Wednesday 1 July 2015

KD KASTURI

10 Oct 2012

     

KD KASTURI 

SEJARAH AWAL

KD KASTURI merupakan kapal Skuadron Korvet Ke-22 yang dibina oleh Blohm Voss (HWD) Shipyard di Kiel, Jerman. Kapal ini kemudiannya melalui beberapa siri ujian laut, pengintegrasian dan penilaian terakhir sistem tempur sebelum ditauliahkan pada 15 Ogos 84 oleh Panglima Tentera Laut Ke-2 iaitu Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh. 

Selama hampir 20 tahun, KD KASTURI merupakan kapal termoden dan paling berupaya dalam perkhidmatan TLDM. Ketika pertikaian Spratly, kapal terlibat secara aktif dalam rondaan dan pengawasan terutamanya pemantauan melibatkan aktiviti kapal selam. 

Nama kapal ini diambil bersempena nama pahlawan ketiga dari lima bersaudara yang merupakan lagenda ulung ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun Ke-15. Kehadiran KD KASTURI di Armada TLDM telah melengkapkan kapal-kapal yang menggunakan nama sempena Pahlawan Melayu Melaka.

 

SPESIFIKASI KAPAL

 

 

Siri

Perkara

Penerangan

(a)

(b)

(c)

1.

No. Pennant

25

2.

Panjang

97.3 m

3.

Kedalaman

5.7m

4.

Sesaran

1580 tan

5.

Kelajuan

28 knots

6.

Kelajuan Ekonomi

14 knots

7.

Kelajuan Kavitasi

12 knots

8.

Minyak

291500 liter

9.

Air

68000 liter

10.

Perjawatan

125 (13 pegawai)

 

FUNGSI DAN PERANAN

Kehadiran KD KASTURI dalam Armada TLDM berperanan melaksanakan tugas seperti berikut: 

  • Mempertahankan kepentingan negara daripada sebarang  bentuk ancaman musuh atau pihak yang mempunyai kepentingan dalam mencemarkan kedaulatan negara.
  • Menguatkuasakan undang-undang maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta membantu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan agensi awam khususnya agensi-agensi maritim.
  • Melaksanakan latihan untuk menghadapi sebarang bentuk kemungkinan perang.
  • Memastikan kesiagaan tempur tercapai dan dikekalkan pada tahap yang tinggi selaras dengan Dasar Pertahanan Negara.
  • Memastikan Jaringan Komunikasi Laut (SLOC) antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak serta Selat Melaka sentiasa selamat.
  • Melindungi kepentingan ekonomi negara terutamanya sumber semulajadi dan perindustrian perikanan daripada ancaman luar dan pengeksploitasian asset negara.
  • Menguatkuasakan undang-undang maritim dalam mengawal dan mencegah kegiatan lanun, pencerobohan pendatang tanpa izin, penyeludupan, perikanan haram dari nelayan asing dan pencemaran laut.
  • Membantu dan mengambil bahagian dalam Operasi Mencari dan menyelamat (SAR).
  • Mengambil bahagian dalam operasi bantuan bencana. 

 

VISI

Menjadi skuadron yang mantap dan berkesan dalam menyokong inspirasi Armada.

MISI

Sentiasa bersedia dan cemerlang dalam mendukung misi Armada.

 

PENERANGAN LOGO KAPAL

Mahkota. Melambangkan kedaulatan Yang Dipertuan Agong dalam Sistem Raja Berpelembagaan di mana kerajaan mengamalkan sistem demokrasi. 

Kalimah ‘ALLAH’ dan ‘MUHAMMAD’. Melambangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. 

Tali berkembar. Kedua-dua belah tali kiri dan kanan mewakili semangat kerjasama yang kuat terbentuk dalam unit kapal bagi menghasilkan semangat berlawan yang cekap. 

Parang beserta sarung. Ia membawa kepada kepakaran dan kemahiran HANG KASTURI sebagai pahlawan Melayu pada kurun Ke-15 dalam seni mempertahankan diri. 

Ombak beralun. Melambangkan samudera raya yang menjadi medan perjuangan dan kawasan operasi bagi kapal-kapal TLDM. 

Bunga Raya. Merupakan bunga kebangsaan Malaysia. 

 

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

No

Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1.

N/400230

Kept   TLDM

   Abu Bakar bin Abdul Jamal

15   Ogos 84

20   Okt 86

2.

N/400216

Kept   TLDM

   Ahmad Ramli bin Hj Mohd Nor

21   Okt 86

6 Jul   87

3.

N/400229

Kept   TLDM

   Hj Engku Zainal Abidin bin Engku   Ngah

7 Jul   87

25   Feb 89

4.

N/400319

Kdr   TLDM

   Ibrahim bin Jawi

26   Feb 89

30   Apr 89

5.

N/400319

P/Kept   TLDM

   Ibrahim bin Jawi

1 Mei   89

9 Apr   90

6.

N/400338

Kdr   TLDM

   S.Karunanethy a/l Sinnathamby

10   Apr 90

25   Mac 92

7.

N/400358

Kdr   TLDM

   Balakrishnan Gopal

25   Mac 92

16   Jan 95

8.

N/401096

Kdr   TLDM

   Mohd Rashid bin   Hj Harun

16   Jan 95

2 Mac   97

9.

N/401468

Kdr   TLDM

   Ismail bin   Abdullah

2 Mac   97

27   Nov 97

10.

N/401291

Kdr   TLDM

   Mohd Rosland bin   Omar

27   Nov 97

22   Nov 99

11.

N/401504

Lt   Kdr TLDM

   Abdul Razak bin   Lebai Omar

22   Nov 99

11   sep 2000

12.

N/401688

Lt   Kdr TLDM

   Newton Julak a/k   Nangkai

11   sep 2000

28   Jan 02

13.

N/401344

Lt   Kdr TLDM

   Ong Thiam Hock

29   Jan 02

11   Jan 04

14.

N/401344

Kdr   TLDM

   Ong Thiam Hock

12   Jan 04

23   Dis 04

15.

N/401387

Kdr   TLDM

   Ahmad bin   Abdullah

24   Apr 04

29   Apr 05

16.

N/401387

Kept   TLDM

   Ahmad bin   Abdullah

30   Apr 05

16   Feb 06

17.

N/401287

Kept   TLDM

   Johari bin Ramzan   bin Hj Ahmad

17   Feb 06

31   Jul 06

18.

N/401667

Kdr   TLDM

   Abu Zaki bin Hj   Muhammad

1   Ogos 06

30   Sep 08

19.

N/402060

Kdr   TLDM

   Nordin bin Ahmad   Ismail

1 Okt   08

18   Jan 09

20.

N/401961

Kept   TLDM

   Ali bin Idrus

19   Jan 09

20   Dis 09

21.

N/402060

Kdr   TLDM

   Nordin bin Ahmad   Ismail

21   Dis 09

17   Jan 10

22.

N/402094

P/Kept   TLDM

   Syed Zaharul Putera   bin Syed   Abdullah

18   Jan 10

19 Jun 12

23.

N/402295

Kdr TLDM

  Abu Bakar bin Lasa

20 Jun 12

22 Jan 13

24.

  N/402680

Kdr TLDM

 Mohd Zaidi bin Ibrahim

23 Jan 13

Sekarang

  

PERINTAH TAULIAH

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk

BERITA SEMASA

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Mari…

10-09-2013 Hits:164 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

  Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM        Pulau Indah, 9 Sep 13 – Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM telah menganjurkan satu majlis Morning Cofee.  Majlis...

Read more

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TAR…

01-08-2013 Hits:172 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)

  MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)          Pulau Indah, 31 Jul 13 – Satu majlis berbuka puasa telah diadakan bertempat di Dewan Makan...

Read more

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersam…

19-07-2013 Hits:223 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM     Kuala Lumpur, 18 Jul – Satu Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM Di antara Arkib...

Read more

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

11-07-2013 Hits:266 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

    ANM, 9 Jul - Satu temubual bersama Kept Anuar bin Hj Alias TLDM telah dilaksanakan di Studio Rakaman, Pusat Penyelidikan dan Audiovisual, Arkib Negara Malaysia bermula pada 8 Jul 13....

Read more

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Nega…

02-07-2013 Hits:220 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Negara Malaysia

       ANM, 28 Jun – Satu perbincangan akhir antara PUSMAS TLDM bersama ANM telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Menara Ilmu, ANM. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Azimah selaku Ketua Bahagian...

Read more

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSM…

27-06-2013 Hits:243 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSMAS TLDM

Delegasi MTU bergambar kenang-kenangan bersama pegawai PUSMAS TLDM   PULAU INDAH, 26 JUN 13 – Satu lawatan dilakukan oleh Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara ke PUSMAS TLDM. Lawatan ke PUSMAS TLDM...

Read more

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SI…

12-06-2013 Hits:166 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

          Pulau Indah, 10 Jun – Mesyuarat Staf telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, PUSMAS TLDM dipengerusikan oleh Pengarah iaitu Kept Mohd Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM. Tujuan mesyuarat...

Read more

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLD…

07-06-2013 Hits:210 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

       PULAU INDAH 6 Jun 13 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Hidrografi Nasional. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah...

Read more

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA…

03-06-2013 Hits:206 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

         KUALA LUMPUR, 28 Mei 13 – Satu Pra Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Warisan ANM. Mesyuarat...

Read more