Thursday 28 May 2015

Panglima Tentera Laut

31 Jul 2012

LAKSAMANA TAN SRI DATO’ SRI ABDUL AZIZ BIN HAJI JAAFAR
PGAT PSM PJN SSAP SPKK SPTS SPDK DCSM SMW PSAT DPMS DMSM PAT JSM KAT KMN AMN BCM PJM PPS PPA MA Adv Dip Mgt Sc ncc psc
1 APRIL 2008 – SEHINGGA SEKARANG
PANGLIMA TENTERA LAUT KELIMA BELAS

Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Haji Jaafar telah mengambil alih tugas sebagai Panglima Tentera Laut mulai 1 Apr 08. Beliau dilahirkan di Sungai Udang, Melaka pada 7 Mei 1956. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, pendidikan menengah di Sekolah Menengah Masjid Tanah, Melaka dan Maktab Tentera Diraja, Sg Besi, Kuala Lumpur. Beliau telah memasuki perkhidmatan TLDM pada 21 Disember 1974 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1 Mei 1977.

Sepanjang perkhidmatannya, Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz telah memegang beberapa jawatan di Armada mahupun di pangkalan. Pada 2001 beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Markas Armada dan seterusnya sebagai Panglima Wilayah Laut 2 di Labuan pada Julai 2002. Pada Julai 2005, beliau telah memegang jawatan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia di Markas Tentera Laut sebelum dilantik sebagai Panglima Armada pada 27 Januari 2006 sehingga 28 Julai 2006. Seterusnya beliau memegang jawatan Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia sehinggalah menjawat jawatan Timbalan Panglima Tentera Laut pada 15 Nov 06.

Kewibawaan beliau sebagai seorang pegawai tentera laut yang professional menyaksikan Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz dipilih sebagai warga pertama kepada 4 buah kapal baru iaitu KD PAUS (FAC G) di Limbungan Hong Leong Lurssen, Malaysia (1976), KD SRI INDERA SAKTI (MPSS) di Bremen, Jerman (1980), KD KASTURI (Corvette) di Kiel (1984) dan KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN (Corvette) di La Spezia, Italy (1999). Beliau juga telah memegang tampuk pemerintahan 3 buah kapal TLDM iaitu KD BAUNG pada 1986, KD MUSYTARI pada 1994 dan akhir sekali KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN pada 1999 di mana beliau juga merupakan Pegawai Kanan Armada yang bertanggungjawab mentadbir semua kapal dalam Armada TLDM dalam tempoh tersebut.

Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz telah menghadiri beberapa kursus profesional dan kerjaya di dalam mahupun di luar negara. Antara kursus yang telah beliau hadiri ialah Navigation Specialization Course di United Kingdom pada 1980, kursus staf di Maktab Turus Angkatan Tentera Haigate pada 1991 dan Naval Command Course di Naval War College di Amerika Syarikat pada 1995. Sewaktu menjalani kursus di Amerika Syarikat, beliau telah mengikuti pengajian Sarjana dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Salve Regina University dan memperolehi keputusan cemerlang (distinction). Pada tahun 1988, beliau telah menghadiri kursus selama setahun di INTAN dan memperolehi Diploma Lanjutan Sains Pengurusan dengan mendapat Kepujian.

Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Sarah bt Tun Abdul Ghafar. Beliau amat meminati golf dan membaca. Topik kegemaran beliau adalah sukan, hal ehwal antarabangsa, kepimpinan dan pengurusan. Bagi mengenang jasa beliau, Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz telah dikurniakan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dan penganugerahan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan membawa gelaran yang sama. Di peringkat kebangsaan, beliau telah dianugerahkan dengan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN), Darjah Johan Setia Mahkota (JSM), Kesatria Mangku Negara (KMN) dan Ahli Mangku Negara (AMN). Di peringkat Angkatan Tentera pula, beliau dianugerahkan Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT), Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) dan Kesatria Angkatan Tentera (KAT). Pada 6 Jun 2009, sempena ulang tahun hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, beliau dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) dengan membawa gelaran Tan Sri.

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk

BERITA SEMASA

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Mari…

10-09-2013 Hits:134 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

  Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM        Pulau Indah, 9 Sep 13 – Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM telah menganjurkan satu majlis Morning Cofee.  Majlis...

Read more

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TAR…

01-08-2013 Hits:152 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)

  MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)          Pulau Indah, 31 Jul 13 – Satu majlis berbuka puasa telah diadakan bertempat di Dewan Makan...

Read more

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersam…

19-07-2013 Hits:196 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM     Kuala Lumpur, 18 Jul – Satu Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM Di antara Arkib...

Read more

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

11-07-2013 Hits:240 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

    ANM, 9 Jul - Satu temubual bersama Kept Anuar bin Hj Alias TLDM telah dilaksanakan di Studio Rakaman, Pusat Penyelidikan dan Audiovisual, Arkib Negara Malaysia bermula pada 8 Jul 13....

Read more

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Nega…

02-07-2013 Hits:202 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Negara Malaysia

       ANM, 28 Jun – Satu perbincangan akhir antara PUSMAS TLDM bersama ANM telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Menara Ilmu, ANM. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Azimah selaku Ketua Bahagian...

Read more

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSM…

27-06-2013 Hits:212 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSMAS TLDM

Delegasi MTU bergambar kenang-kenangan bersama pegawai PUSMAS TLDM   PULAU INDAH, 26 JUN 13 – Satu lawatan dilakukan oleh Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara ke PUSMAS TLDM. Lawatan ke PUSMAS TLDM...

Read more

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SI…

12-06-2013 Hits:146 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

          Pulau Indah, 10 Jun – Mesyuarat Staf telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, PUSMAS TLDM dipengerusikan oleh Pengarah iaitu Kept Mohd Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM. Tujuan mesyuarat...

Read more

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLD…

07-06-2013 Hits:161 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

       PULAU INDAH 6 Jun 13 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Hidrografi Nasional. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah...

Read more

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA…

03-06-2013 Hits:188 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

         KUALA LUMPUR, 28 Mei 13 – Satu Pra Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Warisan ANM. Mesyuarat...

Read more