Laksma Hj Satria Sarawak dan delegasi bersama wakil Limbungan Shin Yang Sdn Bhd

MIRI, 15 Mac - Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Hj Satria Sarawak hari ini menyempurnakan penerimaan Combat Boat (CB) 202 dari Limbungan Shin Yang Sdn Bhd setelah bot selesai menjalani refit. Projek refit CB 202 ini melakar sejarah apabila buat pertama kali CB 90 menjalani projek senggaraan yang unik berkonsepkan Zero to Hero atau “revive”. Ini kerana skop utama senggaraan melibatkan total repoweringmajor re-structure, extensive modification and significant survivability improvement. Kesemua kerja tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya oleh anak tempatan tanpa melibatkan Original Equipment Manufacturer (OEM) luar negara. Lebih membanggakan ialah refit CB 202 telah disiapkan mengikut obligasi kontrak tanpa Variation Order (VO).

Pendekatan konsep Zero to Hero bagi refit CB 202 dilaksanakan setelah mengambil kira kondisi CB 201 hingga CB 205 sejak perolehan pada penghujung tahun 1990an dan insiden tahun 2013. Tahniah diucapkan kepada warga Navy People dan limbungan yang terlibat dengan projek refit CB 202 ini.

Semoga ianya menjadi inspirasi kepada warga Navy People untuk terus kreatif dan berinovasi demi kebaikan serta kecemerlangan TLDM.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Kept Ts. Abd Razak bin Ahmad TLDM