Bergambar kenangan - Panglima Tentera Laut bersama Navy People yang diraikan

KUALA LUMPUR, 11 Feb - Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany telah menyempurnakan pemakaian pangkat pegawai TLDM dan PSSTLDM di Markas Tentera Laut hari ini.

Leftenan Komander Cheng Liang Tsai TLDM telah dinaikkan pangkat ke Komander TLDM manakala Leftenan Madya Nurhidayah binti Mazlan PSSTLDM telah dinaikkan pangkat ke Leftenan PSSTLDM.

Kdr Cheng bertugas di Bahagian Inspektorat Jeneral Markas Tentera Laut manakala Lt Nurhidayah adalah pegawai di Jabatan Sejarah Maritim, Pusat Strategi Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM.

Turut hadir Inspektorat Jeneral TLDM, Laksamana Muda Chan Peng Cheong dan Ketua Pengarah PUSMAS TLDM, Kepten Ivan Mario Andrew TLDM.

Dalam majlis yang sama, Tan Sri Mohd Reza turut menyempurnakan pemakaian lencana Teknologi Profesional (Professional Technologists - Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Certified Technicians - Tc.) kepada tiga pegawai kanan dan seorang anggota.

Kepten Dr. Shaftdean Lutfy bin Rusland TLDM, Kept Ts. Dr. Hisyam bin Harun TLDM dan Kept Ts. Mohd Nazree bin Hj Mhd Noor TLDM telah menerima lencana Ts. dan PW I TLR Tc. Muhamad Razid bin Rosman telah menerima lencana Tc.

Lencana tersebut menzahirkan pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Lembaga Teknologis Malaysia (Malaysia Board of Technologists - MBOT) kepada keempat-empat warga #NavyPeople tersebut.

Artikel : Lt Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Foto    : LK PRL Mohd Faisa bin Mamat