LUMUT, 20 Sep – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TLDM 1444H/2022M pada kali ini telah dianjurkan oleh Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM (MPPL TLDM) dengan dikoordinasikan bersama unit di Pangkalan TLDM Lumut. Majlis ini telah dilaksanakan di Auditorium M. Sidek Shabudin KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Majlis pada kali ini bertemakan “Manhaj Rabbani TLDM Berkualiti" yang disertai oleh 19 orang peserta yang mewakili kategori Pegawai, Qari dan Qariah dari Markas Tentera Laut (MkTL), Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat), Markas Pemerintahan Armada Timur (MPA Timur), Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM (MPPL TLDM) dan Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM (Mk SIMPANAN).

Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk mendekati dan memahami Al-Quran di kalangan Navy People, ia juga merupakan manifestasi usaha yang berterusan bagi memartabatkan islam sebagai cara hidup yang tetap relevan dalam arus kehidupan masa kini.

Pemarkahan pertandingan diambil kira melalui bacaan Tajwid, Lagu, Fasohah dan Suara para peserta. Barisan hakim pula terdiri daripada Ustaz Mohd Ramadan bin Haji Razali, Ustaz Alang Hashim bin Ab. Wahid dan Ustaz Hj Abdul Aziz bin Hj Ahmad. Ternyata penyertaan pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan malah peserta memberi komitmen yang tinggi bagi memperolehi gelaran johan.

Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany telah menyempurnakan majlis penutup dengan menyampaikan hadiah kepada johan Qari dan Qariah. Turut hadir adalah Panglima Armada Barat, YBhg Laksamana Madya Abu Bakar bin Md Ajis, Orang Besar Jajahan Manjung, YDH Toh Seri Bijaya Leftenan Kolonel Dato’ Shaharudin bin Haji Nazari serta barisan JLAKS dan warga Navy People.

Berikut senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

Johan Keseluruhan:
Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat)

Kategori Pegawai:
Johan: Lt Muhammad Zulkiffly bin Wan Him TLDM (MPA BARAT)
Naib Johan: Lt Muhammad Hafidz bin Abdul Halim TLDM (MPA TIMUR)
Ketiga: Lt Kdr Mohd Thahar bin Mohd Arifin TLDM (MPPL TLDM)

Kategori Qari:
Johan: LK II BDI Muhammad Nor Akmal bin Ahmad Jamil (MPA TIMUR)
Naib Johan: BK PGM Adizul Azle bin Jamil(MPA BARAT)
Ketiga: LK I TNL Mohd SolihIee bin Suhaimi (MPPL TLDM)

Kategori Qariah:
Johan: Puan Rozaihan binti Razali ( MTL)
Naib Johan: P/BK TNL Norzaiyana binti Kamaludin ( MPA TIMUR)
Ketiga: BK PNK Noor Elyda binti Ngah (MPA BARAT)

Kategori Qari Saudara Muslim:
Johan: BK PGM Muhammad Amin bin Abdullah ( MPA BARAT)
Naib Johan: BK TLR Fernandy Ten (MPPL TLDM)

Kategori Qariah Saudara Muslim:
Johan: LK I PWP Nur Jannatul Aaira (MPA BARAT)
Naib Johan: LK TNL Nor Jessica Khalisa Mathew binti Abdullah ( MPPL TLDM)

Artikel : Lt Kdr Mohd Zulfadli bin Abd Manas TLDM
Foto : BM PBS Mohd Dzulhelmi bin Abu Bakar