KD SRI SEMPORNA, 30 Ogos - Seramai 130 orang telah menyertai Program Quran Hour 1444H yang terdiri daripada pegawai dan anggota KD SRI SEMPORNA. Program ini telah diadakan pada 30 Ogos 2022 bersamaan 2 Safar 1444H bertempat di Masjid Pulau Mabul, seramai 20 orang warga Pulau Mabul telah turut serta dalam memeriahkan program ini.

Program Quran Hour 1444H telah diadakan secara serentak diseluruh negara selama 1 jam bermula dari jam 12 hingga 1 tengah hari. Program ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah KD SRI SEMPORNA, Kepten Khairul Ayzan bin Taib TLDM dan Pegawai Laksana, Kdr Azni bin Hj Abu Hassan TLDM.

Diharapkan usaha penganjuran majlis ini akan menyuburkan lagi minat membaca Al-Quran yang mendalam di kalangan warga KD SRI SEMPORNA kerana penghayatan kepada isi kandungan dan ayat suci Al-Quran akan memberi inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

KDSM SENTIASA TERBAIK