SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD TUN ABDUL RAZAK

Tarikh Tauliah

:

5 Nov 09

Panjang

:

67.56 Meter

Lebar

:

8 Meter

Sesaran Permukaan

:

1599 Tan

Sesaran Tenggelam

:

 1758 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

 

Jumlah Krew

:

32 Orang

KD TUN ABDUL RAZAK
Dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang Kedua, Tun Abdul Razak bin Hussein.
 
Bahagian hadapan kapal dibina di Cherbourg, Perancis manakala bahagian belakang dibina di Cartagena, Sepanyol.  Seterusnya, kedua-dua bahagian disambungkan di Limbungan Navantia, Cartagena, Sepanyol pada 24 Julai 2007.
 
Dilancarkan pada 8 Oktober 2008 oleh SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.
 
Ditauliahkan pada 5 November 2009 dan diletakkan di dalam Skuadron Kapal Selam Pertama.
 
KD TUN RAZAK pernah melaksanakan penembakan Torpedo Black Shark pada 2010 dan 2014.  Kapal selam ini mendapat pengiktirafan 5 bintang Audit Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera (PAT) pada 2016 dan 2018.
SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD TUNKU ABDUL RAHMAN

Tarikh Tauliah

:

27 Jan 09

Panjang

:

67.56 Meter

Lebar

:

8 Meter

Sesaran Permukaan

:

1599 Tan

Sesaran Tenggelam

:

 1758 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

 

Jumlah Krew

:

32 Orang

KD TUNKU ABDUL RAHMAN
Dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra.

Bahagian hadapan dibina di Cherbourg, Perancis manakala bahagian belakang dibina di Cartagena, Sepanyol.   Seterusnya, kedua-dua bahagian disambungkan di limbungan Navantia, Cartagena, Sepanyol.

Dilancarkan pada 23 Oktober 2007 oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Menteri Pertahanan Malaysia.

Ditauliahkan pada 27 Januari 2009 dan diletakkan di dalam Skuadron Kapal Selam Pertama.

KD TUNKU ABDUL RAHMAN pernah melaksanakan penembakan Misil SM39 Exocet pada 27 Julai 2010 dan pelancaran Torpedo Black Shark Kofigurasi Latihan pada 3 Mac 2015.