KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Sekalung tahniah kepada lima warga Navy People yang telah berjaya mendapat pingat emas serta perak di Defence, Security and Sustainability Exhibition 2022 yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia baru-baru ini.

Mendahului senarai ialah Ketua Jurutera TLDM, Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung yang merangkul satu pingat emas dan satu perak di atas 2 inovasi rekabentuk yang dihasilkan, di mana kedua-dua inovasi adalah dalam proses untuk dipatenkan. Lebih membanggakan satu daripada inovasi tersebut telah diimplementasi, atau “dikomersialkan”. Kejayaan ini disusuli dengan pencapaian Kdr Dr. Hani Kalsum bt Hashim TLDM yang berjaya memperoleh pingat emas, begitu juga dengan Lt Kdr Adzim bin Abd Razak TLDM, Lt Noh bin Zainal TLDM dan Lt Ir. Amirul Faiz bin Kamaruddin TLDM di mana setiap pegawai berjaya mendapat pingat emas dalam kategori inovasi masing-masing.

Pencapaian membanggakan ini wajar dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga Navy People, agar TLDM menjadi organisasi yang cemerlang dan gemilang.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Artikel   : Kepten Ts. Abdul Razak bin Ahmad TLDM
Foto      : Bahagian Sumber Manusia, Mk TL