Saturday 30 May 2015

KD SELANGOR

28 Nov 2012

 

 

KD SELANGOR

Kapal Diraja SELANGOR merupakan Kapal Ronda Generasi Baru yang dibina bagi menggantikan Kapal Peronda TLDM yang telah lama mencurah khidmat baktinya. Kapal ini adalah kapal ke empat yang berjaya dibina sepenuhnya oleh pihak limbungan tempatan selepas KD PERAK, KD TERENGGANU dan KD KELANTAN. Projek pembinaan kapal peronda generasi baru (NGPV) yang bermula pada 1999, Sebanyak 6 buah kapal yang ditempah oleh kerajaan menerusi projek NGPV yang terpaksa memakan masa 10 tahun akibat kegawatan ekonomi, Ia berakhir dengan Pentauliahan KD SELANGOR pada 28 Dis 10.

 


Upacara penerimaan dan penamaan KD SELANGOR telah disempurnakan oleh anakanda Sultan Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Limbungan BNS di Lumut pada 19 Mei 09 dan ditauliahkan pada penghujung tahun 2010. TLDM telah mengkategorikan KD SELANGOR sebagai kelas Kapal Ronda ke 17 dalam armadanya. KD SELANGOR ditempatkan di Pangkalan TLDM Lumut bersama KD KELANTAN manakala KD KEDAH dan KD PAHANG di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah. KD PERAK serta KD TERENGGANU pula di Pangkalan TLDM Kuantan, Pahang.  KD SELANGOR menjadi tulang belakang kepada segala operasi yang dilaksanakan di sekitar pantai barat Malaysia bersama asset-aset TLDM lain.

 

TLDM menamakan kapal kelas Kapal Ronda sempena nama negeri-negeri di Malaysia. Nama Kapal Diraja SELANGOR dipilih untuk mengabadikan KD SRI SELANGOR yang telah dibina oleh Syarikat Vosper Trornycraft Limited, England pada tahun 1961. Kapal ini pernah terlibat dalam penugasan semasa era konfrontasi, menangani masalah pendatang tanpa izin Vietnam semasa OPS CABUT dan juga rondaan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). Kemasyhuran serta legasi kapal peronda KD SRI SELANGOR tercatat ketika pertempuran dengan Kor Komando Penggempur Indonesia di Selat Singapura pada 24 Jul 64. Dalam pertempuran itu, KD SELANGOR yang dibawah pemerintahan Lt P.K Nettur telah berjaya melumpuhkan musuh serta menenggelamkan bot mereka selepas berbalas tembakan. Kapal telah dilucutkan tauliah pada 1995 setelah berkhidmat selama 31 tahun. Disamping itu, Selangor juga dikenali sebagai “Kalah” yang dikaitkan dengan Kelang iaitu sebuah pelabuhan yang menjadi tempat pertemuan pedagang Arab dan China sejak tahun 650 Masihi.

Selangor dianggap sebagai entrepot terpenting perdagangan China serta Kepulauan Melayu di antara abad ke-8 dan abad ke-10. Kegiatan tersebut terhenti menjelang awal abad ke-16 disebabkan kecetekan airnya dan terdapat terlalu banyak beting.

Pada abad ke-15, Selangor mulanya terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Menjelang kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang Cina. Kaum Cina telah membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini.  Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali aman.

Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya. Negeri-Negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963.

Sebagai sebuah Kapal Ronda Generasi Baru, KD SELANGOR yang berkonsepkan fitted for but not with memberi kelebihan dalam peningkatan keupayaan peperangan apabila diperlukan. Sistem dan peralatan sedia ada boleh diintegrasikan tanpa melalui proses modifikasi yang kompleks. Ia diiktirafkan sebagai salah satu daripada best new corvettes in the world kerana mempunyai versatility dalam memenuhi keperluan strategik semasa dan akan datang.  Mengunakan sistem persenjataan STN Atlas Cosys 110-M1 dan senjata utama adalah meriam 76mm OTO MALARA serta meriam 30mm OTO BREDA.

KD SELANGOR direka bentuk sebagai sebuah kapal bestari iaitu kecanggihan peralatannya boleh dioperasi dengan jumlah krew yang minimum tetapi berupaya mengekalkan tahap dan tempoh operasi yang tinggi.  Warga pertama KD SELANGOR terdiri daripada 12 orang pegawai dan 58 anggota LLP.

Projek pembinaan Kapal Peronda Generasi baru (NGPV) KD SELANGOR dan proses pentauliahannya di dalam perkhidmatan TLDM pada 28 Dis 10 telah disempurnakan dengan penglibatan individu tertentu. Mereka yang terlibat ialah:

  • Yang Berbahagia Laksamana Datuk Abdul Aziz bin Hj Jaafar – Panglima Tentera Laut.
  • Kept Wan Kong Seng TLDM – Ketua Pengarah Pasukan Projek PV TLDM.
  • Kdr Mohd Samsuri bin Hj. Katemon TLDM – Pegawai Memerintah KD SELANGOR.
  • Boustead Naval Shipyard (BNS).

Sejak ditauliahkan, KD SELANGOR telah berjaya melaksanakan tugas dan peranannya dan membuktikan kemampuannya di dalam negara dan di arena antarabangsa dengan menjalani rutin Work Up dan selepas itu terlibat dengan Eksesais Malapura bersama Tentera Laut Republik Singapura dengan jayanya.

WARGA PERTAMA

BIL

NO. TEN

PANGKAT

NAMA

1.

N/402334

KDR TLDM

  MOHD SAMSURI BIN HJ. KATEMON

2.

N/403115

LT KDR TLDM

  MOHD EZAM BIN ABDUL RAHMAN

3.

N/403384

LT KDR TLDM

  KEE ING CHUNG

4.

N/403444

LT KDR TLDM

  MOHD KHAIRI BIN ABU BAKAR

5.

N/403204

LT TLDM

  AHMAD SANI BIN ZAKARIA

6.

N/403789

LT TLDM

  MOHD HAFIZ BIN MOHD AKHIR

7.

N/403753

LT TLDM

  MOHD ADZRIN BIN OMAR

8.

N/403653

LT TLDM

  SIRAAJ BIN RADHA

9.

N/403893

LT TLDM

  MOHD SHUAILI BIN OTHMAN

10.

N/403895

LT TLDM

  MOHAMAD SAFARI BIN MANSOR

11.

N/404146

LT TLDM

  MOHD FAIZUL BIN YAACOB

12.

N/404472

LT DYA TLDM

  MAHAYUDIN BIN ROSLI

13.

819151

PW II PBS (JGN)

  NOOR RIZAL BIN ZAKARIA

14.

821133

PW II TMK

  JUFRI BIN MISKAM

15.

818446

BK PAP

  ZAIRI BIN ABDUL HAMID

16.

818341

BK TLS

  YUSOFF BIN MAT AMIN

17.

819105

BK TLR

  AZIZI BIN MAHMUD

18.

819167

BK TLS

  ROHALIM BIN AHMAD

19.

819423

BK KMT

  MOHAMAD NOOR BIN MOHAMED GANI

20.

819564

BK TLR

  SOFJOWARDI BIN JOHARI

21.

820775

BK TLS

  NOREZZUDDIN SULFEHAN BIN ZAINAL ABIDIN

22.

820972

BK  TNL

  ROSLI BIN GHAZALI

23.

824769

BK TMM

  HISHAM BIN MAHAMAD ZAKI

24.

825162

BK TME (S)

  MOHD ANUAR BIN ABD RAZAK

25.

822350

BM JTP (HC)

  PANTAL AK NGANYUP

26.

823065

BM PNK

  MOHD YAMAM BIN HUSSIN

27.

826058

BM TME(P)

  SHAHRIZAL BIN ABD RAZAK

28.

824757

BM TMM

  ABDUL HALIM BIN ABDULLAH

29.

825141

BM TMM

  MOHD NAJIB BIN FADZIL

30.

825405

BM TME (S)

  SYAMSUL ZUBAIRI BIN SAAD

31.

827130

BM TME (P)

  RASHIDI BIN MAT SAUD

32.

820363

BM TLS

  MAZLAN BIN MD RAZI

33.

825186

BM TME (S)

  MOHD AZMAN BIN AZMI

34.

824897

BM TMM

  MASRIL SAFIZAM BIN MAD SAAD

35.

824513

BM TME (P)

  NIK HUSSIN BIN NIK HIM

36.

825268

BM TME (P)

  NIK MOHD AZIM BIN NIK ABD RAHMAN

37.

825701

BM TME (P)

  ISMAIL BIN HASSAN

38.

824986

BM TMM

  AHMAD FAIZAL BIN YAHYA

39.

825095

BM TMM

  MOHD KHAIRUDIN BIN HARON

40.

825523

BM TMM

  ELIYAS BIN TAIB

41.

826160

BM TMM

  MOHAMAD MUSTAKIM BIN MUSTAFA

42.

826188

BM TMM

  SHUKRAN BIN RAZAMAN

43.

826303

BM TMM

  JEFRI BIN MAT YASIN

44.

826341

BM TMM

  ABU SEMAN BIN AHMAD

45.

827208

BM TMM

  MOHD NORSHA IZUWAN BIN AWANG NOOR

46.

827256

BM TMM

  ROSLAN BIN SULAIMAN

47.

1117938

SJN (KKD)

  ZAINUDDIN BIN A. HAMID

48.

818627

BM BDI

  FADZIL ASRI BIN ZAMBRI

49.

817947

BM PWP

  SHOHANI BIN AHMAD

50.

820824

LK PWP

  KHAIRUL ANUAR BIN JAMALUDIN

51.

822444

LK PAP

  MOHAMAD ZUHDI BIN ABDUL RAHMAN

52.

823649

LK BDI

  ROSLEE BIN AHMAD RADZI

53.

823867

LK PAP

  SAYED FADLI BIN SAYED MOHAMAD

54.

826124

LK JTP

  MOHAMMAD FITRI BIN OTHMAN

55.

827576

LK TNL TNS(S)

  SHAIFUL AZMI BIN ISNIN

56.

826264

LK KOM(LTO)

  DARUL BARRY BIN NAWALI

57.

824457

LK KOM(LRO)

  IBRAHIM BIN RAMLI

58.

827945

LK  JTP

  MOHD SHAHRUL HASRY BIN MOHD HALIT

59.

828611

LK I PAP

  MOHD NAJIB BIN LEMAN

60.

828853

LK I PAP

  AHMAD SHAHRIL BIN SAIDIN

61.

831687

LK I PAP

  WAN SAIFUL BIN WAN YUSOFF

62.

831864

LK I KOM

  MUHD TAMIZI BIN HARUN

63.

825339

LK I BDI

  MOHD AZAM BIN OTHMAN

64.

832546

LK I KMT

  MOHD JEFRI BIN ISMAIL

65.

826235

LK I PWP

  MUHAMAD KHIR BIN ABD RAJAK @ ABU

66.

832818

LK I PAP

  MOHD SHAZME BIN MAT SAID

67.

832045

LK I KOM

  AHMAD HUZAIR BIN AHMAD MAZLAN

68.

833874

LK I PWP

  MUHAMMAD ASMADI BIN HASSAN

69.

834674

LK II BDI

  MUHAMAD NORHAMIZAN BIN ABD HAMID

70.

834639

LK II BDI

  MUHAMMAD SOFI BIN BASRI

 

SPESIFIKASI KAPAL

 

1.

  No Pennant 

  176

2.

  Nama Kapal

  KD SELANGOR

3.

  Tarikh Penamaan

  19 Mei 09

4.

  Tarikh Tauliah

  28 Dis 10

5.

  Panjang  

  91.1 meter

6.

  Lebar

  12.85 meter

7.

  Kedalaman

  3.4 meter

8.

  Sesaran

  1850 tan

9.

  Kelajuan Maksimum

  22 Knot

10.

  Jangka masa Pelayaran

  21 Hari

11.

  Enjin Utama

  2 x Caterpillar 3616

12.

  Janakuasa  

  4 x Caterpillar Engine 3412 With AVK   Alternator

13.

  Radar Pengesan Udara dan Permukaan

  TRS 3D Surveillance Radar

14.

  Radar Kawalan Penembakan

  Electro Optical DirectorTMEO, Fire Control RadarTMXEO, TDS (Target Designation   Sight)

15.

  Sistem Pengenalan Musuh

  Sceptre X ESM

16.

  Radar Navigasi

  Navigation Radar STN Atlas 9600 M ARPA

17.

  Sistem Kedudukan Global

  DGPS/GPS

18.

  Meriam

  76 MM MRG Oto Melara, Sceptre X ESM

19.

  Chaff

  Automatic Launching of Expendables (ALEX)

20.

  Saluting Guns

  60 mm Saluting Gun

 

 

PENERANGAN LOGO KAPAL

Pada amnya, lambang kapal menonjolkan kemasyhuran sebuah negeri dalam menentukan kedaulatan negara.

Keris Dan Lembing. Merupakan senjata utama yang digunakan semasa era kepahlawanan melayu pada masa dahulu.

Warna Biru Muda. Melambangkan suasana yang aman dan jalur berlekuk melintang biru putih melambangkan ombak laut yang sentiasa mencabar.

Mahkota Yang Bertulis Allah dan Muhammad. Tanda kesetiaan mempertahankan agama dan kedaulatan bangsa.

Lingkaran Tali. Menandakan ilmu kepelautan dan perpaduan.

Bunga Raya. Bunga Kebangsaan dan dilengkapkan dengan cogan kata Tentera Laut Diraja Malaysia ‘Sedia Berkorban’.

 

   SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

No. Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1.

N/402334

Kdr TLDM

  Mohd Samsuri bin Katemon

28 Mei 10

28 Nov 11

2.

N/402432

Kdr TLDM

  Azhar bin Baharum

29 Nov 11

20 Dis 12

3.

N/402485

Kdr TLDM

  Mohd Amin bin Mat Tahir

21 Dis 12

Sekarang

 

 

                              

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk

BERITA SEMASA

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Mari…

10-09-2013 Hits:134 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

  Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM        Pulau Indah, 9 Sep 13 – Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM telah menganjurkan satu majlis Morning Cofee.  Majlis...

Read more

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TAR…

01-08-2013 Hits:152 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)

  MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)          Pulau Indah, 31 Jul 13 – Satu majlis berbuka puasa telah diadakan bertempat di Dewan Makan...

Read more

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersam…

19-07-2013 Hits:196 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM     Kuala Lumpur, 18 Jul – Satu Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM Di antara Arkib...

Read more

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

11-07-2013 Hits:240 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

    ANM, 9 Jul - Satu temubual bersama Kept Anuar bin Hj Alias TLDM telah dilaksanakan di Studio Rakaman, Pusat Penyelidikan dan Audiovisual, Arkib Negara Malaysia bermula pada 8 Jul 13....

Read more

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Nega…

02-07-2013 Hits:202 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Negara Malaysia

       ANM, 28 Jun – Satu perbincangan akhir antara PUSMAS TLDM bersama ANM telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Menara Ilmu, ANM. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Azimah selaku Ketua Bahagian...

Read more

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSM…

27-06-2013 Hits:214 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSMAS TLDM

Delegasi MTU bergambar kenang-kenangan bersama pegawai PUSMAS TLDM   PULAU INDAH, 26 JUN 13 – Satu lawatan dilakukan oleh Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara ke PUSMAS TLDM. Lawatan ke PUSMAS TLDM...

Read more

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SI…

12-06-2013 Hits:146 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

          Pulau Indah, 10 Jun – Mesyuarat Staf telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, PUSMAS TLDM dipengerusikan oleh Pengarah iaitu Kept Mohd Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM. Tujuan mesyuarat...

Read more

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLD…

07-06-2013 Hits:161 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

       PULAU INDAH 6 Jun 13 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Hidrografi Nasional. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah...

Read more

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA…

03-06-2013 Hits:188 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

         KUALA LUMPUR, 28 Mei 13 – Satu Pra Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Warisan ANM. Mesyuarat...

Read more