LAUT TIMOR, 11 Sep - KD LEKIU telah berjaya melaksanakan Refuelling at Sea bersama kapal HMAS STALWART sebelum memasuki perairan Darwin, Australia dan akan merapat di Fort Hill Wharf bagi menyertai Eks KAKADU 2022. Evolusi ini telah dikendalikan oleh warga kapal dengan selamat dan dalam keadaan cuaca yang baik.

Eks KAKADU 2022 merupakan eksesais multilateral yang melibatkan 34 angkatan laut dari pelbagai negara dengan pembabitan aset yang besar di Darwin, Australia. Ianya merupakan eksesais yang telah mencapai 30 tahun yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Australia. Penglibatan KD LEKIU bagi mewakili Malaysia dalam eksesais ini menyediakan peluang bersama dengan semua negara sahabat untuk melaksanakan aktiviti maritim secara multinasional meliputi operasi dan peperangan tahap tinggi.


Eksesais ini akan bermula 12 hingga 26 Sep 22 yang merangkumi fasa pelabuhan, fasa laut dan penutup. Warga KD LEKIU kini kekal bersemangat dan bersedia untuk menyertai Eks KAKADU 2022.


Artikel : LT Ts. Abdul Haziq bin Abdul Majid TLDM

Foto : Lt Kdr Mohd Faizzuddin bin Sahidon TLDM