Saturday 31 January 2015

KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

02 Nov 2012

KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

SEJARAH AWAL

Penubuhan KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS) merupakan cetusan idea Panglima Tentera Laut pada ketika itu, untuk mewujudkan sebuah pangkalan TLDM berdekatan Pelabuhan Klang di Perairan Selat Melaka bagi memudahkan operasi menjaga kedaulatan perairan negara. Cadangan tersebut telah dikemukakan oleh pihak TLDM kepada Kerajaan Malaysia pada tahun 2001. Berlanjutan dengan perkara tersebut, Jawatankuasa Panglima-Panglima telah meluluskan cadangan membina pangkalan TLDM yang menempatkan unit Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) iaitu KD SRI KLANG (KDSK) dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di kawasan Pelabuhan Klang.

Sehubungan dengan itu, pangkalan TLDM tersebut telah dibina di Pulau Indah, Klang dan ditauliahkan sebagai KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH bersempena nama Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj iaitu Sultan Selangor ke-XI, yang telah banyak berjasa kepada TLDM. Projek pembangunan KD SAAS telah bermula pada tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada 15 Okt 05. Sebelum tarikh tersebut, Pangkalan TLDM Pulau Indah dikenali sebagai Cawangan Hidrografi yang terletak di bawah Kementerian Pertahanan.

PENTAULIAHAN

KD SAAS telah ditauliahkan pada 19 Dis 06 di Padang Kawad PHN, Pangkalan TLDM, Pulau Indah. DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah berkenan mencemar duli berangkat untuk menyempurnakan istiadat tersebut. Selepas KD SAAS ditauliahkan, MkTL telah mengeluarkan Kuasa Perjawatan Sementara (KPS) bagi organisasi KD SAAS. Manakala Ketua Pengarah Hidrografi pada masa itu, Kepten Sahak bin Omar TLDM N/401594 telah mengeluarkan surat cadangan kepada MkTL untuk melantik Kdr Syamim bin Abdullah TLDM N/402023 sebagai Pegawai Memerintah KD SAAS yang pertama. Pada 3 Sep 07, Kdr Syamim bin Abdullah TLDM N/402023 telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah KD SAAS pertama secara rasmi.

FUNGSI DAN PERANAN

Peranan KD SAAS ialah untuk memimpin, mentadbir, mengkoordinasi dan mengawal aktiviti-aktiviti pangkalan yang turut melibatkan PHN, KDSK dan Istana Kayangan. Bidang tugas utama KD SAAS dalam urusan pentadbiran adalah seperti menyediakan perintah tetap pangkalan, mengkoordinasikan perintah harian pangkalan untuk KD SAAS, PHN, PUSMAS dan KD SRI KLANG serta membahagikan parts of ship di dalam pangkalan di antara keempat-empat unit dan tanggungjawab yang berkaitan.

Selain itu, ianya juga bertanggungjawab untuk mewujudkan dan menguruskan mekanisme pentadbiran untuk warga pangkalan TLDM Pulau Indah dan warga TLDM yang bertugas di Istana Kayangan dari segi kebajikan, kenaikan pangkat anggota, gaji, perumahan dan sebagainya. KD SAAS juga berperanan dalam mengkoordinasikan dan menyeragamkan aktiviti-aktiviti kompleks seperti penugasan, rutin harian, latihan, rupacara, perbarisan, lawatan kompleks berjadual, acara sukan dan sebagainya secara berpusat. Ianya juga turut mengkoordinasikan dan mengeluarkan keperluan Perintah Bahagian Satu dan Dua serta melaksanakan dan mengkoordinasikan permohonan dan pertuduhan meja pegawai memerintah bagi warga TLDM di KD SAAS, PHN dan Istana Kayangan.

Antara peranan yang lain adalah seperti memastikan zero financial mismanagement dipraktikkan, mewujudkan mekanisme bagi memastikan semua perwajaran perbelanjaan peruntukan oleh KD SAAS, PHN dan KDSK, memastikan setiap tabung yang diwujudkan di KD SAAS, PHN dan KDSK ditadbir dan diselenggara mengikut peraturan yang telah ditetapkan, mentadbir dan mengkoordinasikan perkhidmatan pengangkutan kenderaan untuk keperluan KD SAAS, PHN dan KDSK serta bertanggungjawab menyempurnakan istiadat menaikkan dan menurunkan panji-panji.
Dalam aspek keselamatan pula, KD SAAS bertanggungjawab dalam mewujudkan Pelan Pertahanan Pangkalan seterusnya menentukan keselamatan bagi warga dan aset pangkalan. Selain itu, ianya bertanggungjawab mengkoordinasikan Sistem Awasan Bertugas dan menyedia serta menyelaraskan watch and station bill bagi KD SAAS, PHN, PUSMAS dan KDSK. KD SAAS juga berperanan menentukan keselamatan senjata dan bahan letupan di gedung senjata KDSK dan Istana Kayangan.

Di dalam hal-hal senggaraan prasarana, KD SAAS memberi penumpuan kepada dua aspek iaitu alam sekitar dan semua bangunan di dalam pangkalan, antaranya adalah mewujudkan mekanisme senggaraan alam sekitar dan lanskap di pangkalan, seperti melaksanakan proses pemotongan rumput, pembersihan kawasan, pembuangan sampah dan sebagainya serta mewujudkan mekanisme senggaraan bagi semua bangunan di pangkalan.

Perkhidmatan am, stor dan logistik pula merangkumi penyediaan mekanisme dan pengoptimuman aset gunasama di antara KD SAAS, PHN, PUSMAS dan KDSK, penyediaan tempat penginapan anggota bujang, wisma, dewan, kawasan-kawasan rekreasi dan sebagainya di samping turut menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan dari luar pangkalan (lain-lain unit TLDM). Ia juga bertanggungjawab untuk mengkoordinasikan bersama KDSK dalam menyediakan serta mengurus perkhidmatan stor pakaian, sajian, logistik dan lain-lain bagi keperluan operasi unit dan warganya.

Bagi aktiviti BAKAT, KD SAAS dipertanggungjawabkan untuk mewujud, menyelaras dan bertindak sebagai penasihat dalam segala aktiviti BAKAT Laut di pangkalan. Bagi keperluan yang unik ini, Pengerusi BAKAT Pangkalan TLDM Pulau Indah akan disandang oleh isteri kepada KP PHN. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab berkaitan hal ehwal keagamaan untuk warga Pangkalan TLDM Pulau Indah dan Istana Kayangan. KD SAAS juga berperanan dalam memberi bantuan kepada APMM dalam menggunakan kemudahan-kemudahan di Pangkalan TLDM Pulau Indah serta menjalinkan perhubungan di antara masyarakat dan agensi-agensi kerajaan setempat. KD SAAS bertanggungjawab untuk menasihat dan memberi cadangan bagi penambahbaikan Pangkalan TLDM Pulau Indah kepada pihak atasan TLDM.

SENARAI PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

No Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1

N/402023

Kdr TLDM

Muhammad Syamim bin Abdullah

3 Sep 07

20 Jan 11

2

N/402131

Kdr TLDM

Rohana binti Jupri

2 Jan11

13 Okt 11

3

N/401975

Kdr TLDM

Shamsol bin Md Shah

1 Dis11

Sekarang

 

PUSMAS

28 Oct 2012

PUSAT SUMBER MARITIM DAN SEJARAH (PUSMAS) TLDM

SEJARAH AWAL

Isu tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan serta Batu Putih telah membuka mata dan menyedarkan TLDM bahawa sekadar mempunyai dan memiliki rekod serta maklumat sahaja tidak mencukupi dan memadai. Berdasarkan kajian dan penyelidikan terhadap tuntutan mendapati, pencarian maklumat dan data di Arkib Negara Malaysia (ANM) sangat sukar dan maklumat yang diperolehi tidak lengkap. Malah, proses pencarian maklumat memerlukan komitmen, usaha, masa, dan tenaga yang banyak. Maklumat dan rekod berkenaan perlulah diuruskan dengan teliti supaya dapat digunakan sebagai bahan bukti yang sahih di sisi undang-undang serta sebagai sumber rujukan bagi penyelidik dan generasi akan datang.

Pada 16 Jan 07, mantan AKS Sumber Manusia iaitu Laksamana Pertama Mohd Yusof bin Sahbudin telah mengambil inisiatif memajukan memo mengenai konsep cadangan mewujudkan Penubuhan Sel Warisan TLDM kepada Timbalan Panglima Tentera Laut dan Panglima Tentera Laut. Sel Warisan berkenaan bertanggungjawab dalam menguruskan khazanah warisan TLDM.

Pada awal tahun 2008, Pengarah Bahagian Rancang Mk TL iaitu Kepten Mohd Zahari bin Haji Jamian TLDM turut menyokong hasrat murni mantan AKS Sumber Manusia bagi TLDM menubuhkan Sel Warisan. Ia bertujuan untuk menguruskan rekod dan maklumat yang bernilai penting dan bernilai sejarah. Satu sesi percambahan minda telah diadakan bagi menubuhkan Tim Nukleus Arkib TLDM yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kajian kebolehlaksanaan penubuhan Arkib TLDM. Keputusan perbincangan telah dibentangkan kepada Timbalan Panglima Tentera Laut dan dipanjangkan kepada Panglima Tentera Laut.

Pada 6 Okt 08, Memo Am TLDM No.5/08 dikeluarkan dan beberapa pegawai terpilih bagi menerajui Tim Nukleus dalam melaksanakan kajian kebolehlaksanaan ini. Tim Nukleus Arkib TLDM bertanggungjawab mengkaji, menganalisis, merancang dan mengimplimentasi pelan tindak yang dirancang untuk menyediakan semua keperluan penubuhan Arkib TLDM yang akan dilancarkan pada 27 Apr 09 bersempena Sambutan Hari TLDM ke-75 dan Sambutan Jubli Intan.

Walau bagaimanapun, setelah perbincangan lanjut dengan ANM, kedua-dua pihak memutuskan untuk menggunakan nama Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) memandangkan TLDM tidak boleh menggunakan nama Arkib TLDM atas faktot-faktor tertentu. Nama PUSMAS kekal digunakan sehingga ke hari ini.

FUNGSI DAN PERANAN

  • PUSMAS TLDM bertanggungjawab menyimpan segala rekod dan data yang mempunyai nilai dan kepentingan sejarah kepada TLDM. Tanggungjawab tersebut merangkumi perkara berikut:
  • Khidmat Nasihat Pengurusan Pelupusan Rekod TLDM.Bekerjasama dengan ANM bagi mewujudkan Panduan Pengurusan Pelupusan Rekod TLDM. Organisasi ini juga berperanan memberi khidmat nasihat kepada TLDM di samping bertindak sebagai pemantau keberkesanan pengurusan serta pelupusan rekod dan data. Menjadi pengantara di antara TLDM dan ANM dalam pengendalian pelupusan rekod dan data.
  • One Stop Centre. Organisasi ini akan turut bertindak sebagai one stop centre bagi aktiviti berikut:
  • Menyimpan dan memproses semua rekod pentingdan bernilai kepada TLDM.
  • Sebagai organisasi yang memberi kemudahan kepada individu untuk membuat rujukan atau penyelidikan.
  • Menjadi pengantara di antara TLDM dan ANM dalam mengendali pelupusan rekod dan data.
  • Penyiaran dan Penyebaran Maklumat Sejarah TLDM. Menyiarkan maklumat-maklumat sejarah termasuk pencapaian TLDM yang boleh diakses melalui portalnya atau melalui rujukan terus antara pengguna dan pihak pengurusan. Ianya juga bakal menjadi sumber untuk mempromosi TLDM kepada pihak luar.

VISI

Menjadi pusat sumber maritim dan sejarah terunggul Negara.

MISI

Mengurus dan membangun sumber maritim secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangan kepada pembangunan maritim negara.

PENCAPAIAN DAN KECEMERLANGAN

  • Naib Johan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan 2011.
  • Menghasilkan BRL90 iaitu Manual Pelupusan Rekod yang perlu digunakan oleh semua unit TLDM dalam pelupusan rekod.

SENARAI NAMA PENGARAH

Siri

No Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1.

N/401403

Kept TLDM

  Mohd Zaman bin Ibrahim

2 Sep 08

9 sep 12

2.

N402328

Kdr TLDM

  Azeman Bin Yusoff

10 Sep 12

2 Dis 12

3. N/401483 Kept TLDM   Mohd Yusri bin Hj. Mohd Yunus 3 Dis 12 Sekarang

 

 

 

 

 

 

 

PHN

02 Oct 2012

                     

PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

SEJARAH AWAL

Sejarah pengukuran hidrografi di negara ini bermula sejak tahun 1893. Pada awalnya aktiviti hidrografi di Malaysia dilaksanakan oleh Perkhidmatan Hidrografi Tentera Laut Diraja British (PHTLDB) dengan tujuan menerbitkan carta nautika untuk British Admiralty. Kapal-kapal yang pernah terlibat dengan pengukuran hidrografi di perairan Malaysia ialah HMS ORMONDE, HMS WATERWICHS, HMS ENDEAVOR, HMS DAMPIERdan kapal yang terawal melaksanakan pengukuran ialah HMS EGERIA.

HSM DAMPIERialah sebuah kapal perang jenis Ex-Loch Frigate namun fungsinya lebih tertumpu kepada pengukuran hidrografi secara konvensional dan merupakan kapal yang paling aktif dengan kerja-kerja pengukuran di perairan Malaysia. Berdasarkan kepada maklumat sejarah, kapal tersebut telah diubah suai menjadi kapal ukur pada tahun 1946 yang diberi nama HMS DAMPIER. Nama tersebut digunakan bersempena seorang British Hydrographer bernamaWilliam Dampier. Aktiviti pengukuran yang dilaksanakan di perairan Malaysia sentiasa disertakan contoh laporan bagi membuktikan aktiviti pengukuran oleh HMS DAMPIER.

Pada umumnya aktiviti pengukuran hidrografi dan penerbitan carta-carta nautika oleh PHTLDB berterusan sehingga tahun 1964. Pada tahun tersebut, kerajaan British telah memutuskan untuk membawa keluar semua aset tentera laut beserta platfom hidrografi miliknya. Keputusan tersebut dibuat berikutan kos senggaraan aset-aset milik mereka di rantau ini semakin meningkat.

Di samping itu, pihak British berkeyakinan dengan kemampuan Cawangan Hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia (CHTLDM) melaksanakan aktiviti pengukuran hidrografi tanpa bantuan juru ukur British. Semenjak itu, tanggungjawab pengukuran hidrografi perairan negara ini diserahkan kepada CHTLDM. Sejak ditubuhkan beberapa individu telah menjadi pelopor dalam menerajui cawangan ini. Selepas pengunduran PHTLDB, aktiviti pengukuran hidrografi telah diteruskan oleh pegawai dan anggota hidrografi TLDM. Memandangkan keupayaan aset pengukuran dan sumber manusia pada ketika itu yang terhad, aktiviti pengukuran hidrografi yang dilaksanakan lebih tertumpu kepada pengukuran yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada TLDM sahaja. Lama-kelamaan tanggungjawab hidrografi semakin bertambah dengan peningkatkan aktiviti perkapalan di perairan Malaysia terutamanya di Selat Melaka.

Pada masa yang sama aktiviti penerbitan carta amat diperlukan bagi memastikan keselamatan pelayaran kapal di kawasan perairan Semenanjung Malaysia yang lain termasuk Sabah dan Sarawak. Menyedari hakikat peranan dan tanggungjawab yang besar kepada negara, kumpulan pertama juru ukur hidrografi TLDM telah dihantar berkursus di Sekolah Hidrografi Diraja Australia pada tahun 1965. Seterusnya pada tahun 1969 CHTLDM telah ditubuhkan dan sebuah kapal penyapu periuk api jenis Larichi Class dihadiahkan kepada TLDM untuk digunakan sebagai kapal hidrografi. Kapal tersebut dinamakan KD PERANTAU. KD PERANTAU dibina daripada kayu dan telah diubahsuai menjadi kapal ukur pertama dalam sejarah hidrografi TLDM.

Platform tersebut digunakan sepenuhnya untuk kerja ukur hidrografi dan kerja pemungutan data medan. Ianya dilengkapi dengan pemerum gema alur tunggal jenis Atlas Deso 10 dan sistem pemposisian mudahalih. Mulai daripada tarikh tersebut CHTLDM terlibat sepenuhnya dalam semua aktiviti pengukuran di perairan Malaysia.

 

 Pada tahun 1972 Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa CHTLDM dilantik sebagai badan tunggal mewakili negara dalam bidang hidrografi dan segala kegiatan yang berkaitan dengan penerbitan carta perairan Malaysia melalui Perisytiharan Bil 443/837/72. Cabutan daripada Rang Undang-Undang Jemaah Menteri tersebut menyatakan bahawa TLDM dijadikan badan yang layak dan bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja ukur hidrografi di Malaysia. Kertas kabinet tersebut turut menjelaskan tentang peruntukan kewangan bagi memperolehi kapal baru dan pembentukan jawatan tambahan yang perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan operasi. Dengan pernyataan tersebut, pada tahun 1977, TLDM telah memperolehi sebuah lagi kapal yang dinamakan KD MUTIARA.

Kapal ini merupakan kapal hidrografi pertama yang dibina di limbungan tempatan iaitu di limbungan Hong Leong Lurssen Ship Yard Bhd, Butterworth, Pulau Pinang.KD MUTIARA berkeupayaan melaksanakan tugas sebagai sebuah kapal ukur hidrografi dengan terbatas dalam bidang oseanografi. Setelah pentauliahannya pada 18 Disember 1977, KD MUTIARA seterusnya dipertanggungjawabkan untuk menyambung perlaksanaan pengukuran yang dihentikan oleh Tentera Laut British ke atas perairan Malaysia.

CHTLDM telah berjaya menerbitkan carta pertamanya pada tahun 1984 dengan kerjasama program Usahasama Canadian International Development (CIDA) - Malaysian Hydrographic Programme. Dalam program tersebut CHTLDM telah mendapat perkhidmatan seorang pakar kartografi, En Rolland Hamilton selama 6 bulan. Beliau telah memberi khidmat dan tunjuk ajar berkaitan pembentukan sel Kartografi terutama terhadap tatacara pengumpulan data, pengeluaran carta dan pengarkiban. Beliau turut menggariskan prosedur, langkah-langkah yang perlu dipatuhi agar tahap dan mutu carta yang diterbitkan memenuhi piawaian antarabangsa serta selamat untuk panduarah pelayaran. Bermula dari itu, Seksyen Kartografi CHTLDM telah berkembang.

 Pada tahun 1975. Malaysia telah menganggotai International Hidrographic Organisation (IHO) dan CHTLDM memegang peranan utama bagi memastikan semua data yang diperolehi, diproses dan seterusnya dijadikan carta boleh digunakan oleh pelaut dengan selamat sebagai panduarah pelayaran. Peranan CHTLDM semakin mencabar apabila diberi tanggungjawab untuk memantau dan memastikan keselamatan pelayaran kapal-kapal di perairan Malaysia. Tugas ini termasuk pembetulan carta, perubahan suar boya panduarah dan data kedalaman air pasang surut serta data alam sekitar untuk keperluan ketenteraan.

Justeru, Pusat Data Hidrografi Negara telah ditubuhkan untuk menyelaras semua maklumat yang dihasilkan oleh Tentera Laut British. Data dan maklumat tersebut merupakan satu aset yang amat bernilai serta perlu dikekalkan oleh CHTLDM. Data ini merupakan sebahagian daripada keperluan asas untuk penerbitan carta dan sebagai rujukan rasmi bagi perairan Malaysia. Ia juga merupakan maklumat rasmi yang diterima pakai sebagai pengesahan dan bukti kewujudan objek di sesuatu kawasan sebelum penerbitan carta baru dikeluarkan.

Sejak penubuhan, CHTLDM hanya beroperasi dengan 2 seksyen iaitu Seksyen Hidrografi dan Seksyen Kartografi. Walau bagaimanapun, CHTLDM telah dipertingkat dan organisasinya pula diperkemaskan sejajar dengan peranan utamanya. CHTLDM diketuai oleh seorang pegawai yang berpangkat Kepten TLDM sebagai Pengarah Hidrografi. Peranan CHTLDM ketika itu dapat diringkaskan seperti berikut:

Melaksanakan pengukuran secara sistematik dan mengurus data berkaitan rujukan geografi kepada pesisir pantai, kedalaman laut pembentukan dasar laut, pasang surut, arus dan sifat fizikal air laut.

Memproses segala butiran data yang dikumpulkan dan menubuhkan pangkalan data untuk menerbitkan carta nautika dan publikasi panduarah kelautan, operasi tentera laut, pertahanan, pengurusan pesisir pantai dan pertahanan, pemuliharaan persekitaran laut, mengekploitasi sumber marin dan pemasangan kabel dasar laut dan saluran paip, persempadanan kelautan dan kajian sains samudera berkenaan laut dan pantai. Memastikan terbitan semasa, pengedaran dan mengemaskini segala pembetulan ke atas carta nautika. Memastikan maklumat untuk keselamatan panduarah disebarkan melalui Notice To Mariners dari masa ke semasa.

FASA PEMBINAAN DAN PENTAULIAHAN

Cawangan Hidrografi mengalami evolusinya yang tersendiri, seiring dengan arus perkembangan teknologi moden dan keperluan negara. Menyedari hakikat perlu berkembang ke peringkat nasional dan sebagai badan yang bertanggungjawab pada aktiviti hidrografi negara, CHTLDM telah mencadangkan pembinaan sebuah pangkalan untuk cawangan hidrografi kepada pucuk pimpinan TLDM. Pangkalan ini merupakan sebahagian dari pangkalan hadapan TLDM dan merupakan anjakan kemajuan bidang hidrografi negara ini.

Cadangan penubuhan Pangkalan Hidrografi TLDM telah diluluskan di bawah program Pembangunan Istimewa Angkatan Tetap (PERISTA) pada tahun 1979. Walau bagaimanapun, persidangan Jawatankuasa Panglima-Panglima (JKPP) yang ke-177 telah memutuskan supaya Projek Pangkalan Hidrografi TLDM dilaksanakan serentak dengan Projek Pangkalan Hadapan Pelabuhan Klang. Kedua-dua projek ini telah ditangguhkan pelaksanaannya sehingga dimasukkan semula ke dalam program struktur organisasi TLDM pada tahun 1996. Melalui program penyusunan semula, Pangkalan Hidrografi TLDM telah ditukarkan kepada Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan pembangunannya telah dimulakan pada tahun 2002 di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor. Penebusan semula 50 hektar kawasan paya bakau telah dilakukan untuk pembangunan projek ini.

Disebabkan peruntukan kewangan yang tidak mengizinkan, pembangunan PHN telah dilaksanakan melalui 2 Fasa. Fasa pertama melibat kawasan yang berkeluasan 23 hektar termasuk pembinaan bangunan pentadbiran, bangunan cetak, asrama bujang, bangunan kartografi dan oseanografi, bangunan KD SRI KLANG (KDSK), jeti dan gedung senjata. Fasa ini telah siap dibangunkan pada 15 Apr 03. Manakala Fasa 2 yang melibat kawasan selebihnya masih tidak dibangunkan. PHN atau National Hidrografi Centre (NHC) dalam Bahasa Inggerisnya merupakan lambang kemegahan CHTLDM di mana satu-satunya cawangan dalam TLDM yang mempunyai pangkalan yang tersendiri.

Setelah bangunan dan infrastruktur baru bernilai RM96.5 juta siap dibina, PHN mula beroperasi pada 15 Okt 05 dengan keanggotaan 31 pegawai dan 170 anggota lain-lain pangkat beserta 3 pekerja awam.Konsep pembangunannya telah dirancang bagi memenuhi keperluan jangka panjang hidrografi negara. Ianya dilengkapi dengan beberapa peralatan moden dan canggih serta setaraf dengan pusat hidrografi negara maju. Antara infrastruktur yang dilengkapi ialah sistem ICT, sistem pengakriban data hidrografi dan oseanografi melalui Hidrografi Data Management System (HDMS) dan Digital Data Management System. PHN mampu memberi anjakan kemajuan bidang hidrografi di peringkat nasional. Dalam usia yang masih baru, PHN kini dalam usaha menuju pembangunan kerjaya seiring dengan pembangunan sains maritim. Selain dari itu, PHN juga merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap fungsi dan peranan TLDM malah ianya turut menjadi penanda aras kepada perkhidmatan dan agensi kerajaan lain.

Pangkalan TLDM Pulau Indah merangkumi tiga unit TLDM dalam satu entiti. Unit-unit tersebut ialah PHN, KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS) dan KDSK. Gabungan PHN dan KDSK di Pulau Indah menjadikan ia sebuah pangkalan TLDM yang baru.Sementara itu, bagi memudahkan pengurusan pangkalan, TLDM telah mentauliahkan KD SAAS untuk menguruskan hal-hal pentadbiran pangkalan. Pentauliahan KD SAAS telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 19 Dis 06.

VISI

Menjadi penyumbang perkhidmatan hidrografi yang berkualiti dan berkredibel

MISI

Menyediakan maklumat hidrografi yang tepat pada kadar masa yang wajar untuk kegunaan navigasi marin, pembangunan nasional, pertahanan negara dan kegunaan lain

PENERANGAN LOGO

 

Kompas. Memberi maksud signifikan kepada peranan pasukan yang memberi bantuan dan pedoman kepada pelaut-pelaut dengan menghasilkan carta-carta nautika dan publikasi-publikasi hidrografi di peringkat nasional bagi menjamin keselamatan pelayaran.

Titik–titik dalam bulatan. Titik-titik disusun dalam bulatan melambangkan aktiviti pengukuran yang dijalankan secara teratur, sistematik jitu dan berkualiti tinggi. Titik-titik ini terpisah dua mencerminkan dua aktiviti utama PHN iaitu aktiviti hidrografi dan oseanografi. Kedua-dua aktiviti ini mempunyai keseimbangan dan kesamaan dari aspek kepentingan untuk keselamatan dan pembangunan negara.

Sauh. Melambangkan kuasa dan perpaduan di kalangan pegawai dan anggota.

PENGERTIAN LENCANA KEPAKARAN PEGAWAI HIDROGRAFI

Perkhidmatan Kepakaran Hidrografi TLDM telah diiktiraf oleh Kerajaan semenjak tahun 1972 bersesuaian dengan keputusan Jemaah Menteri yang memberi mandat kepada TLDM bertanggungjawab secara langsung terhadap pengawalan aktiviti hidrografi, oseonografi dan pencartaan negara. Bagi mengiktiraf kepakaran ini, TLDM telah meluluskan pemakaian lencana Kepakaran Hidrografi untuk dipakai oleh semua pegawai hidrografi. Berlanjutan dengan itu, Memo Am TLDM No 14/09 bertarikh 1 Nov 09 telah dikeluarkan untuk memperkenal dan menyelaras tatacara pemakaian lencana tersebut. Pengertian lencana kepakaran adalah seperti berikut:

Sextant. Melambangkan insignia kepakaran hidrografi di dalam perkhidmatan TLDM.

Mahkota. Melambangkan identiti perkhidmatan TLDM yang sentiasa memartabatkan agama dan kedaulatan pemerintahan insitusi beraja.

Ombak/Air. Melambangkan elemen hidro atau air yang menterjemahkan bidang tugas kepakaran hidrografi yang cenderung kepada menerokai sifat-sifat fizikal air, ombak, arus dan semua aktiviti pengumpulan data yang berkaitan dengan penerbitan carta nautika.

SENARAI NAMA KETUA PENGARAH HIDROGRAFI

Siri

No Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1

N/400157

Kepten TLDM

Goh Siew Chong

1 Jan 81

30 Apr 86

2

N/400310

Laksamana Muda

Dato’ Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan

1 Mei 86

12 Nov 00

3

N/400437

Laksamana Pertama

Dato’ Pahlawan Yacob bin Ismail

13 Nov 00

31 Jan 06

4

N/401594

Kepten TLDM

Sahak bin Omar

1 Feb 06

23 Mac 09

5

N/401918

Laksamana Pertama

Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan

24 Mac 09

Sekarang

 

 

 

 

KD SRI GOMBAK

02 Oct 2012

                     

KD SRI GOMBAK

SEJARAH AWAL

Penubuhan KD SRI GOMBAK (KDSG) bermula pada Disember 1999 apabila unit ini telah ditubuhkan dan ditempatkan di bawah pentadbiran cawangan Tadbir Sekretariat Markas Tentera Laut (Mk TL). Berlanjutan dengan perkembangan dan penstrukturan semula TLDM pada tahun 2000, pihak tertinggi TLDM memutuskan sebuah unit perlu diwujudkan bagi membantu Mk TL dalam aspek pentadbiran, bantuan logistik dan kebajikan the navy people di sekitar Lembah Klang. Sebelum penubuhan KDSG, tugas-tugas tersebut dilaksanakan oleh Sel Tadbir Am di cawangan Sekretariat Mk TL.

Pemilihan nama KDSG berasaskan lokasi pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak. Kedua-dua sungai ini amat bermakna kepada warga Lembah Klang amnya dan TLDM khasnya terutama dari segi perkembangan sosio-ekonomi. Berlandaskan ciri-ciri sumbangan Sungai Gombak dan TLDM pada waktu itu ingin menubuhkan sebuah unit yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan dan kebajikan kepada warganya, nama KD SRI GOMBAK dipilih. Di samping itu, kewujudan unit ini dianggap istimewa kerana ia dibangunkan di kawasan beting pertemuan kedua sungai tersebut.

Di awal penubuhan, KDSG beroperasi di Cawangan Sekretariat Mk TL dengan Ketua Sekretariat pada ketika itu Kept Wah Yuen Mei TLDM sebagai Pegawai Memerintah. Beliau dibantu oleh 19 orang anggota LLP dan 2 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari cawangan KAGAT sementara menunggu bangunan baru siap dibina. Perjawatan ini ditambah secara berperingkat apabila kelulusan perjawatan KDSG melalui FED (M) No. 2000/29/05 bertarikh 14 Okt 05 diperolehi.

 Batu Pentauliahan ditandatangani oleh Panglima Tentera Laut,

 Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar

 

Pada 1 Mac 06, organisasi KDSG di cawangan Sekretariat Mk TL berpindah ke bangunan baru bersebelahan Masjid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Mulai dari tarikh tersebut KDSG beroperasi sebagai sebuah unit sepenuhnya dengan kekuatan seramai 13 pegawai dan 124 anggota LLP. Perintah Pentauliahan telah ditandatangani oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Jaafar pada 1 Sep 09 dan majlis pentauliahan dilaksanakan pada 15 Sep 09.

VISI

Menjadi organisasi Pengurusan Perkhidmatan Berkualiti.

MISI

Menyediakan perkhidmatan berkualiti dan sentiasa terbaik kepada warga TLDM sekitar Lembah Klang.

MOTO

“Bersedia Berkhidmat’’ sesuai dengan peranannya sebagai sebuah unit sokongan di bawah pentadbiran Mk TL bagi membantu aspek pentadbiran dan bantuan logistik serta kebajikan warga TLDM di sekitar Lembah Klang.

 

 PENERANGAN LOGO

 Latar Belakang Jalur 3 Warna (Kuning, Biru, Merah). Jalur berwarna tersebut adalah warna bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunjukkan lokasi unit KDSG beroperasi.

Pena. Menunjukkan KDSG berfungsi sebagai unit administrasi disamping menyediakan kemudahan logistik.

Peta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berwarna Emas. Melambangkan unit terletak di lokasi yang strategik serta melambangkan kawasan zon KDSG menyediakan perkhidmatan menyeluruh iaitu memberi bantuan logistik meliputi kemudahan Rumah Keluarga TLDM, Transit, Pengangkutan dan Kebajikan yang melibatkan kawasan sekitar Lembah Klang.

Sauh. Melambangkan ketahanan dan simbol dalam TLDM serta mempamerkan perkhidmatan yang diberikan oleh KDSG.

PENCAPAIAN DAN KECEMERLANGAN

Sepanjang 3 tahun beroperasi di bangunan sendiri, KDSG telah melakar sejarahnya sendiri iaitu:

Pelaksanaan Sistem Pesanan Ringkas atau Short Message System (SMS). KDSG menyediakan sebuah sistem pemantauan aduan pelanggaran pemanduan kenderaan tentera. Setiap kenderaan tentera disediakan pelekat dengan catatan nombor sms bagi membolehkan orang ramai menghantar sebarang aduan tentang kesalahan pemanduan. Sistem ini merupakan sistem pertama diguna pakai dalam perkhidmatan ATM dan idea ini telah digunapakai oleh kedua-dua cabang perkhidmatan tentera Darat dan Udara.

Penambahbaikan kemudahan riadah dan sukan. KDSG telah mewujudkan gelanggang futsal, tempat parkir berbumbung dan tempat beriadah bagi semua warga TLDM di sekitar Lembah Klang. Berlanjutan dengan kemudahan yang disediakan, KDSG telah beberapa kali dijadikan platform untuk menganjurkan majlis sosial TLDM. Ianya ditambahkan lagi dengan lokasinya yang strategik telah memudahkan anggota TLDM berkumpul untuk sesuatu aktiviti.

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

No Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

1.

N/401265

Kdr TLDM

Wah Yuen Mei

1 Sep 99

28 Feb 06

2.

N/401541

Kdr TLDM

Raja Aziz bin Raja Ismail

1 Mac 06

7 Jan 08

3.

N/401913

Kdr TLDM

Mohd Jaafar bin Jelani

7 Jan 08

22 Ogos 10

4. N/401662 Kdr TLDM A Halim bin Hairiji 23 Ogos 10 16 Jan 11
5. N/401881 Kdr TLDM Rafe bin Hashim 17 Jan 11 12 Sep 12
6. N/401587 Kdr TLDM Mohd Zolkefpeli bin Abd Rahman 13 Sep 12 Sekarang

 

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk