Warga Navy People PWTL Kuching

KUCHING, 12 Feb - Perbarisan Pegawai Memerintah PWTL Kuching melibatkan 13 orang Pegawai dan 45 orang Anggota PSSTLDM diketuai oleh Lt Mohd Hazry Bin Ismail PSSTLDM telah dilaksanakan di perkarangan Pejabat Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching dengan jayanya.

Perbarisan Pegawai Memerintah diadakan antara lain, bertujuan untuk menyatukan keseluruhan warga Navy People Kuching setiap lapisan pangkat di samping memastikan kesiagaan pasukan berada di tahap yang optima.

Usai perbarisan, Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan mengambil tempat dan disampaikan mengikut kategori. Penganugerahan sijil mengambilkira dari aspek kehadiran aktiviti yang diadakan di Unit dan menunjukkan prestasi disiplin terbaik sepanjang tahun 2021.

Berikut adalah senarai penerima Sijil Penghargaan mengikut kategori;
1. Lt M Syful Mirza Bin Alluwie PSSTLDM - Kategori Pegawai
2. BM TNL Rome Bin Paimin - Kategori Bintara
3. LK PAP Abdullah Bin Rahmat - Kategori Laskar Kanan

Selain itu, PWTL Kuching juga telah menyampaikan Sijil Penghargaan Kepimpinan kepada Pegawai Laksana PSTL Kuching, Lt Kdr Kenny Wong Toh Wee PSSTLDM atas sumbangan dan kebaktian yang telah diberikan kepada Unit.

Menerusi ucapan yang disampaikan, PWTL Kuching mengucapkan jutaan penghargaan kepada setiap warga yang telah menjayakan Perbarisan Pegawai Memerintah dan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan. Kejayaan dalam mengendalikan acara sekaligus menunjukkan kerjasama padu dari setiap warga Navy People Kuching dan berharap kerjasama seumpama diteruskan.

PWTL Kuching juga mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima Sijil Penghargaan dan berharap dapat dijadikan sebagai contoh serta penggalak kepada warga Navy People Kuching, terutama Pegawai Kadet dan Perajurit Muda PSSTLDM Siri 1/21 yang telah berjaya menyertai keluarga besar PSSTLDM.

Majlis dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard seperti yang digariskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam mengekang wabak COVID19.

Sumber : PR PWTL Kuching
Artikel   : Lt M Syful Mirza bin Alluwie PSSTLDM
Foto      : LK PNK Ajariah binti Umar
              LK TLS Muhammad Nurzharif bin Mat Saad

Klik ke galeri