Wednesday 4 March 2015

KD SRI TIGA

02 Nov 2012

KD SRI TIGA

SEJARAH AWAL

KD SRI TIGA merupakan sebuah kapal bekalan Fast Troop Vessel (FTV) Skuadron Kapal Bekalan Ke-33. Ia dibina di Limbungan Penang Shipyard Sdn Bhd dengan menggunakan bantuan teknologi dari Syarikat Wave Master, Australia dan merupakan kapal yang pertama dan terbesar yang diperbuat dari Aluminium Aloy. Kapal ini secara rasminya telah diserahkan kepada TLDM pada 25 Mei 01 sebelum ditauliahkan pada 29 Mei 01 oleh Panglima Tentera Laut ketika itu iaitu Laksamana Dato’ Seri Abu Bakar bin Abdul Jamal. Nama KD SRI TIGA telah diambil sempena nama sebuah pulau kecil yang terletak di Teluk Kimanis antara Pulau Labuan dan Kota Kinabalu. Tanda panggilan antarabangsa yang digunakan ialah 9MJQ dengan Nombor Pennant 331.

Kini KD SRI TIGA berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu bersama-sama dengan KD SRI GAYA yang turut merupakan kapal dari kelas FTV. KD SRI TIGA merupakan kapal yang direka khas bagi mengangkut trup, penumpang dan ulang bekal logistik ke kawasan Gugusan Semarang Peninjau (GSP) dan pulau-pulau di Sabah Timur. Kapal ini berupaya untuk operasi dalam keadaan laut tahap 3 dengan kelajuan maksimum 25 knot. Selain itu KD SRI TIGA juga ditugaskan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang maritim dengan keanggotaan, peralatan perhubungan serta kelengkapan persenjataan sedia ada.

 

SPESIFIKASI KAPAL

 

KD SRI TIGA

 

Siri

Perkara

Penerangan

(a)

(b)

(c)

1.

  No. Pennant

  331 (9MJQ)

2.

  Syarikat Pembinaan

  Penang Shipyard

3.

  Tarikh pentauliahan

  29 Mei 01

4.

  Keanggotaan

  24 orang

5.

  Radar

  Navigation Furuno I-band

6.

  Sesaran

  116.5tan

7.

  Kelajuan

  25 knot – Maksimum
  17 knot - Ekonomi

8.

  Panjang

  37.5Meter

9.

  Lebar

  7.20Meter

10.

  Kedalaman

  Hadapan – 1.15 Meter
  Belakang1.40 Meter

11.

  Enjin

  4 MAN D2842 LE 408 Diesel

12.

  Janakuasa

  2 COMING 6

13.

  Kompas Magnetik

  Reviera (DS 1409-96/TAO)

14.

  Echo Sounder

  Furuno GP – 1650F

15.

  Sauh

  Super High Holding Power

16.

  Berat Sauh

  140 kg

17.

  Minyak

  26000 liter

18.

  Reverse Osmosis System

  RO ROCHEM

19.

  Air tawar

  4750 liter

20.

  Navigation Com

  HF/SSB Marine Radio Telephone -   Furuno (FS - 8500), VHF Telephone – Furuno (FM – 8500)

21.

  Bot

  4.7 Metres Rigid Inflatable Boat

 

PERANAN

Peranan Utama. Melaksanakan rondaan Op Pasir dan menguatkuasakan undang- undang laut maritim di perairan Sabah dan Sarawak.

Peranan Sekunder. Melaksanakan ulang bekal barangan ringan dan atur gerak anggota ke destinasi Wilayah Laut 2, melaksanakan operasi mencari dan menyelamat serta memberi bantuan pengangkutan laut kepada agensi-agensi maritim kerajaan yang lain.

 

PENERANGAN LOGO

Mahkota. Melambangkan kerajaan mengamalkan sistem raja berperlembagaan dalam pemerintahan demokrasi.

ALLAH dan MUHAMMAD. Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Lingkaran tali berbentuk bulatan. Melambangkan semangat perpaduan dan kelautan.

Lima pulau. Pulau berwarna kuning mewakili kepulauan Gugusan Semarang Peninjau (GSP).

Burung. Merupakan binatang yang sering dilihat berterbangan di sekitar GSP sesuai dengan tugas kapal yang sering berulang alik ke GSP bagi mengangkut barangan ringan dan anggota.

Jalur Biru Putih. Jalur beralun menunjukkan gelombang ombak laut.

 

PENCAPAIAN DAN KECEMERLANGAN

KD SRI TIGA telah terlibat dengan Fleet Review Lima Langkawi pada tahun 2001 dan latihan bersama kapal negara asing iaitu PHIMAL XII-A pada Ogos 2006 yang bertempat di Filipina. Kapal telah berjaya mengekalkan Kategori 1 dari Sep 2010 sehingga sekarang.

 

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

No Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1.

N/402593

Lt Kdr TLDM

  Zamri bin Hj Husin

29 Mei 01

25 Apr 04

2.

N/402894

Lt TLDM

  Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik

26 Apr 04

29 Nov 05

3.

N/403120

Lt TLDM

  Aidil Adzhar bin Salleh

30 Nov 04

11 Jun 08

4.

N/403187

Lt Kdr TLDM

  Syed Mohd Al Juffri bin  Syed Sayuhti

12 Jun 08

9 Mac 11

5.

N/403060

Lt Kdr TLDM

  Mohd Sham bin Abdullah

10 Mac 11

7 Mac 13

6. N/403752 Lt Kdr TLDM   Mohd Edie bin Khairil 8 Mac 13 Sekarang

 

PERINTAH PENTAULIAHAN

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk