Pantau. Pesakit sedang menjalani rawatan di dalam Kebuk Mampatan Hiperbarik 

SEMPORNA, 20 Jun - Pada 14 Jun 22, seorang pelancong wanita berasal dari Kanada berumur 36 tahun telah mengalami sakit kepala dan badan serta kebas kedua-dua anggota bawah badan selepas melakukan aktiviti penyelaman sebanyak 3 kali di Pulau Mabul.

Pesakit tersebut telah disahkan mengalami Decompression Sickness Type II dan telah menerima rawatan dengan menggunakan Kebuk Mampatan Hiperbarik di KD SRI SEMPORNA.

Selepas 4 jam 45 minit rawatan, pesakit disahkan telah pulih sepenuhnya dan dinasihatkan supaya tidak menaiki pesawat dalam masa 72 jam. Pesakit turut dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti penyelaman untuk masa terdekat.

Sumber : KD SRI SEMPORNA