Syabas. LK PWP Rohana binti Sudin dianugerahkan Pelajar Terbaik TLDM

SHAH ALAM, 13 Mac - Majlis Graduasi Kumpulan MSU College Ke-24 telah berlangsung di Dewan Canselor Management Science University (MSU) Sham Alam yang melibatkan seramai 2,014 graduan daripada 24 program pengajian.

Seramai 54 warga TLDM berkepakaran Petugas Wisma Pegawai (PWP) yang terdiri daripada 34 orang anggota Siri 5 dan 20 anggota siri 6 Program Diploma Pengurusan Hotel telah menamatkan pengajian mereka dan menerima scroll masing-masing.

Satu kebanggaan apabila anggota pewiga Markas Pasukan Khas Laut, LK PWP Rohana binti Sudin telah dianugerahkan Pelajar Terbaik TLDM bagi Diploma Pengurusan Hotel dengan pencapaian CGPA 3.80.

Turut hadir dalam meraikan majlis graduasi ini wakil dari Markas Tentera Laut, Kept Ismail bin Othman TLDM, Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Kept Zaharrudin bin Mohamed Yusop TLDM, Pengarah Pembangunan Materiel dan Kept Mahadzir bin Mokhtar TLDM, Pegawai Memerintah KD PELANDOK

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut