KUALA LUMPUR, 20 Sep – Larian Teguh Bersama anjuran Markas Tentera Laut hari ini melakar sejarah iaitu pertama kali di dalam TLDM dilaksana menggunakan teknologi RFID (radio frequency identification) bagi kiraan secara kumulatif.  Teknologi ini membolehkan pengesanan tempoh larian setiap peserta, termasuk setiap Bahagian yang turut serta dapat dikira untuk dianalisis dengan cepat dan tepat.  

Pelepasan larian ini telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Tentera Laut, di mana konsep larian adalah Smart Run yang bersandarkan tema Bulan Kebangsaan tahun 2022 iaitu Teguh Bersama. 

Larian 5km ini melibatkan hampir 500 pegawai dan anggota Markas, di mana kiraan kedudukan setiap Bahagian adalah berdasarkan masa purata. Tahniah diucapkan kepada warga Navy People yang telah memenangi Kategori Individu mengikut umur, serta Bahagian Kejuruteraan yang telah memenangi tempat pertama Kategori Bahagian.

Susulan aktiviti ini, warga Navy People hendaklah terus mengamalkan aktiviti sihat dan pemakanan yang seimbang bagi mencapai Dasar 3K (Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan) yang ditetapkan oleh TLDM, agar ianya menjadi suatu amalan atau budaya di dalam kehidupan demi kepentingan perkhidmatan.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan
Artikel : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts Mohd Shaiful Adli Chung
Foto : LK PWP Muhamad Zul Akmal bin Ahmad