KUALA LUMPUR, 11 Feb – Panglima Tentera Laut hari ini telah menyempurnakan pemakaian insignia Ts. (Technologist Professional) melibatkan Pegawai dari Cawangan Eksekutif, Bekalan dan Kejuruteraan serta insignia Tc. (Certified Technician) kepada warga Navy People yang diiktiraf. Pemakaian lencana ini telah dilaksanakan semasa majlis kenaikan pangkat di Markas Tentera Laut. Seramai tiga orang penerima insignia Ts. dan seorang penerima insignia Tc. telah disematkan lencana tersebut. Mendahului senarai ialah Kepten Ts. Dr. Shaftdean Lufty bin Rusland TLDM, Kepten Ts. Dr. Hisham bin Harun TLDM dan Kepten Ts. Mohd Nazree bin Hj Mhd Nor TLDM, disusuli pemakaian insignia Tc. terhadap PW I TLR Tc. Muhamad Razid bin Rosman.

Buat masa ini seramai 71 Pegawai TLDM telah diiktiraf sebagai Ts. dan 5 Teknisyen sebagai Tc. Justeru bagi baki pegawai dan anggota tersebut, pemakaian insignia akan disempurnakan oleh Panglima Markas Pemerintahan masing-masing. Sebagai maklumat warga Navy People, lambang dan reka bentuk insignia Ts. dan Tc. adalah hampir sama dengan insignia Ir. (Jurutera Profesional) sedia ada kecuali warna, di mana perbandingan adalah seperti di pautan berikut: https://www.facebook.com/100067407635021/posts/217044213885832/?d=n

Selain pengiktirafan dengan pemakaian insignia Ts. dan Tc., pada masa yang sama pihak TLDM sedang berurusan dengan Malaysia Board of Technologists (MBOT) untuk membolehkan Navy People diiktiraf di dalam Community of Practise (CoP) untuk bidang berkaitan demi kepentingan negara.

Warga Navy People wajar berbangga dengan kelulusan insignia Ts. dan Tc. oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di mana merupakan salah satu roadmap kepada warga Navy People untuk lebih berdaya saing.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut