Saturday 18 April 2015

KD SRI GAYA

19 Feb 2013

KD SRI GAYA


SEJARAH AWAL


KD SRI GAYA merupakan sebuah Fast Troop Vessel (FTV) dari Skuadron Kapal Bekalan Ke-33. Ia dibina di Limbungan Penang Shipyard Sdn Bhd menggunakan bantuan teknologi dari Syarikat Wave Master, Australia dan merupakan kapal pertama dan terbesar yang diperbuat dari aluminium aloy. Kapal ini secara rasminya telah diserahkan kepada TLDM pada 25 Mei 01 sebelum ditauliahkan pada 29 Mei 01 oleh Panglima Tentera Laut ketika itu iaitu Laksamana Dato’ Seri Abu Bakar bin Abdul Jamal di Markas Wilayah Laut 2, Wilayah Persekutuan Labuan. Nama KD SRI GAYA telah diambil sempena nama sebuah pulau kecil yang terletak di Teluk Kimanis antara Pulau Labuan dan Kota Kinabalu.

KD SRI GAYA berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu bersama dengan KD SRI TIGA yang juga dari kelas FTV. KD SRI GAYA sebuah kapal yang direka khas bagi mengangkut trup, penumpang dan ulang bekal logistik ke kawasan Gugusan Semarang Peninjau (GSP) dan pulau-pulau di Sabah Timur. Kapal ini berupaya untuk menjalankan dalam keadaan laut tahap 3 dengan kelajuan maksimum 25 knot. Selain itu kapal juga ditugaskan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang maritim dengan keanggotaan, peralatan perhubungan serta kelengkapan persenjataan sedia ada.

 

KD SRI GAYA

SPESIFIKASI KAPAL

Siri

Perkara

Penerangan

(a)

(b)

(c)

1.

Nama Kapal

KD SRI GAYA

2.

No. Penant

332

3.

Tarikh Tauliah

29 Mei 01

4.

Syarikat Pembinaan

Penang Shipyard

5.

Keanggotaan

24 orang

6.

Radar

Furuno

7.

Sesaran

116.5tan

8.

Kelajuan

25 knot

9.

Panjang

37.5Meter

10.

Lebar

7.20Meter

11.

Enjin

4 MAN D2842 LE 408 Diesel

12.

Janakuasa

2 COMING 6

13.

Minyak

26000 liter

14.

Air

4750 liter

15.

Radio

a. HF/SSB Marine Radio Telephone - Furuno (FS - 8500)
hb. VHF Telephone – Furuno (FM – 8500)

 

FUNGSI DAN PERANAN

  • Melaksanakan rondaan Operasi Pasir dan menguatkuasakan undang-undang laut maritim di perairan Sabah dan Sarawak.
  • Melaksanakan ulang bekal barangan ringan dan atur gerak anggota ke destinasi Wilayah Laut 2.
  • Melaksanakan operasi mencari dan menyelamat serta memberi bantuan pengangkutan laut kepada agensi-agensi maritim kerajaan yang lain.

 

STATUS SEMASA KAPAL

Kapal yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu mempunyai perancangan untuk berpindah ke Pangkalan TLDM Sandakan kerana lebih kerap beroperasi di Kawasan Operasi Maritim (KOM) Op Pasir. Penugasan semula kapal dalam melaksanakan Op Pasir adalah berdasarkan ciri-ciri keselamatan dan kemampuan kapal di samping reka bentuk yang sepenuhnya berasaskan aluminium alloy dan lebih ringan berbanding dengan kapal TLDM yang lain. Selain itu, keadaan fizikal kapal adalah lebih sesuai untuk beroperasi di perairan yang mempunyai banyak pulau dengan keadaan laut yang tidak bergelora sehingga melebihi Kod Laut 3.

Segala urusan selenggaraan dan pembaikan serta logistik berada di bawah Depot Wilayah 2. Oleh yang demikian, sekiranya keperluan kerja selenggaraan dan pembaikan yang berada di luar kemampuan warga kapal dan Depot Wilayah 2 juga akan dilaksanakan melalui prosedur pembelian tempatan atau sekiranya terdapat keperluan pembaikan yang melibatkan kos tinggi maka pembaikan tersebut dilaksanakan melalui pembaikan kecemasan.


PENERANGAN LOGO


Mahkota. Melambangkan kerajaan mengamalkan sistem raja berperlembagaan dalam pemerintahan demokrasi.

 ALLAH dan MUHAMMAD. Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

 Burung. Merupakan binatang yang sering dilihat berterbangan di sekitar GSP sesuai dengan tugas kapal yang sering berulang alik ke GSP bagi mengangkut barangan ringan dan anggota.

 Lima Pulau. Pulau berwarna kuning mewakili kepulauan Gugusan Semarang Peninjau (GSP).

 Jalur Biru Putih. Jalur beralun menunjukkan gelombang ombak laut.

 Lingkaran Tali Berbentuk Bulatan. Melambangkan semangat perpaduan dan kelautan.

 

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

No Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1.

N/402447

Lt TLDM

  Muhamad Shakir bin Salleh

1 Mac 01

14 Sep 02

2.

N/402641

Lt TLDM

  Azhar bin Ngah Ahmad

15 Sep 02

19 Sep 04

3.

N/402894

Lt TLDM

  Yousry bin Yaali

20 Sep 04

22 Jun 06

4.

N/402927

Lt TLDM

  Mohd Husni bin Aris

23 Jun 06

13 Apr 08

5.

N/403108

Lt Kdr TLDM

  Mat Saleh bin Othman

14 Apr 08

6 Sep 10

6.

N/403315

Lt Kdr TLDM

  Mohammad Haszeizul bin Abu Hasan

30 Ogos 10

12 Feb 12

7.

N/403219

Lt Kdr TLDM

  Mehamad Kahirun bin Zakaria

13 Feb 12

Sekarang

PERINTAH TAULIAH

 

 

 

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk

BERITA SEMASA

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Mari…

10-09-2013 Hits:106 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

  Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM        Pulau Indah, 9 Sep 13 – Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM telah menganjurkan satu majlis Morning Cofee.  Majlis...

Read more

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TAR…

01-08-2013 Hits:133 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)

  MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)          Pulau Indah, 31 Jul 13 – Satu majlis berbuka puasa telah diadakan bertempat di Dewan Makan...

Read more

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersam…

19-07-2013 Hits:177 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM     Kuala Lumpur, 18 Jul – Satu Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM Di antara Arkib...

Read more

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

11-07-2013 Hits:203 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

    ANM, 9 Jul - Satu temubual bersama Kept Anuar bin Hj Alias TLDM telah dilaksanakan di Studio Rakaman, Pusat Penyelidikan dan Audiovisual, Arkib Negara Malaysia bermula pada 8 Jul 13....

Read more

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Nega…

02-07-2013 Hits:178 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Negara Malaysia

       ANM, 28 Jun – Satu perbincangan akhir antara PUSMAS TLDM bersama ANM telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Menara Ilmu, ANM. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Azimah selaku Ketua Bahagian...

Read more

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSM…

27-06-2013 Hits:186 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSMAS TLDM

Delegasi MTU bergambar kenang-kenangan bersama pegawai PUSMAS TLDM   PULAU INDAH, 26 JUN 13 – Satu lawatan dilakukan oleh Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara ke PUSMAS TLDM. Lawatan ke PUSMAS TLDM...

Read more

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SI…

12-06-2013 Hits:126 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

          Pulau Indah, 10 Jun – Mesyuarat Staf telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, PUSMAS TLDM dipengerusikan oleh Pengarah iaitu Kept Mohd Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM. Tujuan mesyuarat...

Read more

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLD…

07-06-2013 Hits:139 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

       PULAU INDAH 6 Jun 13 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Hidrografi Nasional. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah...

Read more

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA…

03-06-2013 Hits:161 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

         KUALA LUMPUR, 28 Mei 13 – Satu Pra Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Warisan ANM. Mesyuarat...

Read more