Timbalan Panglima Tentera Laut bersama warga Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan

SUNGAI LUNCHOO, 25 Feb - Bahagian Inspektorat Jeneral Markas Tentera Laut telah melaksanakan Audit Kesiapsiagaan (AK) ke atas Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan (MPPS) mulai 22 - 25 Feb 22.

Penutup Tirai AK MPPS telah dimulakan dengan Istiadat Perbarisan yang telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksdya Dato' Abdul Rahman bin Hj Ayob. Ketibaan beliau telah disambut oleh Inspektor Jeneral, Laksda Chan Peng Cheong dan Panglima Pasukan Simpanan, Laksma Azeman bin Yusoff. Istiadat perbarisan ini melibatkan seramai 20 Pegawai dan 40 Anggota Lain-lain Pangkat yang diketuai oleh Pegawai Perbarisan, Kdr Kamarol Azra bin Hamzah TLDM dan dibantu oleh Pegawai Waren Perbarisan, PW II PNK Mohamaad Suhaidi bin Mohamed Nor.

Selesai perbarisan, Timbalan Inspektor Jeneral, Laksma Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin telah menyampaikan Taklimat Penutup. AK yg dilaksanakan bertujuan menilai dan mengukur tahap pematuhan peraturan serta prestasi pencapaian. Cadangan pembetulan dan penambahbaikan turut dikemukakan agar proses kesiapsiagaan menjadi kukuh dan lengkap serta berkesan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga MPPS atas kejayaan memperolehi penarafan 4 Bintang bagi AK kali ini. Semoga kejayaan ini memberi suntikan semangat kepada warga MPPS untuk terus komited dalam menjalankan amanah.

Artikel : Lt Kanthan a/l Jeyaprakash TLDM
Foto    : LK PRL Mohd Faisa bin Mamat