Admiral Somprasong Nilsamai menerima Tabik Hormat 

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Panglima Tentera Laut Diraja Thailand, Admiral Somprasong Nilsamai melaksanakan lawatan kerja 2 hari ke Malaysia dengan mengadakan pertemuan ke atas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany.

Ketibaan Admiral Somprasong Nilsamai di Wisma Pertahanan telah disambut oleh Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany dan pengurusan tertinggi TLDM. Lawatan dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama. Seterusnya beliau melaksanakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM disusuli pertemuan bersama Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz.

Panglima Tentera Laut Diraja Thailand mengakhiri lawatan dengan melaksanakan kunjungan ke atas rakan sejawatnya, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany. Kedua-dua pemimpin itu berkesempatan berbincang bagi memperkukuhkan lagi hubungan yang sudah terjalin sekian lama antara TLDT dan TLDM.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut