OBJECTIVE

1.    Memberi khidmat kebajikan kepada keluarga Angkatan Tentera tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat suami.

2.   Merapat dan menyatupadukan ahli-ahli melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

3.   Menambahkan pengetahuan dalam pengurusan rumahtangga dan kemahiran ahli-ahli dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

4.   Mengekalkan perasaan muhibah dan persefahaman yang sedia ada di kalangan isteri-isteri anggota tentera dan ahli keluarga mereka melalui aktiviti-aktiviti riadah seperti bersukan dan bengkel-bengkel kemahiran.

5.   Menyertai aktiviti-aktiviti amal dan sosial luar atas nama BAKAT bertujuan mempromosikan organisasi sekaligus mendapatkan maklumat terkini dan berguna untuk dikongsikan dengan ahli-ahli yang lain.

BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA