Thursday 29 January 2015

DEPOT SENGGARAAN KENDERAAN

02 Nov 2012

DEPOT SENGGARAAN KENDERAAN

SEJARAH AWAL

Penubuhan Depot Senggaraan Kenderaan (DSK) bermula di Pangkalan TLDM Woodlands, Singapura. Pada masa itu tanggungjawab mengurus kenderaan dan alat pelbagai TLDM dikendalikan oleh Kor Jurutera Letrik dan Jentera (JLJ) Tentera Darat. Pengurusan sebegini dilaksanakan berikutan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengamalkan Konsep Pengurusan Gunasama (KPG) terhadap peralatan tersebut.

Lanjutan daripada itu, semasa perpindahan Pangkalan TLDM dari Woodlands ke Lumut, seksyen JLJ turut dipindahkan dan ditempatkan di sebuah bengkel yang dikenali sebagai 51 Worksyop KD MALAYA (51 WKSP). Pengurusan dan operasi 51 WKSP dipertanggungjawabkan kepada Kor JLJ manakala urusan pentadbiran diletakkan di bawah KD MALAYA. Fungsi 51 WKSP adalah mengurus selenggaraan kenderaan, senjata kecil dan peralatan gunasama am TLDM.

Konsep penubuhan DSK timbul apabila ATM memutuskan untuk menukarkan KPG kepada Konsep Pengurusan Tunggal (KPT) pada hujung 80an. Pada 9 Dis 91 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) ke-15, TLDM memutuskan KPT dilaksanakan sepenuhnya. Pada 1 Jun 94, 51 WKSP secara rasminya ditukar kepada DSK. Peranan utama DSK dikekalkan iaitu mengendalikan selenggaraan kenderaan dan peralatan gunasama am TLDM manakala urusan selenggaraan senjata kecil dipindahkan kepada Depot Peluru dan Letupan TLDM. Pentadbiran unit ini diletakkan di bawah KD MALAYA.

Pada 1 Jan 97, DSK beroperasi sepenuhnya oleh TLDM. DSK pada masa itu diletakkan di bawah pemerintahan Panglima Material Armada. Setelah penyusunan semula organisasi TLDM dilaksanakan, DSK diletakkan di bawah pemerintahan Formasi Markas Panglima Bantuan dan bertanggungjawab ke atas semua pengurusan kemudahan dan perkhidmatan aset yang tiada kaitan dengan Armada.

FUNGSI DAN PERANAN

Fungsi utama DSK adalah melaksanakan pembaikan dan selenggaraan aset-aset TLDM bukan Armada iaitu kenderaan dan alat pelbagai TLDM. Aspek pembaikan dan selenggaraan meliputi pemeriksaan dan penerimaan kenderaan dan peralatan baru, pemeriksaan dan selenggaraan berjadual, pembekalan alat ganti untuk kenderaan kepada unit-unit TLDM serta khidmat nasihat dalam aspek penjagaan, pembaikan dan selenggaraan bagi kenderaan dan alat pelbagai.

MISI

Memberi perkhidmatan yang menyeluruh dari aspek pemeriksaan, pembaikan, selenggaraan kenderaan, alat pelbagai dan pembekalan alat ganti bukan armada demi mewujudkan kesiapsiagaan TLDM.

VISI

Memberi perkhidmatan profesional yang efisien bagi memenuhi kehendak pelanggan.

MOTO

  • Efektif. Berkesan (Mutu kerja yang berkualiti).
  • Ekstrovet. Kepantasan (Tindakan segera dalam perlaksanaan tugas).
  • Efisyen. Cekap (Berkemahiran dalam menyelesaikan tugas).

PENERANGAN LOGO

Roda Gear. Gabungan usaha Depot Senggara Kenderaan Dalam melaksanakan tugas bagi mencapai misi.
StandBerdiri teguh dalam satu pasukan.
Bunga Raya. Melambangkan bunga kebangsaan. 
Mahkota. Tanda kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Merah. Melambangkan Keberanian
Kuning. Melambangkan sifat jujur dan amanah
Biru. Melambangkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia.

PENCAPAIAN DAN KECEMERLANGAN

  • Persijilan MS ISO 9001:2008
  • AKPTL 2007 (tempat ketiga)
  • AKKP 2007 (tempat ketiga)
  • Formasi 2007 (tempat Pertama)

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

NoTentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1.

 

Mejar

 Ahdari bin Ghasar

17 Jun 85

10 Jun 87

2.

 

Mejar

 A.Aziz bin Mohd

11 Jun 87

29 Nov 88

3.

 

Mejar

 Basri bin Adam

30 Nov 88

11 Okt 90

4.

 

Mejar

 Subramaniam a/l   Sinnasamy

12 Okt 90

19 Apr 92

5.

 

Mejar

 Mohd Nasir bin Sulaiman

20 Apr 90

14 Jul 94

6.

N/401200

Kdr TLDM

 Hj Mohd Rejab bin Hj A hmad

15 Jul 94

6 Jan 98

7.

N/402060

Lt Kdr TLDM

 Nordin bin Ahmad Ismail

7 Jan98

20 Jul 01

8.

N/402493

Lt Kdr TLDM

 Rodzi bin Abu Seman

21 Jul 01

1 Mac 02

9.

N/402699

Lt TLDM

 Saharudin bin Muneer

2 Mac 02

23 Dis 02

10.

N/402973

Lt TLDM

 Azman Nor bin Hj Ahmad

23 Dis 02

26 Feb 03

11.

N/402973

Lt Kdr TLDM

 Azman Nor bin Hj Ahmad

26 Feb 03

26 Feb 03

12.

N/404288

Lt Kdr TLDM

 Mohd Rodzaulan bin Abd  Hamid

21 Mac 05

1 Feb 06

13.

N/404288

Kdr TLDM

 Mohd Rodzaulan bin Abd Hamid

2 Feb 06

21 Sep 07

14.

N/404037

Lt TLDM

 Ismail bin Yacoob

22 Sep 07

18 Mei 08

15.

N/402533

Lt Kdr TLDM

 Dzul Karnaian bin Ismail

19 Mei 08

24 Jul 11

16.

N/403593

Lt Kdr TLDM

 Manogaran A/L Veeriah

25 Jul 11

Sekarang

 

 

 

 

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk