Tuesday 27 January 2015

KD SRI GOMBAK

02 Oct 2012

                     

KD SRI GOMBAK

SEJARAH AWAL

Penubuhan KD SRI GOMBAK (KDSG) bermula pada Disember 1999 apabila unit ini telah ditubuhkan dan ditempatkan di bawah pentadbiran cawangan Tadbir Sekretariat Markas Tentera Laut (Mk TL). Berlanjutan dengan perkembangan dan penstrukturan semula TLDM pada tahun 2000, pihak tertinggi TLDM memutuskan sebuah unit perlu diwujudkan bagi membantu Mk TL dalam aspek pentadbiran, bantuan logistik dan kebajikan the navy people di sekitar Lembah Klang. Sebelum penubuhan KDSG, tugas-tugas tersebut dilaksanakan oleh Sel Tadbir Am di cawangan Sekretariat Mk TL.

Pemilihan nama KDSG berasaskan lokasi pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak. Kedua-dua sungai ini amat bermakna kepada warga Lembah Klang amnya dan TLDM khasnya terutama dari segi perkembangan sosio-ekonomi. Berlandaskan ciri-ciri sumbangan Sungai Gombak dan TLDM pada waktu itu ingin menubuhkan sebuah unit yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan dan kebajikan kepada warganya, nama KD SRI GOMBAK dipilih. Di samping itu, kewujudan unit ini dianggap istimewa kerana ia dibangunkan di kawasan beting pertemuan kedua sungai tersebut.

Di awal penubuhan, KDSG beroperasi di Cawangan Sekretariat Mk TL dengan Ketua Sekretariat pada ketika itu Kept Wah Yuen Mei TLDM sebagai Pegawai Memerintah. Beliau dibantu oleh 19 orang anggota LLP dan 2 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari cawangan KAGAT sementara menunggu bangunan baru siap dibina. Perjawatan ini ditambah secara berperingkat apabila kelulusan perjawatan KDSG melalui FED (M) No. 2000/29/05 bertarikh 14 Okt 05 diperolehi.

 Batu Pentauliahan ditandatangani oleh Panglima Tentera Laut,

 Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar

 

Pada 1 Mac 06, organisasi KDSG di cawangan Sekretariat Mk TL berpindah ke bangunan baru bersebelahan Masjid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Mulai dari tarikh tersebut KDSG beroperasi sebagai sebuah unit sepenuhnya dengan kekuatan seramai 13 pegawai dan 124 anggota LLP. Perintah Pentauliahan telah ditandatangani oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Jaafar pada 1 Sep 09 dan majlis pentauliahan dilaksanakan pada 15 Sep 09.

VISI

Menjadi organisasi Pengurusan Perkhidmatan Berkualiti.

MISI

Menyediakan perkhidmatan berkualiti dan sentiasa terbaik kepada warga TLDM sekitar Lembah Klang.

MOTO

“Bersedia Berkhidmat’’ sesuai dengan peranannya sebagai sebuah unit sokongan di bawah pentadbiran Mk TL bagi membantu aspek pentadbiran dan bantuan logistik serta kebajikan warga TLDM di sekitar Lembah Klang.

 

 PENERANGAN LOGO

 Latar Belakang Jalur 3 Warna (Kuning, Biru, Merah). Jalur berwarna tersebut adalah warna bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunjukkan lokasi unit KDSG beroperasi.

Pena. Menunjukkan KDSG berfungsi sebagai unit administrasi disamping menyediakan kemudahan logistik.

Peta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berwarna Emas. Melambangkan unit terletak di lokasi yang strategik serta melambangkan kawasan zon KDSG menyediakan perkhidmatan menyeluruh iaitu memberi bantuan logistik meliputi kemudahan Rumah Keluarga TLDM, Transit, Pengangkutan dan Kebajikan yang melibatkan kawasan sekitar Lembah Klang.

Sauh. Melambangkan ketahanan dan simbol dalam TLDM serta mempamerkan perkhidmatan yang diberikan oleh KDSG.

PENCAPAIAN DAN KECEMERLANGAN

Sepanjang 3 tahun beroperasi di bangunan sendiri, KDSG telah melakar sejarahnya sendiri iaitu:

Pelaksanaan Sistem Pesanan Ringkas atau Short Message System (SMS). KDSG menyediakan sebuah sistem pemantauan aduan pelanggaran pemanduan kenderaan tentera. Setiap kenderaan tentera disediakan pelekat dengan catatan nombor sms bagi membolehkan orang ramai menghantar sebarang aduan tentang kesalahan pemanduan. Sistem ini merupakan sistem pertama diguna pakai dalam perkhidmatan ATM dan idea ini telah digunapakai oleh kedua-dua cabang perkhidmatan tentera Darat dan Udara.

Penambahbaikan kemudahan riadah dan sukan. KDSG telah mewujudkan gelanggang futsal, tempat parkir berbumbung dan tempat beriadah bagi semua warga TLDM di sekitar Lembah Klang. Berlanjutan dengan kemudahan yang disediakan, KDSG telah beberapa kali dijadikan platform untuk menganjurkan majlis sosial TLDM. Ianya ditambahkan lagi dengan lokasinya yang strategik telah memudahkan anggota TLDM berkumpul untuk sesuatu aktiviti.

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

No Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1.

N/401265

Kdr TLDM

Wah Yuen Mei

1 Sep 99

28 Feb 06

2.

N/401541

Kdr TLDM

Raja Aziz bin Raja Ismail

1 Mac 06

7 Jan 08

3.

N/401913

Kdr TLDM

Mohd Jaafar bin Jelani

7 Jan 08

22 Ogos 10

4. N/401662 Kdr TLDM A Halim bin Hairiji 23 Ogos 10 16 Jan 11
5. N/401881 Kdr TLDM Rafe bin Hashim 17 Jan 11 12 Sep 12
6. N/401587 Kdr TLDM Mohd Zolkefpeli bin Abd Rahman 13 Sep 12 Sekarang

 

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk