Monday 6 July 2015

KTD PENYU

05 Nov 2012

KTD PENYU

Sejarah AWAL

KTD PENYU merupakan salah satu aset TLDM yang banyak membantu dalam operasi-operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). la dibina pada tahun 1976 di Selco Shipyard (PTE) Jurong, Singapura dan ditauliahkan di dalam perkhidmatan TLDM pada tahun 1979. Sebelum ditauliahkan, KTD PENYU dikenali dengan nama Salvigillant. Pada awal pentauliahannya, KTD PENYU termasuk di dalam skuadron Bot Tunda Diraja yang terdiri daripada BTD SOTONG, BTD KEPAH, BTD KETAM, BTD TERITIP, BTD BELAWKAS, BTD KEMPONG, BTD SELAR dan BTD TEPURUK. Tugasan utama KTD PENYU pada mulanya terhad untuk membantu kapal-kapal besar berhimpit di Tambatan Pangkalan Lumut (TPL), memberi bantuan minyak dan air kepada kapal-kapal TLDM yang belayar berhampiran kawasan Lumut. Selain itu, kapal ini juga bertanggungjawab menunda kapal-kapal TLDM yang mengalami kerosakan di laut untuk pulang ke TPL.

 

Kapal Salvigillant Sebelum Ditauliahkan

Inventori TLDM buat masa itu, hanya 3 buah Kapal Tunda Diraja dari jenis Tunda Penyelamat (Ocean Tug) iaitu KTD PENYU, KTD SOTONG dan KTD KEPAH serta 1 bot tunda dari jenis tunda pelabuhan (Harbour Tug). Bersesuaian dengan tugas sebagai penunda, aset-aset ini telah ditugaskan memberi bantuan kepada kapal-kapal besar semasa berhimpit dan keluar dari jeti. Kapal ini juga, melaksanakan tugas tambahan seperti penundaan sasaran penembakan permukaan, pelantar bagi latihan dan kerja-kerja penyelaman, penabur periuk api, oseanografi dan melaksanakan rondaan.

Berikutan pelucutan tauliah KD PERANTAU yang lama pada 2 Okt 90, KTD PENYU telah diubahsuai dan ditugaskan sebagai kapal hidrografi bagi membantu tugas-tugas KD MUTIARA dalam kerja-kerja pengukuran kedalaman laut. KTD PENYU berfungsi sebagai sebuah kapal hidrografi sementara menunggu penggantian KD PERANTAU. Bantuan KTD PENYU tidak diperlukan lagi dengan pentauliahan KD PERANTAU yang baru pada 12 Okt 98.

Pada masa yang sama, KD DUYONG dilucutkan tauliah kerana dianggap tidak ekonomi untuk dioperasikan. Oleh itu, untuk menampung keperluan tender selam sementara waktu, kajian telah dilakukan ke atas KTD PENYU bagi menentukan kesesuaiannya sebagai tender selam dan didapati sesuai. Setelah beberapa pengubahsuaian dilakukan dan peralatan-peralatan yang sewajarnya diperolehi, KTD PENYU berupaya melaksanakan fungsi dan tugas baru sebagai tender selam Sebagai tender selam, KTD PENYU mendukung dan melaksanakan tugas-tugas penyelaman sama ada di laut, mahupun pelabuhan. Tugas-tugas KTD PENYU ketika itu adalah melaksanakan operasi menyelam air dalam dengan menggunakan teknik dan peralatan open bell diving sehingga ke kedalaman 90 meter. Kapal juga turut membantu dalam melaksanakan tugas menyelamat dan salvage bawah permukaan air untuk kapal, kapal selam dan pesawat terbang selain melaksanakan operasi menyelam air cetek dan bertindak sebagai kapal latihan selam.

Seterusnya apabila khidmat tender selamdiambil alih oleh Kapal MV SETIA CEKAL yang disewa khas oleh TLDM, tugas KTD PENYU lebih banyak tertumpu pada operasi menunda sasaran samada surface target barge atau hi-star untuk tujuan latihan penembakan kapal-kapal TLDM.

 

 

SPESIFIKASI KAPAL

Siri

Perkara

Penerangan

(a)

(b)

(c)

1.

  Nama Kapal

  KTD PENYU

2.

  No Pennant

  4

3.

  Panggilan Antarabangsa

  9MOA

4.

  Tahun Ditauliahkan

  1979

5.

  Panjang

  36.0 m

6.

  Lebar

  8.84 m

7.

  Kedalaman

  4.8 m

8.

  Sesaran

  467.62 tan

9.

  Muatan Minyak (Diesel)

  270000 Liter

10.

  Muatan Air

  70000 Liter

11.

  Kelajuan Maksimum

  8 Knot

12.

  Krew

  24 (5 Pegawai)

 

FUNGSI DAN PERANAN

  • Berfungsi sebagai Tow Target Vessel (TTV), iaitu menunda sasaran seperti Hi-Star dan Surface Target Barge sewaktu latihan penembakan sasaran permukaan dijalankan.
  • Membekalkan keperluan minyak diesel kepada kapal yang memerlukan minyak.
  • Mengambil minyak diesel dari kapal yang memerlukan minyak dikeluarkan.
  • Kapal juga boleh membekalkan air kepada kapal lain tetapi terhad kepada kapal yang bersauh berhampiran jeti kerana tiada ruang yang besar yang disediakan untuk menyimpan air di kapal.
  • Memberi bantuan memadamkan api sekiranya kapal lain mengalami kebakaran dengan menggunakan fire monitor yang terdapat di kapal.
  • Melakukan rondaan di laut serta terlibat dengan Ops Pejarak apabila diarahkan oleh Pusat Operasi Markas ArmadaMenghantar anggota tentera darat yang bertugas di Pulau Jarak dan Pulau Perak.
  • Menghantar bekalan logistik dan tong minyak diesel ke Pulau Jarak dan Pulau Perak.

 

Penugasan menunda STB semasa Eks Taming Sari 2011

 

Kerja-Kerja Menimbulkan Bot Nelayan Indonesia Yang Karam Di Perairan Pulau Pangkor

 

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH 

 

   Siri

    No Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(d)

1.

N/401594

Lt TLDM

  Sahak bin Omar

24 Sep 90

22 Apr 92

2.

N/401853

Lt TLDM

  Zulkifli bin Ibrahim

23 Apr 92

30 Dis 92

3.

N/401891

Lt TLDM

  Lim Kiew Tian

1 Jan 93

9 Jun 93

4.

N/401918

Lt TLDM

  Zaaim bin Hassan

10 Jun 93

24 Okt 95

5.

N/402155

Lt Kdr TLDM

  Mohd Isnin bin Ismail @ Ibrahim Khan

20 Okt 98

2 Nov 2000

6.

N/402298 

Lt Kdr TLDM

  Abdul Hadi Tan bin Abdullah

23 Okt 2000

1 Apr 02

7.

N/402454

Lt Kdr TLDM

  Ramli bin Samsudin

8 Apr 02

1 Jan 03

8.

N/402566

Lt Kdr TLDM

  Muhammad Zaidi bin Abdul Hamid

9 Jan 03

6 Jun 04

9.

N/402261

Lt Kdr TLDM

  Zaharuddin bin Haji Mohd Maideen

14 Jun 04

07 Mei 06

10.

N/402837

Lt Kdr TLDM

  Mohamad Zaid bin Sapii

28 Apr 06

01 Jun 06

11.

N/402425

Lt Kdr TLDM

  Ramli bin Johari

2 Jun 06

15 Nov 07

12.

N/403037

Lt TLDM

  Mahadziar bin Mat Lim

16 Nov 07

18 Jun 08

13.

N/403036

Lt Kdr TLDM

  Mohd Nizam bin Abdul Mokte

19 Jun 08

14 Mac 10

14.

N/403162

Lt Kdr TLDM

  Mohd Husyairi bin Hj Mohd Ramli

15 Mac 10

24 Mei 12

          15.

         N/403529

Lt TLDM

  Rusmanizam bin Ismail

25 Mei 12

Sekarang

     

  

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk

BERITA SEMASA

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Mari…

10-09-2013 Hits:169 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

  Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM        Pulau Indah, 9 Sep 13 – Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM telah menganjurkan satu majlis Morning Cofee.  Majlis...

Read more

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TAR…

01-08-2013 Hits:173 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)

  MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)          Pulau Indah, 31 Jul 13 – Satu majlis berbuka puasa telah diadakan bertempat di Dewan Makan...

Read more

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersam…

19-07-2013 Hits:224 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM     Kuala Lumpur, 18 Jul – Satu Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM Di antara Arkib...

Read more

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

11-07-2013 Hits:267 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

    ANM, 9 Jul - Satu temubual bersama Kept Anuar bin Hj Alias TLDM telah dilaksanakan di Studio Rakaman, Pusat Penyelidikan dan Audiovisual, Arkib Negara Malaysia bermula pada 8 Jul 13....

Read more

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Nega…

02-07-2013 Hits:221 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Negara Malaysia

       ANM, 28 Jun – Satu perbincangan akhir antara PUSMAS TLDM bersama ANM telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Menara Ilmu, ANM. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Azimah selaku Ketua Bahagian...

Read more

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSM…

27-06-2013 Hits:245 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSMAS TLDM

Delegasi MTU bergambar kenang-kenangan bersama pegawai PUSMAS TLDM   PULAU INDAH, 26 JUN 13 – Satu lawatan dilakukan oleh Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara ke PUSMAS TLDM. Lawatan ke PUSMAS TLDM...

Read more

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SI…

12-06-2013 Hits:171 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

          Pulau Indah, 10 Jun – Mesyuarat Staf telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, PUSMAS TLDM dipengerusikan oleh Pengarah iaitu Kept Mohd Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM. Tujuan mesyuarat...

Read more

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLD…

07-06-2013 Hits:222 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

       PULAU INDAH 6 Jun 13 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Hidrografi Nasional. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah...

Read more

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA…

03-06-2013 Hits:209 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

         KUALA LUMPUR, 28 Mei 13 – Satu Pra Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Warisan ANM. Mesyuarat...

Read more