Tuesday 30 June 2015

SKTLDM LUMUT

11 Mar 2013

SKTLDM LUMUT


SEJARAH AWAL


Stesen Komunikasi TLDM Lumut telah diasaskan pada tahun 1950-an di Woodlands. Pada awalnya ia dikenali sebagai Pusat Komunikasi Woodlands (PUSKOM). Sistem komunikasi pada waktu itu amat terbatas, ia hanya membantu tugas operasi Tentera Laut Malaya dan bergantung pada sistem komunikasi Tentera Laut Diraja British (RN).Tentera Laut Malaya yang hanya mempunyai PUSKOM di Woodlands dikendalikan oleh seorang Yeoman dan empat anggota signalman. Segala mesej diterima dan dihantar ke kapal melalui PUSKOM di Markas Pemerintahan Armada Timur Jauh British di Singapura.

 

KD MALAYA WOODLANDS, SINGAPORE


Pada tahun 1957 Tentera Laut Malaya mewujudkan litar Coastal Command Net (CCN) tersendiri yang beroperasi di bangunan tadbir KD MALAYA Woodlands. Apabila COMNAV WEST beroperasi maka litar CCN dan HOAN dioperasikan. Tahun 1960-an, semua mesej dipancarkan melalui RN Wireless Station KRANJI. Pada tahun 1971, PUSKOM TLDM mula beroperasi di bangunan sendiri di Woodlands. PUSKOM ini diberi nama RMNCCS dan berkeupayaan untuk menyediakan khidmat Broadcast Ship Shore CCN dan HOAN untuk perhubungan strategiknya antara pangkalan TLDM masih bergantung pada khidmat semboyan Tentera Darat.

Pada tahun 1983 perpindahan PUSKOM RMNCCS ke pangkalan TLDM Lumut telah menyaksikan penubuhan stesen Komunikasi TLDM yang baru iaitu SKTLDM Lumut, SKTLDM Parit, SKTLDM Sitiawan, SKTLDM Labuan, SKTLDM Kuala Lumpur dan SKTLDM Kuantan. TLDM menggunakan sistemnya sendiri iaitu AMSS bagi menghubungi ketiga – tiga formasi TLDM di Lumut, Kuantan dan Labuan pada tahun 1998.

Anggota Semboyan Menghantar Message Menggunakan Morse Key


Morse Key
 

FUNGSI DAN PERANAN
Dalam mendukung wawasan yang telah diamanahkan, keupayaan sistem komunikasi TLDM khasnya, SKTLDM Lumut berperanan menyediakan saluran komunikasi yang berterusan untuk aset-aset dan unit di bawah naungan demi mendukung sistem pemerintahan dan kawalan dengan tugas-tugas seperti berikut:

  • Komunikasi antara Pangkalan Utama TLDM.
  • Komunikasi antara pangkalan dengan kapal dan sebaliknya.
  • Komunikasi antara TLDM dengan TD dan TUDM.
  • Komunikasi antara TLDM dengan tentera laut negara sahabat di dalam operasi dan latihan bersama.
  • Komunikasi antara TLDM dengan agensi kerajaan lain apabila diperlukan.

 

MISI
Menyediakan saluran dan perkhidmatan komunikasi yang efisien dan efektif untuk TLDM.

VISI
Sebuah Stesen Komunikasi Angkatan Tentera berkomputer dan beroperasi secara automatik sepenuhnya.
 


PENERANGAN LOGO

 

Sauh. Simbol bagi melambangkan ciri-ciri tentera laut.
Burung. Melambangkan komunikasi.
Global. Melambangkan komunikasi yang meluas di persada dunia.

PENCAPAIAN DAN KECEMERLANGAN

  • Memenangi Anugerah Kualiti Kementerian Pertahanan Kategori Sumber Manusia pada tahun 2009.
  • Memenangi Anugerah Mencipta Tema Hari Kualiti Peringkat Markas Armada pada tahun 2009.
  • Johan Bola Sepak Piala Panglima Armada pada tahun 2009.

 

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAHA

Siri

No. Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

1.

N/400150

Kdr TLDM

Razali bin Mohamad Nor

1 Ogos 83

27 April 84

2.

N/400348

Kdr TLDM

Goh Tok Woo

28 April 84

27 Jun 89

3.

N/400313

Kdr TLDM

Che Ismail bin Che Ahmad

28 Jun 89

14 Feb 92

4.

N/401008

Kdr TLDM

Naimudin bin Hj Subari

15 Feb 92

28 Okt 94

5.

N/401173

Kdr TLDM

Basiron bin Hj Mohd Noh

29 Okt 94

2 Feb 97

6.

N/401236

Kdr TLDM

Khairul Yusni bin Mohd Yusof

3 Feb 97

28 Sep 97

7.

N/401597

Lt Kdr TLDM

Wan Zulkifli bin Wan Hassan

29 Sep 97

25 Jan 98

8.

N/401385

Lt Kdr TLDM

Mohd Amir bin Hj Hamzah

26 Jan 98

17 Nov 99

9.

N/401050

Kdr TLDM

Ng Teng Chai

18 Nov 99

31 Mac 2000

10.

N/402106

Lt Kdr TLDM

Ramlan bin Sidek

1 Apr 2000

26 Jun 2000

11.

N/401355

Kdr TLDM

Ahmad Karib bin Hj Ibrahim

27 Jun 2000

23 Jun 02

12.

N/401374

Kdr TLDM

Mohd Halim bin Hj Maulud

24 Jun 02

30 Dis 05

13.

N/401310

Kdr TLDM

Abdul Malik bin Hj Khamis

14 Jan 05

4 Jun 06

14.

N/401897

Kdr TLDM

Jamel bin Abd Rahman

5 Jun 06

5 Nov 06

15.

N/401571

Kdr TLDM

Che Adhanan bin Awang

6 Nov 06

2 Nov 08

16.

N/402766

Lt TLDM

Mohd Isa bin Ab. Rahman

3 Nov 08

15 Mac 09

17.

N/402285

Kdr TLDM

Hasfa Edi Adra bin Kassim

16 Mac 09

10 Jan 10

18.

N/402432

Kdr TLDM

Azhar bin Baharum

11 Jan 10

30 Nov 11

19.

N/404555

Lt TLDM

Mahathevan a/l P. Muniandy

1 Dis 11

20 Dis 11

20.

N/402680

Kdr TLDM

Mohd Zaidi bin Ibrahim

21 Dis 11

22 Jan 13

21.

N/402797

P/Kdr TLDM

Jalaludin bin Yusof

23 Jan 13

Sekarang

 

 

 

 

KD SRI MEDINI

15 Jan 2013

 

KD SRI MEDINI

SEJARAH AWAL

KD SRI MEDINI merupakan sebuah pangkalan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) terletak di Kem Tebrau. Penubuhan KD SRI MEDINI merupakan idea yang diilhamkan oleh seorang pegawai simpanan sukarela TLDM, Lt Kdr (B) Abdul Rahman bin Golap PSSTLDM.

Beliau telah mengutarakan beberapa sebab kepada Kebawah DYMM Sultan Johor bagi menubuhkan sebuah pangkalan di bahagian selatan tanah air antaranya adalah baginda sendiri merupakan Kepten Kehormat TLDM ketika itu dan baginda layak mendapatkan sebuah unit TLDM. Selain itu, di selatan tanah air tidak mempunyai pangkalan TLDM bagi mempertahankan perairan kawasan tersebut. Penubuhan unit ini telah diperkenankan oleh Sultan Johor ketika itu Al-Marhum DYMM Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim. Surat permohonan ditulis oleh Setiausaha Sulit Baginda bertarikh 20 Jul 67 kepada Tan Sri A. Kadir bin Samsudin, Setiausaha Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia. Nama KD SRI MEDINI diambil sempena nama Medini iaitu sebuah Negeri Johor Tua.

Lt Kdr (B) Abdul Rahman bin Golap telah mengutarakan beberapa sebab kepada Kebawah DYMM Sultan Johor bagi menubuhkan sebuah pangkalan di bahagian selatan tanah air antaranya adalah kerana baginda sendiri merupakan Kepten Kehormat Tentera Laut Diraja Malaysia ketika itu dan baginda layak mendapatkan sebuah unit. Selain itu, di bahagian selatan tanah air tidak mempunyai pangkalan TLDM bagi mempertahankan perairan kawasan tersebut. Atas alasan tersebut akhirnya Baginda memperkenankan permohonan beliau.

Lt Muda Sani, Lt Muda Nah Sin Jin, Lt Mohamed Ain bin Hj. Mansor, Lt P.C. Cornelius (Dibelakang Piala) Al-Marhum DYMM Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Lt Muda Sapun bin Samsudin, Lt Muda Seow. (Kumpulan Pertama Pegawai dan Laskar KD SRI MEDINI Tahun 1968.

PENUBUHAN DAN PENTAULIAHAN

KD SRI MEDINI telah ditubuhkan pada 20 Apr 68 di sebuah rumah kayu yang merupakan bekas gereja kecil dalam kawasan Kem Majidee, Johor Bahru. Namun penubuhan KD SRI MEDINI dalam Kem Majidee dilihat tidak begitu praktikal kerana Kem Majidee merupakan sebuah Kem Tentera Darat. Oleh yang demikian, pangkalan tersebut dipindahkan pula ke Kem Tebrau, Johor Bahru pada 10 Dis 71. Pangkalan yang kini berada di Kem Tebrau hanyalah buat sementara waktu sahaja kerana lokasi tersebut amat tidak strategik sebagai sebuah pangkalan TLDM. Justeru, satu pangkalan tetap KD SRI MEDINI bakal dibina berhampiran Sungai Lunchoo, Johor Bahru. KD SRI MEDINI telah ditauliahkan pada 8 Okt 76, lima tahun selepas berpindah dari Kem Majidee.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Pertama Dato’ K, Thanabalasingam berucap ketika membuat lawatan sempena audit pengurusan di KD SRI MEDINI.

 

Laksamana Pertama Dato’ K. Thanabalasingam menerima tabik hormat daripada platun perbarisan yang diketuai oleh Lt Muda Sapun bin Samsuddin PSSTLDM.

 

FUNGSI DAN PERANAN

  • Sebuah pusat latihan untuk anggota-anggota PSSTLDMdi sekitar Johor.
  • Melatih anggota-anggota PSSTLDM yang terdiri daripada pegawai dan anggota mengikut kepakaran masing-masing serta menyediakan ujian dan latihan lanjutan serta ujian kenaikan pangkat.
  • Melaksanakan latihan kawad, latihan jasmani, bersukan, menembak, belayar, berakit, perkhemahan tahunan, ekspedisi dan aktiviti luar juga telah dilaksanakan pada setiap tahun.

MISI

Mendidik, melatih dan membentuk anggota simpanan yang mantap dan menepati kehendak pasukan simpanan TLDM.

VISI

Melahirkan anggota simpanan yang cekap, berkebolehan dan berkeupayaan.

 

Pintu Masuk KD SRI MEDINI

LATIHAN

Latihan Perajurit Muda. Setiap anggota PSSTLDM perlu menjalani latihan Rekrut selama 14 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Laskar Muda.

Latihan Tempatan. Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota PSSTLDM. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu. Tempoh latihan ialah antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 380 jam setahun.

Latihan Berterusan. Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam.

Latihan Tahunan. Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.

Latihan Anggota Pakar. Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan tahunan selama 15 hari setahun.

PENERANGAN LOGO

Mahkota. Mempunyai perkataan Allah dan Muhammad sebagai tanda kesetiaan mempertahankan agama dan kedaulatan negara.

Perisai Putih. Melambangkan negeri Johor. Perisai putih berbulan sabit dan bintang di tengah-tengah adalah lambang rasmi bagi kerajaan negeri Johor Darul Takzim.

Sauh biru. Menunjukkan bahawa kecekalan dan ketabahan setiap anggota untuk memikul tanggungjawab dan tugas sebagai seorang anggota simpanan TLDM.

Latar belakang biru. Menunjukkan kesemua pegawai dan anggota unit bersatu hati dalam menempuh setiap dugaan dan cabaran.

Lingkaran tali. Menunjukkan suatu ikatan kerjasama yang kuat terjalin di kalangan pegawai dan anggota KD SRI MEDINI

Bunga Raya. Bunga kebangsaan Malaysia.

SENARAI PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

No

Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1.

NV/60307

Lt Kdr PSSTLDM

Sapun bin Samsuddin

1979

1986

2.

NV/60375

Lt Kdr PSSTLDM

Abdul Rahman bin Golap

1986

1989

3.

NV/61944

Lt Kdr PSSTLDM

Shafiee bin Hj Hashim

1989

1992

4.

NV/60952

Lt Kdr PSSTLDM

Che Nyan bin Husain

1992

1997

5.

NV/60358

Kdr PSSTLDM

Hj Mohd Shah bin Hj Bujang

1997

6 Jun 2000

6.

NV/64919

Kdr PSSTLDM

Dato’ Prof Ir Dr Alias bin Mohd Noor

1 Feb 2000

31 Mac 2008

7.

NV/64919

Kept PSSTLDM

Dato’ Prof Ir Dr Alias bin Mohd Noor

1 Apr 2008

Sekarang

 

Surat Permohonan Penubuhan KD SRI MEDINI

 

 

 

KD GANAS

28 Nov 2012

 

KD GANAS

SEJARAH AWAL

KD GANAS sebuah kapal dari Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Pertama bagi TLDM. Skuadron ini terdiri daripada empat buah kapal iaitu KD PERDANA, KD SERANG, KD GANAS dan KD GANYANG. Kontrak pembinaan kapal telah dianugerahkan kepada firma Constructions Mechanique de Normandie (CMN), Cherbourgh, Perancis pada tahun 1970. Kapal ini dikenali sebagai Kelas PERDANAyang dilengkapi dengan sistem peluru berpandu EXOCET MM 38.

PENAMAAN, PELANCARAN DAN PENTAULIAHAN

Nama kapal dari Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Pertama dinamakan dengan perkataan merujuk kepada ketangkasan kapal-kapal dari skuadron terbabit iaitu KD GANAS. Kapal-kapal dari skuadron ini telah meletakkan keupayaan Armada TLDM digeruni di rantau Asia Tenggara. KD GANAS pula menggambarkan keupayaan kapal untuk membinasakan aset pasukan musuh yang cuba untuk menceroboh perairan negara dengan menggunakan strategi hit and run. Justeru itu, penamaan kapal dengan KD GANAS dilihat sangat bersesuaian memandangkan kapal merupakan flotilla serang yang memiliki keupayaan misil permukaan ke permukaan. KD GANAS telah ditauliahkan pada 20 Mac 73.

Pelancaran Kapal

Upacara Pelancaran Kapal

SPESIFIKASI KAPAL

Siri

Perkara

Penerangan

(a)

(b)

(c)

1.

  Nama

  KD GANAS

2.

  No. Pennant

  3503

3.

  Tarikh Tauliah

  20 Mac 73

4.

  Panjang

  47 m

5.

  Lebar

  7 m

6.

  Kedalaman

  3.9 m

7.

  Sesaran

  234 tan

8.

  Kelajuan Maksimum

  36.5 Knot

9.

  Krew

  36 (4 Pegawai)

10.

  Radar Navigasi

  KH 1007

11.

  Enjin

  4 x MTU MB 870 Diesel

12.

  Janakuasa

  Mercedes-Benz OM 355/916

13.

  Sistem Persenjataan

   a. Thomson CSF TH-D 1040 Triton
   b. Thomson CSF Pollux

14.

  Meriam

  Bofors 57mm dan 40/70mm

 

FUNGSI DAN PERANAN

  • Melakukan rondaan di kawasan Zon Ekonomi Esklusif (ZEE) dan mampu melindungi serta menjaga kepentingan aset ekonomi negara.
  • Melaksanakan operasi serangan ke atas angkatan musuh dengan menggunakan konsep hit and run.
  • Sebuah unit elit sama ada dalam operasi berbentuk ofensif atau defensif.
  • Sebagai kapal pengiring konvoi dan memastikan keselamatan kapal yang diiring mencapai matlamat.
  • Penglibatan dalam operasi mencari dan menyelamat apabila diperlukan.
  • Penglibatan di dalam pelbagai siri latihan sama ada yang dikendalikan markas formasi atau negara luar.
  • Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang maritim yang diamanahkan kepada TLDM.
  • Terlibat dalam operasi seperti OP BENUA SENTOSA, Op PASIR., Op SINAR SAKTI.dan Op BETING PATINGGI ALI.

MISI

Sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas dengan efektif dan efisien.

VISI

Menjadi sebuah kapal pembinasa laju (misil) pertama yang digeruni dan dihormati di rantau Asia.

STATUS TERKINI

Pada tahun 2004, satu kajian yang dilaksanakan mendapati KD GANAS wajar diturunkan taraf kepada Kapal Ronda Laju. Kertas kerja tersebut telah diluluskan pada tahun 2006 dan KD GANAS berserta KD SERANG telah dikeluarkan daripada Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Pertama. Kedua-dua kapal telah diserapkan ke dalam Skuadron Kapal Ronda Laju Ke-6 bersama-sama KD PAUS, KD JERONG, KD TODAK, KD BAUNG, KD PARI, dan KD YU. Pada 28 Jul 07 KD GANAS telah diletakkan di bawah pemerintahan Markas Wilayah Laut 2.

PENERANGAN LOGO

Kala Jengking. Ikon utama kepada unit ini kerana sifatnya yang cukup berbisa untuk mengancam musuh yang lebih besar.

Misil. Misil yang dapat dilihat di bawah kala jengking melambang keupayaan bertempur kapal.

Mahkota. Mempunyai perkataan Allah dan Muhammad sebagai tanda kesetiaan mempertahankan agama dan kedaulatan negara.

Tali berkembar. Melambangkan semangat kerjasama yang kuat antara warga kapal bagi menghasilkan mutu kerja dan semangat berpasukan dalam satu unit.

Bunga Raya. Bunga Kebangsaan dan dilengkapkan dengan cogan kata Tentera Laut Diraja Malaysia ‘Sedia Berkorban’.

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

No Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1.

N/400179

Kdr TLDM

Muhammad Yasin bin Hj Salleh

21 Mac 75

10 Jun 77

2.

N/400205

Mejar (L)

  Udin bin Hj. Ujud

10 Feb 78

31 Jul 79

3.

N/400398

P/Lt Kdr TLDM

  Ilyas bin Hj. Din

21 Jul 80

28 Dis 80

4.

N/400438

P/Lt Kdr TLDM

  Abd Rashid bin Md Isa

29 Dis 80

17 Jul 83

5.

N/401048

P/Lt Kdr TLDM

  Hj Abdul Razak bin Yusof

18 Jul 83

1 Jan 85

6.

N/400493

Lt Kdr TLDM

  Radzi bin Yahya

2 Jan 85

21 Dis 86

7.

N/401078

Lt Kdr TLDM

  Subramaniam a/l Raman

16 Dis 86

10 Apr 89

8.

N/401283

Lt Kdr TLDM

  Eui Lin Choon

10 Apr 89

25 Dis 89

9.

N/401202

Lt Kdr TLDM

  Raja Mohamed bin Mustafa

14 Dis 89

11 Dis 91

10.

N/401252

Lt Kdr TLDM

  Karunanithi a/l Munusamy

12 Dis 91

17 Nov 94

11.

N/401287

Lt Kdr TLDM

  Johari bin Ramzan

18 Nov 94

09 Apr 95

12.

N/401233

Lt TLDM

  Mohd Ghazi bin Ismail

29 Mei 95

19 Okt 95

13.

N/401317

Lt Kdr TLDM

  Yusof bin Ali

20 Okt 95

8 Jan 98

14.

N/401339

Lt Kdr TLDM

  Kay Hai Thuan

23 Jan 98

29 Dis 99

15.

N/401748

Lt Kdr TLDM

  Abdul Hamid bin Kamaruddin

30 Dis 99

20 Nov 01

16.

N/401915

Lt Kdr TLDM

  Roslan bin Othman

21 Nov 01

1 Sep 02

17.

N/402355

Lt Kdr TLDM

  Harisundar a/l Rajoo

20 Ogos 02

17 Apr 03

18.

N/401962

Lt Kdr TLDM

  Hamid bin Hj Mohd Amin

18 Apr 03

3 Feb 04

19.

N/402052

Lt Kdr TLDM

  Mohd Izzudin bin Hj Ahmad

4 Feb 04

18 Ogos 04

20.

N/403162

Lt TLDM

Mohd Husyairi bin Mohd Ramli

19 Ogos 04

23 Feb 05

21.

N/402929

Lt TLDM

  Mohammad Nizar bin Abdul

24 Feb 05

20 Apr 05

22.

N/403116

Lt TLDM

  Mohd Hadza bin Mat

20 Apr 05

21 Nov 06

23.

N/402664

Lt Kdr TLDM

  Mohd Zailani bin Mohd Nor

22 Nov 06

8 Jan 08

24.

N/402901

Lt Kdr TLDM

  Mohd Fauzi bin Zainol

9 Jan 08

20 Mei 09

25.

N/402567

Lt Kdr TLDM

Raja Norazman bin Mohd Sharif

21 Mei 09

2 Nov 11

26.

N/403193

Lt Kdr TLDM

  Sugenderan a/l Nagalan

3 Nov 11

8 Jul 12

27.

N/403440

Lt Kdr TLDM

Mohd Kamal Irfan bin Hassan Sabri

9 Jul 12

Sekarang

 

 

 

KD RAJAWALI

19 Dec 2012

 

 

KD RAJAWALI

SEJARAH AWAL

Penubuhan Unit Udara TLDM (UUT) telah diilhamkan oleh YBhg Laksamana Madya Tan Sri Abdul Wahab bin Haji Nawi ketika beliau memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Laut. Pembangunan UUT telah bermula pada tahun 1985 apabila kumpulan pertama juruterbang TLDM seramai tiga belas (13) orang dihantar untuk menjalani latihan penerbangan di Pusat Latihan Terbang III TUDM Kluang. Seramai sembilan (9) daripada pelatih juruterbang TLDM tersebut telah layak dianugerahkan sayap penerbangan pada Jun 1986.

Seterusnya pada tahun 1987 TLDM telah membeli enam (6) buah pesawat terpakai jenis Westland WASP Helicopter Anti Submarine (HAS) Mk 1 dari Tentera Laut Diraja British. Sejurus dengan pembelian helikopter WASP tersebut, UUT memulakan operasinya di limbungan TLDM pada April 1988 dengan menubuhkan Skuadron 499. Nama Skuadron 499 diambil sempena nombor perkhidmatan Laksamana Madya Tan Sri Abdul Wahab Bin Haji Nawi. Sejajar dengan penubuhan skuadron ini, UUT telah membantu meningkatkan keupayaan TLDM beroperasi terutama sekali dalam aktiviti peperangan maritim. Ini dibuktikan melalui penglibatan di dalam pelbagai latihan intra TLDM dan latihan gabungan dengan tentera laut negara asing yang kerap diadakan.

 

Pada 11 Mei 90, UUT telah mengorak langkah setapak lagi apabila ditauliahkan oleh Panglima Tentera Laut ketika itu YBhg Laksamana Madya Tan Sri Abdul Wahab bin Nawi. Berlanjutan dengan pentauliahan ini, UUT telah diberi nama baru iaitu KD RAJAWALI dengan mengambil sempena nama burung Rajawali. Sejak ditubuhkan, KD RAJAWALI telah diterajui dengan beberapa pegawai memerintah sehingga kini.

Sepanjang perkhidmatan helikopter WASP di dalam TLDM, KD RAJAWALI telah banyak terlibat di dalam tugas operasi dan eksesais di samping memberi bantuan kemanusiaan kepada agensi luar. Ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan keupayaan TLDM. Perkhidmatan helikopter WASP telah ditamatkan pada bulan Disember 2001 disebabkan keadaannya yang uzur, ditambah pula dengan kos senggaraan dan alatganti yang sangat tinggi.

Setelah perkhidmatan helikopter jenis WASP ditamatkan, TLDM berusaha untuk mendapatkan helikopter baru. Namun proses perolehan agak lambat dan TLDM telah menyewa dua (2) buah helikopter jenis ECUREUIL dari Malaysian Helikopter Services Aviation Sdn Bhd selama dua (2) tahun untuk menampung keperluan operasi dan kesinambungan latihan para pegawai dan LLP yang terlibat terutamanya juruterbang serta juruteknik. Pada 3 Sep 99 TLDM telah memperolehi enam (6) buah helikopter jenis Super Lynx buatan Westland Helikopter Limited dari United Kingdom. Pada 13 Okt 01, TLDM menambah lagi aset penerbanganya dengan memperolehi enam (6) buah lagi helikopter jenis Fennec buatan Eurocopter.

Helikopter Super Lynx pertama tiba di KD RAJAWALI pada Julai 2003, manakala helikopter Fennec pula pada April 2004. Dengan kehadiran kedua-dua jenis helikopter ini di dalam inventori TLDM, maka wujudlah Skuadron 501 untuk helikopter SUPER LYNX dan Skuadron 502 untuk helikopter FENNEC. Penubuhan kedua-dua Skuadron ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 9 Ogos 04 yang merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan pada ketika itu. Setelah penubuhan Skuadron 501 dan 502, pengurusan ketiga-tiga unit turut diubah bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Skuadron 501 dan 502 telah ditugaskan untuk menjadi unit operasi dan latihan penerbangan manakala peranan KD RAJAWALI pula ditukar sebagai pasukan bantuan kepada kedua-dua skuadron tersebut. Ketiga-tiga unit ini bernaung di bawah CUT. Pada 7 Apr 06, satu lagi sejarah tercipta apabila penubuhan Markas Udara TLDM telah dirasmikan oleh YAB Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 MISI DAN VISI

MISI

Melaksanakan semua tugasan bantuan operasi di masa aman dan perang secara terancang dengan berkesan.

VISI

Menjadi sebuah skuadron yang berkualiti. Cemerlang dari segi aspek operasi, pentadbiran dan kesukanan dengan mempamerkan keupayaan bantuan yang kredibel dan semangat juang yang kental.

 

 

FUNGSI KD RAJAWALI

Sebuah stesen udara TLDM yang menyalurkan khidmat pentadbiran dan keperluan operasi penerbangan TLDM kepada skuadron penerbangan. Unit ini turut menentukan semua peralatan penerbangan untuk juruterbang dan krew udara disediakan secukupnya.

Bagi mendokong misi TLDM, KD RAJAWALI diberikan peranan untuk memberi bantuan logistik dan kejuruteraan kepada skuadron operasi yang berada di bawah naungan CUT. Antara peranan KD RAJAWALI adalah:

a. Khidmat sokongan dan bantuan pembaikan pesawat.

b. Fasilitas operasi.

c. Bantuan material.

d. Kawalan Trafik Udara.

e. Menjalankan fungsi pentadbiran.

f. Aerodome Service.

Ia juga akan memastikan peralatan Ground Support Equipment (GSE) yang diperlukan untuk mendokong pengoperasian helikopter kedua-dua Skuadron 501 dan 502 disenggara dengan baik dan sentiasa berada di dalam keadaan siapsiaga. Pembelian alat ganti dan pembaikan luar juga diuruskan oleh unit ini.

DATA PESAWAT WASP HAS MK 1


  • No Pennant:

499

  • Diameter rotor:

9.83m

  • Panjang:

12.29m

  • Berat maksimum:

2,495kg

  • Halaju maksimum:

193km/j

 

  • Kuasa:

 

1,050shp/783kW
Rolls-Royce Nimbus 103 turboshaft

  • Ruang kabin:

Juruterbang + 4

 

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH 

Siri

No

Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1.

370075

Mej TUDM

  Abdullah bin Hamzah

 

 

2.

370594

Mej TUDM

  Mazlan bin Abas

 

 

3.

N/401319

Lt Kdr TLDM

Mohamad Yunan bin Abu Bakar

18 Dis 89

12 Nov 93

4.

N/401360

Lt Kdr TLDM

  William Foo Yap Seng

3 Jan 94

29 Dis 96

5.

N/401495

Lt Kdr TLDM

  Yeow Ho Siong

30 Dis 96

30 Sep 01

6.

N/401993

Lt Kdr TLDM

  Mohd Sabri bin Baharom

1 Okt 01

4 Dis 01

7.

N/401427

Kdr TLDM

  Alias bin Baharuddin

21 Jan 03

13 Jun 04

8.

N/401884

Kdr TLDM

  Yusri bin Abdul Rahman

19 Jun 06

9 Jun 10

9.

N/402419

Kdr TLDM

  Ajazi bin Jamaluddin

10 Jun 10

3 Mac 11

10.

N/402619

Kdr TLDM

  Shaftdean Lufty bin Rusland

4 Mac 11

Sekarang

 

 

 

 

KTD PENYU

05 Nov 2012

KTD PENYU

Sejarah AWAL

KTD PENYU merupakan salah satu aset TLDM yang banyak membantu dalam operasi-operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). la dibina pada tahun 1976 di Selco Shipyard (PTE) Jurong, Singapura dan ditauliahkan di dalam perkhidmatan TLDM pada tahun 1979. Sebelum ditauliahkan, KTD PENYU dikenali dengan nama Salvigillant. Pada awal pentauliahannya, KTD PENYU termasuk di dalam skuadron Bot Tunda Diraja yang terdiri daripada BTD SOTONG, BTD KEPAH, BTD KETAM, BTD TERITIP, BTD BELAWKAS, BTD KEMPONG, BTD SELAR dan BTD TEPURUK. Tugasan utama KTD PENYU pada mulanya terhad untuk membantu kapal-kapal besar berhimpit di Tambatan Pangkalan Lumut (TPL), memberi bantuan minyak dan air kepada kapal-kapal TLDM yang belayar berhampiran kawasan Lumut. Selain itu, kapal ini juga bertanggungjawab menunda kapal-kapal TLDM yang mengalami kerosakan di laut untuk pulang ke TPL.

 

Kapal Salvigillant Sebelum Ditauliahkan

Inventori TLDM buat masa itu, hanya 3 buah Kapal Tunda Diraja dari jenis Tunda Penyelamat (Ocean Tug) iaitu KTD PENYU, KTD SOTONG dan KTD KEPAH serta 1 bot tunda dari jenis tunda pelabuhan (Harbour Tug). Bersesuaian dengan tugas sebagai penunda, aset-aset ini telah ditugaskan memberi bantuan kepada kapal-kapal besar semasa berhimpit dan keluar dari jeti. Kapal ini juga, melaksanakan tugas tambahan seperti penundaan sasaran penembakan permukaan, pelantar bagi latihan dan kerja-kerja penyelaman, penabur periuk api, oseanografi dan melaksanakan rondaan.

Berikutan pelucutan tauliah KD PERANTAU yang lama pada 2 Okt 90, KTD PENYU telah diubahsuai dan ditugaskan sebagai kapal hidrografi bagi membantu tugas-tugas KD MUTIARA dalam kerja-kerja pengukuran kedalaman laut. KTD PENYU berfungsi sebagai sebuah kapal hidrografi sementara menunggu penggantian KD PERANTAU. Bantuan KTD PENYU tidak diperlukan lagi dengan pentauliahan KD PERANTAU yang baru pada 12 Okt 98.

Pada masa yang sama, KD DUYONG dilucutkan tauliah kerana dianggap tidak ekonomi untuk dioperasikan. Oleh itu, untuk menampung keperluan tender selam sementara waktu, kajian telah dilakukan ke atas KTD PENYU bagi menentukan kesesuaiannya sebagai tender selam dan didapati sesuai. Setelah beberapa pengubahsuaian dilakukan dan peralatan-peralatan yang sewajarnya diperolehi, KTD PENYU berupaya melaksanakan fungsi dan tugas baru sebagai tender selam Sebagai tender selam, KTD PENYU mendukung dan melaksanakan tugas-tugas penyelaman sama ada di laut, mahupun pelabuhan. Tugas-tugas KTD PENYU ketika itu adalah melaksanakan operasi menyelam air dalam dengan menggunakan teknik dan peralatan open bell diving sehingga ke kedalaman 90 meter. Kapal juga turut membantu dalam melaksanakan tugas menyelamat dan salvage bawah permukaan air untuk kapal, kapal selam dan pesawat terbang selain melaksanakan operasi menyelam air cetek dan bertindak sebagai kapal latihan selam.

Seterusnya apabila khidmat tender selamdiambil alih oleh Kapal MV SETIA CEKAL yang disewa khas oleh TLDM, tugas KTD PENYU lebih banyak tertumpu pada operasi menunda sasaran samada surface target barge atau hi-star untuk tujuan latihan penembakan kapal-kapal TLDM.

 

 

SPESIFIKASI KAPAL

Siri

Perkara

Penerangan

(a)

(b)

(c)

1.

  Nama Kapal

  KTD PENYU

2.

  No Pennant

  4

3.

  Panggilan Antarabangsa

  9MOA

4.

  Tahun Ditauliahkan

  1979

5.

  Panjang

  36.0 m

6.

  Lebar

  8.84 m

7.

  Kedalaman

  4.8 m

8.

  Sesaran

  467.62 tan

9.

  Muatan Minyak (Diesel)

  270000 Liter

10.

  Muatan Air

  70000 Liter

11.

  Kelajuan Maksimum

  8 Knot

12.

  Krew

  24 (5 Pegawai)

 

FUNGSI DAN PERANAN

  • Berfungsi sebagai Tow Target Vessel (TTV), iaitu menunda sasaran seperti Hi-Star dan Surface Target Barge sewaktu latihan penembakan sasaran permukaan dijalankan.
  • Membekalkan keperluan minyak diesel kepada kapal yang memerlukan minyak.
  • Mengambil minyak diesel dari kapal yang memerlukan minyak dikeluarkan.
  • Kapal juga boleh membekalkan air kepada kapal lain tetapi terhad kepada kapal yang bersauh berhampiran jeti kerana tiada ruang yang besar yang disediakan untuk menyimpan air di kapal.
  • Memberi bantuan memadamkan api sekiranya kapal lain mengalami kebakaran dengan menggunakan fire monitor yang terdapat di kapal.
  • Melakukan rondaan di laut serta terlibat dengan Ops Pejarak apabila diarahkan oleh Pusat Operasi Markas ArmadaMenghantar anggota tentera darat yang bertugas di Pulau Jarak dan Pulau Perak.
  • Menghantar bekalan logistik dan tong minyak diesel ke Pulau Jarak dan Pulau Perak.

 

Penugasan menunda STB semasa Eks Taming Sari 2011

 

Kerja-Kerja Menimbulkan Bot Nelayan Indonesia Yang Karam Di Perairan Pulau Pangkor

 

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH 

 

   Siri

    No Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(d)

1.

N/401594

Lt TLDM

  Sahak bin Omar

24 Sep 90

22 Apr 92

2.

N/401853

Lt TLDM

  Zulkifli bin Ibrahim

23 Apr 92

30 Dis 92

3.

N/401891

Lt TLDM

  Lim Kiew Tian

1 Jan 93

9 Jun 93

4.

N/401918

Lt TLDM

  Zaaim bin Hassan

10 Jun 93

24 Okt 95

5.

N/402155

Lt Kdr TLDM

  Mohd Isnin bin Ismail @ Ibrahim Khan

20 Okt 98

2 Nov 2000

6.

N/402298 

Lt Kdr TLDM

  Abdul Hadi Tan bin Abdullah

23 Okt 2000

1 Apr 02

7.

N/402454

Lt Kdr TLDM

  Ramli bin Samsudin

8 Apr 02

1 Jan 03

8.

N/402566

Lt Kdr TLDM

  Muhammad Zaidi bin Abdul Hamid

9 Jan 03

6 Jun 04

9.

N/402261

Lt Kdr TLDM

  Zaharuddin bin Haji Mohd Maideen

14 Jun 04

07 Mei 06

10.

N/402837

Lt Kdr TLDM

  Mohamad Zaid bin Sapii

28 Apr 06

01 Jun 06

11.

N/402425

Lt Kdr TLDM

  Ramli bin Johari

2 Jun 06

15 Nov 07

12.

N/403037

Lt TLDM

  Mahadziar bin Mat Lim

16 Nov 07

18 Jun 08

13.

N/403036

Lt Kdr TLDM

  Mohd Nizam bin Abdul Mokte

19 Jun 08

14 Mac 10

14.

N/403162

Lt Kdr TLDM

  Mohd Husyairi bin Hj Mohd Ramli

15 Mac 10

24 Mei 12

          15.

         N/403529

Lt TLDM

  Rusmanizam bin Ismail

25 Mei 12

Sekarang

     

  

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk

BERITA SEMASA

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Mari…

10-09-2013 Hits:163 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

  Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM        Pulau Indah, 9 Sep 13 – Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM telah menganjurkan satu majlis Morning Cofee.  Majlis...

Read more

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TAR…

01-08-2013 Hits:171 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)

  MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)          Pulau Indah, 31 Jul 13 – Satu majlis berbuka puasa telah diadakan bertempat di Dewan Makan...

Read more

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersam…

19-07-2013 Hits:221 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM     Kuala Lumpur, 18 Jul – Satu Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM Di antara Arkib...

Read more

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

11-07-2013 Hits:266 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

    ANM, 9 Jul - Satu temubual bersama Kept Anuar bin Hj Alias TLDM telah dilaksanakan di Studio Rakaman, Pusat Penyelidikan dan Audiovisual, Arkib Negara Malaysia bermula pada 8 Jul 13....

Read more

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Nega…

02-07-2013 Hits:220 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Negara Malaysia

       ANM, 28 Jun – Satu perbincangan akhir antara PUSMAS TLDM bersama ANM telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Menara Ilmu, ANM. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Azimah selaku Ketua Bahagian...

Read more

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSM…

27-06-2013 Hits:240 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSMAS TLDM

Delegasi MTU bergambar kenang-kenangan bersama pegawai PUSMAS TLDM   PULAU INDAH, 26 JUN 13 – Satu lawatan dilakukan oleh Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara ke PUSMAS TLDM. Lawatan ke PUSMAS TLDM...

Read more

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SI…

12-06-2013 Hits:166 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

          Pulau Indah, 10 Jun – Mesyuarat Staf telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, PUSMAS TLDM dipengerusikan oleh Pengarah iaitu Kept Mohd Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM. Tujuan mesyuarat...

Read more

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLD…

07-06-2013 Hits:210 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

       PULAU INDAH 6 Jun 13 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Hidrografi Nasional. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah...

Read more

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA…

03-06-2013 Hits:206 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

         KUALA LUMPUR, 28 Mei 13 – Satu Pra Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Warisan ANM. Mesyuarat...

Read more