Saturday 28 March 2015

PHN

02 Oct 2012

                     

PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

SEJARAH AWAL

Sejarah pengukuran hidrografi di negara ini bermula sejak tahun 1893. Pada awalnya aktiviti hidrografi di Malaysia dilaksanakan oleh Perkhidmatan Hidrografi Tentera Laut Diraja British (PHTLDB) dengan tujuan menerbitkan carta nautika untuk British Admiralty. Kapal-kapal yang pernah terlibat dengan pengukuran hidrografi di perairan Malaysia ialah HMS ORMONDE, HMS WATERWICHS, HMS ENDEAVOR, HMS DAMPIERdan kapal yang terawal melaksanakan pengukuran ialah HMS EGERIA.

HSM DAMPIERialah sebuah kapal perang jenis Ex-Loch Frigate namun fungsinya lebih tertumpu kepada pengukuran hidrografi secara konvensional dan merupakan kapal yang paling aktif dengan kerja-kerja pengukuran di perairan Malaysia. Berdasarkan kepada maklumat sejarah, kapal tersebut telah diubah suai menjadi kapal ukur pada tahun 1946 yang diberi nama HMS DAMPIER. Nama tersebut digunakan bersempena seorang British Hydrographer bernamaWilliam Dampier. Aktiviti pengukuran yang dilaksanakan di perairan Malaysia sentiasa disertakan contoh laporan bagi membuktikan aktiviti pengukuran oleh HMS DAMPIER.

Pada umumnya aktiviti pengukuran hidrografi dan penerbitan carta-carta nautika oleh PHTLDB berterusan sehingga tahun 1964. Pada tahun tersebut, kerajaan British telah memutuskan untuk membawa keluar semua aset tentera laut beserta platfom hidrografi miliknya. Keputusan tersebut dibuat berikutan kos senggaraan aset-aset milik mereka di rantau ini semakin meningkat.

Di samping itu, pihak British berkeyakinan dengan kemampuan Cawangan Hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia (CHTLDM) melaksanakan aktiviti pengukuran hidrografi tanpa bantuan juru ukur British. Semenjak itu, tanggungjawab pengukuran hidrografi perairan negara ini diserahkan kepada CHTLDM. Sejak ditubuhkan beberapa individu telah menjadi pelopor dalam menerajui cawangan ini. Selepas pengunduran PHTLDB, aktiviti pengukuran hidrografi telah diteruskan oleh pegawai dan anggota hidrografi TLDM. Memandangkan keupayaan aset pengukuran dan sumber manusia pada ketika itu yang terhad, aktiviti pengukuran hidrografi yang dilaksanakan lebih tertumpu kepada pengukuran yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada TLDM sahaja. Lama-kelamaan tanggungjawab hidrografi semakin bertambah dengan peningkatkan aktiviti perkapalan di perairan Malaysia terutamanya di Selat Melaka.

Pada masa yang sama aktiviti penerbitan carta amat diperlukan bagi memastikan keselamatan pelayaran kapal di kawasan perairan Semenanjung Malaysia yang lain termasuk Sabah dan Sarawak. Menyedari hakikat peranan dan tanggungjawab yang besar kepada negara, kumpulan pertama juru ukur hidrografi TLDM telah dihantar berkursus di Sekolah Hidrografi Diraja Australia pada tahun 1965. Seterusnya pada tahun 1969 CHTLDM telah ditubuhkan dan sebuah kapal penyapu periuk api jenis Larichi Class dihadiahkan kepada TLDM untuk digunakan sebagai kapal hidrografi. Kapal tersebut dinamakan KD PERANTAU. KD PERANTAU dibina daripada kayu dan telah diubahsuai menjadi kapal ukur pertama dalam sejarah hidrografi TLDM.

Platform tersebut digunakan sepenuhnya untuk kerja ukur hidrografi dan kerja pemungutan data medan. Ianya dilengkapi dengan pemerum gema alur tunggal jenis Atlas Deso 10 dan sistem pemposisian mudahalih. Mulai daripada tarikh tersebut CHTLDM terlibat sepenuhnya dalam semua aktiviti pengukuran di perairan Malaysia.

 

 Pada tahun 1972 Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa CHTLDM dilantik sebagai badan tunggal mewakili negara dalam bidang hidrografi dan segala kegiatan yang berkaitan dengan penerbitan carta perairan Malaysia melalui Perisytiharan Bil 443/837/72. Cabutan daripada Rang Undang-Undang Jemaah Menteri tersebut menyatakan bahawa TLDM dijadikan badan yang layak dan bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja ukur hidrografi di Malaysia. Kertas kabinet tersebut turut menjelaskan tentang peruntukan kewangan bagi memperolehi kapal baru dan pembentukan jawatan tambahan yang perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan operasi. Dengan pernyataan tersebut, pada tahun 1977, TLDM telah memperolehi sebuah lagi kapal yang dinamakan KD MUTIARA.

Kapal ini merupakan kapal hidrografi pertama yang dibina di limbungan tempatan iaitu di limbungan Hong Leong Lurssen Ship Yard Bhd, Butterworth, Pulau Pinang.KD MUTIARA berkeupayaan melaksanakan tugas sebagai sebuah kapal ukur hidrografi dengan terbatas dalam bidang oseanografi. Setelah pentauliahannya pada 18 Disember 1977, KD MUTIARA seterusnya dipertanggungjawabkan untuk menyambung perlaksanaan pengukuran yang dihentikan oleh Tentera Laut British ke atas perairan Malaysia.

CHTLDM telah berjaya menerbitkan carta pertamanya pada tahun 1984 dengan kerjasama program Usahasama Canadian International Development (CIDA) - Malaysian Hydrographic Programme. Dalam program tersebut CHTLDM telah mendapat perkhidmatan seorang pakar kartografi, En Rolland Hamilton selama 6 bulan. Beliau telah memberi khidmat dan tunjuk ajar berkaitan pembentukan sel Kartografi terutama terhadap tatacara pengumpulan data, pengeluaran carta dan pengarkiban. Beliau turut menggariskan prosedur, langkah-langkah yang perlu dipatuhi agar tahap dan mutu carta yang diterbitkan memenuhi piawaian antarabangsa serta selamat untuk panduarah pelayaran. Bermula dari itu, Seksyen Kartografi CHTLDM telah berkembang.

 Pada tahun 1975. Malaysia telah menganggotai International Hidrographic Organisation (IHO) dan CHTLDM memegang peranan utama bagi memastikan semua data yang diperolehi, diproses dan seterusnya dijadikan carta boleh digunakan oleh pelaut dengan selamat sebagai panduarah pelayaran. Peranan CHTLDM semakin mencabar apabila diberi tanggungjawab untuk memantau dan memastikan keselamatan pelayaran kapal-kapal di perairan Malaysia. Tugas ini termasuk pembetulan carta, perubahan suar boya panduarah dan data kedalaman air pasang surut serta data alam sekitar untuk keperluan ketenteraan.

Justeru, Pusat Data Hidrografi Negara telah ditubuhkan untuk menyelaras semua maklumat yang dihasilkan oleh Tentera Laut British. Data dan maklumat tersebut merupakan satu aset yang amat bernilai serta perlu dikekalkan oleh CHTLDM. Data ini merupakan sebahagian daripada keperluan asas untuk penerbitan carta dan sebagai rujukan rasmi bagi perairan Malaysia. Ia juga merupakan maklumat rasmi yang diterima pakai sebagai pengesahan dan bukti kewujudan objek di sesuatu kawasan sebelum penerbitan carta baru dikeluarkan.

Sejak penubuhan, CHTLDM hanya beroperasi dengan 2 seksyen iaitu Seksyen Hidrografi dan Seksyen Kartografi. Walau bagaimanapun, CHTLDM telah dipertingkat dan organisasinya pula diperkemaskan sejajar dengan peranan utamanya. CHTLDM diketuai oleh seorang pegawai yang berpangkat Kepten TLDM sebagai Pengarah Hidrografi. Peranan CHTLDM ketika itu dapat diringkaskan seperti berikut:

Melaksanakan pengukuran secara sistematik dan mengurus data berkaitan rujukan geografi kepada pesisir pantai, kedalaman laut pembentukan dasar laut, pasang surut, arus dan sifat fizikal air laut.

Memproses segala butiran data yang dikumpulkan dan menubuhkan pangkalan data untuk menerbitkan carta nautika dan publikasi panduarah kelautan, operasi tentera laut, pertahanan, pengurusan pesisir pantai dan pertahanan, pemuliharaan persekitaran laut, mengekploitasi sumber marin dan pemasangan kabel dasar laut dan saluran paip, persempadanan kelautan dan kajian sains samudera berkenaan laut dan pantai. Memastikan terbitan semasa, pengedaran dan mengemaskini segala pembetulan ke atas carta nautika. Memastikan maklumat untuk keselamatan panduarah disebarkan melalui Notice To Mariners dari masa ke semasa.

FASA PEMBINAAN DAN PENTAULIAHAN

Cawangan Hidrografi mengalami evolusinya yang tersendiri, seiring dengan arus perkembangan teknologi moden dan keperluan negara. Menyedari hakikat perlu berkembang ke peringkat nasional dan sebagai badan yang bertanggungjawab pada aktiviti hidrografi negara, CHTLDM telah mencadangkan pembinaan sebuah pangkalan untuk cawangan hidrografi kepada pucuk pimpinan TLDM. Pangkalan ini merupakan sebahagian dari pangkalan hadapan TLDM dan merupakan anjakan kemajuan bidang hidrografi negara ini.

Cadangan penubuhan Pangkalan Hidrografi TLDM telah diluluskan di bawah program Pembangunan Istimewa Angkatan Tetap (PERISTA) pada tahun 1979. Walau bagaimanapun, persidangan Jawatankuasa Panglima-Panglima (JKPP) yang ke-177 telah memutuskan supaya Projek Pangkalan Hidrografi TLDM dilaksanakan serentak dengan Projek Pangkalan Hadapan Pelabuhan Klang. Kedua-dua projek ini telah ditangguhkan pelaksanaannya sehingga dimasukkan semula ke dalam program struktur organisasi TLDM pada tahun 1996. Melalui program penyusunan semula, Pangkalan Hidrografi TLDM telah ditukarkan kepada Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan pembangunannya telah dimulakan pada tahun 2002 di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor. Penebusan semula 50 hektar kawasan paya bakau telah dilakukan untuk pembangunan projek ini.

Disebabkan peruntukan kewangan yang tidak mengizinkan, pembangunan PHN telah dilaksanakan melalui 2 Fasa. Fasa pertama melibat kawasan yang berkeluasan 23 hektar termasuk pembinaan bangunan pentadbiran, bangunan cetak, asrama bujang, bangunan kartografi dan oseanografi, bangunan KD SRI KLANG (KDSK), jeti dan gedung senjata. Fasa ini telah siap dibangunkan pada 15 Apr 03. Manakala Fasa 2 yang melibat kawasan selebihnya masih tidak dibangunkan. PHN atau National Hidrografi Centre (NHC) dalam Bahasa Inggerisnya merupakan lambang kemegahan CHTLDM di mana satu-satunya cawangan dalam TLDM yang mempunyai pangkalan yang tersendiri.

Setelah bangunan dan infrastruktur baru bernilai RM96.5 juta siap dibina, PHN mula beroperasi pada 15 Okt 05 dengan keanggotaan 31 pegawai dan 170 anggota lain-lain pangkat beserta 3 pekerja awam.Konsep pembangunannya telah dirancang bagi memenuhi keperluan jangka panjang hidrografi negara. Ianya dilengkapi dengan beberapa peralatan moden dan canggih serta setaraf dengan pusat hidrografi negara maju. Antara infrastruktur yang dilengkapi ialah sistem ICT, sistem pengakriban data hidrografi dan oseanografi melalui Hidrografi Data Management System (HDMS) dan Digital Data Management System. PHN mampu memberi anjakan kemajuan bidang hidrografi di peringkat nasional. Dalam usia yang masih baru, PHN kini dalam usaha menuju pembangunan kerjaya seiring dengan pembangunan sains maritim. Selain dari itu, PHN juga merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap fungsi dan peranan TLDM malah ianya turut menjadi penanda aras kepada perkhidmatan dan agensi kerajaan lain.

Pangkalan TLDM Pulau Indah merangkumi tiga unit TLDM dalam satu entiti. Unit-unit tersebut ialah PHN, KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS) dan KDSK. Gabungan PHN dan KDSK di Pulau Indah menjadikan ia sebuah pangkalan TLDM yang baru.Sementara itu, bagi memudahkan pengurusan pangkalan, TLDM telah mentauliahkan KD SAAS untuk menguruskan hal-hal pentadbiran pangkalan. Pentauliahan KD SAAS telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 19 Dis 06.

VISI

Menjadi penyumbang perkhidmatan hidrografi yang berkualiti dan berkredibel

MISI

Menyediakan maklumat hidrografi yang tepat pada kadar masa yang wajar untuk kegunaan navigasi marin, pembangunan nasional, pertahanan negara dan kegunaan lain

PENERANGAN LOGO

 

Kompas. Memberi maksud signifikan kepada peranan pasukan yang memberi bantuan dan pedoman kepada pelaut-pelaut dengan menghasilkan carta-carta nautika dan publikasi-publikasi hidrografi di peringkat nasional bagi menjamin keselamatan pelayaran.

Titik–titik dalam bulatan. Titik-titik disusun dalam bulatan melambangkan aktiviti pengukuran yang dijalankan secara teratur, sistematik jitu dan berkualiti tinggi. Titik-titik ini terpisah dua mencerminkan dua aktiviti utama PHN iaitu aktiviti hidrografi dan oseanografi. Kedua-dua aktiviti ini mempunyai keseimbangan dan kesamaan dari aspek kepentingan untuk keselamatan dan pembangunan negara.

Sauh. Melambangkan kuasa dan perpaduan di kalangan pegawai dan anggota.

PENGERTIAN LENCANA KEPAKARAN PEGAWAI HIDROGRAFI

Perkhidmatan Kepakaran Hidrografi TLDM telah diiktiraf oleh Kerajaan semenjak tahun 1972 bersesuaian dengan keputusan Jemaah Menteri yang memberi mandat kepada TLDM bertanggungjawab secara langsung terhadap pengawalan aktiviti hidrografi, oseonografi dan pencartaan negara. Bagi mengiktiraf kepakaran ini, TLDM telah meluluskan pemakaian lencana Kepakaran Hidrografi untuk dipakai oleh semua pegawai hidrografi. Berlanjutan dengan itu, Memo Am TLDM No 14/09 bertarikh 1 Nov 09 telah dikeluarkan untuk memperkenal dan menyelaras tatacara pemakaian lencana tersebut. Pengertian lencana kepakaran adalah seperti berikut:

Sextant. Melambangkan insignia kepakaran hidrografi di dalam perkhidmatan TLDM.

Mahkota. Melambangkan identiti perkhidmatan TLDM yang sentiasa memartabatkan agama dan kedaulatan pemerintahan insitusi beraja.

Ombak/Air. Melambangkan elemen hidro atau air yang menterjemahkan bidang tugas kepakaran hidrografi yang cenderung kepada menerokai sifat-sifat fizikal air, ombak, arus dan semua aktiviti pengumpulan data yang berkaitan dengan penerbitan carta nautika.

SENARAI NAMA KETUA PENGARAH HIDROGRAFI

Siri

No Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1

N/400157

Kepten TLDM

Goh Siew Chong

1 Jan 81

30 Apr 86

2

N/400310

Laksamana Muda

Dato’ Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan

1 Mei 86

12 Nov 00

3

N/400437

Laksamana Pertama

Dato’ Pahlawan Yacob bin Ismail

13 Nov 00

31 Jan 06

4

N/401594

Kepten TLDM

Sahak bin Omar

1 Feb 06

23 Mac 09

5

N/401918

Laksamana Pertama

Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan

24 Mac 09

Sekarang

 

 

 

 

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk

BERITA SEMASA

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Mari…

10-09-2013 Hits:79 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

  Morning Coffee Anjuran Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM        Pulau Indah, 9 Sep 13 – Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM telah menganjurkan satu majlis Morning Cofee.  Majlis...

Read more

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TAR…

01-08-2013 Hits:126 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)

  MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS)          Pulau Indah, 31 Jul 13 – Satu majlis berbuka puasa telah diadakan bertempat di Dewan Makan...

Read more

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersam…

19-07-2013 Hits:169 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM

Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM     Kuala Lumpur, 18 Jul – Satu Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod  (JPR) Urusan Fungsian TLDM Di antara Arkib...

Read more

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

11-07-2013 Hits:190 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

TEMUBUAL KEPT ANUAR BIN HJ ALIAS TLDM

    ANM, 9 Jul - Satu temubual bersama Kept Anuar bin Hj Alias TLDM telah dilaksanakan di Studio Rakaman, Pusat Penyelidikan dan Audiovisual, Arkib Negara Malaysia bermula pada 8 Jul 13....

Read more

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Nega…

02-07-2013 Hits:166 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

Perbincangan JPR TLDM Bersama Arkib Negara Malaysia

       ANM, 28 Jun – Satu perbincangan akhir antara PUSMAS TLDM bersama ANM telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Menara Ilmu, ANM. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Azimah selaku Ketua Bahagian...

Read more

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSM…

27-06-2013 Hits:170 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MTU MELAWAT PUSMAS TLDM

Delegasi MTU bergambar kenang-kenangan bersama pegawai PUSMAS TLDM   PULAU INDAH, 26 JUN 13 – Satu lawatan dilakukan oleh Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara ke PUSMAS TLDM. Lawatan ke PUSMAS TLDM...

Read more

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SI…

12-06-2013 Hits:124 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT STAF DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

          Pulau Indah, 10 Jun – Mesyuarat Staf telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, PUSMAS TLDM dipengerusikan oleh Pengarah iaitu Kept Mohd Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM. Tujuan mesyuarat...

Read more

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLD…

07-06-2013 Hits:131 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

       PULAU INDAH 6 Jun 13 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Hidrografi Nasional. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah...

Read more

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA…

03-06-2013 Hits:151 BERITA SEMASA Super User - avatar Super User

PRA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BERSAMA TLDM DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

         KUALA LUMPUR, 28 Mei 13 – Satu Pra Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama TLDM dan Arkib Negara Malaysia (ANM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Warisan ANM. Mesyuarat...

Read more