KUALA LUMPUR, 27 Mei - Rear Admiral Aaron Beng, Panglima Tentera Laut Singapura (TLRS) yang dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany di Markas Tentera Laut.

Ketibaan beliau di Wisma Pertahanan disambut Tan Sri Mohd Reza dan dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.

Seterusnya, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Tan Sri Mohd Reza dan Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz.

Kedua-dua pemimpin angkatan laut itu berkesempatan berbincang demi mengukuhkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang sudah terjalin sekian lama antara TLDM dan TLRS.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut