LUMUT, 29 Jul – Kursus Perubatan Tempur PASKAL siri 1/22 julung kali diadakan dan telah dianjurkan oleh KD PANGLIMA HITAM dengan kerjasama 96 Hospital Angkatan Tentera dan Markas Udara TLDM. Kursus ini dihadiri oleh 30 x anggota PASKAL dan tenaga pengajar jemputan terdiri daripada 2 x Pakar Kecemasan 96 HAT, 1 x Pakar Kecemasan Hospital Banting, 2 x Pegawai Perubatan dari KD PANGLIMA HITAM dan 10 Brigade Para serta 2 x Paramedik berkepakaran Tactical Combat Casualty Care (TCCC) dari HTD Gemas dan HAT TM.
 
Komponen kursus ini terdiri daripada TCCC, Underwater Medicine dan Close Quarter Combat. Modul kursus ini dibahagi kepada kelas teori, praktikal, live tissue training dan real live simulation of MEDEVAC by winching method. Peserta kursus telah berpeluang untuk melakukan rawatan trauma ke atas 5 ekor kambing hidup untuk mengukuhkan keyakinan dan kemahiran peserta dalam memberi rawatan trauma di medan perang.
 
Peserta juga dilatih untuk melaksanakan Tactical Combat Casualty Care yang terdiri daripada Care Under Fire, Tactical Field Care dan Tactical Evacuation. Selain itu,para peserta telah diajar tatacara untuk menyelamatkan penyelam yang lemas serta teknik untuk melakukan resusitasi ke atas mangsa yang lemas.
 
Bagi kawalan kualiti kursus, ujian teori dan praktikal telah dilaksanakan pada hari terakhir kursus. Bagi ujian praktikal, peserta kursus dibahagikan ke 4 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki melakukan simulasi serangan serta melaksanakan semua komponen TCCC sehingga berjaya membuat MEDEVAC by winching method. Penglibatan 1 x Super Lynx Mk100 dari Skuadron 501 telah membantu untuk pelaksanaan MEDEVAC by winching.
 
Hanya peserta yang lulus ujian teori dan ujian praktikal layak menerima sijil Kurus Perubatan Tempur PASKAL. Bagi siri ini, semua peserta telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di mana kesemua peserta telah lulus ujian teori dan praktikal. Penuntut terbaik telah disandang oleh 829705 BK PAP (PKL) Mohd Sarizam bin Mustafa dari KD PANGLIMA GARANG dengan markah kesuluruhan 96.5%.
 
Majlis Penutup Kursus Perubatan Tempur PASKAL siri 1/22 ini telah disempurnakan oleh Kept George Paul Thomas Rozario TLDM, Ketua Staf Markas Pemerintahan Pasukan Khas Laut.

Kredit: Kapt (Dr) Lim Shimri