LUMUT, 30 Mei – Bahagian Perundangan Markas Tentera Laut telah menganjurkan Kursus Pengendalian Kes Mahkamah Tentera Dan Bidang kuasa Terus (LLP) bermula 25 Mei 22 hingga 27 Mei 22 bertempat di Bangunan Mahkamah Tentera, Pangkalan TLDM Lumut.

Kursus melibatkan seramai 25 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang melaksanakan atau bakal melaksanakan tugas selaku Juragan dan Bintara Tatatertib bagi mengukuhkan kemahiran Juragan dan Bintara PRL di dalam pengurusan kes-kes disiplin yang melibatkan pemakaian undang-undang dan memberi pendedahan berkenaan pemakaian undang-undang sivil kepada warga TLDM.

Penceramah jemputan bagi kursus kali ini adalah Lt Kdr Ahmad Mustaqim bin Shamsudin TLDM, Pegawai Staf Perundangan Kontrak; Lt Kdr Arif Aizuddin bin Alwi TLDM, Pegawai Staf Perundangan MPPL; Lt Muhamad Sapawi bin Md Noh TLDM, Pegawai Staf Perundangan MPAB dan PW I PRL Yusri bin Shaari, Juragan PROTELA Lumut. Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Kdr Mohd Samsuni bin Said TLDM, Pegawai Staf 1 Perundangan, Bahagian Perundangan Markas Tentera Laut.

Sumber : Bahagian Perundangan Markas Tentera Laut
Artikel : Bintara Muda PRL Suib bin Daud