Tuesday 27 January 2015

KTD KEPAH

28 Oct 2012

KTD KEPAH

SEJARAH AWAL

KTD KEPAH pada asalnya merupakan sebuah bot tunda yang dibina oleh Asahi Ship Building Yard, Jepun pada tahun 1976 dan telah dibeli oleh syarikat perkapalan Singapura pada tahun 1979. Bot tunda ini telah dinamakan sebagai Asiatic Succes dan dijadikan sebagai bot tunda di Pelabuhan Jurong, Singapura. Kerajaan Malaysia seterusnya menandatangani pembelian bot tunda tersebut. Perintah penubuhannya sebagai KTD KEPAH telah dikeluarkan pada 15 Feb 80. Seterusnya KTD KEPAH ditauliahkan pada 1 Mac 80 oleh Panglima Tentera Laut iaitu Laksamana Madya Mohamed Zain bin Mohamed Salleh.

Pada awalnya, KTD KEPAH diletakkan di bawah perintah Markas Wilayah Laut 1 di Woodlands. Selaras dengan pembangunan Pangkalan TLDM Lumut pada tahun 1981, KTD KEPAH telah diletakkan di bawah perintah Markas Armada. Pada tahun 1997, kapal telah berpindah perintah ke Markas Wilayah Laut 2, Labuan.

Kapal telah terlibat dalam Operasi Pasir Laut dan Operasi Hadar sepanjang berada di Jeti Labuan, Tanjung Purun. Selepas pembaikan di Weldan Marine Shipyard pada Januari 2008, KTD KEPAH berpangkalan di Kota Kinabalu  dan ditugaskan sebagai bot bekalan air dan minyak kepada kapal-kapal ronda dalam operasi di laut dan operasi tertentu.

Ianya merupakan satu aset yang sangat bernilai bagi TLDM kerana bot tunda ini merupakan platform bantuan TLDM di mana kapal ini berupaya mengambil alih rutin rondaan sempadan, mencegah penyeludupan, rondaan perikanan dan lain-lain lagi. Berlanjutan dengan penempatannya di Kota Kinabalu, penugasan operasi dan senggaraan KTD KEPAH diletakkan terus di bawah naungan Markas Wilayah Laut 2.

 

SPESIFIKASI KAPAL     

     

   Siri

              Perkara

                                         Penerangan

    (a)

                 (b)

                                             (c)

     1.

Pennant Number

8

     2.

Buatan

ASAHI SHIP BUILDING YARD CO LTD   JAPAN

     3.

Tarikh Ditauliahkan

1 Mac 80

     4.

Krew

16 Orang (2 Pegawai + 14 LLP)

     5.

Sesaran

202.82 tan

     6.

Kelajuan

10 knot

     7.

Panjang

33.5 meter

     8.

Lebar

8 meter

     9.

Kedalaman

2.8 meter

    10.

Ketinggian Menara

15.06 meter

    11.

Enjin

2 x YANMAR 6 UA UT 750 BHP 900 RPM

    12.

Janakuasa

NISSAN DIESEL SP210 FE6-BUS

    13.

Gyro

ANSCHUTZ STD 22

    14.

Echo sounder

RAMARINE ST60

    15.

Sauh

2 X 595KG BOWER STOCKLESS

    16.

Minyak

107350 Liter

    17.

Air

47000 Liter

 

VISI

Menjadi sebuah kapal bantuan menunda, membekal air dan minyak kepada kapal-kapal ronda dalam operasi di laut dan operasi tertentu.

MISI

Sebagai platform bantuan bagi rutin rondaan sempadan, mencegah penyeludupan dan rondaan perikanan.

PENCAPAIAN DAN KECEMERLANGAN

Sepanjang pengoperasian KTD KEPAH di perairan Sabah Timur, pelbagai kejayaan telah dicapai melalui tugas-tugas yang diberikan. Kapal pernah terlibat dalam Operasi Pasir Laut sepanjang berada di Jeti Labuan, Tanjung Purun dan semasa di bawah pemerintahan Pegawai Memerintah yang Ke-23 iaitu Lt Kdr Mohd Zainuddin bin Manaf TLDM, KTD KEPAH telah berjaya menunda Surface Target Barge di perairan Pulau Layang-Layang sebagai sasaran untuk penembakan Torpedo Black Shark oleh KD TUN ABDUL RAZAK pada 13 sehingga 17 Nov 10. Tugas penundaan sasaran ini adalah tugas yang pertama kali semenjak kapal ini ditauliahkan dan telah dilaksanakan dengan jayanya.

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

No

Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1.

N/401366

Lt TLDM

  Mohd bin Din

1 Mac 80

3 Jan 81

2.

N/401353

Lt TLDM

  Zainol bin Jusoh

4 Jan 81

10 Feb 82

3.

N/401367

Lt TLDM

  Ananda bin Naidu

11 Dis 82

18 Mac 83

4.

N/401339

Lt TLDM

  Kay Hai Thuan

19 Mac 83

3 Dis 84

5.

N/401458

Lt TLDM

  Abdul Nasir bin Hj Yusof

4 Dis 84

29 Okt 85

6.

N/401457

Lt TLDM

  Abdullah bin Sukran

30 Okt 85

7 Apr 86

7.

N/401462

Lt TLDM

  Amran bin Yusof

8 Apr 86

2 Apr 87

8.

N/401542

Lt TLDM

  Razali bin Mohd Ali

3 Apr 87

8 Mac 88

9.

N/401415

Lt TLDM

  Frenderick Guan

9 Mac 88

5 Apr 88

10.

N/401374

Lt TLDM

  Mohd Halim bin Hj Maulud

6 Apr 88

28 Nov 89

11.

N/401599

Lt TLDM

  Zulkifli bin Awang Kechik

29 Nov 89

23 Mac 94

12.

N/402013

Lt TLDM

  Ali Azmi bin Abas

24 Mac 94

5 Nov 95

13.

N/402037

Lt TLDM

  Zin Azman bin Md Yunus

6 Nov 95

10 Jul 96

14.

N/401965

Lt Kdr TLDM

  Mohan a/l P.Nayan

11 Jul 96

7 Ogos 97

15.

N/402354

Lt TLDM

  Teh Chang Koon

8 Ogos 97

11 Jan 2000

16.

N/402787

Lt Dya

  Benedeth a/l Ilong TLDM

12 Jan 2000

14 Nov 2000

17.

N/402394

Lt TLDM

  Mohd Shafie bin Ahmad Badarudin

15 Nov 2000

10 Dis  01

18

N/402326

Lt TLDM

  Abdul Jalil bin Shoib

11 Dis 01

1 Sep 03

19.

N/4023294

Lt TLDM

  Mahmad Fazal bin Ahmad

2 Sep  03

3 Apr 05

20.

N/402910

Lt TLDM

  Kahirol Anuar bin Saad

4 Apr 05

12 Mac 07

21.

N/403768

Lt TLDM

  Shahrul Azuan bin Arifin

13 Mac 07

8 Okt 07

22.

N/403049

Lt TLDM 

 Mohd Saiful Nizam bin Salleh

9 Okt 07

21 Dis 08

23.

N/403163

Lt Kdr TLDM

  Mohd Zainuddin bin Manaf

22 Dis 08

9 Jan 11

24.

N/403081

Lt Kdr TLDM

  Mohd Najib bin Harun

10 Jan 11

Sekarang

 

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk