Monday 26 January 2015

PASUKAN GUGUSAN SEMARANG PENINJAU

15 Jan 2013

 

PASUKAN GUGUSAN SEMARANG PENINJAU
(PGSP)

SEJARAH AWAL

Kerajaan Malaysia telah mempertanggungjawabkan TLDM untuk menjaga Gugusan Semarang Peninjau (GSP) yang dahulunya dikenali sebagai “Stesen Luar Pantai” di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan pada 1982. Sejak itu beberapa stesen telah dibina dan dinamakan Stesen LIMA TLDM pada 1982, disusuli dengan Stesen MIKE TLDM dan Stesen UNIFORM TLDM pada tahun 1986 seterusnya Stesen SIERRA TLDM dan Stesen PAPA TLDM pada tahun 1999. Stesen ini dijadikan unit dibawah naungan Markas Wilayah Laut 2 (MWL 2).

Sejajar dengan perkembangan semasa dan peningkatan tugas serta tanggungjawab MWL 2 untuk tujuan pengawalan, pengawasan serta pengoperasian kelima-lima stesen sentiasa berada ditahap yang tinggi. Panglima Tentera Laut ketika itu Laksamana Dato’ Seri Abu Bakar bin Abdul Jamal telah meluluskan penubuhan Pasukan Bantuan Gugusan Semarang Peninjau (PGSP) pada 17 Mei 01 yang kemudiannya ditukarkan kepada Pasukan Gugusan Semarang Peninjau (PGSP).

Konsep penubuhan PBGSP adalah seperti berikut:

Pengurusan yang ideal dalam membantu semua stesen mempertahankan perairan GSP TLDM daripada pencerobohan dan pengeksploitasian.

Pengurusan projek pembangunan semua stesen yang lebih efektif dan berkesan demi menjaga moral anggotanya.

Pengurusan logistik dan pentadbiran yang lebih jitu dalam menentukan kesiagaan aset dan sumber manusia GSP TLDM.

Mengimbang dan menitikberatkan aspek peningkatan kepakaran dan moral anggotanya.

 

Mes Gugusan Semarang Peninjau di Labuan

FUNGSI DAN PERANAN

  • Bertanggungjawab memberi bantuan logistik, operasi, pentadbiran, merancang projek pembangunan, menyelaras serta menguruskan pergerakan anggota dalam penugasan operasi dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu ke Stesen GSP TLDM.
  • Membantu semua stesen dalam mengekalkan status operasi dan logistik ke tahap 70% dalam satu masa. Memberi sokongan dan bantuan kepada stesen terumbu yang beroperasi di bawah naungan MWL 2.
  • Bertanggungjawab secara terus kepada MWL 2 bagi segala keperluan perkhidmatan di GSP TLDM.

Bangunan Pentadbiran PGSB

MISI

Merancang, mengurus dan menentukan bantuan terhadap GSP TLDM disalurkan secara berterusan.

VISI

Menjadi pasukan induk yang berkaliber dan mampan kepada GSP TLDM.

 

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

No Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

  1.  

N/401661

P/Kdr TLDM

  Abd Aziz bin Pardi

5 Mei 03

29 Apr 04

2.

N/402593

Lt Kdr TLDM

  Zamri bin Hj Hussin

30 Apr 04

18 Mac 05

3.

N/402211

Lt Kdr TLDM

  Jamaludin bin Sairi

19 Mac 05

29 Jul 05

4.

N/402690

Lt Kdr TLDM

  Abd Razak bin Mohamed

1 Ogos 05

8 Jun 06

5.

N/402032

Kdr TLDM

  Sharum bin Shaim

9 Jun 06

21 Ogos 07

6.

N/401353

Kdr TLDM

  Zainol Abidin bin Jusoh

17 Sep 07

21 Sep 08

7.

N/402298

Kdr TLDM

  Abdul Hadi Tan bin Abdullah

22 Sep 08

6 Dis 09

8.

N/402505

P/Kdr TLDM

  George a/l Paul Thomas Rozario

25 Jan 10

9 Feb 11

9.

N/402427

Kdr TLDM

  Nor Azmi bin Tambi Chek

10 Feb 11

30 Sep 12

10.

N/402883

Kdr TLDM

  Samsudin bin Abdullah

1 Okt 12

Sekarang

 

 

 

Full Review Bet365 www.bbetting.co.uk