang telah dijemput untuk memberikan ucapan. Antara ucapan menarik beliau adalah “Kita bersyukur dengan keamanan dinikmati sekarang. Jika dibandingkan dengan negara bergolak seperti Syria, rakyat di sana bukan tunggu makan tetapi takut terkena tembakan atau bom”. “Berbanding negara ini, kita tidak perlu bimbang dan boleh melakukan apa sahaja kerana pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga tanpa mengira masa”, jelas menunjukkan Ybhg Datuk Seri Adnan sangat menghargai segala pengorbanan yang telah disumbangkan oleh semua pasukan keselamatan dalam negara.Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian saguhati kepada warga TLDM daripada Menteri Besar Pahang dan juga penyampaian saguhati daripada Panglima Wilayah Laut 1 dan juga Pegawai Memerintah KD PAHANG kepada Menteri Besar Pahang.

Majlis diteruskan lagi dengan hidangan juadah bersahur, YBhg Menteri Besar tidak segan silu untuk bangun dan memberi lauk-lauk yang dihidangkan pada pagi tersebut kepada warga TLDM di Tanjung Gelang. Majlis disudahi dengan sesi fotografi antara warga TLDM bersama Ybhg Datuk Seri Adnan Yaacob. 

 

Last modified on Sunday, 19 August 2012 11:19
Login to post comments

Hak Cipta Terpelihara 2012 © Bahagian Teknologi Maklumat dengan kerjasama Sel Perhubungan Raya, Markas Wilayah Laut 1

Top Desktop version

Hubungi Kami
Hubungi Kami